Okeh.
Aku cerita simple aje macam mana nak buat duit dengan program NVitr nih.
Benda asas bila kita hendak promosikan program affiliate, mesti ada link affiliate.
Bagaimana nak dapat link affiliate atau link referral ni?
Kena daftar.
Aku bagi satu contoh dengan program NVitr nih memandangkan masih ramai lagi yang tak tahu macam mana nak promosikan benda affiliate macam ni.
Sebab aku SELALU terima orang suruh ajar mereka buat duit dengan blog, buat duit dengan affiliate, nak belajar teknik SEO, nak tahu cara mudah buat duit dengan affiliate dan macam-macam lagi walaupun aku dah selalu dok cerita dan buat praktikal melalui blog ini.
STEP pertama Buat Duit dengan NVitr
Untuk program NVitr ni.
Then, ,aku daftar juga program NVitr ni dulu.
Kemudian, baru aku daftar program affiliate NVitr pula.
–> Daftar Program Affiliate NVitr
Maksudnya, kena daftar DUA kali.
Kenapa kena daftar program NVitr ni?
Boleh aje kalau tak nak daftar.
Tapi untuk kasi kita faham apa kejadahnya program NVitr ni, apa produk yang dia nak jual, apa fungsi dia, bagaimana produk itu berfungsi, apa faedahnya dan apa kelebihannya, aku kena daftar untuk TAHU itu semua dulu.
Baru senang nanti bila nak buat promosi untuk program affiliate.
Walaupun nampak benda ni mudah, tapi ramai orang tak nak buat sebab bajet dah hebat sangat.
Sebab tu ramai yang gagal termasuk pemain affiliate yang hebat.
Bajet hebat sangat kan sampai gebang lebih-lebih. Tapi menda asas macam ni pun tak nak buat.
Oleh sebab daftar program NVitr ni adalah percuma, jadi tak rugi pun mendaftar. Lain cerita kalau berbayar, aku sendiri fikir dua tiga kali gak nak mendaftar. Tapi kalau betul bagus punya produk atau programnya memang berbaloi, tak salah keluar duit dulu.
Okeh.
Semua dah daftar, kan?
Then, buat artikel atau buat ayat copywriting kat facebook atau twitter.
Kalau artikel, pastikan sepanjang 200-300 patah perkataan paling minimum. Gebang la apa yang patut. Faedah ke, kelebihan ke, cerita apa kebendanya NVitr ni ke, letak testimoni ke.
Buat semua tu.
Ini benda asas.
Orang akan baca punya samada dia suka atau tidak. Sebab benda macam ni, orang kita memang suka baca. Aku tahu sebab aku dah buat sejak tahun 2001 lagi. Hinggalah sekarang.
Teknik ni berkesan.
Then, buat lagi 3-4 artikel.
Untuk backup artikel yang pertama tadi.
Pandai-pandai adjust.
Untuk facebook, jangan dok hari-hari promosi produk yang sama melainkan korang promosi kat page. Kalau profile punya akaun, ada taktikal tersendiri. Kalau guna fanpage, takpe kalau nak dok hari-hari promosi benda yang sama.
Kalau twitter ke instagram ke, ada taktikalnya.
Bukan main belasah aje walaupun hakikatnya memang aku selalu main belasah aje.
Tapi sistem belasah aku tu, ada ciri-ciri tersendiri yang berpotensi untuk bantu aku dapat sales.
SO, cipta sistem promosi sendiri.
Kesimpulan.
Belajar DUA benda asas nih jika benar-benar serius nak buat duit dengan affiliate.
- Belajar tentang teknik SEO
- Belajar cara nak tulis ayat copywriting
Itu sahaja.
Ada DUA menda ni, dah cukup korang boleh dapat minimum RM400-RM500 sebulan dari program affiliate.
..
…
Cara lain, belajar dari kitab pink aku tu.
Leh baca kat sini –> Kitab PINK
8,350 total views, 1 views today
ambo tak mulakan lagi..
aduhhh..
bila nak dapat semangat join program affiliate ni
So, bolehlah mula dari sekarang ye.
Betul tu. Nampaknya kena mula juga lepas ni.
Lepas Tak berapa sibuk Aku Akan mula aktif balik hihihi
Susah dah sekarang.
Sibuk dengan kopi je eh.
Kadang sibuk dengan kerja yang ada. tak terbuat dibuatnya.
kalau nak start, start sekarang..kalau tak sampai bila pun tak start..tak gitu?hehe..
Ya.
Mulakan dari sekarang.
Jangan lambat sangat ambil masa.
usha dulu apa nvitr ni.sebab 1st time dengar. tudia, sesiapa belum beli kitab pink, eloklah dapatkan cepat-cepat.
Ya.
usha la dulu.
Ya. Elok la cepatc-cepat dapatkan ye.
Assalam.
Salam singgah selepas berapa tahun ntahlah tak singgah blog super power ni..
byk yg nak kene hadam balik ni..cari semangat kat sini…kot2 jumpe..hehe
hang lama sangat pegi bertapa ni kann
RM400-RM500 sebulan banyak tu untuk income part time… masyukkkkk
dah start ni bro..makin laju dh..
hehe..
makin laju apanya?
tak faham.
baru je tgok web ni minggu lepas..kliks solution tu promote…tapi cam xberapa best..tu tak jadi register affiliate masa tgok 1st time web nya..
Ya.
Sitenya kurang cantek sikit.
Nanti pepandailla diorang upgrade. JDR dulu pun bukannya cantek masa mula-mula.
Betul kata ciktom. sebab tak menarik jadi tak berapa nak join..hehe
CPA sulit mungkin because must have good trafic
Ya.
Kena bijak cari trafik.
macam-macam pula program datang ni..
kena dah cuba ni..
dapat modal nak beli kasut lari baru ni
KAsut lama takkan dah rosak kot?
Affiliate program kne rajin..nk rajin tu yg x rajin..blog pon berabok berbulan x update..haha..xpe..da tgk da..just tgh pk nk join ke x..huhu..
Ya.
KEna rajin.
Kalau tak rajin, kena jadi rajin.
Nak pi usha tengok nvitr ni apa benda, mana tau tergerak hati nak pi buat teruih
gi la tengok.
kalau minat, boleh la beli apa yang patut.
Dah usha, macam2 ada rupanya…menarik juga ni
Oo benda yang kliks solution promote ni rupanya boleh buat duit jugak ye
Ya. Diorang punya jugak tu.
pemain affiliate biasa dah tahu apa yang nak kena buat.
Kadang tengok juga. Lepas tu tak mula pun. Jadi macam tu juga akhirnya.
Saya main affiliate bookcafe je bang.. 😀 Boleh lah dapat kupang kupang ringgit ringgit je sehari. Nak daftar pun percuma.
Tapi yang best kena main SEO la sikit >_<
Nak daftar Bookcafe Affiliate? http://bitly.com/Daftar-Bookcafe
Boleh cuba nanti tu… Thanks bro..
mesti seronok dapat sales yang banyk..
Pening nak baca, sebab ni dah tahap mahaguru punya pukulan hehe
yeayyyy program affiliate lagi. promosi promosi dan kemudian tunggu duit mahsyuk…
Hehe.. itu yang seronoknya.. buat perkara yang hampir sama.. asal rajin, jadilah..haha
kitab pink baru baca skit je..kena layan baby dulu..yg penting kitab pink da ada..Huhuhu..tq abg titan..:)
Alright. Kunci kejayaan affiliate, belajar dalam kitab pink dan amalkan. That the point. Baiyyeklah Sifu. 10q…