Ya.
Ini cerita beberapa tahun yang lepas.
That means..
Aku berjaya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog.
Ia fakta.
TETAPI..
Bagaimana pula dengan tahun ini? Tahun lepas? Masih dapat RM10 ribu lagi kah?
Tahun lepas, dua tahun lepas..tahun ini
Ya. Aku masih dapat jumlah yang sama. Bahkan..terlebih pun ada.
dan in-sha Allah pada tahun depan aku yakin aku pun boleh dapat RM10 ribu setiap tahun hanya dengan menulis blog.
Jadi..
how da hell lelaki yang suka makan cendol ini lakukan?
Bagaimana lelaki biasa-biasa seperti aku ini boleh dapat RM10 ribu dengan hanya menulis blog dalam tempoh SATU tahun?
Senang ke? Nampak macam susah sahaja kan?
Nak dapat RM100 pun dah terkehel lidah dibuatnya. Apatah lagi nak dapat RM1000 dalam tempoh 1 tahun. Terasa macam blogger-blogger yang hebat-hebat tu macam menipu aje kerjanya.
Ok.
Orang boleh cakap macam-macam. Tapi itulah perbezaan antara orang yang ada target dengan yang tak ada target atau targetnya tidak jelas.
Senang cakap, aku nak cerita tentang TARGET pada hari ini.
JIka korang ada target, in-sha Allah, bukan setakat 10 ribu ringgit korang boleh dapat. Lebih dari itu pun korang boleh dapat dengan bergaya.
Sebab apa korang masih tak dapat.
Korang tak ada TARGET yang jelas. Tak ada usaha yang keras untuk capai target korang itu. Tak ada konsistensi dalam merealisasikan target yang korang mahukan itu. Tidak TULIS dalam diari tentang matlamat dan target korang. Tidak visualisasikan target dengan lebih jelas dan tidak atur strategi untuk memastikan target itu boleh dicapai.
Nak dapat RM10 ribu sebenarnya SANGAT mudah.
“Eleh bro..lu sembang teori aje bolehlah. Nak buat tu bukan senang bro..”
…
….
Betul.
Susah sebenarnya.
Tapi, kalau korang dah tahu apa yang DIPERLUKAN, teori itu akan jadi lebih mudah apabila praktikal dilakukan dengan baik.
Masalah orang kita adalah sikap.
Sikap malas, sikap tidak berdisiplin, sikap malas belajar, sikap kedekut nak keluar duit, sikap tak nak berusaha sungguh-sungguh, sikap tak nak ikat perut, sikap dengkikan orang, sikap berfikiran negatif dan segala bagai lagi.
Betul tak?
Bab sikap inilah yang kita kena perbetulkan.
Selagi kita asyik berfikiran negatif, selagi kita dok asyik mengupdate status kat facebook setiap hari, selagi kita dok DENGKI atau menghanjing orang-orang yang sudah berjaya..
selagi itulah korang TAKKAN berjaya dapat RM10 ribu dalam tempoh 1 tahun.
Kalau korang hendak berkahwin dalam tempoh 2 tahun lagi dan korang memerlukan 10 ribu untuk kos perkahwinan korang..tapi korang asyik dok mengeluh kat facebook, asyik cakap tak cukup duit, asyik ngumpat bos masing-masing, asyik jaga tepi kain orang, asyik dok post aib orang, asyik dok perli kawan sendiri, asyik dok post gambar selfie diri sendiri setiap hari,
ketahuilah bahawasanya..
korang sebenarnya SEDANG bersikap kejam dengan diri sendiri. 2 tahun itu, korang boleh dapat 20 ribu ringgit. Tapi kenapa dalam tempoh itu tidak korang usaha betul-betul untuk mendapatkan RM10 ribu itu.
“Macam gua cakap bro..lu dah pandai bro..lu pandai atur hidup lu..lu apa buat pun, semuanya jadi. Semuanya meletup..gua ni, nak jual pen sebatang pun tidak laku..”
…
….
Ya. Mungkin korang salah satu daripada kawan aku yang seorang ini. Dok asyik bagi alasan sahaja. Tapi usaha ke arah itu. Aku tak nampak.
Serius, ko GAGAL jual 1 batang pen pada orang lain?
Berapa orang yang telah ko cuba jual?
2 orang? 10 orang? 100 orang? 99999 orang?
Kalau gagal jual pada orang yang ke seratus. Ko kena teruskan usaha untuk jual kepada orang yang ke 101. Siapa tahu, orang yang ke 101 itulah yang MAHU membeli pen itu walaupun harga pen itu cumalah 60 sen sahaja.
Silapnya dimana?
Tiada kesungguhan. Tidak mahu belajar teknik yang betul. Tidak merancang strategi yang sesuai dan tidak MAHU belajar dari orang yang sudah pernah berjaya. Tidak mahu dengar nasihat orang lain. Tidak mahu pergi bengkel dan beli ebook yang orang jual. Tidak mahu tanya orang-orang yang dah berjaya dan sebagainya.
Jadi, belajarlah dari mereka yang berjaya. Aku juga salah satu contoh yang belajar dan tiru dari hasil pengalaman orang-orang yang telah berjaya. Mereka berjaya dapat RM10 ribu pertama dalam hidup diorang dengan cara mereka sendiri. Aku berjaya dapat RM10 ribu pertama dalam hidup aku dengan hanya menulis diblog.
Ini salah satu strategi lama yang telah aku gunakan.
Korang boleh ambil dan tiru. Improvise dan buat dengan gaya korang sendiri kalau korang mahu.
Aku ubahsuai sikit ayatnya agar korang boleh faham. Kang aku buat ayat ringkas, korang tak faham la plak.
Plan RM10 ribu dalam setahun.
Plan A – Tahun pertama.
1 tahun ada 12 bulan. Oleh sebab aku lebih suka menulis blog, aku guna cara ini sahajalah untuk cari duit.
1 superblog mampu beri aku RM1000 selama 1 bulan. Jadi, untuk hasilkan RM10 ribu. Aku pastikan aku dapat sekurangnya RM1000 dalam sebulan dalam setahun. Kira-kira mudah, RM1000 x 12 bulan. Aku dah dapat RM12 ribu. Misi tercapai.
Nota – untuk hasilkan satu superblog ini, aku ambil masa 3-6 bulan untuk fully optimize. Maksudnya, lepas 6 bulan itu, income lebih dari RM1000 memang aku dapat.
Plan B – Tahun kedua.
1 superblog mungkin dapat bagi aku RM500 sahaja 1 bulan. Jadi, aku tambah 4 superblog. lagi Dan buat kerja SAMA macam blog yang pertama. Hasilnya, boleh dapat RM2500 sebulan. Kira-kira mudah. RM2500 x 12 bulan, aku berjaya kumpul RM2700 dalam setahun. Misi tercapai.
Nota – dah ada pengalaman buat superblog. Jadi, masa untuk hasilkan superblog boleh disingkatkan. Jadi, satu superblog biasanya boleh dihasilkan dalam 1-2 bulan sahaja. Dengan syarat, mesti kerja keras sikit. Masa ni, awek aku yang merangkap kepada bini aku sekarang memang kuat merajuk sebab aku jarang call dia sebelum tidur. So, kalau dah ada isteri..kena bincang dulu dengan bini tentang hal ini agar bini boleh faham.
Plan C – Tahun ketiga dan ke atas.
Oleh sebab dah malas, aku buat lagi 10 blog biasa. Tak capai level superblog yang lain. Pukul rata setiap blog dapat antara RM50 hingga RM200 sahaja. Kira-kira mudah, 1 blog dapat RM100 sahaja setiap bulan. Jadi, 10 blog x RM100 = RM1000 sebulan. Maintain dan buat benda yang sama setiap bulan..hujung tahun, aku dapat RM12000.
Nota – Superblog yang sebelum ini, tetap maintain macam biasa walaupun ada juga yang terkurang dari target dan ada juga yang terlebih dari target. Maklumlah, setiap superblog ada naik turunnya. Ada masa superblog X yang hasilnya banyak, ada plak superblog Q plak yang sikit hasilnya. Kena pandai jaga masa ini dan 10 blog biasa ni aku cuba maintain macam biasa.
Plan X – Plan ikut suka hati aku.
Ya. Aku dalam fasa ini sekarang.
Apa yang aku buat, update aje blog ikut suka hati aku asalkan RM10 ribu dalam setahun tercapai. Aku dah tak tamak sangat setakat ini. Tapi macam biasalah..memang DAPAT lebih dari RM10 ribu setiap tahun walaupun usaha aku lagi malas berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Aku mampu capai tahap ini sebab majorit superblog dan blog aku memang dah ada dalam senarai advertiser. Bila-bila masa diorang akan hubungi aku kalau nak aku tulis sesuatu atau mintak buat projek untuk diorang. Harga untuk 1 artikel berbayar pun aku caj mahal. Takde dah murah-murah. Tapi untuk capai tahap ini..4 tahun pertama dulu..memang aku kerja kuat. Cukup kuat. Kekadang, tidur pun 2-3 jam aje. Kekadang, langsung tak tidur.
Dan sekarang, aku terlebih tidur sudah. Maklumlah, orang dah ada bini, kan? Haha..
Apa job atau cara nak buat duit dengan blog yang aku lakukan pada setiap bulan?
- Tulis blog yang disukai oleh pembaca dan kita juga sendiri suka baca blog kita. Kalau kita sendiri tak suka, toksah mimpi orang nak hadap sangat nak baca blog kita. First, kita mesti syok sendiri dengan blog kita.
- Lepas itu, letak iklan dari syarikat yang tak ada masalah dari segi pembayaran. Contohnya Nuffnang, Innity, Google Adsense dan sebagainya. Pukul rata setiap bulan boleh dapat RM100 hingga RM5000 kalau kena caranya. Tapi haruslah tahu bagaimana nak dapat trafik banyak untuk blog kita. Baru senang nak buat duit dengan cara ini.
- Tulis artikel berbayar. Advertorial dan review berbayar. 1 review biasanya minimum aku caj RM100 mengikut level tertentu. Ada blog aku caj RM1500 untuk 1 artikel. Ada yang aku caj RM100 sahaja untuk 1 artikel. Ada yang aku caj RM500 untuk 1 artikel. Ada yang aku caj RM300. Yang caj kurang dari RM50 pun ada. Tapi itu biasanya blog-blog yang baru aku tulis. Blog-blog lama, harga artikel memang lebih dari RM300. Masa ni, advertiser memang dah tahap WAJIB ikut harga kita. Majoriti advertiser memang tak banyak soal. Biasanya yang banyak songeh ni, advertiser yang baru nak kenal dunia blog ataupun, kawan-kawan kita sendiri yang dok mengada minta diskaun. Oleh sebab tak nak hilang kawan, bagilah juga harga kawan-kawan..
- Jual produk. Biasanya aku wat program affiliate. Sebab kita boleh dapat beribu-ribu ringgit dengan program affiliate kalau kena caranya. Dan ini adalah “main income” untuk aku sekarang. Kekadang, satu sales pun leh dapat RM150. Kekadang, ada gak sales RM100 untuk 1 produk. Ada juga dapat RM10 untuk 1 produk. Ada juga dapat RM30 untuk 1 produk. Itu baru SATU sales. Kalau setiap hari dapat 1-2 sales. Agak-agak dalam satu tahun, realistik tak nak dapat RM10 ribu? Benda ni ada aku cerita dalam kitab pink aku itu. Leh baca dan TIRU teknik yang aku lakukan disini –> Kitab Teknik SEO Merah Jambu (Dah ramai pengamal kitab ini berjaya dapat ribu-ribu ringggit melalui program affiliate)
- Ambil projek SEO untuk syarikat atau group tertentu. Biasa aku caj RM2500 hingga RM10 ribu untuk satu-satu projek. Dalam satu bulan, minimum aku akan ambil dua projek. 2 projek aje dah leh dapat RM5000. So..4 projek..dah cukup capai target untuk dapat RM10 ribu setahun.
Last.
Apa yang aku mampu nasihat untuk mana-mana blogger yang mahu TIRU cara aku?
Jadikan RM10 ribu sebagai target korang. Ini target yang paling rendah berani aku CABAR korang semua untuk lakukannya. Aku tak cabar RM1 juta dalam setahun. Aku tak cabar RM100 ribu dalam setahun. Aku tak cabar RM50 ribu dalam setahun.
RM10 ribu adalah jumlah yang korang boleh capai sebagai lelaki biasa. Untuk perempuan biasa, serius aku cakap, memang SUSAH. Tapi kalau korang berjaya capai, itu bermakna korang memang lebih HEBAT berbanding orang lelaki diluar sana.
Kesimpulannya, pasang target korang. Tulis RM10 ribu dalam dompet, dalam telefon pintar, dalam handset bini, tampal kat dinding meja, lekat kat dalam tandas, lekat kat tepi dinding, gantung kat dalam kereta dan sebagainya. Visualisasikan target korang setiap hari.
In-sha Allah.
RM10 ribu dalam gengaman korang untuk tahun ini.
Kalau gagal untuk tahun ini, tak apa. Gagal itu perkara biasa.
Cuba lagi tahun depan dengan target dan plan yang lebih kemas.
In-sha Allah, mudah-mudahan tahun itu korang berjaya dapat RM10 ribu pertama korang pulak.
Ps: Semua ini adalah hasil dari menulis blog. Tak ada kaitan dengan cara lain. Tak ada.
25,086 total views, 1 views today
ok.. gua suka artikel nih..
Betul tu. Penuh maklumat. Terbaik sifu.. 😆
Articel of the day,artikel yg tepat utk di baca dan di cari 🙂 terima kasih atas perkongsian ini 😉
betul tu.. Terbaik 😆
Betul, memang susah la even nak dapat RM1,000 dari blog.
Cane nak buat super blog tu
betul tu.. kena belajar dan dapatkan kitab sifu macam ini. 😀
tq for sharing bro..
maklumat yang berguna.
Terbaikla bro..Kalau sebulan 10k, setahun sudah 12k..fuh,kalah gaji boss saya
seronoknya, kalau mcm ni boleh dah nak jadi fultime blogger kan
kalo pompuan susah sikit? tu yg den lomah dongar tuuu… Tapi… nak seribu daya, taknak seribu dalih… ye dak? Mekacih sifu…
![:mrgreen:](https://ahmadfaizal.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Serious naik semangat baca post ni
Baru aku tau mamat cendol ni ada byk blog.. super blog plak tu
Nak dapat 10k pertama masih jauh lagi tetapi sudah mula merasa 2k++ untuk setahun. Tahun ini tak tahu lagi.
thanks bagi motivasi. rasanya part yang susah ialah nak dapatkan trafik. blog power sekalipun tapi kalau takda sapa tau takguna jgk
memang hebatlah, bagi yang bujang duit blogging dah cukup untuk kawin.
OOOO, sebab tulah blogger otai blogger popular ramai yang dah kahwin… diorang pun mesti pakai duit dari blog nie.
Ini bukan auta. Ini betul-betul punya! Satu motivasi sekaligus cabaran kepada blogger lain.
superblog adalah impian saya untuk hasilkan RM10 setahun!..tapi kalau setakat impian ..sampai bila-bilapun susah nak berjaya!
aku ni lemah semangat ni
gigil je jari baca 10 ribu tu
bestnye baca artikel ni..rasa lebih bersemangat nak berblog..kene menuntut ilmu lagi ni..:)
Betul tu bro…
Klu kena gaya 4 hari pun boleh jana RM10K….
hahaha..betul tu.![:mrgreen:](https://ahmadfaizal.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Penting betul kena ada TARGET.. Seiring dengan TINDAKAN.
AIKK.. Blog ni takdak commentluv ka? Tak aci camni… hoho
InshaAllah cikgu !!!!
Hebat..bukan mudah MENCIPTA SUPERBLOG. Bakat hebat diperlukan..
Tahap sifu dah ni. Tahniah 😀
Sifu memang hebat..![:mrgreen:](https://ahmadfaizal.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Apa yang penting, kena ada kesungguhan. “Syok sendiri pada apa yang kita tulis”, aku suka yang nih. hehehe
fuu, hebat! 10k dlm setahun bukannya mudah, tapi tak mustahil.. insyaAllah
oh my superblog..hahahaha…bila la nak capai tahap tu 😛
Boleh jika berguru dengan sifu.
kena konsisten barulah hasil yang mantap
Setuju dengan entri ni bro 🙂
Pokok pangkalnya, nak atau tak nak je dalam diri kita ni. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Kalau tahun pertama dah RM10K, mesti tahun berikut dah lebih dari RM10K. Tertarik dengan artikel ni. kencang habis.
Betul tu. Tahun kedua dapat banyak lagi.
mantap lah ko titan, banyak ko dapat dan berjaya buat duit, aku pun nak juga
aku x pernah pun kira brapa income yg pernah aku dpt sejak mula berblog lagi…..tahniah 10k byk tuh
Memang banyak dapat RM10K satahun. Kena belanja sifu cendol macam ini nak tahu ilmu lebih lagi. 💡
Insyallah rajin berusaha boleh berjaya.
Terima kasih sifu…banyak ilmu dalam artikel ni..
10k setahun dari buat blog sahaja ye?..hhmmm..patut la lu tak putus2 dapat makan itu cendol..
Terbaiklah entry nih. Thanks for the info and thanks sharing sifu. Banyak nak kena belajar lagi nih.
USAHA BERTERUSAN KENA ADA 😀 KENA CEKAL
😉
Betul jugak kata bro… target mesti tepat, jika mahu berjaya, usaha mesti bersungguh-sungguh. Kena laksana bukan hanya berangan-angan sahaja. Keluar sedikit modal untuk mendapatkannya. Contoh yang bro bagu amat mudah dan senang dikira, cuma laksana dengan betul. TQ….
panjang lebar betul penerangan nya nih
bila ada target akan lebih fokus…lepas baca artikel ni, nampaknya kena usaha lebih 🙂
Terima kasih atas perkongsian ini…ni yang wat semangat makcik berkobar-kobar ni..go go makcik go go…:)
Yer…memang betul apa yang dikata..dan tidak diakui benarnya.kalau tidur 2,3 jam sehari, serius dengan blog, memang RM10k akan tercapai…saya pun bila baca artikel ni, rasa tercabar juga..tapi bila difikirkan balik… Ahhhh komitmen untuk serius dengan blog sebegini rupa, memang tak mampu dahhh..ada anak..ada bini..anak tu, kalau merajuk leh bagi coklat ataupun bawak jalan-jalan mandi sungai..kalau isteri merajuk…makan nasi lauk ikan kakap 4 rasa pun tak berselera..
Tapi… Jauh di lubuk hati… saya sentiasa mengimpikan kejayaan besar dalam menjana pendapatan sampingan secara online..Sebab bila dah dapat maintain RM10k setahun, isteri mesti bangkang dan marah bila kita cakap “ayang, abg nak resign jadi blogger”…
Sekarang.. Misi nak capai Rm10k setahun memang merumitkan keadaan sebabnya memang banyak..
Kahkahkah.. Sekadar luahan hati…
Alhamdulillah rezeki saudara..betul tu target mesti ada..dan lagi satu yang penting push factor..
Syukur diberikan rezeki oleh Allah. Nak jadi blogger yang berhemah ni memang agak sukar.
wow terkedu bila baca….
saya nak dpt 100 sbulan pun susah..
urh…membakar semnagat ni..target kena ada…
kalo dapat dikongsikan senarai superblog bro , mesti lagi best. 😉
Byk boleh belajar tue.
memang tabik spring lah kat bro titan ni…
target.. memang kena ada target baru leh berjaya… sedikit demi sedikit akan tercapai juga sasaran tu
entry ini sangat wow
saya sungguh terinspirasi
manusia kalau selalu beralasan memang tak ke mana
just do it!
by the way, kitab seo merah jambu ada jual lagi tak?
wah bgus la entry ni..menaikkan semangat nk tulis blog bersungguh2..
Alhamdulillah post ni memang terbaik. Penerangan yg clear untuk setkan perjalanan ke arah menjadi blogger yang dpt rm10k setahun atau lebih. 😉
😯 😯
Serius tiba aku termotivasi beb ….thanks 😀
Okay..gua pun nak cuba buat target macam ni.. insha Allah, boleh buat rasanya.
Artikel ni paling aku suka bro. Terus aku bookmark sebab banyak sangat ilmu dalam ni.
den stuju dengan ekau pasal target tu. kena ada aim. adoi, den ni ada aim, tapi lari sasaran sebab tak fokus.
aku pun tengah cuba nak buat macam lu ni..cambest tu..:D
saya terkesan baca target 10K ni
wajib ambil iktibar dan mulakan misi baru
nak sambar kitab merah jambu
dan kumpul duit secara konsisten
Yap.
Kena pasang target. Baru mudah sikit nak capai. 😎
wokeh. terima kasih utk insirasi dan motivasi ni
superblog tu leh terangkan yg macammana? yg mcm ahmadfaizal.com ni ke? boleh jadi juga… atau blog niche khas?
cuba search kat blog earncent atau kat blog ni.
ada diterangkan dulu.
setuju dengan cara target yg dicadangkan.. InsyaAllah sentiasa berfikiran positif dan matlamat akan tercapai
Memang hebat. Terus jadi semangat!!!
target dan impian. memang betul tu, awal-awal memang susah, tanya jelah orang yang dah berpengalaman macam ko tu, aku tau perjalanan pada peringkat awal memang susah. lama-lama dah biasa akan jadi mudah. target pun makin lama boleh jadi makin besar. 🙂
Ya.
Mula-mula memang susah.
Lama-lama, jadi mudah.
projek seo eh…. erm.. menarik2.
Ya.
Memang menarik. Hehe
Bukan senang nak senang dapat RM10,000 sebulan. Ikut perkiraan di atas kertas memang senang tapi nak dapatkannya perlu kerja keras dan berusaha berganda-ganda…
Memang terbaik 🙂 Banyak tip berguna.
Tahniah bro….
Kenyataan ini perit untuk ramai blogger terima termasuk aku, tapi tiada yang mustahil dalam dunia ini jika ada keinginan.
😛 😛 😛
wah.. hebat.. hebat hebat.. tahniah bro
Plop.. plop…plop..
Dengar 10k tue..
Mmg terbaik la bro…
Yg penting kesungguhan dan displin..
Kena go detail tentang ini lagi nie..
memang terbaik…dari mula smpai habis aku baca…sangat-sangat memberi inspirasi kepadaku
Serius, apa yang dikata adalah betul. Saya juga melakukan hal serupa dengan blog tapi tak setinggi apa Titan dapat. 3/4 barangkali, kadangkala shj lepas angka 1K permonth.
Jujur, saya masih guna stail kuno, baru nak berjinak dengan SEO walau dah miliki kitab SEO dah lama. Toing3.. InsyaAllah akan fokus kat affiliate kelak dan buat blog 300+ ala-ala Titan tu. Haha..
Memang hebat..hidup kena ada target dan nk capainya pasti ada kesungguhan yang jitu..bagus semangat ni
Ok, dah baca. aku harap ada tips untuk macam mana nak dapat 2.6 billion pertama pula. haha…
Hu…meremang bulu roma baca…
Drpd strategi yang sedara Titan kita ni share, pilih salah satu. Tulis blog ke, jadi affiliate ke, jual produk ke, semua sumber ke arah 10k ?
Ribu riban dah masuk..cendol aku mana hahaha ?
Bro, artikel bro ini memang KACAK!
Kupasan tentang MATLAMAT pun hensem.
saya suka 🙂
Segala-galanya dengan ilmu..fuh hebat..
Terbaik tips ni, diulas dengan panjang lebar. Insyaallah nak cuba buat.
serius entry ni best dan beri info serta ilmu baru pada saya. tn Titan, nak tanya ciri2 superblog apa ye. sorry soalan macam mudah sgt je, tapi nk tanya jgak. hihi