Hari itu, aku ada tanya apa kebaikan makan petola, kan?
Dan aku juga ada tanya soalan macam mana nak masak petola ni. Masak cara apa yang sedap? Akhirnya, ada juga orang bagi resipi dan bolehlah juga aku buat kesimpulan..
- Ramai orang suka makan PETOLA.
- Ramai orang lelaki tak berapa suka makan Petola.
- Pakej kombo. Ramai lelaki tak makan Petola dan Peria.
- Tapi lagi ramai orang tak makan peria berbanding petola.
Ok. Itu yang aku dapat hasil dari kajian dan bacaan dari komen-komen korang yang baik hati itu.
Disini, aku kongsikan 2 resipi popular yang menggunakan petola.
Petola “Masak Bening”
- Bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan sedikit halia dihiris halus. Masukkan dalam periuk.
- Masukkan air ke dalam periuk td dan panaskan hingga mendidih.
- Petola pula, dibuang kulitnya, potong nipis-nipis (petola nih bila kita potong nipis, rasa MANIS dia akan lebih menyerlah).
- Masukkan petola dalam periuk bila air dah mendidih.
- Tambah secubit gula dan garam secukup rasa,
- Siap dan boleh hidangkan kepada Fatin Liyana. Ehh..sesiapa yang korang suka.
- Kredit – AKuro san
Tumis Air Petola Fucuk. (Jangan tanya aku kenapa nama ni diguna pakai..)
Bahan-bahan:
- 1 biji petola manis
- 100 gram fucuk @ tauhu kering, potong dan rendam hingga lembut
- 1/3 cawan isi udang
- 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
- 5 biji bawang merah, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- Lada hitam, ditumbuk halus
- 1 kiub ikan bilis “maggi” (optional)
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Bawang goreng untuk hiasan
Cara nak buat:
- Petola dibuang kulit, cuci dan hiris serong sederhana tebal. Fucuk atau tauhu kering, dipotong dan rendam hingga lembut. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan isi udang dan masak hingga berubah warna, tuang air secukupnya dan masukkan kiub ikan bilis, jika guna. biar mendidih.
- Masukkan fucuk (toskan) dan masak sekejap. Tambah petola dan soo hoon (toskan), kacau rata dan bila mendidih, perasakan dengan garam secukupnya. Tambah lada hitam dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
- Dah siap, leh hidangkan kepada Cik-cik gadis ini – Ainan Tasneem, Ain Maisarah, Hazanis dan Fatin Liyana. Ohh..
- Kredit – Tiffin Biru
** Tak ada gambar makanan. Nanti korang marah aku plak. Lagi sikit nak berbuka ni. Haha..
Ps: Tamat sudah kajian aku tentang Petola. Kita cari benda lain pula selepas ini ye..
30,590 total views, 3 views today
still tak sodap..hahaaa
x suka gak…huhuhu..x best petola
Hari ni saya masak Syur Petola ni, tapi letak Fishcat.
wah~ resepi saya terpilih.. siap nak hidang kat Fatin Liyana lagi tu… confirm Fatin Liyana suka… huhu~
dah lama tak makan petola @ peria….
Aku bedal je sayur ni. tp peria tu tak berapa nak masuk sgt…petola best! 😉
Masakan ringkas pembuka selera 😀
haha post sikit ke senawang, malas nak masak..
Masak sama udang dengan mayonis boleh ker?
Apa-apa pu terus terang, kawe ni termasuk dalam golongan lelaki yg disebut tu – tak suka makan petola… petai boleh la..
what is petola masak bening i dont understand haha, kau ni jawa ke apa setahu aku masak bening ni cakap jawa keh,keh,keh
tapi serius gua cakap peria masak goreng pedas taruk telur sedap sekali
petola cecah cendol mesti best.hahaha
nak kena print ni. nanti nak masak untuk bini.
petola memang sedap, tq atas perkongsian resepi ini, walaupun titan tak
makan tp tau juga cara memasaknya ye
Gua tetap tak suka petola..
Petola boleh layan lagi, kalau peria tu tgk masakanlah..
Tak sedap gak..mak aku cakap kalau tak sedap jangan makan
petola masak fucuk pernah nampak tapi tak suka makan petola
bakar pun sedap..
Hehe..yang last tu pelik aje nama resepi dia..kahkahkah
best ke, tak pernah merasa.
Kebetulan semalam dan hari ini makan sayur petola yang dibeli dari pasar borong selangor kelmarin…sedap!
Nampaknya hanya yg kacak jer makan petola dan peria…hehehee
pandai dah masak. bagus2 😉
petola dan peria..dekat-dekat kan..peria memang tak tertelan la..
pergghhh,, cek tak suka petola langsung,, walaupun sedikit,,
Bila lah nak merasa air tangan Titan ni, dah 2014 dah ni tak merasa lagi…bila bila bilaaa???