Setiap orang, pernah bercinta. Paling teruk, bagi orang biasa kat Malaysia ni..mesti ada seorang atau dua orang yang pernah bercinta ketika muda. Senang cerita, bercinta itu dah jadi satu perkara yang melibatkan mata pelajaran kimia, fizik, biologi dan juga matematik dalam kehidupan bercinta mereka. Cuma, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan moral selalu ditinggalkan akibat betapa asyiknya bercinta. Akibatnya, lahirlah anak-anak luar nikah yang tak tahu siapakah bapanya yang “mithali” sangat tu..
Dan sebab itu wujudnya beberapa blogger yang sanggup membeli nama Domain “Klinik Cinta” untuk membantu mereka-mereka atau blogger-blogger diluar sana untuk bercinta. Dan dalam masa yang sama sebenarnya kewujudan blog ini “mengajak” orang agar lebih bercinta. Bagus atau tidak. Aku tak tahu. Nasihat aku, korang baca dan apa yang bagus sahaja. Kalau ada yang tak bagus, gi humban jauh-jauh.
Kontes Review Klinik Cinta
Ada yang mengajak aku sertai Kontes Review Klinik Cinta ini. Mula-mula, aku memang tak nak sertai. Sebab memang lari habis dengan niche blog ini. Tapi disebabkan aku memang ada banyak pengalaman bercinta dan agak rajin menulis cerpen dan novel cinta ketika zaman muda dulu-dulu. Jadi, aku terpanggil untuk sertai.
Cara nak menang? Mudah sahaja. Bagi komen, teguran, pendapat tentang blog Klinik Cinta tersebut.
Mudah sahaja, kan?
Jadi, ini teguran aku. Mohon perhatian serius dan baca betul-betul secara bersungguh-sungguh.
1. Tak ada target yang jelas.
Macam aku kata dulu, jika betul nak tulis blog. Biar mencapai “target”. Seharusnya ada ditulis misi dan visi dengan jelas. Tapi bila aku baca blog ini, segenap ceruk aku cari, tak ada tertulis apa-apa misi dan visi yang jelas untuk blog ini. Jadi, aku tak nampak perjalanan blog ini dengan lebih jelas. Mungkin kerana blog ini masih awal, jadi tak berapa nampak “target sebenar” blog ini ditubuhkan. Bagi pendapat aku, mesti ada misi atau target bagi setiap blog. Baru kita nampak dengan jelas apa fungsi sebenar blog tersebut. Memang secara kasarnya kita tahu kebanyakkan artikel ini banyak berkisar tentang “CINTA”.
Klinik Cinta adalah merupakan sebuah laman untuk berkongsi kisah cinta, tips, ayat cinta dan sebagainya yang berlandaskan cinta yang sebenar. – Klinik Cinta.
Huraikan dalam ruang “About” korang tu. Tulis sejelas mungkin. Panjang pun tak apa. Orang kita ni memang suka baca panjang-panjang. Orang perempuan, kalau tulis surat cinta, suka tulis panjang-panjang. Jadi, tak salah tulis panjang-panjang. Ringkas sangat pun, susah gak. Orang macam aku ni susah nak faham..
2. Niche kurang menguntungkan
Oleh sebab aku ni memang jenis mata duitan dan suka cari duit. Jadi, bagi aku niche blog ini memang tak menguntungkan langsung. Dan aku tak nampak sebarang iklan lagi diblog ini. Mungkin masih terlalu awal bagi mereka. Ya, aku setuju. Tapi aku tetap tak nampak niche ini agak menguntungkan lebih-lebih lagi apabila aku baca kebanyakkan artikel yang ditulis oleh mereka. Majoriti bermain dengan cara selamat apabila menulis artikel. Secara automatik, aku tak nampak apa-apa jenis keuntungan dari sudut “wang”. Jika blog ini misinya bukan untuk mencari duit. OK. Teruskan perjuangan korang. Tapi mungkin ini kali pertama dan terakhir aku geledah blog korang.
Untuk tarik perhatian orang jenis aku yang memang ramai kat luar sana, tunjukkan kepada kami agar kami boleh nampak elemen yang agak menguntungkan bila kami datang ke blog tersebut. Sekurangnya, keuntungan dari sudut naluri dan perasaan biar jelas dan boleh memaksa kamiuntuk hadir ke blog itu setiap hari.
Tapi kalau nak cari keuntungan, boleh cuba cari program affiliate di Jomniaga yang memang ada banyak produk berunsurkan “Cinta”. Ambil satu dua link affiliate yang sesuai, dan promosikan dalam artikel korang.
3. Artikel kurang menarik. Tak ada ummphh..
Peh, kejam gila aku. Sanggup bagi “statement” sebegitu rupa. Haha..nasiblah. Aku bukan kata artikel tu tak bagus. Aku cuma kata, kebanyakkan artikel yang dah ditulis, kurang menarik. Kurang menggoda, kurang daya tarikan tak terkalah..
Tak percaya, tanya 10 orang blogger. Berapa ramai yang ingat SATU artikel yang menarik dalam blog korang. Atau, apa cerita yang ketara yang mereka boleh petik dan ingat bila bercerita dengan blog korang.
Ada?
Ini nasihat aku. Baca dan fahamkan sungguh-sungguh.
Kasi perencah, perisa dan ayat-ayat cinta yang boleh menarik lebih ramai orang mengunjungi blog tersebut. Sampai hari ini, aku masih tak nampak apa sebab utama untuk aku harus melawat blog tersebut. Senang cerita, tak ada “kick”. Tak ada keunikan yang mampu memaksa aku untuk pergi ke blog itu setiap hari. Jadi, hasilkan artikel yang betul-betul menarik. Ada ayat-ayat cinta yang diulang-ulang atau ada “trademark” yang para pembaca boleh ingat sampai bila-bila. Asal sebut aje ayat tu, mesti diorang akan ingat “Klinik Cinta”.
Jadi, sila tulis lebih banyak artikel yang betul-betul mampu bercerita tentang cinta, tentang perasaan dan mampu menakluk perasaan dan hati-hati para pembaca untuk terus kekal berjam-jam dalam blog tersebut. Paling senang, kalau dapat “tangkap” para pembaca selama 5 minit, itu sudah cukup untuk menjadi penanda aras bahawa blog korang diminati ramai.
Senang cerita, hasilkan novel bersiri atau cerpen. Ceritakan kisah-kisah silam korang yang boleh dikongsikan bersama. Tidak pun, buat cerita seakan-akan novel online “Mencintai Ain Maisarah“. Itu akan memaksa lebih ramai orang untuk hadir ke blog korang tanpa dipaksa-paksa.
Ya. Benda ni mungkin ambil masa. Jadi, ambil masa korang. Jika korang mampu lakukan, aku yakin blog Klinik Cinta akan jadi popular dalam masa 1 tahun sahaja.
4. Buang kategori “Puisi” dan “Resipi”
Langsung tak berkaitan. Secara jujur, artikel berbentuk puisi memang tak banyak pengikutnya. Aku sendiri kalau baca puisi kat blog orang lain. Memang langsung tak berminat nak baca. Pangkah terus blog itu walaupun hakikatnya blog itu cukup popular. Jadi, kategori ini cukup kurang sesuai untuk “Niche” blog korang. Nasihat aku, sila buang. Tapi kalau korang jenis berkeras juga nak teruskan dan berpakat tak nak ikut nasihat aku, tak apa. Itu hak korang. Korang punya sukalah nak buat apa kat blog tu. Hoho..
5. Kurang promosi.
Ya. Dari sudut promosi, aku memang nampak. Terutamanya bila kontes ini diwujudkan. Ini salah satu cara untuk tarik perhatian lebih ramai pelawat untuk membaca blog korang. Jadi, nasihat aku..bila korang atau sesiapa sahaja “RUN” sesebuah contest atau pertandingan di sesebuah blog, masa itulah korang sediakan artikel-artikel baru yang lebih menarik dan mengancam agar mampu menggoda pelawat baru korang tu untuk kekal setia membaca blog korang.
Jika artikel kurang menarik, memang ramai yang akan pergi dan takkan kembali. Orang kita ni, memang dahagakan bahan bacaan yang menarik dan menggoda perasaan dan hati-hati mereka. Jadi, tangkap hati dan perasaan orang-orang macam ini. Dah dapat tangkap, mereka memang tak boleh lari dah. Setiap hari mesti tertunggu-tunggu nak baca artikel baru dalam blog korang.
Masa itu, percayalah. Tak payah buat promosi pun, tak payah ping kat facebook pun, tak payah buat contest pun, para pembaca tetap datang tanpa diminta.
Kesimpulan.
Aku tak ada nak komen sangat bab susun atur, hal-hal teknikal dan juga hal-hal SEO tentang blog tersebut. Blog tersebut penuh dengan blogger-blogger yang memahami tentang SEO. Kalau ikut senarai penulis blog untuk blog Klinik Cinta, ada juga yang boleh mengaplikasikan teknik SEO dengan baik dalam blog peribadi mereka. Jadi, gunakan ilmu yang ada itu dengan sepenuhnya. Lagipun, blog tersebut menggunakan Blogspot sebagai platform diorang. Jadi, seharusnya lebih mudah untuk menguasai SEO dan hal-hal teknikal yang lain memandangkan kebanyakkan penulis mereka banyak yang berpengalaman dengan platform Blogspot. Lagipun, dah ramai yang tegur bab ini. Jadi, ikut dan lakukan apa yang blogger lain tegur. Itu dah lebih cukup.
Cuma yang aku tekankan, bab menghasilkan artikel yang lebih menarik dan mampu tangkap lebih banyak pembaca untuk terus membaca blog Klinik Cinta. Aku tahu ramai yang baca, tapi aku tahu ramai juga yang kecewa. Sebab paling mudah, tak ramai yang komen kat artikel-artikel yang ada dalam blog tersebut. Paling mudah untuk tahu artikel itu menarik dan betul-betul ada daya penarik yang luar biasa, biasanya akan ada lebih dari 20-30 komen dalam artikel itu tidak termasuk komen dari admin itu sendiri. Kalau dapat lebih dari 30 komen, itu bermaksud artikel itu memang ramai yang membaca dan memang ramai yang suka dengan artikel tersebut. Ini kira-kira matematik yang mudah. Tapi percayalah, memang sukar nak buat. Kena banyak berlatih untuk capai tahap ini.
Salah satu sebab utama aku tegur semua ini kerana korang memilih nama domain “Klinik Cinta“.
Itu satu pemilihan nama domain yang bagus tetapi mempunyai tanggungjawab yang besar. Umpama semacam blog korang MAMPU menyelesaikan semua masalah-masalah cinta yang ada kat dunia ni. Jadi, untuk menggalas nama domain yang agak berat ni, artikel-artikel yang dihasilkan haruslah mempunyai penarik dan aura yang yang mampu mebuatkan ramai pembaca jatuh cinta dengan blog ini. Sebab itu pentingnya memberitahu “target” atau misi dan visi dengan jelas dalam blog korang tu.
Seperti yang aku kata awal-awal lagi, walaupun bab cinta ini memang menarik dan ramai pembacanya. Tapi untuk menulis blog yang mempunyai NICHE utamaya adalah “Cinta”, ia bukan satu perkara yang mudah. Jadi, korang memang kena usaha kuat jika betul-betul nak mempopularkan dan memperjuangkan nama “Klinik Cinta”. Tapi kalau matlamat korang untuk blog ini jenis NON-PROFIT. Sila abaikan semua teguran aku diatas.
Itu sahaja.
…
….
“Bro, lu macam kondem semacam aje..”
“Dah nama pun pertandingan review. Takkan gua nak puji melambung ke langit?”
Kontes Review Klinik Cinta ini dianjurkan oleh Klinik Cinta dan di taja oleh Sweetkurma, Beautiful Places to Visit, KongsiBersamaNora, Blogger Lelaki, Fuh.My, Khairul Zamri, Pondok Kecil, HasrulHassan, Aku Penghibur, Nurmujahidah, Nabila Biela, Sheda-ucu, Irwan Alessa, Shida Radzuan, Asyrof Asri, Eyma Lydia, Jejari Comel dan Mohd Ridzwan dot com.
Ps: Kalau ada yang terasa, aku minta maaf. Tapi itu yang aku nampak. Ini Niche yang aku suka baca dan niche kesukaan aku dalam kehidupan harian aku. Sebab itu aku tulis panjang-panjang ni. Tapi kalau artikel yang ditulis dan bahasa yang digunakannya agak kurang menarik dan taman-taman dalam hati aku tak cukup huru-hara, memang aku terasa sangat. Sebab aku memang suka bercinta..
27,325 total views, 1 views today
Fuhh panjang lebar dan aku hadam habis2.. terima kasih bro atas teguran.. Akhirnya penantian selama ini terbalas.. yeah.. Kami akan cuba tonjolkan yang terbaik, bukan masa ni.. Ya betul kami perlukan ruang dan masa 🙂 apa pun teguran ni sangat membina..
Tak apa, ambil masa selama yang korang mahu. Hehe..
Insyallah boleh pergi jauh klinik cinta jika ikut teguran sifu titan ni..
huh macam surat cinta je ni… 🙂
Haha..
Aku dah terbiasa tulis surat cinta panjang-panjang..
itu sape2 pun boleh tau…lu mmg terer bab2 ayat2 ni…hehe
komen sebegini memang bagus sekali..walau Tuan komen dekat blog Klink Cinta tetapi manfaatnya untuk semua blogger termasuk saya.
terima kasih.
kadang-kadang, komen biar terasa baru ada anjakan paradigma…
betul tu. boleh di jadikan panduan untuk semua yang baru nak berusaha.
Gua tegur apa yang gua nampak.
Tak semestinya apa yang gua tulis ni betul. Mungkin ada yang silap kat mana-mana.
Harap diorang leh terima lah. hehe
panjangnya review, klu tuan belog baca memang seronoklah nak improve blog klinik cinta ni 😉
Ingat nak tulis pendek-pendek aje, sekali bila tengok balik.
Ya, gila panjang punya artikel nih. haha.. 😈
fuhyooo penat baca tapi menarik..good job..kalaulah suruh kamu review blog akak mesti best kan..
Tak berani tegur. Nanti ramai makcik-makcik datang backup..
hoho.. 😳
hehehe..betul tu..
sentap gua baca 😛
apa yang sentapnya nih. hehe..
ni kalau suruh cik titan review blog FA,konpem meleleh panjang… ==’ 😕
apa pasal plak boleh melelehnya??? 😐
terbaik bro aku suka, suka dan suka semuanya bisa dipertingkatkan lagi inysaAllah bro tak puas membaca review ini, antara review yang akan dijadikan panduan.
Sejujurnya aku tak nampak pun bahagian bro kondem pun semuanya berbentuk nasihat kalau orang tak faham gaya bro mmg cakap kondem.
Terima kasih join – salute + tabik spring 🙂
huwaaa..mmg sentap abis..hehe..tq join en. titan 😉
oh kejamnya kau ni bro hehe, tapi takpelah kejam untuk kemajuan ok apa ya tak
Sekali sekala kejam takpa. hahaha
terbaik bro..ini bukan kondem ini nasihat…dan banyak benda yang bro sebut mmg bermain dalam benak fikiran gua selama ini..dan itu yang membuatkan gua tercari-cari arah nak mendaki gunung yang mana satu…
p/s: serius gua nak tanya ni..bro Titan berapa kali dh putus cinta..hahahah
Berapa kali gua putus cinta?
Haha..gua sendiri susah nak cakappp.. 😐
bro sila jawab dgn ikhlas..hahaha..adakah ada kena mengena dgn salju di blog bro ni
Good Luck encik Titan.. Entri dah mantap ni… Ada harapan nak menang…
Review ikhlas dari ko memang best baca bro. Terbaik.
satu lagi diorang patut ambil lu jadi salah seorang penulis..hehe
Blog=blog gua sendiri huru-hara, nak tulis kat blog lain. Haha..
betul tu.. terbaik la jika bro titan jadi penulisnya…
hurmmm~ menangis baca review nih… sob~sob~
menangis sebab mcm nampak bayangan hadiah-hadiah utama kontes review nih akan terbang pergi ke En. Titan… huhu~
lalala…… dalam hati hang ada taman bro
Review ini memang kejam. Kalau tak terasa memang bukan manusia la. Kengkadang kekejaman itu akan mengubah seseorang menjadi lebih baik. Like your review bro..
Aku ingatkan aku buat review dah cukup kejam…tapi Hang punya review berganda2 kejam! Kejam bukan sebarang kejam, fakta yg dinyatakan menyokong setiap pandangan.
Biar jujur walaupun pedih dari memuji tapi hampeh…
Tahniah Titan..semoga berjaya!
Perghhhh! pedas berbisa ayat-ayat cinta dalam cadangan di atas ni. Bagus untuk mereka yang nak membesar sebagai johan…kalau dapat buat teguran yang sama pada blog hidupringkas.com tentu satu benda yang cukup berharga!
ini kalau tak tahan emosi memang tangkap nangis punya..kritikan yang kejam supaya membawa kebaikan…
wow menarik! akhirnya titan join. aku dah agak dah komen ko mesti panas punya. hahah. terbaik lahh.
Wah panjang lebar bro, bagi sikit tips cinta tu…
pasti mereka akan ambik komen bro dari sudut positif…;)
betul tu. untuk kebaikan..
Terbaik la komen macam ni. Memang pedas tapi membantu. Aku pun suka kalau kena komen macma ni bro. Ada chance tak? Haha
bro memang tak kasi can aku menang..hahaha. MANTAP!
sbb aku memang suka bercinta?..dsyt tagline, nnt ade org tiru lak..hehe
Tak terkalah dengan cinta nan puitis. Satu komen dan teguran yang membina. Walaupun pahit ku telan jua. Tuguran yang ikhlas lagi menyerlah.
Panas telinga aku membacanya ……… 😆
kebenaran itu pahit.
panas telinga?
macam mana leh jadi macam tu plakk.. 😯
Fuh, review terbaik setakat ni yang saya baca. Pedas dan tajam tetapi penting dan bermakna kerana berasas dengan pemilihan nama domain yang besar bidangnya.
hoho..eloklah di amalkan selalu
Terbaiklah review ni,ada harapan untuk menang …selamat berjaya bro
Macam biasa. Review yg tak menghampakan.
kalau “hospital cinta” tak tau panjang mana review ni…
yang penting komen jujur yang membina,
Dekat mana agaknya nak baca tulisan cerpen & novel-novel bro semua tu? Hehe.
Ulasan yang bagus. 🙂
Pandangan yang benar-benar dari seorang yang banyak pengalaman cinta dan skandal. 😯
Perghhhhj i like it..jujur dan kemas demi perkembangan klinik cinta..saya setuju dengan apa yg encik titan katakan ni..admin klinik cinta sepatutnya menilai artikel ni bukn dr sudut peribadi..tetapi nilaikn ia demi perubahan klinik mencapai kejayaan suatu masa nanti..emm encik titan, review blog pondok kecil sekali..FREE ACI DOP????haha
Kenal belajar dengan tuan lah untuk cinta..
sudikah jadi cikgu saya?
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Adha, minta copy code html senarai penaja terkini. Terima kasih – Semoga berjaya 🙂
p/s harap bro leh letakkan satu print screen klinik cinta – syarat utama 🙂
perrgghhh.. aku pon blh ambik pengajaran drp komen ni…
Perghhh!!
Komen review yang amat kejam!!
Serius!
Apapun setiap saudaraFaizal dihadam. hahah
Herm, rasanya lama dah tak masuk blog ni. 🙂
Apapun, saya kembali menulis!
review yg panjang lebar but nice! setiap org merasakannya tapi serupa.
CINTA itu UNIVERSAL & SUBJECTIVE =)
owh… patutla… baru faham… blog kalo niche puisi memang tak menguntungkan. athenye… kalo akak minat puisi akka sajak n pantun, camne ek? 😕 😕 😥
o ya, baguslah review ni, at least akak dapat ilmu baru