Hmmm..
Nak cerita apa malam ni?
OKeh. Aku cerita 6 cerita SERAM untuk malam raya ini untuk bacaan 18SX kepada korang semua. Budak-budak yang belum kahwin dinasihatkan agar jangan membacanya tanpa pengawasan ibu bapa. Bagi yang dah berkahwin, haruslah ada bersama-sama isteri atau suami, baru BOLEH membacanya.
Faham?
…
….
Cerita Seram No.1
Ok.
Esok dah sekolah semula.
Cuti pun dah habis.
Tapi satu habuk kerja pun tak buat lagi.
Malas bukan main. Asyik dok berkepit dengan bini. Maklumlah..dah ada bini, kan?
Kang berkepit dengan makcik-makcik beg besar, korang kata aku ni dah jadi “anak ikan” paling comel la plak.
Tak bagus itu, kan?
Rosak reputasi sebagai pemakan cendol paling rakus di Banting. Huh..
Cerita Seram No.2
Minggu pertama raya ni, tak banyak komisen masuk. INi adalah perkara pertama setiap tahun yang berlaku pada aku. Tapi tetap ada yang masuk walaupun tidaklah banyak manapun. Dapat 10, 20 sales tu pun dah cukup bersyukur dah bagi aku. Sekurang-kurangnya, masih ada hasil la juga walaupun dok merayap aje atas kereta ke sana sini.
Korang pun perasan, kan aku dok sibuk aje check-in kat atas highway aje.
Jadi, hasilnya tidak seberapa. Tapi, bolehlah.
Budak-budak beraya pun, happy sikit sebab duit raya tahun ini naik lagi SERINGGIT.
Leh la gi makan cendol lepas kat Pekan Karak tu nanti ye.. Hoho..
Cerita Seram No.3
Dan tengah aku dok sibuk-sibuk berhari raya bersama bini tersayang, masa inilah korang dok sibuk kacau aku dengan macam-macam permintaan. Termasuklah permintaan sebegini..
“Bro..kitab seo itu jual lagi tak? Saya nak beli la..”
“Abang Faizaaaalll..ajarkan kita tulis blog. Boleh?”
“Emm..awakk..camana nak tulis TAJUK blog yang menggoda ye?”
“Bro..lu dah tulis artkel Soalan Bocor Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam lom?”
“Wehh..kasi hupdate la lu punya blog! Gua sangapp nih..bosan baca blog lain laaa..”
“Bro..kasi angkat la lu punya fon. Gua nak lu tulis 1 artikel nih..”
“Berapa bayaran advertorial kat blog awak yek?”
Dan sebagainya.
Sehingga membuatkan aku MALAS nak menjawab hampir kesemua soalan yang masuk ke email, sms dan facebook aku. Maklumlah, sejak dah pakai telefon bijak ni, semua notifikasi tu aku boleh tahu sepantas kilat. Dah nama pun telefon bijak..memang bijak benarlah dok bagitau aku setiap masa. Ini yang aku malas benar pakai telefon mahal-mahal cam gini. Ingatkan memudahkan kerja. Tapi menambah kerja lagi aderr laa..
Aduhai..
Cerita Seram No.4
Makcik dah bising. Makcik sana-sini dah sibuk bertanya.
Nenek pun dah sound baik punya.
“Bila nak timang anak?”
“Bila nak bagi nenek cucu?”
Cerita Seram No.5
Alhamdulillah.
Tadi ada seorang tauke cina.
Dia call. Ajak borak pasal bisnes.
Dekat setengah jam borak. Terus ajak jumpa bila ada masa “free”.
Katanya..bayaran ditanggung beres.
Jangan risau.
Harga memang baekkk punyerrr.
Aku senyum. Bini aku 18 juta kali tersengih-sengih.
Tanda gembira boleh beli peti ais baru.
Cerita Seram No.6
Habis je tauke cina tu call.
Aku dapat sms dari emak tersayang.
Smsnya berbunyi seperti berikut.
…
….
“Ko asal sampai kat rumah sewa ko..apsal tak penah nak mesej bagitau mak ko dah sampai?”
Okeh.
Gua terlupa.
Bukan apa. Setiap kali aku sampai kat rumah sewa.
Sebelum sempat aku mesej mak aku, mak aku lagi CEPAT sampai mesejnya sebelum sempat aku mesej beliau.
Jadi, salah aku kah?
Tiba-tiba..
masuk lagi satu bunyi lagu Meteor Garden berkumandang..
Ini mesti mak lagi nih.
Gua bukak itu mesej dan..
…
….
“BOTOL SUSU Amer tu ko letak kat mana hah???”
Seram kan cerita-cerita kali ini?
13,440 total views, 1 views today
memang seram.. terasa nak terkencing ni
memang seram bro titan..
wow seramnya. tengah baca dalam blog gelap nie.. 🙁
bertambah serma jika macam ini. 💡
No 4 tu memang seram.. haha. seram sangat cerita ni.
Betul tu. Seram no 4.
Nombo 1 paling seram uwaaa uwaa
Gigil jugak aku baca cerita ni. Lagi seram daripada cerita hantu indonesia zaman dahulu kala ni.
betul tu. lagi seram daripada tu pun ada.. 😀
Hahahahaha…seram tapi kenapa boleh senyum dan ketawa manja saya nih??? 😈
Seram ada makna ni.. 😳
Ok satu lagi lupa..sejak bila pandai main sorok2 botol susu ni????? 😆
Hantu susu ke? Macam dulu2.. seramnya.. huhu
Mengigil membaca senarai cerita seram diatas. 🙂
hehehe.. seram sampai menggigil tu.
sah borong hantu buat gua jadi seram 😉
cerita no.2 paling seram semacam je!
Crita pasal tauke tu pun seram jugak
Seram gila tauke nak bg peti ais baru. Hehehe
Dalam banyak2 seram… yg signboard Karak tu gak la yg paling gua rasa serma… hehe… klakag sungguh Encik Titan ni… bikin gua gelak tersengih2 sensorang. Yg lain2 tu tak seram. Geli2 bulu tengkuk je. kihhh:mrgreen:
Siri jenaka seram…
macam cerita seram filem2 kita
memang boleh gelak sakan dengan keseramannya
haha
memang seram kalah cerita hantu filem. No 5 ok apa, bukan diorg je kami pun nak tgk anak peminat tegar cendol banting ;), insha allah kan, relax klu ada rezeki insha allah ada
eh sori cerita no 4 daaa
seram sangat2..especially part gambar signboard Karak tu..tipah tertipu rupanye..hehe
Kawe baru balik dari raya. Masih payah nak start kerja… seramnya
yang nobmor empat tu biasalah bila dah kahwin…soalan bila nak ada anaklah yang akan ditanya selagi belum ada rezeki… dan soalan ini tak akan putus biarpun dah ada anak nanti…bila dah ada sorang mula akan tanya bila nak tambah lagi? dan gitulah seterusnya hingga kita dah berumur.
Soalan bila nak ada anak tu mmg seram dan akan terus menyeramkan setiap kali jumpa sampaila bro dpt anak. Huhuhu
Cerita2 seram kali ni boleh masuk x-file..
Hahaha. seram sangat citer ni. paling seram part cerita no.4.. bila nak timang anak? hahaha
cerita paling seram pernah dibaca setakat ni…kih3
eeeee…… SERAMnyeeeeee 🙄
raya seram sejuk namanya niiii…:-)