Ok. Kejap lagi aku akan bertolak ke tempat kursus. Aku taip mana yang sempat dengan sepantas mungkin. Β π
Mak aku tengah sibuk memasak untuk juadah berbuka aku petang nanti. Tumbuk kat lesung batu, potong sana, potong sini, basuh sana sini Β dan macam-macam lagi. Dah macam bersilat aku tengok. Haha..sebab itu jugaklah aku sukakan kebanyakkan masakan mak aku. Hampir 98% aku suka. Cuma ada juga makanan yang mak aku masak aku kurang berkenan. Macam makanan yang melibatkan tomato, petola dan terung. Yang ni, memang aku tak suka. Tolak jauh-jauh. Tak tahu kenapa, bukan aku tak pernah makan, tapi memang aku tak boleh. Kang termuntah..terasa pula mak aku nanti. Jadi, baik berterus-terang jadi, mak aku takkan paksa aku makan lagi..
Abah pula sibuk tolong mak semetara aku tolong tengok aje. Haha, pemalas betul aku ni. Aku ni tengah sibuk kemas barang apa yang patut. Aku malas nanti sampai mak aku pula yang tolong kemas. Mesti ada aje yang tak kena dimatanya. Yelah, dia tak nak aku tinggal apa-apa barang. NAnti satu hal nak patah balik dan satu hal pula menyusahkan mak dan abah aku. Jadi, baik aku kemas betul-betul. Ini dah 3-4 kali aku buat spot-check. Tak mahu ada yang tinggal. Gila tak gila aku hari ini.
Kat luar rumah, tengah hujan lebat. Alhamdulillah, jalan tak panas dan cuaca pun tak panas. Harap sebelum pukul 2 nanti akan reda dan tidak menjejaskan perjalanan aku ke tempat kursus aku tu..
Wokeh. Aku blah dulu.
Ps: Siapa yang belum tulis review untuk pertandingan Earncent Review 2011, boleh buat sekarang. Jangan lambat-lambat sangat. Nanti terlupa, korang juga yang rugi nanti nak menang hadiah melebihi RM300 itu. π
2,462 total views, 1 views today
Dulu memang tak suka gak 3 benda ni.. Sekarang dah boleh telan.. Walaupun taklah selera mana.. Hehe..
Emm punya laju karang artikel..haha..
pesal nak muntah makan tomato?? π