Oleh sebab terlalu banyak teknik atau tips. Jadi, aku terus cerita awal-awal. Tak ada mukadimah macam artikel-artikel aku sebelum ini. Lagipun, aku nak cepat ni. Ada makan besar lepas ni. Haha..
Okeh. Ini teknik-teknik super ajaib gaya Denaihati yang aku dapat kongsikan setelah habis “MENELEK” beberapa jam yang lepas..
14 Teknik Super Ajaib gaya Denaihati untuk dapat banyak komen diblog korang.
Buat pertandingan atau contest diblog masing-masing. Paling senang, buat komen “contest”. Ini cara paling senang nak dapat komen kat setiap artikel dalam blog korang. Giveaway pun boleh kalau berminat. Tapi aku tak suka join giveaway. So, kalau korang buat gak. Aku minta maaflah sebab tak nak join. Aku tak suka “giveaway”. Agak mengarut bagi aku. Dan lihat, berapa kali korang rasa Tim Denaihati buat contest sepanjang tahun? Cuba tengok, banyak ke tidak komen artikel diblog mereka?
Tulis dengan jiwa. Maksudnya, setiap artikel korang ada “soul”nya tersendiri. Benda ni susah nak dapat. Tapi biasanya korang akan mudah jumpa banyak blog yang best-best belaka. Itu bermakna blog mereka ada “soul” atau jiwanya tersendiri. Macam blog aku, korang takkan datang baca setiap artikel mengarut aku kalau blog aku tak ada jiwa, kan? (Aku rasa korang mesti dah bosan, kan sebab asyik ulang tips yang sama aje. Haha..) Untuk kes Denaihati, aku cuma suka baca bila budak Ariff Shah tu menulis. Brader Amir walaupun skill penulisan masih biasa-biasa lagi, tetapi ada kalanya ada juga beberapa artikel yang ditulisnya seronok dibaca. Senang cakap, bab ni..barisan penulis di blog Denaihati masih banyak perlu diberi perhatian.
Popular. Cantik. Comel. Hensem. Artis seksi. Ahli Politik. Gadis bertudung comel dan sebagainya. Kalau korang rasa diri korang ada ciri-ciri diatas. Aku yakin dengan sendirinya blog korang akan senang dapat komen setiap hari. Korang tak update artikel hari-hari pun tak ada masalah nak dapat komen punya. Tapi macam yang aku tulis itulah..kalau ciri-ciri itu tidak ada, sila usaha dengan cara yang lain. Kalau gadis huduh, lelaki tak hensem..jujur aku cakap. Korang memang tak dapat BANYAK komen kan kat blog korang?
Dalam kategori ni, blog Denaihati masuk dalam kategori blog POPULAR. Kategori hensem, comel, cantik, seksi, ahli politik amatlah jauhhhhhhhhhhhhhhh la sekali. Hehe..
Susun atur blog, pemilihan theme dan kelajuan blog. Pastikan benda-benda ni MANTAP. Susun atur blog, biarlah kemas. Iklan tu, maksimum 2 atau 3 banner aje. Lebih dari tu, aku dah rasa menyampah masuk blog korang. Serius, aku jujur nih. Tapi kalau artikel korang menarik, iklan-iklan tu aku boleh pandang sebelah mata aje. Theme wordpress atau theme blogspot yang korang pilih haruslah ringan, haruslah tidak membebankan pelawat korang dan kotak komen juga haruslah mudah untuk dikomen. Kalau susah nak komen, celah mana korang nak dapat komen? Tengok apa yang blog Denaihati lakukan. Pernah korang rasa LEMBAB bila masuk blog tu?
PROMOSI. Ini benda paling penting yang korang kena buat. Nak orang datang blog, korang kena sediakan artikel yang menarik dan mempunyai jiwa. Korang mungkin boleh cuba buat contest. Korang boleh buat giveaway. Korang boleh bagi blog nampak menarik, letak salji sikit dan loading blog pun leh tahan lajunya. Tetapi, kalau korang tak promosi..
bagaimana pelawat nak sampai ke blog korang?
Kunci utama adalah promosi. Promosi mesti tepat menusuk ke jiwa para pembaca. Barulah jiwa-jiwa mereka luruh dan IKHLAS untuk berkomen dengan penuh kasih sayang.
Tak percaya?
Nahh..disini, aku kongsikan 10 artikel yang mempunyai bilangan jumlah komen yang cukup banyak di blog Denaihati.com membuktikan apa yang aku tulis ni semacam betul sikit. Kalau Tim Denaihati boleh lakukan, mengapa korang tak boleh plak?
- iPhone 4S Gadget Impian Yanmie – 3880 komen
- iPhone 4S Gadget Impian Puanbee.com – 3602 komen
- Nikon D90 Gadget Impian MJ – 3300 komen
- Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zulseffort – 1681 komen
- Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak – 1441 komen
- MacBook Air Gadget Impian Ariff Shah – 1138 komen
- iPad 2 Gadget Impian Hans – 1054 komen
- iPhone 4S Gadget Impian Cikgu Naman – 967 komen
- Melastik Bintang Usaha Untuk Capai Matlamat – 908 komen
- Jadual EURO 2012 – 860 komen
Sekali lagi, korang kena rajin buat promosi. Teknik paling teruk sekali adalah melakukan blog walking. Pergi blog orang lain, dan komen. Dengan harapan, mereka akan datang semula dan komen ke blog korang semula. Itu salah satu yang aku buat sejak 10 tahun yang lepas. Ditambah dengan mengaplikasikan teknik SEO Merah Jambu disemua blog aku, setiap artikel aku memang ada banyak komen tanpa perlu aku mintak diorang komen. Haha..
Kesimpulan.
Korang kena buat kerja dan usaha sungguh-sungguh.
Orang MALAS dan kuat tidur macam aku pun boleh dapat banyak komen.
Takkanlah korang yang RAJIN tu susah nak dapat SATU komen kot?
…
….
Sekian, terima kasih.
Selamat membaca.
Ps: Mana 14 Teknik Super Ajaib tu? Aku kongsi sikit je. Yang lain tu, rahsia macam biasa. Takkanlah aku nak “BONGKAR” semua kan?
13,094 total views, 1 views today
pergh komen beribu – ribu komen hehe
Beribu2 komen tu kat blog DH. patutlah google syg…terbaiklah tips ni!
Mmg terbaik. Entri ni walaupun entri cabaran komen di blog DH..lu mmg sentiasa buat yg terbaik!
respek kat lu encik titan!
nak buat contest kena ada bajet…bajet yg banyak boleh buat contest yg power dan boleh sediakan hadiah yg menarik jadi ramai org yg join….semuanya kerana pelaburan…..kalau bajet tinggi bukn blog baru pun boleh berjaya…
Dia pancing guna gambar awek lagi…hehe
Fuh! Kena buat cenggitu la jugak kalau nak buat blog den banyak komen
kena perah keringat dan sentiasa mesra komen dengan rakan-rakan blogger ni,salah satu contoh terbaik dari Tuan Denaihati sendiri, beliau memang rajin membalas kunjungan dan beri komen 🙂
Menarik… memang menarik… Teknik Super Ajaib… hahahaha… memang menarik… 😀
Nice tip…but kat blog tak pernah buat contest sendiri…
Apa yang penting ialah mesra komen dan menghargai pengomen seperti mana yang dilakukan oleh Tuan Denaihati. Beliau tidak memilih blogger untuk komen tidak kira blogger baru @ lama. Beliau pasti akan membalas kunjungan dan komen di blog.
komen terbanyak semua pasal gadget.. 🙄 🙄 memang betul nak dapatkan komen terbanyak masa buat contest…yang mana tak pernah datang ke blog akan drop komen join…lepas contest lepas tu ada yang hilang terus.
tips yang memang menarik.. best juga ni!
Memang mantap jumlah komen di blog Denaihati ni..
Mesti pekena teknik Denaihati dan jambu merah baru ngetop ehhh..
Bro, gua tuntut lu punya lagi 9 teknik…haha 😆
Macam saya ni cuma rajin menulis entri dengan sepenuh jiwa je. Nak bagi GA or contest bagai memang malas. haha.
Bab promosi memang ramai yang fail. Tak cukup modal la, takde idea la, malas la.. memang kalau takde promosi, bukan setakat takde orang komen, trafik pun cuma spider je yang datang.
terima kasih cikgu..tip yang berguna
mmg ajaib & terbaik chaiyok2
Nak ada jiwa tu yang paling susah sekali. banyak yang jadi mee segera. Kopi dan pasta. Hahaha. Aku pun mula mencari jiwa aku. Terima kasih bro atas tips di atas. memang akan cuba apply.
terbaik la bro,teknik semua gempak2 ni….confirm lepas ni kalau aku buat semua teknik ni pasti meletop blog aku kan…hahaha
Akan diperbaiki lagi dari segi penulisan…. huhu
blog ni kategori apa?
seksi ekk… auwww 😎
Salam… saya puji sikap seperti DH, sentiasa balas komen pelawat yang kunjungi blog dia. Tak percaya try cuba komen di blog dia. Pasti ada komen yang dibalasnya, tak kiralah ianya blogger baru atau lama, PR tinggi ataupun rendah. Alexa PR berjumlah 3 juta lebih, semuanya dibalasnya.
Satu lagi yang setuju sangat-sangat buat komen terbanyak di blog setiap bulan. Pasti banyak komen pun. Kalau hadiahnya besar, lagi banyak komennya.
Terima kasih..berkongsi tip bro…
haha.. baca blog titan mmg menusuk kalbu…hati jadi merah jambu,
kelebihan team denaihati ialah kerja pasukan…
😆 Correct x3!
Assalam… baguslah entri ni. Tq atas tips & nasihat yg bermanfaat.. 🙂
team denai hati memang tak sombong..
ramah orangnya itu belum buka mulut face to face heeee
Alaaa.. tak share semua tips…
saya selalu blogwalking je….
pergh.. ok kite xckup gojessss lah kah kah…. sosb2 🙁 mmng kelaut lah komen riban2 haha .. 🙂 Tq for tips :)bestttt
Haha..bilah lah boleh lawan tuan DH ni yer…
insyaALLAH…aku akan buat kontest jugak nanti…tapi tak tau lagi bila…
tapi gua tak puas hati lu tunjuk gambar awek ! apa kaitan??? hek eleh lu nih… bikin panassss….
Assalammualaikum… titan,
Terima kasih aas teknik superb nie… tengah nak hadam nie,,, 🙂
mselim3
blog DH memang terbaik. team sokongan dia pun terbaik.
tapi bro lagi terbaik…beratus-ratus blog uruskan sendiri je..HEBAT !
macam biasa..lu letak gamabr awek..gua akan komen laju2..hahaha
Lepas nie gua masuk gym la kasi badan nampak gagah skit baru la dapat perhatian untuk komen kan….hahahaha
Rasanya makcik beg besar tergolong tak dalam kelompok gadis gadis yang comel tu?
Kalau belum lagi terpaksa le makcik beg besar cari product yang lebih mantap supaya abang-abang ensem berduyun duyun nak masuk kat blog makcik beg besar…:)
kadang2 ada artikel yang tak perlu kita nak BW pun.. secara otomatiknya akan datang komen, tanya itu ini.. bergantung kepada jenis artikel itu.. contohnya isu semasa, pendidikan ke.. nak tanya apa yang patut tuh.. mungkin kita pakar dalam isu itu.. so komen bertalu-talu kita nak kena jawablah dengan sebaik mungkin..
Saya tak pentingkan komen sangat.
Asalkan hati saya pada penulisan sentiasa ada.
InsyaAllah jika hati seorang Penulis jujur dan ikhlas, maka banyak komen akan terlekat juga.
hurmm sharing is caringg haha tq ya pasai informasi yg di sampaikan..
haisssyyy..macam tak cukup je 14 tu,, grr