1. Kami bermula pada jam 7 pagi. Aku dan adik aku tiba awal. Tapi pergu rumah bibik aku dan ambil diorang. Pakcik aku ni pulak jenis lambat bersiap. Pagi itu jugak baru mahu gosok baju. Jadi, dekat-dekat kul 7 pagi itulah baru aku, adik aku, paman aku dan bibik aku sampai kat tempat bas. Bas dah terpacak kat depan surau sejak pukul 6.30 pagi lagi..
2. Sampai aje. Semua perli aku sebab datang lambat. Aku malas nak bising. Buat bodoh aje. Haha..
3. Ya. Bas ni abah aku yang sewa. Harganya? Entah, abah aku yang bayar. Aku malas nak ambil tahu. Tapi aku tahu mahal gaklah. Tengok jarak dan upah pemandu bas lagi. Mesti lebih seribu jugak. Pergi pagi-pagi buta, sampai dekat tengah malam.
4. Kami sampai ke rumah abang ipar aku dalam jam 1.00 lebih.
5. Sebelum itu, kami lepak kat Masjid yang berdekatan dengan rumah abang ipar aku. Sebab bas tak boleh masuk dalam. Ada banyak pokok yang mengacau. Kalau redah gak, aku rasa bumbung bas ni boleh tersangkut kat dahan pokok-pokok tu..
6. Pukul 12.50 tengah hari, kaklong aku baru sampai dari homestay. Fuhh, lama gila bersolek. Aku sendiri tak faham mengapa mereka ambil masa yang lama untuk tepek bedak tebal-tebal tu. Biarlah, sehari aje macam ini. Aku sabarkan ajelahh..
7. Lepas makan-makan..dekat pukul 2 lebih, kami beransur balik. Majlis simple. Tak macam belah kaklong aku. Tapi dah cukup meriah sebab buat kat kawasan kampung. Nampak sawah padi, tanah becak dan jumpa pokok kelapa. Kalau aku tak tahu malu, mahu aku panjat pokok kelapa tu dan redah sawah padi. Tapi aku tahu, aku tak boleh jadi gila waktu itu. Lain kali. Mungkin.
8. Masa balik, sempat singgah kat tapah untuk wat jamak-qasar bagi yang tak sempat. Kat sini, masa untuk membeli belah dan beli apa yang nenek-nenek, bibik, makcik, paman dan budak-budak yang ikut. Aku rasa menghampiri 40 orang jugak yang datang semalam. Aku sendiri tak sangka ramai yang ikut. Masa aku nanti, satu bas mesti tak cukup punya. Haha..
9. Dalam jam 9 malam, kita orang berhenti lagi kat kawasan RNR untuk jamak-qasar maghrib dan isyak. Super penuh. Baik dekat RNR atau kat stesen minyak petronas tu. Yang paling sengal, kawasan tandas yang menjadi kawasan tumpuan tersangatlah huru-hara. Baik tandas lelaki atau perempuan. Yang perempuan memang horror gila. Sampai terpaksa beratur. Yang lelaki, pula..pun sama. Aku sendiri yang sakit perut kena tunggu dekat 20 minit sebelum dapat menunaikan hajat.
10. Petronas punya tandas, yang lelaki punya takde air. Memang sengal. Kemudian, tandas perempuannya pulakk, penuuhhhh. Beratur sampai ke luarr. Gerun aku tengok semalam.
11. Sepanjang jalan, kami dihidangkan dengan filem-filem tempatan. Aku tahu diorang download sebab kantoi masa tengok tajuk. Siap ada beritahu nama website mana diorang download. Dekat 4-5 filem gak kita orang layan. So far, menghiburkan juga naik bas ni walaupun kaki aku tak boleh dilunjurkan. Kena bersila atas kerusi.
12. ejuk gila bas ni. Aircondnya berfungsi dengan baik.
13. Sampai rumah. Aku memang mengantuk kaw-kaw punya. Mak abah aku yang balik ikut kereta sampai lewat sebab pergi makan dulu. Aku sempat order tomyam campur manakala adik lelaki aku dapat kuew tiaw goreng basah.
14. Tak sempat aku masuk blog popular aku yang lain. Aku dah tertidur.
15. Aku seronok bila tengok budak-budak ni dapat berjalan-jalan. Aku tahu, diorang jarang dapat berjalan keluar ramai-ramai macam ini. Semoga aku dapat bawa mereka berjalan macam ini satu hari nanti.
1,564 total views, 1 views today