Aku tak sangka, dapat lagi komisen dari program affiliate TipsPTD.com ni. Sebab aku pernah tulis 2 artikel kat salah satu blog aku untuk promosikan produk tu kerana ketika itu ada Ujian Pegawai Antidadah. Jadi, bila dikhabarkan bahawa ketika itu dengarnya soalannya lebih kurang sama dengan soalan peperiksaan PTD, jadi aku pun promosilah produk TipsPTD ni. Tak sangka, dapat juga 5 sales.
1 sales = RM35.
5 sales = RM175
Oklah tu kan? RM175 tu kira banyak juga. Boleh aku cover duit yang aku hilang semalam. Walaupun tak sama nilainya tapi aku boleh buat macam-macam benda dengan jumlah ni. Leh makan nasi lemak sambal sotong hari-hari tau. Tapi takkan aku nak makan hari-hari. Naik berat badan aku ni. Dahlah aku tengah dalam misi mendietkan perut aku nih. Mahu turun ke 60-65kg. Sekarang baru 69. Sebelum ni lagi teruk, dah nak cecah 75kg. Nak naik ni senang aje. Nak turun, bagai nak gila berjogging dan senaman macam-macam. Jadi, bila dah kurang berat badan ni, senang sikit nak buat kerja. Badan jadi ringan sikit. Hehe..

Oklah. Aku tengah gembira sebab Malaysia jadi Juara Bola Sepak di Sukan SEA malam tadi. Malaysia menang penalti 4-3 selepas terikat 1-1 walaupun dah berhabis main dalam masa tambahan. Memang cuak juga pada masa tambahan tu. Tapi aku yakin Malaysia boleh menang. Masuk penalti aku dah tarik nafas lega sebab aku yakin Khairul Fahmi boleh buat sesuatu. Ternyata, 2 sepakan penalti tak masuk.
Jadi, Malaysia menang, Indonesia kalah.
Habis cerita. RM175 celah gigi. Saje aku buat tajuk tu. Kasi hype gila-gila. Biar korang sakit hati baca. Biasanya tajuk macam ni, memang ramai orang nak baca sampai titik yang terakhir. Tak percaya? Yang korang gatal baca sekarang ni apesal??
Babai. Aku nak tidur. Ngantuk sangat dah nih. 🙂
Ps: Huhu.. 🙂
2,463 total views, 1 views today
bro… tulis sales tu cam ner eh?? bleh usha tak?’ sebab nak kaji keyword untuk seo saya… mana nak tau lepas ni sy leh aktif dlm jualan mcm tuuu…
rahsia tuee..huhu
poyo betul tajuk2 entri komisen…