Okeh.
Aku tahu, tajuk memang entah apa-apa entah dahh..
Oleh sebab Salam Media ada tawarkan tiket untuk Cabaran Skytrex yang dengarnya sangat Extreme itu, jadi aku teringinlah juga nak mencabar Sky Trex Bukit Cerakah itu nanti. Untuk dapat tiket itu, aku kena bagi sebab-sebab kukuh yang membolehkan aku menang tiket tersebut.
Aku dah pernah sertai dan buat macam-macam benda Extreme kat bumi Malaysia ini. Ada yang menarik, ada yang menggembirakan, ada yang mengerikan dan menakutkan, ada juga yang boleh hilang nyawa juga dibuatnya. Salah satu daripadanya..
Berkayak di laut lepas berkilometer jauhnya yang mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi. Memang ngeri. Kalau aku putus asa masa tu, memang korang dah takkan dapat update baru dah dari aku. Ini kisah 1 tahun yang lepas.
Berkhemas seorang diri di Gunung Sagaria selama 1 minggu di Semporna, Sabah. Ini kes nak siapkan tesis tentang emas kat gunung tersebut. Dalam tesis aku, dah aku buktikan bahawa ada emas kat kawasan itu. Masalahnya, berani atau tak berani aje korang tarah gunung tu. So, agak ekstremlah jugak sebab kena pancing ikan dalam hutan, kena buat unggun api malam-malam kot-kot harimau datang bagi salam ataupun pakcik beruang datang nak ajak main catur tengah-tengah malam. Jadi, serius agak ekstrem dan ngeri bila aku teringat kembali.
Menunggang basikal dari banting ke Klang. Okeh. Ini cerita zaman kanak-kanak. Masa itu, umur baru darjah 6. Kawan aku buat kerja gila. Ajak kami ramai-ramai naik basikal pergi ke Klang. Sepanjang jalan rasa malu dan ngeri. Takut-takut kena langgar dengan lori atau kereta. Jaraknya agak jauh. Tapi kami berjaya sampai ke Banting semula pada waktu malam. Sampai rumah, aku kena rotan dengan bapak aku dengan penuh kasih sayangnya..
Naik gunung kinabalu sebanyak 4 kali sepanjang aku berada di UMS, Sabah. Itu bermakna setiap tahun aku panjat gunung kinabalu. Hampir semua laluan aku dah try. Baik dari timpohon atau mersilau. Pendek kata, kalau badan tak fit, memang sebulanlah jalan kengkang kat UMS tu. Dari 4 trip tu, 2 kali aku “handle” budak-budak UMS bawak ke atas. Susah woo mahu jaga awek-awek UMS yang cepat pancit tapi nak juga naik atas. Tak pasal-pasal, kena gak jaga anak dara orang. Kang bapak diorang kejar aku dengan parang, dah satu hal plak aku kena lari tak cukup tanah..
Panjat bukit Broga sebanyak 3 kali. Rekod paling cepat 45 minit. Ini masa badan masih fit. Umur masih muda. Sekarang ni, satu jam lebih kalau naik. Badan dah tak fit sangat. Tapi still masih yang pertama kalau lumba panjat bukit ni kalau pergi dengan kawan-kawan satu pejabat. Maklumlah, diorang punya perut lebih berat berbanding kaki mereka. Tak hairan aku lagi laju.
Dan yang paling extreme setakat ini..tulis blog dan menghasilkan 100 artikel untuk projek superblog aku dalam sehari tanpa henti selama 2 minggu berturut sewaktu aku muda-muda dulu. Masa tu, memang gila nak cari duit online. Dan akibatnya, duit masuk tanpa henti sepanjang tahun walaupun sesetengah blog aku dah jarang benar berupdate. Sekarang ni, dah tua sikit. Jadi, paling hebat pun..2-3 artikel sehari. Ini pun dah hampir sesak nafas jugak dibuatnya. Jujur, kalau ingat balik, rasa nak nanges pun ada..
Oleh itu, bersandarkan pengalaman yang agak extreme inilah aku nak mencabar Sky Trex Bukit Cerakah ni. Nak tahu best ke tidak. Mencabar atau tidak. Mampu membuatkan aku puas hati atau tidak. Aku dah pernah cuba macam-macam jalan dan denai hutan masa kat Sabah dulu serta trek nak pergi ke Taman Negara tu. Semuanya tak ada masalah. Jadi, kalau benda ini boleh beri cabaran yang berbeza untuk aku, mengapa tidak aku cuba Sky Trex Bukit Cerakah itu? Adakah sehebat Wipeout dan Ninja Warrior yang kat dalam tv itu? Kalau ya, memang ini yang aku cari-cari selama ini di Malaysia. Lagipun, ini satu-satunya trek udara atas pokok yang agak mencabar yang pernah aku jumpa setakat ini..
Okeh. Itu sahaja SEBAB utama aku nak tiket ke Sky Trex Bukit Cerakah dan juga mengapa pihak Salam Media harus pilih aku sebagai pemenang untuk Program Blogger Challenge – Sky Trex Bukit Cerakah. Senang cerita, bagi aje aku menang. Tak payah pening kepala nak buat keputusan. Haha..
Salam Media is organizing this Blogger challenge with the support of Skytrex and Fastrack.
Sumber gambar – Lookat.my dan Tripadvisor.co.uk
Ps: Kalau ada yang berminat nak cuba Trek Udara kat Bukit Cerakah ini, boleh gak sertai Blogger Challenge yang dianjurkan oleh Salam Media ini. Itupun, kalau BERANI la. Yang penakut, secara jujur aku katakan..jangan pergi. Nanti trauma, jangan salahkan aku plak..
10,672 total views, 1 views today
jom panjat Broga sampai ke puncak Gunung Tok Wan.
Whoaaa… menarik tu… dah dapat 4 series ni tak tau lah boleh ke tak lagi… naik Puteri Mandi pon nyaris kena dokong… ehehehe… tapi rasanya Skytrex ni tak seteruk naik Puteri Mandi… 😀
mak aih,,,mmg dh pernah smpai puncak kinabalu, mcm2 gunung dh panjat, firefox bagai siap menjadi fireworks, firefly berapi-api…dh berwall climbing jugak…..
tp…
makcik bawak beg anak pakai high heels y sorang ni still gayat! hahaha
Wow! Nampak cambest jer…!
Woo Ninja Warrior punya challenge nampak susah wooo
Aku yang cuma tengok kat AXN pun rasa susah
saya nak pergi,, nak masuk,, tapi jauh bebenor nak pergi kalau menang pun,, tapi macam takkan menang je,, hehe
Tulis 100 artikel untuk sehari itu memang ekstrem. Pernah cuba fokus tulis tiap-tiap hari untuk 1 tempoh waktu tapi burn out.
Rasa macam pernah perasan ada Sky Trex Bukit Cerakah ni…
yang lain aku tak berapa nak seriau, yang aku paling gerun..100 artikel tu..serius beb. hahaha
haha lu memang extrea la 100 artikel sehari.
dem .. ter tingal huruf m
aktiviti lasak amat di gemari masa muda dulu sekarang kalau dapat rasa jiwa berkobar-kobar gamaknya 🙄
wah, tempat tinggi! ini sesuatu yg sgt menarik~ 😮
klu ada geng, boleh kot, join~
Gila extreme kisah ko ni. Haha. Berkhemah sorang2 pulak tu.
4 Kali gunung Kinabalu? Hebat yang amat! Bila dah ada anak kecil ni, banyak perkara kena pertimbangkan dahulu. Anyway, nanti kita jumpa di sana!
cerita daki gunung kinabalu tuh bro pernah cerita masa makan tempoh hari…hehe
gua baru lepas buat aksi ekstrem..dah tua tua ni..badan sakit sakit wo..
Part tulis 100 artikel untuk projek superblog tu two weeks in a row tu memang cayalah..real extreme tu, parah lagi dari panjat gunung kinabalu tu..nway good luck ya!!!
rasanya memang patut bagi lu menang, perut pun macam dah kedepan je..
kalau sekarang nak buat aktiviti macam ni..agaknya dah tak terdaya dah
good luck ye, suka aktiviti cenggini
Skytrex mmg best..baru pas gi sana last month.. leh aa baca ngan tgk gambar pastu lyn video dlm blog husband saya masa kitaorg gi sana….. 😆
http://www.shamphotography.com/skytrex-adventure-challenge/
Hahahaha..nak sedih pun tak jadi baca artikel ni..tetiba rasa gembira..dan saya rasa la..saya rasa encik totan dapat tiket tu nanti..insyaAllah..aminnnn..hahahaha…tetiba jer rasa nak lawan turun naik tangga bagunan 3 tingkat ngn encik titan..selama 4 jam aje….hahahaha..sedap doh wase.. 👿
Aku rasa hang perlu cipta 1 blog motivasi. Please.
Blog-blog aku tu tak cukup motivasi kah?
haiya. Haha.. 😈
Tak sangka ko cukup extreme…
Hebatlah bro…zaman muda2 dulu. Sekarang masih larat lagi ke? Gua nak tengok kehebatan lu tu sambil dapat tiket yg diimpikan itu. Semoga berjaya bro….
Aku suka cerita bab “mencari emas” tu….nanti kasi sambung lagi ek.
Memang tidak boleh lawan rekod naik gunung Kinabalu 4 kali. Hebat. 🙂
memang extreme la lu ni
part 100 artikel sehari tu memang extreme ..hehe
hebat…lu memang extreme bro..cita2 pun extreme nak kahwin sampai 4
hebatlah lu! mmg extreme habis time2 muda…
gua sekarang dah tak cukup muda…ada rasae gayat dah…hahaaha