Ya.
Merujuk kepada tajuk, kita akan bercerita pasal sukan bola baling.
Lebih tepat, sebenarnya aku baru sahaja pulang dari bawa murid-murid sekolah aku pergi main bola baling nih.
Murid-murid yang berumur 10 tahun ke bawah sahaja yang bermain kali ini. Aku bawa budak yang KHAS akan membantu skuad bawah 12 tahun untuk tahun hadapan.
Dengan harapan diorang dapat “nampak” macam mana nak main benda nih.
Majoriti, semuanya kalah.
Skuad perempuan sahaja lepas ke pusingan kedua. Itu pun, kalah juga. Tak dapat nak masuk suku akhir.
Senang cerita, ini dia punya perjalanan hari ini.
Nama sekolah, aku reka agar korang tak boleh tahu sekolah mana yang terer sangat tuh.
SK Cahaja Gemilang.
Ni nama sekolah aku.
Keputusan Skuad Laki-laki
- SK Cahaya Gemilang vs SK Buah Bidara (1-4)
- SK Cahaya Gemilang vs Tebuan Ganas (2-2)
- Tak layak ke pusingan kedua.
Keputusan Skuad Perempuan
- SK Cahaya Gemilang vs SK Cahaya Harapan (0-9)
- SK Cahaya Gemilang vs SK Permata Indah (3-2)
- Layak ke pusingan kedua.
Pusingan kedua
- SK Cahaya Gemilang vs SK Belalang Tempur (0-4)
- SK Cahaya Gemilang vs SK Teratai Layu (0-6)
- Tak layak ke suku akhir.
Fuhh..
Oklah, untuk budak-budak yang baru sahaja “training” tak sampai TIGA hari.
Ini kita panggil program pembangunan.
Biasanya, dok hujung-hujung tahun ni, memang pihak PPD unit sukan akan buat program pembangunan macam ini. Kalau tidak, sesetengah sekolah akan buat kerjasama dengan PPD untuk buat program pembangunan. PPD keluar surat, sekolah sponsor dan jadi tuan rumah.
Bagi aku, program pembangunan macam ni memang bagus.
Kalau tidak, takdelah budak-budak ni bebal semacam aje nak tahu sukan bola baling ni macam mana nak main. Macam mana nak tahu “faul” tu apa. Kenapa kena kuku pendek, kenapa tak boleh pakai cincin dan jam tangan. Kenapa tak boleh pakai singlet aje main. Kenapa nak main kena WAJIB pakai kasut dan memacam lagi.
Kalau tak, memang sampai ke kiamat la budak-budak ni tak tahu.
Okeh.
Itu sahaja aku nak cerita.
Aku dah penat.
Itulah, cikgu-cikgu nih..bukannya kerja dok suruh budak padam papan hitam aje, kekadang kena gak buat benda-benda lagi macam ni. Lagi-lagi setiausaha sukan. Lebih lagi, kalau cikgu sukan. Lagi-lagi kalau cikgu laki-laki.
Serius..
Ini tahun pertama aku rasa memang beban kerja tu melampau sangat.
Tapi, aku tak kesah sangat.
Janji,
Budak tahu perbezaan antara bola baling dengan tin biskut.
Itu dah lebih cukup bagi aku.
Sekian, terima kasih.
10,566 total views, 1 views today
hebat semua anak2. umur 10 tahun ke boleh masuk? anak saya baru 9 tahun. mmg belum terlibat sukan apa2
Ya.
Diorang umur 10 tahun.
Ada sekolah siap hantar team 9 tahun lagi.
Untuk pendedahan, takde masalah rasanya.
Kenapa jarang update ye encik Titan.. 🙁 Busy ehhhhhhh
Ya.
Sibuk sangat.
haha terbaik bro, didik dorang dari awal
Ya.
Kena train dari awal lagi.
Harap2 takde mak bapak yang repot pasal bola baling pulak.. hmmm
Tak ada yang merepot.
Banyak yang support.
masa sekolah dlu ni la main pling minat..
Ya.
Ramai peminat bola baling sebenarnya.
Kita aje yang tak perasan.
budak budak sekarang kena ada at least satu sukan as skill
Ya.
Itu sangat betul.
Zaman2 gadjet ni memang kena expose budak2 dengan sukan seawal mungkin. Barulah boleh lahirkan generasi yang sihat, bukan obese. Syabas kepada semua cikgu2!
Ya.
Dah masuk sekolah menengah, gadget memang pilihan diorang.
Sebab tu dari kecik ni la kena didik diorang.
tapi kat sekolah gua dulu sukan ni tak berapa pemes..main pun tak reti walau ada goal post..selalu goal post ni dibuat main bola sepak juga..
Main ni lagi senang dari bola sepak.
Haha..
Tak apa beri semangat. Baru nak kenal game.
Ya.
Itu tujuan asalnya.
Nak kenal game.
sk belalang tempur..nama diambik sempena cikgu besar peminat tegar kesateria perkasa hitam (ke suria baja hitam?) 😀
Takdelah.
Saje je bubuh nama tu.
Terigat plak masa main bola baling masa kat sekolah rendah dulu-dulu. 🙂
Boleh plak teringat eh.
Bola baling mmg bukan satu sukan yang mempunyai penonton yang ramai seperti bola sepak. Tapi ia merupakan satu sukan yg amat menyeronokkan juga dan sihat utk badan.
Yap.
Dan sangat mudah untuk membantu menguruskan badan.
Bola baling ni pun antara sukan yang “ganas” jugak ikut pengalaman aku. Masa aku sekolah dulu, ada sorang budak ni, dia jadi goal keeper saja-saja waktu training.
Accident happen. Patah kot jari dia. Nampak terkeluar tulangdia. Kiranya power la sapa yang boleh baling bola ni laju macam bola kena tendang.
tampak seru sekali olahraga nya
awak mesti coba nih
bagus skuad pelapis cikgu..keep it up!!
dulu sekolah rendah je main..sekolah menengah takda pulak sukan tuh.. bola sepak jer..
Pernah jadi wakil sekolah sukan ni waktu sekolah rendah…
Aku pun tak reti main bola baling ni..
tau baling2 je
Bagus juga bagi murid-murid ni cergas, takda lah mandom je dalam kelas
mohon brader pink tulis entri pasal JDR sekarang ni.. haha!
Kita dulu masuk macam-macam. Semua tak lepas, akhir sekali duduk di tepi padang sajalah.
sekali kali tak apalah anak dikasih gadet dan game
bagusla budak2 bersukan, aktif sikit, sekarang kecik2 dah amal sedentari lifestyle
Bestnya main bola baling. teringat dulu2x selalu main bola baling sampai maghrib. hhahaha
Baguslah beri pendedahan awal kat diaorang. Nanti boleh terus conquer game.
errrrr…apsal nama pihak lawan tak glamer langsung? hehehe
waa.. kakak dulu memang suka main bola baling.. hee~ lagi2 time lepas hujan.. ade lecak2.. cnfirm team kakak menang..
dulu minat gak main bola baling ni tapi tapak tangan kecik pula.. tpi lagi best dodgeball baling bola kat musuh hahaha..