Haa.
Siapa sebenarnya encik Puvanesan ni?
Dia sebenarnya kawan sekolah rendah aku. Satu kelas dengan aku ketika darjah 6. Masa tu, aku ketua kelas 6 Kenanga. Jadi, kiranya dia anak buah aku yang kena aku jaga. Selalu, kalau kelas bising, aku yang kena maki dengan cikgu. Kalau budak-budak kelas aku buat hal, aku yang jadi mangsa amarah cikgu-cikgu. Kalau buku latihan tak cukup masa hantar kerja rumah yang diberikan, biasanya aku akan kena ketuk dengan pembaris kuning tu DUA kali berbanding rakan-rakan aku yang hanya kena SATU kali sahaja.
Masa tu, memang aku rasa aku ketua kelas paling malang kat Bumi. Tapi aku tahu, kawan-kawan aku semua sayangkan aku. Bila ada lawan bola dengan kampung sebelah atau taman lain, aku diimport tanpa bayaran. Demi untuk mempertahankan maruah taman aku. Taman Sri Putra, Banting.
Bila ada member takde duit nak bayar cendol..memang biasanya aku akan hulur juga walaupun bakinya cukup-cukup untuk belanja aku untuk sekolah agama. Tak apa, kawan punya pasal..kan? 50 sen, bukan aku tak boleh cari. Cabut 100 helai uban mak aku..dah boleh dapat satu ringgit..so, aku takde masalah nak belanja kawan-kawan aku semangkuk cendol.
Kembali ke cerita Puvanesan.
Aku panggil dia Puva. Kawan-kawan pun panggil dia Puva. Tak kurang juga ada yang panggil dia “keling” atau india. Tapi dia TAK PERNAH kecil hati. Dia senyum aje. Paling teruk, dia buat muka masa sampai budak-budak malas nak layan dia. Mana tidaknya, dalam kelas aku, dia seorang sahaja yang berbangsa India. Jujur, kekadang aku kesian jugak dengan dia. Tapi, korang faham-faham la. Masa tu, kalau aku berpihak kepada belah dia..aku akan kena PULAU dengan member-member aku yang jenis tak makan saman tu. Bab mengejek ni..memang sangat ditakuti ketika zaman aku sekolah dulu. Silap hari bulan, berminggu-minggu kawan tak tegur. Apatah lagi nak ajak makan cendol sama-sama.
Satu hari..pihak sekolah akan mengadakan rombongan akhir tahun untuk budak-budak darjah 6. Tapi, dia cuma pilih dalam 40 orang sahaja dan yang pergi budak-budak kelas pandai aje. Jadi, dari guru kelas aku..kami dapat tahu cuma 15 orang sahaja yang akan dipilih dan 15 orang itu akan dipilih secara MANDATORI bagi sesiapa yang dapat nombor 1 hingga 15 dalam peperiksaan akhir tahun.
Dan yang bertuahnya, akulah orang yang ke 15 itu. Pendek kata, aku adalah orang terakhir yang bertuah untuk melayakkan diri ke rombongan darjah 6 yang sentiasa diadakan setiap tahun. Memag rombongan macam ini ditunggu-tunggu oleh kami sejak darjah 1 lagi. Maklumlah..ini aje peluang nak jalan jauh dari rumah bersama-sama kawan sekolah.
Dipendekkan cerita..rombongan sekolah akan melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Jadi, merayau la kita orang kat Penang tu dalam 3 hari 4 malam. Mak abah aku bagi aku RM100 aje sebagai tambang belanja. Itupun, aku macam dah jadi orang dewasa bila kali pertama pegang duit warna merah sebanyak sepuluh keping.Selalu simpan dalam kocek belakang dan check sentiasa takut-takut kena curik.
Dan ditakdirkan..kami diagih-agihkan dalam hotel. Satu bilik, 6 orang. Dalam satu bilik, ada 2 katil king size kalau tak silap aku. Boleh muat 3 orang. Dan ditakdirkan lagi..
Aku satu bilik dengan Puva.
Lebih sedih..seorang pun tak nak kongsi satu katil dengan Puva. Dan sebagai ketua kelas 6 Kenanga yang comel dan digilai ramai gadis-gadis..aku mengatakan bahawa aku sanggup tidur satu katil dengan Puva. Dan lagi 4 orang, tidur bersesak dekat satu katil lagi. Lantak korang lah, aku dapat ruang lebih sikit. Lagipun, Puva ni kurus. Lagi banyak ruang aku nak tidur. Haha..
Dan lepas 15 tahun lebih kemudian selepas darjah 6, aku tak jumpa Puva. Tiba-tiba, aku habis balik dari UMS pada tahun 2007, aku terjumpa Puva. Dia kerja sambilan dengan pakcik dia di kedai gunting dekat taman perumahan aku. Dan 2-3 tahun kemudian..dia berjaya bukak kedai guntingnya sendiri.
Aku terpegun. Juga bangga.
Bagi orang yang agak slow, kaki bangku, tak pandai bersukan, tak berapa pandai dalam peperiksaan, nak bawa toyol pun tak reti, selalu kena BULI..selalu diejek..selalu bawa botol air ke sekolah tapi kini dia dah ada perniagaan sendiri dan kedainya sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang dok buli dia dulu..agak jauh berbeza.
Aku kagum. Aku sendiri tak sehebat itu. Aku cuma mampu tulis ebook dan jual aje.
Dia..dah pergi jauh meninggalkan aku dalam dunia yang berbeza.
Bila aku tanya dia..macam mana dia boleh pergi sejauh ni?
“Fokus dan minat. Itu sahaja..”
Simple. Tapi aku dapat tangkap maksud dia.
** Baru aje lepas gi gunting rambut kat kedai dia tadi. Kalau kat Banting ni, aku tak pergi kedai lain dah. Kedai dia yang aku pergi. Sekurangnya..dapat berborak dan bertanya khabar.
Ps: Ya, Puva juga masih bujang. Inilah masalah lelaki kacak macam aku dan Puva. Lambat benar nak kahwinnya. Haha..
7,712 total views, 1 views today
Tentu seronok bila dapat tahu “kawan baik” suatu ketika dahulu… Kini telah berjaya… Saya juga tumpang gembira membaca kisah kejayaan Puvanesan….
ok la dapat jumpa lagi geng sekolah rendah..kawan aku semua dah hilang entah ke mana..dengan aku sekali menghilangkan diri..hehehe
memang hebat puvanesan tu
Dengan minat dan sedikit usaha pasti berjaya, ini bukti orang malas serta kacak akan menikmati hasil yang berlipat ganda dengan usaha yang juga berganda..
Kisah yang menarik dan membuatkan kita untuk berfikir sejenak…
“Fokus dan minat”
aku rasa ko ada jodoh ngan puva la..
tahniah buat encik Puvanesan. sekarang dah boleh pegang kepala orang yang buli dia….doa orang terinaya makbul…
Sama saja tu. Dua-dua dah berjaya. Seorang berjaya dalam perniagaan konvensional dan seorang lagi berjaya dalam perniagaan internet…sama-sama cipta kejayaan.
puva tak ada adik perempuan ke, bro?
kira Puva ni pun genius dan pandai gaklah. sebab tu dapat pergi rombongan.
Bro kena ajar dia berblogging. kalau dia takde customer, bolehlah dia berblogging. cari duit tambahan melalui blog
camtuh la kan, rezeki masa depan sapa yg tahu.
p/s: pesal aku rasa blog titan nih lepas kemas dr biasa eh?
Selagi ada kemahuan pasti boleh berjaya…
kalau kita ada minat dan fokus. memang betul kita akan berjaya.
cuma kita perlu tahan dan kuat nak hadap semua dugaan dan cabaran itu
tahniah buat Puva , semoga perniagaannya terus maju….
bangga dengan kejayaan kawan sendiri. ^_^
aku dapat detect rasanya ko gunting akan dapat diskaun..kan?heheee
apsal kisah ko ni menarik aku baca, terbaik lah
belum terserlah kekacakan jika belum kawin, tu fakta ke ingat hehehe
pilih je mana2 awek yg kaya raya,,, ekekeke
Hebat en.Puvanesan ni yea, Minat dam fokus perkara yang penting untuk berjaya. TQ en.titan
dia guna kelebihan yg dia ada utk berjaya. yg penting tau apa matlamat 💡
Hehe..mesti seronok kan dapat bersua muka setelah sekian lama tak jumpa..emm nanti ada jodohnya kawin jugak lahhh..
Bro dah kahwin. Mungkin Puva pula selepas ini.
Terima kasih encik puva…kerana usaha dan kejayaan anda😅😅😅😅