Berita gembira buat blog-blog aku yang ada iklan nuffnang. Blog Earncent aku tu dah dapat buffered earning yang ketiga. Setakat ini masih sikit aje CTR bonusnya dan aku kurang faham macam mana aku boleh dapat CTR bonus untuk setiap buffered earning yang aku dapat. Maklumlah, aku baru aje dapat balik status Glitterati, jadi memang sakit kepala gak nak bagi kepala otak yang genius ni untuk faham semula benda yang aku dah lama tak dapat sejak setahun lepas. Dulu, masa akaun biasa, aku tak ada nampak benda ni semua. Tapi bila dah dapat, lagi tak faham aku dibuatnya. Tak apalah, mungkin pihak Nuffnang ada penjelasan yang lebih sesuai dan mungkin satu hari nanti aku akan faham juga.
Ok. Satu buffered earning dari Nuffnang untuk blog “make money online” aku tu. Blog ni dah lama aku buat dan aku update apa yang patut. Agak rojak juga. Tapi ada beberapa kategori yang menjadi niche utama untuk blog itu. Ada juga sub-niche untuk blog itu dan banyak juga trafik yang aku dapat dari search engine. Jarang sudah aku buat blog commenting atau article commenting untuk blog tu. Hasilnya selepas 2-3 tahun, trafik masuk tanpa diminta setiap hari. Walaupun tidaklah sampai 1-2 ribu setiap hari, sekurang-kurangnya, trafik hidup atau trafik original tu tetap hadir ke blog itu walaupun kekadang aku tak update sampai seminggu lamanya. Huhu..
Untuk blog Earncent aku tu pula, baru aje buffered earning yang ketiga dari Nuffnang. Setakat ini, memang naik dengan baik. Satu demi satu buffered earning datang menyapa. Siap ada CTR bonus lagi tu yang tak tahan. Ada orang kata, susah nak dapat CTR bonus ni. Tapi aku rasa ianya mesti ada kaitan dengan peratus CTR yang tertera kat akaun kita tu dan juga bergantung juga dengan trafik yang datang ke blog kita. CTR ni biasanya khusus untuk trafik. Tak tahulah trafik ke blog aku atau trafik ke advertiser. Terima kasih kepada Prudential berminat menggunakan Nuffnang untuk beriklan dan terima kasih kepada Nuffnang sebab memilih blog aku tu. Camana diorang bagi buffered earning pun aku tak tahu. Jangan tanya aku. Benda ni masih misteri.
Jadi, jika korang tanya dengan aku, boleh atau tidak buat duit dengan Nuffnang. Jawapannya adalah.. BOLEH!
Ps: Aku harap buffered earning untuk blog kerjaya dan pendidikan tu akan dapat buffered earning dari Nuffnang juga. Tak dapat satu, bagi empat pun dah kira ok apa..
2,668 total views, 1 views today
Tumpang tya. sy budak br belajar.
knp di earning sytakde pun column CTR Bonus tu. Tp ada column Type.
Lg satu sy bk tya, apa maksud LR, LB, SS di belakang nama campaign tu.
Sekian terima kasih 😉
kolum CTR bonus? Ada tu kat bahagian earning. Cuba check semula.
LR tu – large rectangle. Iklan nuffnang yang empat segi yang agak petak tu..
LB – leaderboard. Iklan 720×80. Iklan yang selalu orang letak kat header atau atas blog tu..iklan yang panjang-panjang tu..
SS – skyscraper. iklan yang selalu blogger letak kat sidebar.
Faham kan?
Berkenaan dengan trafik tu… Agak menakjubkan selepas 2 tahun ye baru dapat trafik dari search engine??
Bukanlah selepas 2 tahun. Tengok blog yang mana satu. Ada yang dapat selepas 2-3 bulan, ada yang dapat sebulan..ada yang macam aku, 2 tahun baru nampak hasil. So, bergantung. Ada masanya cepat, ada masanya lambat.. 😀
Still tak berapa jelas dengan CPUV or buffered earning ni sebenarnya.. Huhu~~