Aku terbangun dalam pukul 5 lebih pagi tadi. Sempatlah juga sahur. Aku memang tak sedia apa-apa. Bersahur seadanya. Lebih baik bersahur daripada tak makan apa-apa bukan? Aku pun bukannya lapar sangat. Sekadar memenuhi perut yang aku rasa macam nak buncit aje. Tak boleh jadi ni, kena buat exercise perut ni. Kang semua perempuan comel lari pula. Haha..
Malam tadi. Aku mimpi secara bersiri. Bila aku tersedar, aku tidur balik. Sekali, tersambung pula mimipi yang mula-mula tadi. Bila terbangun. Baru pukul 2 lebih. Jadi, aku tidur balik. Demm. Tersambung pula mimpi tadi sekali lagi. Dah 3 siri dah nih..sementara aku masih ingat mimpi tadi, aku ceritalah kat korang. Mungkin korang boleh tafsir kot bab-bab mimpi ni. Aku memang fail sikit bab menafsir mimpi ni..
mimpi siri 1 – aku bergaduh dengan adik aku. Dia bagi sewa bilik aku kat orang lain. Mahu tak mengamuk aku. Jadi, aku pun merajuklah dengan adik aku dan mak abah aku. Aku pun pelik, pasal apa aku boleh merajuk pasal bilik aku kat rumah tu disewakan kepada orang lain. Waktu ni, rumah aku tu bukan macam rumah sekarang. Rumah aku ni dah macam mini hotel dahh..cuma bilik yang aku selalu duduk tu, tetiba ada orang lain sewa. Kalau perempuan takpe juga, ni orang lelaki mana ntah. Bukan aku kenal pun. Dalam mimpi ni, aku tak tahu siapa penyewa bilik aku tu. Adik aku jadi manager kat mini hotel kepunyaan keluarga aku tu.
mimpi siri 2 – aku sambung merajuk dengan mak abah aku. Mak abah aku sebenarnya tak tahu aku merajuk dengan diorang. Jadi aku buat protes la. Pura-pura demam, pura-pura tak layan diorang dan segala bagai merajuk aku apply. Mak abah aku pelik. Risau bukan main. Siap ajak aku gi makanlah, apalah..tapi aku buat sardin aje. Time ni aku dah terbangun dahh kali kedua..
mimpi siri 3 – aku marah adik aku lagi pasal kes sewa tu. Berlarutan beberapa hari. So, aku rancang aku nak tidur kat tempat kursus aku ni. Apa nak jadi, jadilah. Kononnya nak lari dari rumah la. Tapi bila aku nak lari..aku terbangun dari tadi. Waktu ni dah kul 5 lebih. Jadi, aku tak berminat nak sambung mimpi aku tu, terus aku sahur. Habis cerita dahh…
Kesimpulan dari mimpi aku tu, aku tak tahu. Tapi aku rasa bab-bab keluarga ni janganlah berkira sangat macam aku. Kita kena jaga hubungan family kita. Buruk baik mereka, mereka tetap ahli keluarga kita. Darah yang sama mengalir dalam setiap pembuluh darah kita. Jadi, buat apa nak merajuk atau bermasam muka, kan?
Ps: Ok, terima kasih kerana melayan cerita mengarut aku ni..
2,815 total views, 1 views today
aku tak pandai nak tafsir mimpi bro – aku pelik kenapa mimpi pon boleh bersiri cam samarinda nya drama plak 🙂
harap xder yg pelik2 belaku la yer
boleh pula dia bersiri ek. Syukurlah, dapat juga tidur siap mimpi bersiri lagi. Sya tak leh tidur. pejam mata je, tp x leh tidur juga. Sampai pedih mata ni haa…ngantuk sebab tak tidur. huhu…subuh sudah.. 🙁
Banyaknya siri mimpi? Siap boleh sambung2 lagi ye.. Erm, tak tau nak tafsir.. Senang cakap, mimpi ni mainan tdo jer.. Wat lek dah.. =)
Hehe..meanrik la mimpi 3 siri nih..emm betul kan..kita adik beradik nk berkira tahap mana sangat kan?bak kata pujangga..air dicincang tak kan putus..hehe
Hihii…lawak laa mimpi ni😂