Haha.
Ya.
Aku tahu, korang memang takkan kenal siapalah manusia bernama Goh Kenji nih.
Okeh.
Meh aku cerita sikit.
Goh Kenji nih adalah seorang budak kecil yang bijak.
Si Kenji ni ada seorang atuk. Atuk Kenji pula bekas askar jepun yang hendak menakluk China.
Nak dijadikan cerita, Atuk Kenji cedera ketika berperang. Lebih malang lagi, dia terpisah dari kawan-kawan askarnya. Jadi, nak tak nak, atuk Kenji nih terpaksa melarikan diri sehingga satu tahap dia tersesat ke satu kampung di China. Kat kampung tu, beliau diselamatkan oleh orang kampung itu dan disana dia belajar satu seni mempertahankan diri yang dipanggil Baji Quan.
Baji Quan ini kiranya macam seni mempertahankan diri (Kung Fu) yang SUPER SULIT dan bukan semua orang boleh belajar kungfu ni. Tapi atuk Kenji dikira “special case”. Jadi, dia pun belajar dan “MASTER” dalam kung fu tersebut.
Dan lebih menarik lagi, Goh Kenji telah diajar oleh atuknya tentang kungfu Baji Quan.
Tak sampai beberapa bulan, atuk Kenji dapat surat dan dia kena melawat kawan-kawan dia kat China tu kerana merasakan kawan-kawannya memerlukan bantuannya. Ditambah pula rasa rindu dah bertahun-tahun tak jumpa kawannya itu..atuk Kenji ambil keputusan untuk melawat kawannya.
Malangnya..setelah menunggu bertahun-tahun, atuk Kenji tak balik-balik gak. Tak tahu apa pasal. Jadi, Kenji ambil keputusan untuk belajar bahasa cina untuk pergi ke China mencari atuknya yang kononnya hilang itu.
Bermula perjalanan Kenji dengan pelbagai rintangan. Dari halangan maknya yang mahukan anaknya pergi ke sekolah budak-budak pandai, tapi Kenji sebaliknya masuk sekolah budak nakal. Kat situ, dia belajar tentang Sumo dan juga Boxing. Dan banyak lagi ilmu yang dia belajar sebelum dia dapat jumpa atuknya.
Dan ketika inilah Goh Kenji terjumpa musuh ketatnya iaitu Tony. Seorang budak cina yang berasal dari Amerika.
Tony ni memang bangang sikit. Dia nak belajar kungfu Baji Quan. Tapi tuk guru Kenji tak nak ajar sebab Tony ni suka cari gaduh dan liar sikit. Sebab iri hati dengan Kenji, dia cabar Kenji. Akibatnya, Kenji menang dan sejak itu, Tony berkelana untuk cari kungfu yang boleh kalahkan kungfu Baji Quan.
Untuk membolehkan dia jumpa atuknya, dia TERPAKSA belajar macam-macam kungfu untuk melengkapkan kungfu Baji Quan agar senang nak cari atuknya tu. Dia belajar dari satu guru ke satu guru. Oleh sebab Kenji ni memang TERANG HATI dan baik budaknya, semua yang dia belajar tu..macam senang aje dia dapat. Antara yang dia dia sempat belajar ketika dia berada di China adalah Kunfu Praying Mantis Kung Fu, Bagua Zhang, Chen Taiji Quan, Pi Quan, Xingyi Quan, Xin Yi Liu He Quan, Shaolin Quan, Hung Ga, Daito Ryu Aikijujutsu, Shotokan Karate termasuklah salah satu ilmu Shoulin iaitu boleh berlari laju dari atas bukit ke bawah bukit dalam masa yang singkat. Kalau aku pun, aku nak belajar ilmu Shoulin ni. Senang nak gi sekolah. Tak yah naik motor dah. Haha..
Dan Kenji belajar semua kungfu itu atas arahan guru-gurunya untuk MEMANTAPKAN “GONGFU” kungfu Baji Quan beliau.
Dan ada sempat juga jumpa si Tony tu dan kalahkan Tony dengan bergayanya.
Oleh sebab aku malas cerita panjang lebar lagi, hujung cerita, Kenji dapat jumpa atuk dia dan mereka pun kembali ke Jepun.
Dan Goh Kenji berjaya faham maksud kungfu yang sebenar konon-kononnya.
Habis dah cerita.
Nak baca kisah Goh Kenji ni, boleh pergi ke laman web ini –> Kisah Goh Kenji
Nasihat aku, jangan baca. Sebab cerita dia memang panjang gila nak habiskan. Ambil masa berhari gak la. Aku baca novel Margasatwa karya Saidee Nor Azam dan Novel Bahlut oleh Faisal Tehrani pun dalam satu hari aje. Kisah Goh Kenji ni je..dah lebih DUA hari aku gunakan untuk khatam dan faham sepenuhnya..
Apa yang aku belajar dari Goh Kenji?
- Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing. Dan dalam mencapai matlamat hidup kita, pasti akan ada ujian-ujian kecil dan besar menanti kita.
- Kadang-kala, kita mesti mencabar ujian kecil itu untuk mengatasi masalah ujian besar kita itu. Dan dalam proses itu, tidak hairan jika kita perlu belajar macam-macam ilmu dari guru-guru yang berbeza.
- Tak salah mempunyai guru yang berbeza, asalkan ia boleh membantu kita mencapai matlamat kita.
- Adalah NORMAL jika kita mempunyai musuh. Musuh boleh jadi pendorong dan kawan yang baik pada waktu-waktu tertentu.
- Dan praktikal dari apa yang kita belajar akan memberikan kita “GONGFU” yang baik.
- Apa itu GONGFU? Gongfu itu adalah HASIL. Hasil yang baik dan berkesan untuk tujuan yang baik.
- Untuk dapat GONGFU yang baik, kita mesti faham dan menghayati sesuatu ilmu dengan baik.
Kesimpulan.
Bila bercakap tentang ilmu dan dunia affiliate, kita ada banyak guru affiliate yang hebat di Malaysia ini. Tak perlu pergi jauh untuk belajar kat luar negara sana tu. Yang ada kat Malaysia ini pun, banyak yang hebat belaka.
Tinggal PILIH sahaja yang mana sesuai dengan jiwa korang.
Jika korang nak buat duit dengan affiliate ada beberapa cara yang popular. Pertamanya, dengan ada list yang besar. Dan of course, list itu mesti targeted. Jadi, korang boleh pilih guru korang. Cadangan aku, Rahman Basri, Ammar Zahar, Gobala Krishnan, Razif Yusuf, Zeo Unic, Muaz Hadi, Oswald, Boon, Raja Kamil, Shuth, dan ramai lagi.
Dan jika korang nak guna teknik SEO untuk buat duit dengan affiliate, korang boleh belajar dari kitab PINK, pakcik Hasrul Hassan, brader Zeo Unic, abam besar Reezluv, abang sado Prof Hariz, abang kawasan Eizil dan ramai lagi.
Pendek kata, belajar aje mana-mana. Janji, korang belajar ilmu yang betul dan berkesan untuk dapatkan GONGFU yang terbaik.
Dah.
Pi cari guru-guru tu semua dan belajar.
Dan rajin-rajinlah MEMBACA.
Membaca itu jambatan ilmu.
Faham?
Jangan malas-malas.
Aku BABAP kang, baru ko tau.
10,858 total views, 1 views today
sambung lagi sikit je bro…hahaha
Nak sambung apa lagi nih?? 😕
bro tengok one piece?? – kedaionlinemy.com
Macam pernah baca komik dia.
Dulu ada orang kedai jual komik ni.
Tapi sekejap je. Tak sambung.
Kena baca manga dia. Baru tau endingnya camana.
Ye betul…tak perlu ke negara cina nak belajar ilmu affliate ni…banyak sifu2 hebat di Malaysia yang dah mampu cemerlang dan tunjuk ajar kepada org2 di Malaysia ni…yang penting jgn give-up…
Jauh sangat nak pergi negeri china tu.
Baca manga dah cukup dah.
aku tak penah plak layan kenji ni..
rasa cam malas plak nak layan nanti tak berenti plak.
akan berhenti.
Sebab manga dia dah tamat dah.
Takde episode baru. Tinggal nak tak nak aje baca. Hehe
Nak belajar Kungfu sekarang ni kena blajar kat Korea plak sebab diorang ramai pakar2 dalam kungfu berbanding negara China…
Baji Quan ni bawah nama persilatan kungfu2 ye…ni kira antara ilmu hebat kungfu di China…kungfu mabuk tu real ke sebenarnye?
diorang memang ada kungfu mabuk tu.
Memang ada diajar.
Banyak pengajaran yg diselitkan utk difahamkan.. 😉
ok gua nak target sapa dulu ya
Nak belajar SEO dan juga Kang Fuu <–sebutan omputeh.. hait.. haiyahhh
sebijik cam omputeh, Kang Fuu; WHOOOOYAAAAAAA!………
http://youtu.be/1TUlpgmsUIY
terharu dan tambah semangat yang dah lama remuk ni..terima kasih encik titan..rasa up sikit semangat hari ni… 😡
Banyak juga pengajaran diselitkan, sy tak pernah pulak layan kenji ni.. 😆
terhibur..boleh dikatakan hiburan berinfomasi..satu ilmu kung fu juga ke
Tak pernah baca lagi komik ni. Boleh layan lepas ni. Cerita dia mesti macam kungfu boy.
Lain sikit banding kungfu boy.
Cerita Kenji ni lebih menarik dan lebih panjang. Haha..
aku layan naruto jer..manga pun dah nak habis dah..naruto skang dh jadi Gokage..
Tunggu kisah anak naruto la lepas nih.
Tu pun kalau rajin penulis manga tu nak buat. hehe 😈
son naruto pulok lepas nih sambungannya…
Manga lama ke ni? Kenal naruto n one piece je. Hehehe
Tengok cara lukisan dia, memang old skool betul.
Komik dulu-dulu memang banyak dengan pengisian. Maybe ni cara diorang didik generasi baru
tiba-tiba teringat kat “Aku Budak Minang”
bukan kenji dalam juvana kan?
Mendalam betul ko menghayati cerita kartun ni ye.
Haha langsung terjebak dengan pantas habis kan baca, nice ada nilai2 murni…
bukan sebarangan komik, banyak nilai positif yang ada. Untung juga baca ya, ingatkan tiada apa yang dapat
Point ni.. “Tak salah mempunyai guru yang berbeza, asalkan ia boleh membantu kita mencapai matlamat kita.”
Gua memang setuju sangat. Ilmu orang lain2.. walaupun bidang sama, mesti ada sedikit perbezaan.
Boleh buat ebook baru ni, Kungfu Affiliate…
Ok…aku ada baca pakai smartphone hari tu,sampai time aku komen ni,,belum habis lagi baca..mak aaiiiii panjangnya…. 😛
tak minat komik tapi suka dengan kesimpulan hasil bacaan sifu ni. Terima kasih tak jemu beri ilmu. Alhamdulillah… tidak sia2 Allah lorongkan akak dlm dunia blogging dan jumpa Kitab pink tu 😆