Ya.
Sejujurnya, aku memang sangat SIBUK.
Dengan macam-macam urusan yang aku rasa korang pun tahu takkan pernah habis.
Selagi aku pegang kerja ni, selagi itu kerja ini takkan selesai.
Nak blah dari pekerjaan ini memang cukup sukar. Sebab aku dah lalui kehidupan ini bertahun lamanya. Dah jadi macam titik peluh sendiri.
Lagi BUSUK bau peluh tu, lagi kita suka.
Lagi orang lain suka.
Lagi murid-murid aku suka.
Aku tak tahu kenapa.
Don’t ask why and why.
Ask them.
..
…
Ich bin zu beschäftigta
Minggu lepas, aku sibuk dengan urusan fail dan siapkan kertas peperiksaan awal tahun. Minggu ini pula, aku sibuk bawa budak-budak pergi bertanding untuk wakil zon. Ada peluang, boleh wakil Johor plak. Kalau ada peluang, leh la budak tu pegi main kat sukan SEA atau Asia.
Yela.
Untung nasib budak-budak sukan ni, kalau menjadi, memang boleh pergi jauh.
Tugas kita sebagai orang sukan ni, kita BERI dan buka peluang.
Kita tunjukkan jalan. Kita perhatikan bakat-bakat yang boleh digilap. Kita canai dengan cara dan teknik yang sesuai. Dan kita berikan mereka harapan dan doakan mereka agar menjadi insan yang berjaya dalam sukan.
Ofkos BUKAN sahaja untuk kecemerlangan sukan negara sahaja,
tetapi untuk kepuasan diri dan mencabar diri untuk lebih berdaya saing dan tidak lembik walaupun aku akui memang ramai budak-budak zaman sekarang lebih cenderung bermain sukan melalui handset-handset pintar masing-masing.
“Diorang ingat sekadar naikkan muscle kat jari sahaja boleh buat korang lari lagi laju?”
“Baru wat lari ulang alik 3 minit dah macam nak putus nafas?”
“Baru wat fartlek tak sampai setengah jam dah minta izin tak nak masuk skuad olahraga sekolah?”
..
…
Kamon la.
Memang latihan aku agak gerila sikit.
Tapi..
Ko nak menang atau ko nak kalah?
Bersusah dulu, bersenang kemudian.
Benda yang sama juga berlaku dalam permainana taktikal affiliate dan adat resam tidak rasmi dalam sukan SEO.
Siapa yang main SEO dan affiliate, diorang tahu bahawa benda ni senang untuk difahami. Senang untuk belajar.
Yang susah, nak ambil tindakan atau nak amalkan selalu.
Nak konsisten dah satu hal. Nak cari niche affiliate yang evergreen dan senang wat sales dah dua hal.
Itu tak campur lagi hal-hal lain dan juga hal-hal berbangkit.
Mati kutu kat rambut kalau nak cerita pasal taktikal SEO dan strategi affiliate nih.
–> So, belajar pelan-pelan. Ambil masa.
Dalam masa yang sama, ambil tindakan yang sewajarnya.
Jangan putus asa.
Jangan tak baca kitab PINK aku tuh.
Jangan buat benda haram.
Jangan tipu bini dan mak bapak.
Bermain dengan anak selalu.
Hormat mak bapak, cikgu dan orang yang lebih tua kecuali yang menjahanamkan agama, bangsa dan negara.
Banyakkan berdoa.
Menangis selalu.
Baca Al-Quran selalu.
Sedekah selalu.
Bayar zakat selalu.
Tolong orang tanpa diminta selalu.
Bersangka baik selalu.
“Huh, macam banyak aje kena buat kalau nak dapat sales ni, bro?”
..
…
“Habis, ko hingat kita ni semua compem sangat ke masuk SYURGA?”
9,113 total views, 2 views today
Semuanya tidak akan datang bergolek, melainkan dengan usaha sahaja.
Ada usaha insyallah menjadi. Kena belajar dengan kitab pink kan 😉
Alhamdulillah. Cikgu, Kitab Pink dah ada, yang nak tau tu sekarang macam mana nak jadi affiliater Kitab Pink? Maklum la Ashadee tak xda kan. 😀
Tu belum ada lagi buat masa terdekat ni.
nak masuk SYURGA bukannya murah
kerja keras dan usaha berganda tulah nak buat sekarang..
tak nak fikir sangat boleh jadi ke tidak..
Ya.
KEna usaha keras.
Jangan mudah putus asa.
Banyak benda baik yang kita buat makin banyak la rezeki kita dapat.
Ya.
BUatlah benda baik. Kita tak rugi apa-apa.
Yup..affiliate malas nak karang artikel tu la.. Haiya.. Sampai la ni masih tak ada mood nak update blog…emmm
Takpe.
Ada masa, leh tulis blog lagi.
insaf la bila pikir aku ni dah boleh masuk syurga ka walaupun selalu solat….huhu
Ya.
Kena insaf.
Dan selalulah solat taubat.
aku ingatkan bahasa apa ko cakap..ahaha
Kekadang, perlu juga cakap bahasa lain.
Lorr jual kitab jambu makan sorang jek ker bro…aisehh…bagi laa sket affiliater makan sket komisen tue…skrg agak sesak nie bro…bleh putus nafas kalo tak mencari duit tepi…. 🙁
Hehe..
Makan sorang dulu.
Nanti dah setel, baru aku citer tepi.
bukan senang nk masuk syurga..
bersusah la dulu,
bersenang kemudian
Ya.
Bukan senang nak masuk syurga.
lagi bahasa jerman ye.hehe..dah baca kitab pink tu. memang terbaik.direct to the point dan praktikal.
Hehe..
Ya.
Best gak cakap bahasa lain.
nak pandai kena cari peluang cepat..cepat sebelum sambar orang makan
Ya.
Peluang kena cepat sambar.
Jangan terlambat
Naik bertocang asyik main teknikal pada blog. 🙂
Memang pening kalau bab-bab teknikal blog ni.
hehe
Bahasa apa tuuuhhh.. 🙂 Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah..
Bahasa jerman.
Takkan hang tak faham kot?
Lama toi tak singgah bagi komen kat sini haha.. selalu kadang singgah silent reader.. nak main SEO perlu jatuh bangun dulu.. tak logik hari ni baca teori SEO esok try dah boleh naik haha.. so pelan2
Ya.
Bukan kerja mudah, tapi jangan ambil mudah.
Kuatkan semangat yang memang dah kuat tu en.titan ahaha..
Ya.
kena kuat lagi.
HOho
Tak pa, kat dunia ni memang kite kena sibuk sikit. Kat syurga nanti kita boleh rileks sepuas-puasnya
nak istiqomah tu mmg susah, tapi berbaloi
sukan dulu subjek yang paling aku suka…
tapi selalu nya fail… huhuhu
Kata orang jawa kuran tajin (kanji beras)..
onepunchman pun kerja keras sebelum dapat power dia
Ok Kitab Pink hehe. Baiklah