1. Ramai blogger yang tinggalkan Nuffnang hanya kerana mereka tak dapat Buffer Earnings. Adakah hanya dengan buffered earnings sahaja cara untuk buat duit dengan Nuffnang? Tidak. Korang masih boleh buat duit dengan Nuffnang melalui klik-klik yang korang dapat. Cuma gandakan usaha. Nilai klik untuk blogger yang mempunyai status Glitterati lebih tinggi berbanding akaun biasa.
2. Penting sangatkah BE sehingga menjadi penanda ukur bagi mereka? Bagi blogger baru dan blogger yang rasa nak duit cepat. Ya. BE sangat penting bagi mereka. Tidak pada aku. Aku masih mampu buat duit dengan Nuffnang tanpa buffer earnings. Sudah hampir 2 tahun aku berstatus ordinary. Tapi aku masih berjaya buat duit dengan Nuffnang. Jika aku boleh, korang juga boleh.
3. Adakah keupayaan setiap blogger berbeza? Ya. Ada setiap blog boleh menyertai Nuffnang. Ya. Adakah semua orang boleh buat duit dengan Nuffnang. Ya. Jadi, apa yang tidak? Tidak bagi mereka yang malas berusaha dan tidak yakin dengan diri mereka.
4. Nuffnang bukan segala-galanya. BE juga juga bukan. Duit dan cek juga bukan segalanya. Tetapi untuk beli beras dan benda yang kita suka, semuanya memerlukan duit. Tapi duit tidak boleh beli segalanya.
5. Cukup-cukuplah kutuk dan menyalahkan orang lain. Buat sesuatu yang berbeza dan hasilkan sesuatu yang memuaskan hati korang. Tak perlu salahkan orang lain. Lebih baik diam dan fokus dengan apa yang kita mampu lakukan. Bukan pasrah dengan kekurangan kita. Kita harus tahu, lebih ramai orang yang kurang bernasib baik berbanding kita.
6. Orang buta, orang yang kudung tangannya, orang yang cacat dan ramai lagi. Mereka tidak boleh cuba buat duit dengan Nuffnang. Menghampiri tahap mustahil. Jadi, bagi korang yang sihat dan bugar, patut rasa malu sebab korang lebih mampu untuk buat duit dengan Nuffnang.
7. Sudah ramai yang kecewa dengan Nuffnang. Sebabnya? Tak dapat BE. Tak dapat seperti yang korang mahukan. Jadi, anda putus asa? Hey, ini hanya membuktikan bahawa korang lemah. Jika aku salah, buktikan dengan usaha. Bukan dengan hanya kata-kata kosong tanpa bukti kukuh sebagai tanda korang berjaya membuktikan kelemahan korang.
8. Ramai blogger kata Nuffnang penipu dan bias. Bagi aku , korang kena buktikan jika benar. Apakah buktinya. Yang penting, mesti kukuh. Hanya 2 cara utama untuk buat duit dengan Nuffnang. Klik dan impression. Tanpa BE, memang korang takkan boleh buat duit melalui CPM atau impression. Jadi, yang tinggal. Dapatkan lebih banyak klik. Tak dapat langsung klik? Jadi korang mengharapkan pada buffer earning semata-mata? Hey, Nuffnang bukan pusat kebajikan. Bagi duit percuma. Nak duit, kena kerja. Kena usaha.
9. Nampaknya penangan buffered earnings Nuffnang benar-benar membuatkan ramai blogger kecewa dengan Nuffnang dan bercerai talak tiga dengan Nuffnang. Semuanya mahu cari awek comel Innity dan gadis Advertlets atau awek mat saleh Adsense. Emm, biarlah. Ada aku kesah..
10. Aku bukan sokong Nuffnang. Cuma aku dah bosan baca pasal ketidakpuashatian korang tu. Nak duit, buat cara nak buat duit. Jangan jadi poyo.
3,349 total views, 1 views today
Salam bro..aku membaca blog earncent.com dengan penuh setia dan sabar..Untuk entri pasal NN ni, aku pun setuju, bukan apa, 1 aku ni blogging tak macam orang lain, tiap2 hari online, so kalau tak ada BE pun, aku still blogging, 2 aku ni setia pada yang satu, as long as iklan lain tak kacau NN aku, aku still pasang iklan lain, tapi NN tetap priority, dan yang last sekali, aku percaya rezeki masing2, kalau dah rezeki, tak perlu BE kan??
Yap. Kalau dah rezeki, takde BE pun takpe. Yang penting, yakin yang kita akan dapat rezeki tu. Rezeki tu Allah yang bagi. Syarat nak dapat, usaha. Dan ada level-level usaha tu. Ada level 1 hari, memang ada yang dapat BE terus. Ada orang lain, lepas setahun, baru dapat BE..ada orang 2-3 bulan, baru merasa BE. Normal la tu..Yang tak best, ramai yang kutuk-mengutuk tak puas hati aje..kurangkan tulis benda yang bukan-bukan dan lebihkan pada usaha. So, rezeki tu akan datang dengan sendirinya.
Terbaik..thanks for sharing..Jamal pun nak share jugak cmne jamal dapat banyak BE selepas hanya sebulan register ngan NUFFNANG..
dalam masa 3 bulan je jamal dah dapat 9 BE..not bad kan..nie jamal kongsikan 15 tips untuk korang semua..harap2 dapat membantu
15 CARA DAN TIPS NAK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS DARI NUFFNANG
rezeki pada masing masing….
den dh masuk 3 tahun guna nuffnang xpenah dpt buffer.. =)
Assalammualaikum, terimah kasih bagi informasi yang sangat menarik. Saya bloggerr newbie dan baru saja mendaftar sbg ahli nuffnang. Yer, betul tu betul kiter kene jga bersabar klau nak dpt BE kan walaupun, saya tak pernah dpt BE lg tp saya akan berusaha lg. Orang kata “usaha tangga kejayaan”. So, sama2 kiter berusaha. hihi. Fighting ! 😉
Yeah! Ini semua poyo..! Haha!
Haha..memang poyo, bila dpt duit nuffnang..puji..bila xdpt duit..join innity pastu condemn nuffnang..kekekeke
Rasanya betullah takkan BE je nak disalahkan.
Sebenarnya kita MESTI belajar cara-cara lain bila nak guna nuffnang ni.
Betul kan Cikgu? 🙂