Ya.
Masihkah korang ingat sales pertama yang korang dapat hasil dari mempromosikan mana-mana program affiliate yang korang sertai dulu? Jika ya, apakah perasaan korang ketika itu? Gembira bukan?
Ya. Itulah yang aku rasa setiap kali aku dapat komisen hampir setiap hari. Sampai saat ini, walaupun nilai komisen yang aku terima itu cumalah satu ringgit atau lima ringgit atau RM100..perasaan gembira tetap hadir tanpa rasa bersalah. Sebab itu aku suka kongsikan dalam blog-blog aku setiap kali dapat komisen. Walaupun aku tidaklah tunjuk semua, tetapi aku tetap tunjuk juga sebahagian kecil yang pernah aku dapat pada semua pembaca blog aku. Sebab aku ingin kongsikan kegembiraan bersama korang. Untuk faham bahawa tidak sukar sebenarnya untuk menghasilkan jualan. Asalkan kita betul-betul berusaha ke arahnya.
Oleh itu, bagi mereka yang asyik gagal mendapat sales pertama dalam hidup korang, cubalah dapatkan sales pertama. Dan apabila sudah berjaya..satu sahaja yang aku ingin korang ingat, JANGAN LUPA SAAT GEMBIRA itu.
Orang tua-tua kata..
“Don’t forget that moment. Keep it. Feel it.”
Sentiasa ingat kerana saat kegembiraan itulah yang akan menjadi tunjang utama kepada korang untuk terus menghasilkan sales kedua, ketiga, ke seratus dan ke berapa ntah lagi..
Biasanya, bila dah dapat sales pertama, korang akan terus dapat sales kedua dan banyak lagi asalkan korang tidak putus berusaha dan buat kerja dengan sebaiknya.
Dan jika ada blog dan korang dah pun dapat sales pertama korang, kongsikanlah dalam blog korang. Kongsikan kegembiraan itu bersama orang lain. Bantu mereka untuk yang berminat untuk buat duit dengan affiliate untuk termotivasi untuk tidak putus asa untuk dapat sales pertama mereka. Walaupun ada orang berpendapat, itu semacam nak riak atau “show off” dekat orang lain. Baru dapat satu sales, nak menunjuk-nunjuk. Persetankan pendapat mereka. Itu tanda-tanda orang yang cemburu dengan kejayaan korang. Korang ada hak untuk meraikan kejayaan korang dengan apa cara sekalipun. Aku dah lali dengan orang macam ni. Kalau aku ikut sangat “PLOW” diorang tu, memang mustahillah aku nak dapat sales kedua dan sales seterusnya.
Orang kuat dengki ni biasanya, memang bodoh sikit bab-bab buat duit nih..
Kesimpulan.
Sales pertama aku dulu, aku dah tak ingat dah sebenarnya. Sebab aku dah banyak dapat sales sampai dah hilang kiraannya. Jadi untuk mengatasi masalah itu, setiap kali aku dapat sales baru, aku anggap itu SALES PERTAMA aku. Ini satu motivasi untuk aku agar tidak terus riak dan bangga. Agar aku kekal berusaha seperti waktu mula-mula aku cuba buat duit dengan program affiliate pada kali pertama dulu.
Aku tahu, ramai yang dengki dan cemburu. Apa yang aku tulis mungkin sebahagian besar akan menganggap aku hendak menunjuk-nunjuk kejayaan aku. Ada yang ingat aku hendak tunjuk terer pada orang lain dan membuktikan bahawa orang lain lebih tidak hebat dalam siri-siri buat duit online. Well..aku tak boleh hentikan pendapat orang. Itu hak mereka. Otak mereka. Mulut mereka. Kalau dah otak tu dah BANGANG sangat nak berfikir dan membezakan baik dan buruk, memang bangang gak la sampai bila-bila.
Ps: Kalau ada yang kata aku tak pernah nak tolong BANGSA sendiri untuk buat duit, tak ajar buat sales dengan program affiliate dan memacam lagi. Terpulang. Mungkin apa yang aku pernah buat selama ini, tidak pernah membantu korang sedikit pun atau mungkin kitab Teknik SEO Merah Jambu aku tu membuang masa dan duit korang. Jika itu yang berlaku, pergilah baca blog lain yang lebih membantu korang. Blog ini, aku mengaku memang banyak mengarut sebenarnya. Haha..
9,421 total views, 1 views today
yg pertama mmg lebar snyum nya… 😀
perasankah?
Orang yang komen begitu adalah sebahagian elemen penting untuk kita dapatkan payment seterusnya…
*kalau kita pandai manipulasikan mereka… tabur2 umpan ajaib… boleh jadi magik – mereka yang akan tambah pendapatan kita… In Shaa Allah.
😉
Sangat setuju dengan cikgu..
Memang seronok apabila dapat income yang pertama..aku pn rs mcm tu jgk..walaupun x banyak tp target aku dh capai..so akan cuba utk target yg seterusnya plk..usaha perlu diteruskan..
tuh dia…aku dulu masa dpt first income dari nuff 20 sen pun happy mcm dpt 2ribu jer…
Haha..terbaiklah Encik Titan.. 😈 lama menyepi tetiba jadi ganas macam ni ekk..haha
ingat slaes pertama macam malam pertama . 😀
Sales yang pertama biasanya akan menjadi punca kita mendapat sales yang kedua, ketiga dan seterusnya. 😀
sales pertama gua jual cermin mata ialah pada tahun bulan Ogos tahun 2002 , ya masa tuh memang gua sangat gembira…=)
sales pertama… maknanya strategi pertama dan langkah pertama baru sahaja bermula…
U motivate me! Kalau kita dengar ckp2 negatif org, impact negative la yg kita dapat kan. Saya mahu berjaya juga seperti tuan ni =)
Hampir melompat sampai ke syiling dapat jualan affliates pertama. 🙂
Memang best dapat merasa Sales pertama… Dan lepas tu kita berharap supaya ada sales kedua, ketiga, keempat dan seterusnya… Tapi kalau boleh dapat Sales sampai lebih daripada 100 sales macam cikgu Titan, itu dah kira bonus.. 😉
setiap sale buat macam buat macam sale pertama, terbaik tip ni. kalau takde sale pertama takkan ada sale kedua…
sale pertama tu lah yang banyak mengubah perjalanan blog aku hehe
Sales pertama mmg tak pernah lupa pun sb selalu kalau jual brg2 baru pasti paksa kakak2 beli dulu so dialah org pertama yg akan beli…hehehe
Mestilah ingat sales pertama, rasa tak percaya boleh buat duot
rasanya sales pertama aku dari klikjer rasanya.. rahsia kambing.. huhuhuhu
Bagi KM tak kiralah sikit ke banyak, itu dan bahagian kita. Memang ramai yang cakap alah “ciput eh” takpo dah rezeki kita banyak tue. Patut bersyukur. Daripada tak dapat langsung.
Alhamdulilah..the first sales of course will be remembered. Kena record somewhere..Tapi kita rasa part perlu dapatkan sales pertama, then only ada sales kedua dan ketiga tu memang betul coz yang pertama tu adalah pemangkin..
ada orang tanya
apasal ko makan nasi tiap pagi?
huh
kalau nak ikut semua kata orang
tak makan nasi la kita sampai bila2
kawe masih menunggu sale pertama ni. Mcm menunggu kucing bertanduk wehhh..
Haish aku pun selalu jugak jumpa orang yang kuat dengki ni.
Ada je yang tak kena.
Kita kata lain dia paham lain, pastu sibuk nak bagi nasihat pulak.
Hampeh betul, dan aku rasa ko betul. Orng dengki ni memang bodoh sikit bab-bab buat duit online
Tau nak komplen dan nak cari salah orang je
Okay..aku akan simpan dalam memori kata2 penting dalam entri ni..”persetankan pendapat mereka”..I like. haha
saya dah lupa tapi best duit masuk…haaaa
memang best dapat sales pertama tu..yang kesepuluh pun best dan seterusnya..tak macam lu..dah seratus lebih..fuh
dapat yang pertama kali tu bagi semangat utk dapat yang seterusnya
Motivasi sales pertama untuk sales seterusnya..
Pernah dapat di jobdirumah suatu masa dulu. Memang gembira tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Masa tu belum ramai lagi yg berdaftar, senanglah dorang nak mendaftarkan diri . Sekarang ni dah ramai yg join, pecahan promosi semakin membesar dan kebarangkalian nak dapat komisen amat sukar ditambah pula mood semakin kurang, itu sebab tak dapaat lama dah skrg ini.
Sale pertama…hmm bagi saya mamang sangat mencabar la,sebab kita perlu yakin kan orang supaya percaya kite…dan terus melangkah ke sale-sale seterusnya
gua tak ingat sebab gua tak pernah promosi affiliate..hu3
sales pertama dalam usd…haruslah ingat..hohoh
takder buat sales affliate lagi.. lepas ni mungkin kot…