Dulu..
Aku pernah menang peraduan menulis dekat satu majalah ni. Aku tak masuk majalah lain sebab kat rumah aku masa itu penuh dengan majalah-majalah orang perempuan. Majalah IBU, Majalah Saji, Buku masak-masak, buku menjahit dan paling hebat pun ada komik Kawan. Pernah dengar tak? Haa..ada satu lagi, Bambino. Pernah baca tak?
Jadi, aku tak ada pilihan sangat. Disebabkan aku memang rajin membaca tanpa disuruh hasil didikan secara paksa oleh abah dan mak aku sejak kecil termasuk juga hasil didikan kuku besi cikgu-cikgu yang cukup garang di SK Sri Langat dulu..jadi..sifat membaca itu dah jadi perkara biasa bagi aku.
Akibatnya..
Terhasil la aku. Manusia yang bukan genius tetap dipaksa menjadi manusia genius.
Haha.
Ya, aku tahu korang tengah hangin dan menyampah, kan?
..
….
Nak dijadikan cerita, suatu hari yang aman tanpa serangan garuda di pekan Banting ini..aku terbaca satu halaman dimuka surat hujung-hujung dalam majalah IBU. Mak aku suka betul baca majalah ni. Aku tak tahu la kenapa. Tapi, aku dah sangap sangat nak membaca, jadi majalah mak aku pun aku hadap jugaklah.
You know what?
Ada peraduan menulis. Rasa macam tak best. Bosan. Kurang menarik..
TAPI..
Ada hadiah wang tunai untuk mereka yang menang. Dia akan pilih 3 orang pemenang. Dan had umur adalah 12 tahun. Okeh. Cukup syarat, ilmu menulis karangan UPSR masih menyala disanubari.
Jadi, demi hadiah wang tunai yang ditawarkan sebanyak RM30 itu.
Mata aku agak bercahaya jugaklah ketika itu.
Sebab aku agak yakin, aku boleh menang.
Kenapa aku yakin?
Sebab karangan para pemenang yang sebelum-sebelum ni, macam aku boleh BEAT.
Ambik kau. Kecik-kecik dah perasan tahap gaban. Riak dan sombong.
Tak. Aku sangat yakin dan faham, dengan tahap genius aku ketika itu, aku boleh BEAT mereka-mereka yang pernah menang. Ditambah pula, cikgu BM aku selalu puji karangan aku antara yang terbaik kat sekolah ketika itu.
Jadi..kenapa tidak aku cuba, kan?”
…
….
2 bulan dah berlalu.
Baru aku teringat pasal karangan aku tu. Menang ke tidak. Kalau aku join peraduan tu dalam bulan Mei, result akan keluar bulan Julai. Dia memang patennya macam tu. Tak tahu la kenapa. Masa tu pun, aku kecik lagi kan. Tahap genius aku pun, paling-paling jahat pun..lebih sikit aje dari budak PMR. Jadi..bila aku tengok keputusannya..
YES!
“Gua menang. Terbukti gua genius!”
Haha!
Masa tu, dia takde nombor satu, nombor dua atau nombor tiga. Siapa 3 orang karangan mereka terpilih dan terpampang kat ruang peraduan menulis tu kiranya tiga-tiga dapat RM30. Dan duit akan dihantar melalui wang pos atau cek. (Aku sendiri dah tak ingat aku dapat cara mana..)
DAN..
Hasil akibat dari situ..aku selalu juga menang peraduan menulis tu dalam Majalah IBU (Dah kira regular winner dahh. Haha) dan juga majalah-majalah yang lain.
Sekarang? Dah belajar menulis blog.
Dann..sampai dah ada orang baca blog-blog aku.
Dah boleh buat duit dengan blog. Dah boleh siap jual ebook. Dah pernah pergi event. Dah pernah bagi talk. Dah pernah jadi panel kat seminar dan dah macam-macam lagi.
Alhamdulillah. Rezeki menulis, tak pernah putus dan datang dalam macam-macam bentuk yang tidak diduga..
Kalau ada orang kata, aku tulis blog untuk buat duit. Ya, aku setuju. Sebab dari kecil lagi aku dah tahu nilai duit tu bagaimana. Aku tahu betapa susahnya nak dapat duit. Duit RM30 yang aku dapat tu..cuba fikir, berapa banyak jajan-jajan aku boleh beli pada ketika itu? Jadi orang kaya kejap aku kat sekolah. Haha..hari-hari makan nasi lemak.
Dan sekarang, aku masih makan jajan-jajan seperti Tora dan Ding Dang.
Writing is my passion. I started blogging since I was 19. I wanted to write a diary at the first place, but my awful handwriting has put everything to a halt. Thus, this blog was born. My writing comes pure from the heart, since I’m naturally an honest person – Fatin Liyana
** Kalau Fatin Liyana mula menulis pada umur 19 tahun. Aku bermula pada umur 12 tahun. Walaupun mungkin starting point aku dan dia agak berbeza, tapi persamaan aku dan dia, kami tulis dengan jiwa. Dan, kami juga dengan secara semula jadinya adalah orang yang jujur. Writting are our passion.
Kredit gambar – Blog Fatin Liyana dan pakcik Google.
Ps: Tak. Fatin Liyana bukan makwe atau kekasih aku. Aku tak nak Ain Maisarah gaduh dengan Fatin Liyana. Masak aku nanti. Haha..
13,259 total views, 1 views today
hahaha… memang ada persamaan dengan FL tue. kira titan nih memang berbakat lah. bagus2. 😉
semua komik tu aku pernah baca cuma tak pernah beli haha
gitu rupanya sejarahnya..patut la genius..
hahahah..mmg menulis dgn jiwa la ni bro..cair gk tgk jelingan FL tu..
ehhh..ehh.. 😉
betul.. sedang belajar tulis dari jiwa.
dalam masa yang sama taknak cerita semua benda.
susah nak buat tu..
makcik makcik nih bila dah menulis kadang mcm bercakap juga
tak tau kat mana bila patut stop..
asyik nak dia je cakap..
cam sekarng la ha… komen i dah berapa puluh patah perkataan dah kan.. hikhik..
*terperasan cara menulis karangan tu boleh jadik keyword gak ek? saya adalah nak tiru la..nak cuba try test tengok……..hehe.. ada ke org google pasal tu..?
aku suka ngan sejarah ko, best, terbaik, yg bestnya menulis tu x sia sia, hehehe
Cit.Podah!!
haha..tak puas hati ke pakcik oii..
hahahaha ok 😛
semuanya bermula dengan majalah IBU la yer..hehe
sebab tu gua tak berani bangkang cakap mak gua. Haha..
saya suka menulis terutama surat cinta..bermula tingkatan 3 hinggalah dapat tackle isteri dengan surat cinta..namun tulisan saya belum menghasilkan duit lagi..
Bagus la lu bro!..tabik!
bila baca ‘tag’ terus tergelak~ kekasih Fatin Liyana.. tak leh blah~ huhu~
Memang nampak bakat menulis tu tersembul keluar. Juga ada keyakinan diri yang baik untuk mengatasi orang. Itu ciri-ciri orang berjaya tu!
Aku dah agak dah….tgk pada gaya, mmg kaki baca buku hang ni…terbaiklah!
nampak sangat yg kalau ada skill menulis membaca..boleh buat duit…
abaikan jer last statement tu…hahahahaa
Adakah jari jemari kau sama dengan Fatin macam dalam gambar tu? hehehe
gua laki-laki. Dia gegirls. Haruslah berbeza. Gila apa kalau sama. 😈
Alahai, jeles la Ain nanti, makan hati berulang jantung
tengok gambar adik fatin yang cantik ni.
Bagus la ada minat macam tu, nanti boleh turunkan pada anak2 pula kan. hihiih.
arggghhh…sebab kau tulis panjang2 dah memaksa aku baca sampai habis, nasib baik di akhiri dengan gambar awek yg comel…lega sikit panas hati…haha.
Kuat membaca, kuat menulis.
Saya dulu pun kurang rajin menulis. Tetapi sekarang disebabkan kuat gaban membaca, maka terpaksalah kuat menulis 😀
Salam Ramadhan 😉
PS: Tak sangka umur 12 tahun dah hebat menulis. Dahsyat!
pergh!!!.throw back..aku dah tak ingat apa aku buat masa aku 12 tahun..hahaha
Hehe..menulis dengan jiwa memang dapat kesan yang hebat..emm dah lama start menulis ekk..gambar fatin tu mcm tgn lelaki je kat belakang dia tu?adakah dia……..?haha
Pendapat saya, passion menulis tu lebih diutamakan dari buat duit. Kalau tiada jiwa menulis, penulisan boleh jadi hambar.
memang tak terkalah ayat yang kat bawah-bawah…heee
ok,, mmg dah baca entry,, tapi part tag ‘memaca sejak kecil’ tu part muja tak paham sikit,, ekekeke
patutlah pandai mengayat 🙂
Ko kan genius, so sng nk buat duit… Haha
Owh begitu rupanya,memang anak mak la ni..hehe
aku menulis bukan kerana nama atau fatin liyana ..
utk jadi pakar, mmg kena diasah kemahiran itu… betul tak
wa pun baca Kawan, Bujal, Adik…
tp cekgu salah eja sikit tu.. WRITING yer.. not WRITTING
Aya zaman sekolah dulu tak pandai karangan .. memang tak teror lah.. Favourite subjek Matematik tambahan.. sentiasa dapat A1.. kembang-kempis hidung ni..
tapi tak taulah kenapa boleh jadi penulis sbg blogger. Rezeki tuhan nak beri ni.. Alhamdulillah..
hahaha.. persamaan tu macam hampeh
hebat en.titan ni. masa kecil dah menang peraduan majalah ibu. Hebat 🙂
kalau writing dah jadi passion kita maka kita akan mencintainya