Hari ini hari Ahad.
Aku tak buat apa sangat.
Lepas bangun, gosok gigi, ambil wuduk dan gi solat subuh.
Kemudian, aku tidur semula.
Dengan tak mandi lagi.
SEE?
Betapa malasnya aku.
Tapi korang masih tak nak percaya bila aku kata aku ni malas dan ada sifat pemalas level tertinggi berbanding blogger-blogger yang lain.
Pukul 1 lebih, aku bangun semula.
Mungkin dah cukup “charge” tenaga agaknya. Itu yang buat aku terbangun.
Aku pandang dinding.
Aku berfikir sendirian.
“Adakah 10 tahun lagi nanti, aku akan tetap hensem sebegini tetapi masih bangun lambat pada hari Ahad?”
..
…
Aku tinggalkan persoalan fizik itu.
Pergi ke tandas dan bilik air.
Dan mandi.
Ambil wuduk juga. Sebab waktu zohor dah masuk.
Dah pakai baju lawa-lawaΒ sembur minyak atar kat ketiak dan letak minyak baby oil kat rambut.
“Okeh. Hensem dah..”
Gi kedai makan.
Order nasi goreng USA.
.
.
5 minit kemudian.
Nasi goreng kampung yang sampai.
Bantai je la. Sebab dari USA dia sampai.
Rasa sesuap.
Sedap. Harga sepinggan 5 ringgit walaupun cume berhiaskan sayur kangkung dan ikan bilis ketot-ketot.
Dah siap makan.
Gi bayar. Setat motor. Dan balik rumah.
Sampai rumah.
ON laptop. Baca blog Fatin Liyana jap.
“Ohh..dah tunang dah..”
Kemudan, aku check email.
Ohh.
Ada bayaran yang masuk beberapa hari lepas.
Tak berapa nak perasan.
Maklumlah, aku kan malas. Nak tengok email pun agak malas beberapa hari ini. Tak tahulah kenapa dalam minggu ini agak malas benar nak online atau update blog-blog aku yang lain. Macam mana blog ni nak jadi Malaysia Best Blog 2015 macam ni, kan?
Ada gak yang berminat dengan kitab PINK tu rupanya.
Ingatkan dah tak laku dah. Haha..
Ohh..
Dah kul 5 lebih.
Nak gi main badminton sat.
Mana tahu, leh hilang dalam 10-20 kg lagi macam minggu lepas.
8,366 total views, 2 views today
aku memang malas… haha ..banyak komisen bos…
Tak banyak mana.
Sikit aje maa..
Kena usaha lagi kuat lagi ni.
dah jadi rajin semalam, maka hari ni untuk bermalas-malasan π
Haha..
biasalah tu.
Biasalah tu. π
Kitab pink tu memang best sepanjang zaman π
Harap-harap begitulah hendaknya ye.
haha.
hari ini aku jadi rajin plak sebab nak siapkan RPT. Hi hi hi … minggu depan kena hantar kat LadyBoss.
Haha..
aku malas lagi mahu buat.
Edit je apa yang patut.
tapi hari nie hari ahad aku yang paling rajin bro..aku rajin pi gunting rambut..hahaha
Wahh..
rajin betul ko gi gunting rambut tu yek.
Hujung minggu sudah tentu hendak bermalas-malas dirumah. π
Yap.
Sekali-sekala, kena gak malas kann..
malas tak pe asalkan duit masyuk hahaha.
Haha..
Itu kena usaha keras dulu.
Baru leh masyuk.
malas-malas pun duit masuk. Masyuk tu! π
Boleh la.
Tapi memang aku ni malas wehh.
Haha..
malas2 tp masyukkkkk…ok per…hhehehehe
konsepnya kalau malas pun duit komisen masyuk maka rasanya terpaksa redha hahahha
Malas malas pon duit masukk. Cendol satu!
hari ahad memang untuk santai tahap dewa..no problem punya!
point yg dia nak habaq pasai komisen tu ja.. tau dah taktik dia… hahaha…
kalau komisi seperti ini mestilah saya rajin buka email juga
Malas pulak nak komen. Hahaa.. Time rajin kena rajin. Time malas gak rileks dulu laa..
sedap pulak nasi goreng USA tu…hari ni mak jemah makan kari udang dengan sotong telur masin..kenyang dah ni..
tahniah sebab di mana-mana sahaja kitab pink tu menjadi sebutan..
saya dah dapatkan kitab pink tu juga. belum sempat khatam lagi. dah le malas, tak masyuk pulak tu π
Adoi rasa malas je nk komen hehe