1. Baru sahaja habis layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Ramai yang aku jangka menang, Sam, Zizan, Remy Ishak, Ana Rafali, Faizal Tahir, Lisa Surihani dan Khiriah. Cuma Fasha Sandha aje aku tak jangka. Untuk Anugerah Bintang Popular, memang aku target Sam. Ternyata, tak sia-sia Siti Nurhaliza tarik diri. Sam yang bakal membawa hadiah hampir 400 ribu ringgit malaysia tu. Ingat, hampir 400 ratus ribu! Siapa nak bagi tu! Tak sia-sia mak dia hantar sms dan vote hari-hari..
2. Persembahan dari jaguh-jaguh lawak kurang menyengat malam tadi. Lebih baik diorang buat satu sketsa lawak berbanding menyanyi. Rasa cam tak best aje. Hambar.
3. Semua yang nyanyi aku rasa macam tak best kecuali Pakcik Azlan Typewriter, Cik Ana Rafali and the geng dan Makcik Siti Nurhaliza. Persembahan terakhir dari Siti Nurhaliza memang best. Dah lama aku tak tengok Siti perform bertenaga macam ni walaupun aku rasa macam dia ada pancit sekejap-sekejap.
4. Klimaks yang memang betul-betul klimaks malam tadi adalah ketika si Usop dan Johan datang bako part terakhir Anugerah Bintang Popular. Habis Raja Azura, Shahirah dan Zizan. Semua tak leh masuk bila Usop datang dengan Johan. Memang kelakar tahap cipan sampai semua orang berdiri tak tahan gelak diorang. Lebih tak tahan bila Usop pula yang bagitau siapakan Bintang Paling Popular untuk tahun 2010 yang akhirnya jatuh ke tangan Sam. Kena pula bila Sam datang dengan maknya. Siap boleh buat show 10 minit sebelum terima trofi. Sejujurnya, memang aku dan beratus ribu rakyat Malaysia mahu dia menang. Maaf bagi Zizan, Remy Ishak dan Fara Fauzana. Tahun ni, turn Sam pulak aa..
5. Confirm esok ramai orang complaint tak puas hati macam-macam. Mengapa fara fauzana tak menang, kenapa zizan terkucil, kenapa pengacara agak celupar, kenapa macam tak lawak dan sebagainya. Tapi overall, aku rasa bab bagitau siapa juara bagi ABPBH, inilah yang terbaik sekali. Terselitnya Usop dan kerusi rodanya, benar-benar mengubah suasana malam tadi.
Ps: Cukup. Nak tahu cerita lain, korang baca blog orang lain plak. Aku malas nak cerita banyak-banyak. Penat aje taip nih. Bukan kelakar pun. Haha..
1,263 total views, 1 views today
Dari kecil sampai la ni pun saya tetap like Dato’ Siti Nurhaliza je. 🙂
Yang lain like yang biasa-biasa.
Hhaha ..