Selamat malam semua.
Memandangkan macam dah lama aku tak menulis, jadi aku akan cuba tulis sesuatu pada ini malam. Maklumlah, ada masalah talian internet kat kawasan aku. Aku cuma boleh tengok artikel korang melalui telefon pintar sahaja. Nak harap aku menaip artikel guna telefon pintar, memang aku takkan buatlah jawabnya. Sebab “feel” tu memang takkan ada. Kalau buat promosi, mesti takde satu sales yang boleh terhasil. Hoho..
Soalan.
Kalau nak buat duit dengan affiliate ni, KENA ada trafik banyak ke?
Jawapannya ada DUA.
Ya dan tidak.
Mengapa aku bersangka baik dengan DUA jawapan yang cukup popular ini?
Ya.
Kalau blog korang dah ada banyak trafik, itu sebenarnya dah jadi satu penanda aras yang baik. Korang cuma tinggal pilih produk yang sesuai dengan artikel korang dan promosikan diartikel tersebut. Masukkan ayat-ayat jualan, pasang umpan yang menggoda, gunakan joran atau jala yang berkualiti tinggi dan in-sha Allah, sales boleh terhasil.
Sama macam kes aku cuba buat sales melalui produk-produk Lazada dan produk-produk dibawah ini. Kena caranya, kena umpannya, kena teknik dan caranya..tak mustahil korang pun boleh dapat SAMA macam apa yang aku dah dapat nih.
Pendek kata, kena tahu “CARA”nya dulu. Baca lebih lanjut dalam kitab PINK ini untuk FAHAM dengan lebih sempurna.
Bagaimana pula dengan jawapan TIDAK?
Tidak.
Bagi sesetengah blog, tak semua trafik boleh ditukarkan kepada sales. Kena tengok niche blog itu bagaimana terlebih dulu.
Kalau blog korang blog pasal artis, dengan secara kejamnya korang tiba-tiba promosi untuk jual karpet berwarna pink, korang agaklah kan..boleh terjual tak karpet tu? Kena plak umpan tak ada, ayat promosi hancuq, teknik tak kena, masa tak sesuai dan segala bagai lagi. Ya, hampir 100% takkan ada sales.
Memang aku pernah cakap, kadang-kadang akan timbul satu dua sales ajaib. Korang main belasah aje promosi. Main letak banner merata dalam blog, tiba-tiba ada satu sales. Itu tidak mustahil terjadi. Dan itu adalah perkara normal.
Masalahnya sekarang, orang kita suka benda-benda yang TIDAK normal.
Mereka mahu SALES yang banyak-banyak. Tak mahu sikit-sikit.
Mahu KAYA cepat, mahu dapat modal cepat, mahu jual barang cepat dan mahu UNTUNG cepat.
Jadi, MESTI tahu caranya dan mesti tahu “PATERN”nya.
Dan kalau korang pembaca dan pengamal kitab Teknik SEO Merah Jambu, majoriti dah faham bagaimana untuk dapat sales dengan segera dengan hanya “TWICK” dan “TRIK” beberapa elemen sahaja.
Dan salah satu trik itu adalah memahami PLOW sesebuah niche blog. Bagi blog yang ada niche tertentu, LEBIH MUDAH untuk mendapat sales berbanding satu blog personal yang menjual terlalu banyak produk. Kalau mahu buat cabaran, produk yang ada niche tertentu dan ada market yang cukup panas, lebih SENANG terjual melalui satu blog dengan satu niche berbanding satu blog dengan banyak niche.
Contohnya, blog yang hanya jual TUDUNG dengan hanya berharga 10 ringgit lebih mudah terjual beratus helai berbanding hendak jual telefon pintar, botol kicap, iPhone 5S, kuih kapit peanut butter, beg-beg makcik dalam satu blog yang sama yang harganya kekadang memeningkan kepala para pembeli untuk memilih produk apa yang mereka mahukan. Itu baru satu faktor.
Kalau ikut faktor SERP dan SEO pulak, terlalu panjang ceritanya. Jadi, pergi baca kitab itu cepat dan buat praktikal selama SATU tahun. Tahun kedua, korang dah boleh angkat sebiji kereta kancil untuk hadiahkan pada bini tersayang.]
So, trafik yang ciput macam ini pun, boleh bagi aku beribu ringgit setiap bulan..
Takkanlah korang yang dapat trafik ribu-ribu dan puluh ribu juta tu tak leh dapat banyak sales dari blog korang kan?
Jika benar itu terjadi pada korang sekarang..
sesungguhnya, korang memang tergolong dari golongan-golongan yang rugi.
Kesimpulan.
Trafik SIKIT yang betul, sales senang dapat.
Trafik BANYAK yang betul, lagi banyak la potensi sales terhasil.
Tapi kalau trafik caca merba walaupun berjuta setiap bulan, sales belum tentu terhasil.
Ps: Talian internet memang loqlaq betol beberapa hari ini. Banyak kerja tergendala. Demm.
14,577 total views, 5 views today
Tu dia.. Dihidangkan dengan gambar2 transaksi yang mengancam.
Betul tu. Memang mengancam 😆
Betul tu, ada blog trafik sehari dekat 30UV tapi susah dapat sales.. salah umpan agaknya.. ekeke
agaknyalah kot.
sila cuba lagi sampai dapat sales. hehe
sumber inspirasi ni.. 😆
Nanti diusahakan. Alhamdulillah dapat juga sales dengan trafik yang sederhana. Terpaksa akui blog personal agak susah sedikit kecuali ada kredibiliti.
Betul tu. Kena belajar dan menuntuk ilmu dengan sifu titan
Tak apa.
Cuba sahaja.
Nanti kalau rajin, barulah wat niche sendiri punya blog.
memang seronok affiliate ni.
cumanya nak cari rentak dan kekalkan konsistensi.
jangan tamak dok tukar2 niche memang rugi ler…
nak konsisten tu yang sakit sikit.
Tapi alah tegal, tegal biasa bah. haha
Tahiah sifu.. banyak dapat. Nak kena usaha lagi macam ini.
Ko pun apa kurangnya.
Terer dah sekarang.
Semakin berkobar untuk meningkatkan jualan. hehee
Ya.
Harap-harap dapat lebih banyak lagi jualan lepas nih.
Ya. Aku dah nampak 🙂
Tahniah kerana NAMPAK.
hoho.
fuhh.. mengancam 😯
Tidak boleh bergantung dengan blog personal saja ni, kena bina blog khusus berniche. Niche apa ya? DotCom atau BlogSpot DotCom?
mana-mana boleh.
kalau serius, dot com la. 😳
Perghhh… Mendalam maksud artikel ni..
geram tengok kat bukti2 komisen tu…
Apa2 pun tahniah bro..
Wahh..
bahaya kalau sampai geram-geram nih..
Nyata blog yg tulis tak bertumpu agak payah nak jana sales walaupun trafik baguih. Sales kurang mungkin sbb pembaca tak nampak kredebiliti penulis.
erm…meme terbaiklah entri ni..cam biasa…best!
ada caranya kalau tahu.
hoho.
Kena caranya mmg x mustahil masyuk riban-riban..
Ya.
kalau kena caranya. Apapun tidak mustahil.
Dgr crita brader ni byk super blog yg hasilkan income beribu rm tiap bulan
Tahniah sebab berjaya dalam bidang affiliate ni.
Nampak mcm mudah…tapi kena fokus dengan cara yg betul.
Konsisten tu pun penting utk jana trafik.
Nampak memang mudah.
Nak buat tu je yang perit sikit mula-mula.
Hujung-hujung nanti, senang dah.
ok, dah nampak dah..ehehe..
Gua masih lg mencari rentak dlm menukarkan sebuah artikel kepada jualan. Terima kasih atas panduan
Takpe.
Pelan-pelan. Lama-lama nampak la tu.
Wahhh…banyak betoii komisen dia ya…baguihhh baguihhh, makcik je yg belom baguihhh
entry ni pun salah satu pancingan.. 😉
jum mengai ikan 😆
ehh..
nak pancing apa plakkk nih..
Yeah saya yakin saya juga mampu lakukanya 🙂
Tahniah.
Ko memang yakin. hoho
cukup bermakna..kalau 10 kali baca memang akan masuk otak punya
Yap.
Baca la banyak kali ye.
Biasanya kalau blogger tanpa niche yg berusaha dapat trafik banyak ni suka pasang iklan klik2 dapat duit. Untuk affilite agak susah sikit. Biar trafik sikit tapi betul2 boleh convert sale.
Senang cakap, kena pandai dan rajin usaha la. hehe
Kalau nak serius buat dengan duit affiliate, blog dengan niche spesifik lebih utama.
Yap.
Lebih baik tumpu pada tempat yang seharusnya.
Dahsyat giler ahhhhh….
slip-slip yg menggiurkan…heee. ni yang buat bertambah semangat.
Ya.
Moga akan dapat lebih banyak slip lagi.
Hehe..terima kasih kongsikan ilmu ni..emm nak kena banyak belajar dengan cara yang betul lagi ni..hehe
Ya. Aku pun masih banyak lagi kena belajar.
betul la tu.. memang menarik prinsip ni..hehehe
Prinsip yang mana satu nih??
gambar transaksi tu betul2 mengancam. itu baru sikit kan? Pheww
Ya. Baru sikit.
Tak larat nak tepek semua tu.
Betul jugak, kalau boleh dapatkan trafik yang berkualiti, sales akan dapat lagi banyak berbanding kuantiti trafik yang banyak tapi tak ada kualiti
Ya.
Bukti konsisten dengan sales. haha..
memang best!
benda molek wajib diikut.
masuk jugak kuih kapit.. hahahaa 😆
Haha..
saje je tuh.
Banyak cabang yang masuk ke dana masa depan…ho..ho… cukup hebat, tak perlu susah-susah cari downline simkad.
Yap.
Malas aku bab-bab simkad nih.
Nice sharing boss 😉
memang betul…hebat ni..
Nice sharing. Kiranya yg penting kene ada targeted audience la kan? Once dah ada, senang je nak promote bende2 berkaitan niche tu. Paham2.. tq bro. 😉
Yap. Lebih kurang macam gitulah gamaknya.
Banyak ilmu affiliate yang boleh dipraktikkan dalam entri ni..thanks sifu..