Okeh.
Korang semua ada Mykad, kan?
Jom Aktifkan Mykad
Meh ikut kempen “Jom Aktifkan Mykad” yang dianjurkan secara tidak sengaja oleh Blogger Anuar nih. Brader ni memang suka benar dengan Mykad. Hari-hari dok kempen orang agar aktifkan mykad masing-masing.
Haa..kenapa brader tu suka sangat dengan kempen tersebut?
Kempen tu sebenarnya nak mempromosikan program Mykad Smart Shopper. Haa, korang tahu tak apa itu Mykad Smart Shopper dan apa fungsi serta kelebihan Mykad Smart Shopper nih? Kenapa ramai orang suka dengan program Mykad Smart Shopper ni sampai diorang aktifkan Mykad masing-masing?
Tak tahu, kan?
Apa itu Mykad Smart Shopper?
Senang cakap, “Mykad Smart Shopper” merupakan aplikasi MyKad yang ke 50, iaitu sebagai pengguna MyKad di Malaysia, kita juga berpeluang untuk mendapatkan harga diskaun dan poin ketika berbelanja di kedai-kedai yang telah mengambil bahagian dalam kempen ini.
Dibawah ini, aku senaraikan kelebihan Mykad Smart Shopper untuk memudahkan korang faham mengapa korang HARUS tahu kelebihan-kelebihan yang RAMAI orang tidak tahu selama ini.
8 Kelebihan Mykad Smart Shopper
- Pendaftaran untuk Mykad Smart Shopper adalah Percuma. Tak perlu bayar satu sen pun.
- Tiada tarikh luput keahlian.
- Nikmati Diskaun Segera & Rebate Tunai
- Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 20% di kedai-kedai tersebut hanya dengan menunjukkan Kad pengenalan/MyKad.
- Perolehi mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah ( RM 1 = 1 Point AJ)
- Tiada kad tambahan ( Hanya Guna MyKad sahaja). Tak perlu ada banyak-banyak kad.
- Boleh buat duit tambahan. Haa..yang ini ada “cara”nya yang tersendiri dan ramai orang tidak tahu.
- Kesimpulannya, Projek Mykad Smart Shopper ini sangat bagus. “MyKad Smart Shopper” ni lebih kurang sahaja seperti kad Bonuslink dan kad Mesra Petronas yang kita pernah gunakan dulu. Kumpul point dan boleh tukar kepada hadiah atau dapat diskaun untuk barang-barang tertentu.
Haa.
Banyak tak kelebihannya bila kita ikut kempen Jom Aktifkan Mykad ini?
“Tapi bro..gua dengar Mykad Smart Shopper ni macam tipu je. Betul ke?”
Ya.
Aku tahu. Ada yang berfikiran demikian.
Ragu-ragu dan syak wasangka.
Senang cakap, kita tengok siapa tulang belakang atau yang “BACKUP” program ini.
Program ini adalah hasil kerjasama di antara I Synergy Universal Sdn. Bhd. dan Perbadanan Multimedia (MDeC) di bawah label pemasaran yang dikenali sebagai Affiliate Junction atau AJ. Dan kalau korang masih ragu-ragu, korang boleh buat semakan sendiri di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jika program ini adalah satu penipuan yang terancang, agak mustahil jugak la boleh keluar kat website rasmi kerajaan.
Dan yang penting, program ini guna Mykad kita.
Dalam dompet korang, apa barang paling PENTING sekali korang kena jaga?
- Mykad.
- Masih Mykad.
- Salinan Mykad.
- Lesen memandu jika ada.
Duit dah jadi nombor terakhir. Gambar gadis bertudung comel lagilah jauh sekali. Kalau korang kena rompak pun, mesti korang akan kejar balik perompak tu, kan? Sebab dah jadi satu hal pulak kena buat report dan buat Mykad baru semula lepas tu..
See.
Nampak tak kepentingan dan kelebihan kempen Jom Aktifkan Mykad ni?
Bukan boleh buat main-main bila ada program yang menggunakan Mykad sebagai satu tools dalam sesebuah program. Lebih-lebih lagi bila bermain dengan syarikat, agen dan mykad.
Bukan sembarangan boleh guna benda macam ini dan dijadikan sebagai satu bisnes yang kukuh. Kalau sistem rapuh, memang takkan wujud program Mykad Smart Shopper ini dalam salah satu aplikasi Mykad kita.
Pendek kata, kalau ada orang yang sanggup “COVER” apa-apa perkara buruk yang bakal berlaku nanti, itu dah cukup dah untuk korang sertai program Mykad Smart Shopper ni. Lagipun, bukan kena bayar apa-apa pun. Dan yang lagi penting, kalau korang nak join atau tidak. Tak ada paksaan. Ikut suka hati ketiak korang la.
No pressure.
Kesimpulan.
Nak ikut atau tidak kempen Jom Aktifkan Mykad ini untuk sertai program Mykad Smart Shopper ini adalah terpulang pada diri korang.
Bagi aku, ini salah satu konsep yang PASTI wujud pada tahun 2020 nanti.
Dan memang dah berlaku dikebanyakkan negara. Contohnya kat Jepun. Diorang ada sistem kad yang boleh digunapakai untuk pelbagai fungsi. Ada yang boleh kumpul point, ada yang boleh guna untuk shopping online, ada yang boleh digunakan untuk beli tiket wayang dan tiket keretapi. Semuanya dalam satu kad sahaja kalau aku tidak silap baca.
Konsepnya lebih kurang sahaja, kan?
Dah.
Itu sahaja nak cerita.
Semoga mendapat manfaat dan semoga terhibur.
Babai.
Sumber rujukan – Apa itu Mykad Smart Shopper
Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com
35,140 total views, 1 views today
bila dah baca kempen nie kat blog2, rasa yakin sikit nak aktifkan..hehe..
Kalau rajin, bolehlah pergi aktifkan nanti ye.
makin senang pulak buat kerja sekarang ni, dengan guna mykad je.
Ya.
Dunia teknologi dah banyak memudahkan hidup manusia zaman kini.
Yalah dengan mykad semua boleh lakukan, nak bershopping pun boleh.
Ho…ho…pakar SEO dah sertai Contest SEO Jom Aktifkan Mykad. Terbaik dari En Titan. Semoga berjaya beo…. nak uji entri lu ke sebab dah lama bro tak join contest.
Benda pakarnya.
Saja je memeriahkan contest nih. 😈
Tak pakat tapi lejen SEO yg ramai duk pakat bercerita ttg artikel bro yg sentiasa berada di page1.
adeh terpaksa bersaing denga lu pulak..teruk sikit nie..hahaha
Haha.
Nak bersaing apanya plak.
Biasa-biasa aje.
lu dah tendang entri gua ke..hahaha 🙁
Haha..
mana gua tahu.
Entri gua ni pun gua tak tahu pegi mana.
Siapa leading sekarang ni wehh?
pernah juga orang kempenkan kat saya suatu ketika dulu tapi masa tu kepala tengah aktif buat tune excel… takleh nak masuk sangat…
Kalau part nak buat duit tu memang pening kepala sikit.
Tapi kalau nak aktifkan tu, tak susah mana pun.
Yes! Ternanti2 penyertaan tuan… Nah! Barulah best dan hangat contest mykad ni!
Guna mykad boleh dapat diskaun cendol tak? hoho!
Sekadar buat artikel aje. Support memeriahkan kontes ni.
Kalau naik, naik.Kalau turun..turun la kot.
Malas buat backlink sangat.
Contest rupanya.. trick or treat tul.. haha.. semoga berjaya.. tp banyak juga yek kegunaan mykad.. hehe
Memang banyak la kalau dah lebih dari 50.
Haha..
kita aje yang tak tahu.
Aku dah tengok benda ni lama dah. Memang rasanya boleh dipercayai sebab MDEC tu sendiri, dan tiada penafian dari MDEC walaupun benda ni dah berzaman. Tak macam UFUN tu, kejap je Binapuri dah nafi.
Btw, kenapa sebelah kanan blog kau ni berkelip-kelip macam ada lampu? Macam ada iklan nak keluar tapi tak keluar. Annoying juga bila asyik ada kilat2 kecil ni.
Saje je nak sakitkan hati dan mata ko.
haha..
Terima kasih Cikgu Titan kerana sudi join Contest ini… Betul tu.. Saya perasan di sebelah kanan blog ini ada macam lampu berkelip-kelip… Mula ingatkan komputer ni yang problem… Tapi pergi ke blog orang lain, tak ada pula..
Aah la.
Gua pun baru perasan.
Takpelah.
Biarlah.
At least, leh gak wat korang rasa pelik semacam aje nanti. Haha..
Dah aktifkan mykad..cuma blm sempat nak join contest..
kalau ada masa nanti, bolehlah sertai sekali.
hehe..
wah,aktifkan mykad pulak..lg senang la nk buat benda nanti..
bro pun join contest ni . bagus ni…
Saje je memeriahkan suasana.
aku sibuk sekarang ni sebenarnya.
Dah penah aktifkan mykad tahun lepas tapi belum guna-guna lagi dekat mana-mana outlet yang ambil bahagian
Haa..
Nanti, bolehlah mula try pakai mykad tu.
Leh dapat diskaun lagi tu tau.
Rugi kalau dah aktif tapi tak gunakan kelebihan tu.
yah hooo ayuh aktifkan dengan segera 😀
Selama ni duk dengar je, tak sangka banyak kelebihan aktifkan mykad. 😉
Memang banyak kelebihannya.
Kita aje yang tak tahu sebenarnya. hehe
alamak dia dah join…. bungkusss…. 😳
en.titan dah aktifkan mykad ke belom..hehe
Ko rasa aku dah aktifkan ke belum?? 😆
sesetengah tempat minta mykad untuk diskaun tiket 🙂
Tempat kat mana tu yang mintak mykad?
cecite sket.
nak tau gak tempat tu.
gua macam ada je artikel my kad nih, tapi tak perasan pula kalau my kid pun boleh diaktifkan
Cuba la ko gi aktifkan mykid tu.
Mana tau..bulih kot. Haha.. 😆
macam-macam boleh buat dengan mykad rupanya..membeli belah pun boleh, hebat!
Yap.
Memang macam-macam boleh buat.
Jadi sudu pun boleh kalau mahu. hehe..
Walaupun rupa mykad koyak sana sini, tapi tadi pergi bank masih boleh baca & print lagi. Boleh la kot join AJ ni. 3, 4 bulan lepas kawan-kawan lama ada cerita tapi maca tak berapa yakin.
selagi cip dia tak kena kacau..
boleh aje pakai mykad tu. 😈
Macamana nak terkait dengan awek cun nie.
hadoi.
Tapi memang menyenangkan pun kalau semua dah integrate kan dlm satu kad.
Usaha yang perlu dipuji.
pergggh baru masuk terus terpacak…
ni lah penangan sifoo SEO 🙂
Kalau sebuat nama En Titan, pasti orang ingat SEO. Bila saja entri dihantar penyertaan terus nak tendang peserta lain. Ini dikatakan power SEO. Apapun semoga berjaya.
hurmmmm, kena aktif kan jugak nih 😉 😉
Wah my kad pun boleb buat macam-macam kan…memang untung kalau macam ni….
Oh style singapore ni. Kena cari masa nak aktifkan my kad ni
huh!!.. agak-agak mat Bangla yang guna Mykad sabah boleh aktifkan jugak ke?..
boleh kot.
janji ada mykad.
ntah. aku tak tahu.
Macam nak aktifkan mykad shopper ja ni
Otai dah join kontes laa.. Byk kelebihan rupanya kalo aktifkan mykad. Nak gi jepun jugak laa guna mykad kat jepun.. Hahaa
Haa..
gi la jepun tu ye.
Nanti, jangan lupa belikan ole-ole untuk aku plak. 😎
wahh..dia dah join.. habislah..habislah… good luck…
apa yang habisnya nih..
ceceta sikit sket. hehe..
Tengok lah..kalau rajin nanti makcik aktifkan le ya..:)
wah ini ikut kontes SEO kah mesti lah di page one google
blog pd kedudukan paling atas tuu..hebat sungguh imlu SEO nya..
ehh..
kat atas ke sekarang?
tak tahu plak aku. 😯
kat jepun dengarnya memang guna mykad dorang. tak pernah pergi, dengar gosip-gosip aje. kat melaka tunjuk mykad diskaun 50% naik melaka river cruise, menara taming sari, zoo hehe. warga emas lagiiii diskaun hehe
as salam..
uish..gigil rasa dah sampai ke blog hi rank ni..byk nak kene belajar lagi ni.. 😳 😳
Abam cendol join ini contest…susah aa org mcm saya nak cari makan mcm nie..maklumlaa abam ada kitab jurus 7 alam ghaib..xpe2 nak cuba gak laa ngan contest nie..
La, contest rupanya. (mengantuk)
alamak abam titan pun join.. hehe..
Good luck abam titan
Fuhhh rase lega skit ada orang review program ni, jadi boleh stat register ni.
berdesup naik 1st page…power
All the best lagi incik titan yang rajin.
Biasa beli online jer, mykad blom lagi..hehe
Mungkin dah ramai yang aktifkan mykad ni tapi tak ramai yang betul2 guna…rasanyalah
haha
gud luck admin….harap berjaya dalam contest ini ye…seminggu je lagi keputusan akan keluar
ikhlas – Bakul2011
Jika dah aktifkan Mykad ni sure ramai peniaga yang akan daftarkan bisnes dengan AJ.
Keputusan dah nak diumumkan, siapalah yang berjaya nanti ye? Adakah kita semua boleh berjaya? Artikel atau blog yang sentiasa update dan selalu komen di peserta lain je nampaknya berpeluang nak menang.
Semoga berjaya buat En Titan.
Tahniah kepada bakal pemenang…:)
Kalo betul laa mata saya tak KEROW nie..mcm tuan HH yang menang.
Cikgu sukan nie pon ada aa top finalist
p/s: Tapi mata saya berair aa gak tgk blog cap ayam sendiri langsung takde dalam list… 😆
Blogwalking sebelum contest tamat. Moga berjaya en titan
Tahniah Bro sebab jadi salah seorang pemenang kontest SEO ni.
macam-macam boleh sekarang ni ye.. mykad boleh juga shopping.