Jam sekarang menunjukkan pukul 4.18 pagi.
Aku tertidur sejak kul 9 malam tadi.
Dan terbangun pada pukul 11 malam tadi.
Buka mata sahaja, aku pergi ke luar bilik dan lihat kawan aku tengah sibuk buat kerja sekolahnya.
Maklumlah, kerja sebagai pendidik ni..tak ada masa berhentinya.
All the time.
Setiap masa, memikirkan tentang murid-murid dan budak-budak zaman sekarang.
Demi melahirkan bangsa dan manusia yang lebih berdaya saing, menguasai 3M dan berfikir secara genius dan kreatif untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Benda tu susah, tapi bukan perkara yang mustahil.
Cuma perlu mengambil masa.
BARU – The Mind Blowing.
Aku berfikir sejenak.
Sempena tahun 2015 ini dan kita akan ada kurang dari 5 tahun untuk sampai ke tahun 2020.
Aku punya impian baru, strategi baru dan projek-projek baru
yang perlu direalisasikan.
Secepat mungkin.
Bukan apa, aku tak tahu berapa lama lagi aku mampu bernafas dan terus hidup disamping mencabar kemampuan diri setiap hari. Selagi masih boleh bernafas, selagi masih boleh bergerak tulang 4 kerat ini dan masih mampu mencedok cendol ke dalam mulut, aku akan usahakan untuk capai segala impian aku.
Terutamanya dalam dunia blog dan online.
Tugas aku sebagai blogger dah tamat. Terutamanya untuk kekal dalam dunia “blogging” untuk satu jangka masa yang lama.
Sejak tahun 2001, aku tak pernah berehat demi membantu dan memberi nilai kepada blogger-blogger baru agar terus berdaya saing, kekal dengan momentum dan tidak mudah putus asa dari menghasilkan pendapatan melalui blog.
Susah untuk “STAY” dalam niche ini sebenarnya. Susah untuk menghalang blogger-blogger ini dari berhenti dan sukar untuk mempengaruhi mereka bahawa dunia blog ini mampu membuka 1001 macam peluang yang kita tidak nampak.
Aku nampak peluang dan potensi itu, dan aku mahu blogger-blogger BARU ini juga nampak peluang dan potensi itu. Bukan aku mahu berdabik dada, tapi tatkala ramai blogger yang dah tak aktif, ramai blogger yang beralih arah ke dunia Internet Marketer dan ramai blogger yang dah putus asa, tetapi aku masih kekal setia menunggu lebih ramai blogger untuk galas tugas aku ini.
Ya.
“Siapalah aku yang syok sendiri dengan tugas yang tidak pernah diamanahkan kepada aku ini?”
Its my mission. Its my passion. Its my way to help and to inspire people. Its my way to earn BIG money.
Its one of my BIGGEST dream.
Dan aku harap, aku yang aku tulis selama ini dapat memberi nilai dan membantu serba-sedikit dalam kehidupan menulis blog korang. Walaupun mungkin tidak banyak, korang dapat sikit ilmu dari perkongsian aku, itu dah lebih cukup.
Aku tak mintak apa-apa. Aku tak mintak diucapkan terima kasih. Aku tak minta apa-apa balasan.
Aku tak mintak dihargai atau diberi penghormatan.
It just like what i’ve always said before..
“This is my JOB. I’ve must done that.”
It’s time to move on. To another level.
BIRU – The Beginning.
Aku ada prinsip asas ketika bermain dalam dunia blog ini.
Dan aku ambil serius dalam setiap permainan yang aku main.
Dan bila bermain dalam seseuatu permainan, aku sangat BENCI untuk kalah.
Dalam permainan, cuma akan ada DUA sahaja keputusan. Menang atau kalah.
Dan prinsip BIRU aku sangat mudah.
Buat
Bila aku mula bermain dalam bidang ini, aku kena BUAT macam-macam benda. Buat ini maksudnya, kita bertindak. Kena buat kerja. Kena buat itu dan kena buat ini. Tak boleh malas. Tak boleh beri alasan. Tak boleh salahkan masa yang tidak mencukupi. Untuk capai impian dan target aku, aku kena BUAT kerja.
Tak buat kerja, tak buat apa-apa.
Aku tak dapat apa-apa.
Cita-cita tak tercapai, strategi gagal dan impian terkandas.
Jadi, aku kena buat kerja. Sebab tu, aku selalu nasihat korang agar buat kerja, buat kerja dan buat kerja.
Baru akan ada hasil yang cemerlang.
Ilmu
Ilmu itu penting.
Selagi masih mampu bernafas dan tulang 4 kerat ini masih boleh buat kerja, belajarlah sampai ke nafas yang terakhir.
Dan bila belajar, kita kena cari guru yang betul, cikgu yang bagus dan Tuk Guru yang ada validation yang kuat.
Barulah korang boleh dapat hasil yang cemerlang.
Nasihat aku, belajar. Banyakkan membaca, banyakkan bertanya, banyakkan berfikir.
Belajar ni, tak ada had masanya.
Research
Maksud dalam melayu adalah kajian. Sejak aku mula main dalam bidang blog ni, aku banyak buat “RESEARCH”.
Sampai tak cukup tidur. Sampai mengantuk kat sekolah. Sampai bini pun marah. Sampai mak pun mengamuk sebab tak cukup tidur.
Dan lebih ajaibnya, aku mampu bertahan kerana aku buat benda yang aku minat dan benda yang aku mahukan.
Bila kita ada sesuatu yang perlu dicapai, proses ke arah itu akan jadi lebih mudah.
Asalkan kita tidak lupa akan IMPIAN kita itu.
In-sha Allah, usaha dan pengorbanan kita itu akan dibalas dengan hasil yang lumayan.
Ulang
Proses ini sangat penting bagi seorang blogger yang mahu menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan blog.
Dan aku dah cakap benda ini banyak kali.
Untuk jadi seorang yang berjaya dalam bidang blog, proses ULANG atau “repeatation” ini adalah makanan harian mereka. Dan jika korang rasa proses ini sangat membosankan, itu adalah normal.
Semua hardcore blogger akan mengalaminya.
Dapat duit hari-hari memang akan jadi satu perkara yang membosankan.
Believe me, i’ve feel that.
BUT, dengan perkara yang bosan itulah korang akan dapat capai banyak perkara yang berbeza dalam kehidupan kita. Believe me, it always like that. Apa yang berbeza, bagaimana kita menghadapinya dengan cara yang lebih matang dan tidak menyusahkan orang disekeliling kita.
Kadang-kala, kita perlu buat benda yang bosan untuk dapat hasil yang menarik.
The result always give MORE people happiness.
.
.
BURU – The Process.
Dan sejak itulah, aku sentiasa BURU impian aku.
Agar impian aku tercapai.
As “affiliate hunter”, proses memburu adalah perkara yang biasa dalam kehidupan mereka.
DUA kerja online yang aku selalu buat sebagai seorang blogger adalah memberi servis dan buat duit dengan affiliate. Kedua-dua kerja inilah yang memberikan aku hasil yang seperti korang nampak sekarang.
Lumayan, kan?
Dan dua kerja inilah sampai bila-bila takkan hilang dan takkan tepu pasarannya.
Percaya atau tidak, sudah RAMAI jutawan yang terhasil dari DUA bidang ini walaupun pada mulanya mereka cumalah seorang blogger yang tiada nama.
Jika korang betul mahu mengubah sesuatu dalam kehidupan korang dan dalam masa yang sama korang adalah seorang blogger, pilihlah antara dua kerja ini atau lakukan kedua-duanya.
In-sha Allah.
Dua skop kerja ini akan membantu korang dalam banyak perkara untuk BURU dan capai impian korang.
Kesimpulan.
Tahun 2015 adalah tahun yang cukup sukar untuk kebanyakkan orang.
Korang perlu semangat BARU untuk keluar dari beban dan belenggu yang menghantui hidup korang.
Prinsip BIRU aku adalah jalan keluar dan strategi yang sesuai untuk aku. Cipta strategi dan prinsip korang yang tersendiri agar korang boleh mengatasi masalah korang dan BURU impian korang tanpa toleh ke belakang.
Masa depan terletak ditangan korang.
Bukan pada tangan orang lain.
Jauh sekali, tangan Perdana Menteri.
Korang yang corakkan kehidupan korang.
Mahu masa depan yang hitam, atau masa depan yang putih.
Its for our OWN survival.
5.24 pagi.
Bilik gelap Encik Titan.
15,705 total views, 6 views today
Biru-biru gunung kinabalu, tengok dari jauh, hati saya rindu.. eh? hehe
Good konsep bro, 2015, satu cabaran buat diriku jua.. semoga kita berjaya mencapai apa yang diinginkan.. amin..
0705 pagi
Bilik Biru Aretikz
lewatnya bro titan tdo.. dpt mengambil sesustu dlm entry bro..kdang2 lost je jd blogger..
Salam Bro..
Lawatan pertama di blog bro….salam kenal
Pantas! Aku tengah buntu cari idea lagi nih…
Good luck bro!
dh ready nak berenti jadi cikgu ka?hahaa..kasi blue ocean strategy le tu
lom ready.
gua masih sayang budak-budak gua. 😆
macam gempak je projek kali nie…
entri nie best….ada panduan untuk blogger macam aku…
😉 😉 😉
kita bertanggungjawab pad acita-cita dan impian kita sendiri. walau orang lain mungkin kata tak boleh, tapi kita tetap boleh buat jika itu memang yg kita mahu.
macam mak jemah sendiri permulaannya orang sekeliling mungkin tak yakin dengan keputusan berhenti kerja untuk tumpukan pada bisnes melalui blog. tapi siapa orang lain utk tentukan masa depan kita.
Alhamdulillah hingga saat ini mak jemah tak pernah rasa menyesal.
Sekarang ini banyak platform baru yang memberikan lebih berdaya saing. Terkejut apabila mendengar bekas akauntan buat duit di Instagram dengan pendapatan 6angka sebulan. Teknik yang digunakan semuanya yang mudah dan tidak pernah terlintas diakal. Beliau bijak nampak peluang untuk manipulasi walaupun tidak mempunyai pengetahuan teknikal IT, Photoshop dan sebagainya. Promo jualan produk semua di mobile apps sahaja termasuk edit gambar produk jualan pun mengunakan mobile apps sahaja didalam masa 2 minit sudah siap edit dan pos.
Maksud disini untuk berjaya. Sesiapa pun boleh berjaya. Bijak mengunakan peluang yang ada.
Setuju sangat.
Memang setiap hari repeat semua pelakuan kita tue.
Naik jelak juga sebenarnya.
Tapi kena bertabah dan lakukan dengan minat.
Jadi seronok la.
Tapi motivasi yang terbaik.
Ko orang lama dalam dunia blog.. aku respek ko bro. tabik spring.
Banyak betul idea untuk tulis macam ni. Memang respect lah…
good luck dalam apa jua cita-cita dan impian..
Betul juga sepertimana yang En Titan kongsikan ni.
Kadangkala wan sendiri pun mudah sangat puas hati dengan apa yang wan dah ada walhal ia bukan permanent pun. Bila-bila masa pun leh ilang. Wan lupa untuk terus berjalan kedepan…mungkin lupa diri juga. Wan kena fokus untuk next new target sebab dalam idup, tak ada fullstop untuk apa-apa kecuali mati sahaja.
Love your quotes yang kat atas-atas tu. Buatkan wan pikir indirectly.
dan satu lagi.
sayangilah isteri-isteri anda. 🙂
semoga tercapai big dreamnya encik Titan memang harus kerja keras ya untuk dapatkan mimpi kita
terbaik entri bro..entri aku masih draf..xde idea..hahaha
Aku rasa macam bersemangat je bila baca blogpost ni.
Wahh..
tiba-tiba bersemangat eh.
memang bosan tapi best dpt duit tu yang boleh cakap saat ni hiii…
Setiap kejayaan perlukan usaha… walaupun rasa macam dah nak muntah bila buat perkara sama setiap hari..
Ehh..
takpe kalau termuntah.
tu tanda nak dapat baby baru. 😆
rindu pulak zaman aku jadi cikgu, baru setahun berhenti 🙂
Dah berhenti rupanya.
Ingatkan masih lagi. 😯
Teruskan memburu impian dan selamat maju jaya..
Saya ni baru nak bertatih.. dulu ada buat blog, tapi terkubur, buat 2 orang, yg lagi sorang give-up awal2 sebab tak nampak duit..
Menyesal pulak ajak orang buat blog sebab duit.. padahal yang penting apa yang kita nak sampaikan.. hmmm..terpaksa mula semula.. 🙂
give up awal tu biasa.
Cuma jangan jadikan satu kebiasaan yang kekal.
teruja dan terinspire plak lepas baca post ini .
terima kasih boss atas ilmu ini.
inilah kenapa tuan dipanggil legend, atau blogger otai atau yang sewaktu dengannya. tuan tahu apa yang tuan nak sampaikan dan bagaimana nak menterjemah dalam bentuk perkataan yang mudah difahami. terima kasih, terima kasih dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami dan memberi suntikan motivasi. petunjuk dah ada, tinggal lagi nak asimilasi.. betul kata pepatah “tepuk dada, tanya selera”.
saya bagi 5 bintang oppo
nak handset oppo 5 set! 😈
Artikel yang memberi motivasi kepada rakan2
satu entri kelas A++ bukan puji tetapi realiti..rasa nak baca dua kali la nie.
Aku baca lebih 5 kali sebelum publish ni.
hehe.. 😈
memang sahih penjelasan seorang cikgu
selamat memburu impian!
Ya.
Masih memburu impian-impian.
kadang-kadang terfikir juga, kenapalah susah-payah berbelog bersengkang-mata kan.
tapi, itu adalah perkara yang disukai, part of menulis juga, jadi tetappp juga buat.
bosan memang wujud, tapi bila suka, datang semula.
terima kasih En. Titan.
biasalah tu kalau bosan.
haha.
moga segala impian tercapai..mak jemah pun ada banyak juga projek baru nak buat 2015 ni. moga dipermudahkan.
wah, banyak ye projek mak jemah.
semoga berjaya menjual ribuan dan jutaan vitamin dan menjadi kaya.
Amin.
wahhhh, biru mata hitamku baca entry nih 🙂
terima kasih beri teguran dan perkongsian, thorbaekk!!!
peh.
best gila mata leh jadi warna biru.
yep, semuanya bergantung kepada diri sendiri 😉 😉
moga bermanfaat semua ilmu2 yg encik titan curahkan. 🙂
Salam kenal admin…saya baru berjinak-jinak dengan dunia blogger ni. Moga dapat banyak ilmu dengan selalu singgah ke blog admin ni..
Selamat berkenalan.
Tahun ni ..Aya semangat nak improve skill SEO… hihihi
Jangan cakap aje.
sila update blog ye. 😈
Salam kenal en titan…saya baru berjinak2 dengan dunia blogging.Akan selalu singgah di sini kerana entry yang sangat motivasi..
Selamat berkenalan.
Tak apa. Pelan-pelan dan ambil masa anda.
Nanti, lama-lama akan faham konsepnya secara kondusif.
Betul tu, ilmu sangat penting…
entry yg penuh semangat. terasa macam ada aura naruto. hehe… Terima kasih… en.Titan, anda adalah antara inspirasi sy, walaupun blog saya tak aktif. Antara telah meniupkan semangat saya untuk jadi Top commenter hari ini! wow…
Gembira melihat en.Titan terus menulis.
Ya.
Aku akan terus menulis kalau ada masa.
Kalau tak ada masa, tunggulah bila aku ada masa ye.
Haha.
Terima kasih yang tak terhingga..artikel ni memang menaikkan semangat saya yang tengah sangat down sekarang ni…insyaAllah…dapat banyak semangat dah ni…menlonjak-lonjak..nak print artikel ni..nak letak kat dinding dalam SOHO.. 😳
Hehe..
sampai nak print terus artikel ini.
Print jela kalau berminat.
Tapi guna dakwat sendiri la ye. 😳
artikel yang menembusi kalbu..terima kasih cikgu
Memang lain dia punya falsafah tu, terbaik le.
Niat baik mesti dipermudahkan dan dibalas baik juga. insyaaAllah 🙂
Lawatan pertama ke dalam blog bro.. memang memberikan ku semangat untuk meneruskan ber blogging dan ber affiliate.. 😀 😀
Baca dari mula sampai habis…
inspiring story…
Good luck bro titan…
Baiklah. In syaa Allah akan bina balik affiliate yang dah lama ditinggal sebab tahun ni baru dapat ilmu dari owner affiliate² yang ada. Terima kasih Sifu tak jemu membimbing. Keep it up.