Yehh..
Dah dapat.
Alhamdulillah.
Rezeki anak sulung kot.
Serius, tak jangka masih maintain dapat setiap bulan. Sebab bulan ni memang tak wat apa sangat. Lebih banyak tumpu pada blog-blog luar dan kemaskini blog-blog yang berpuluh mintak diupdate. Itu belum lagi nak adjust apa-apa yang patut. Jadi, blog-blog tempatan ni memang agak terbiaq sikit la dalam 2-3 minggu ini.
Haha..
Tak apa.
Sekali-sekala, apalah salahnya kan?
Duit RAYA dari Klikjer
Walaupun tak banyak, tapi bolehlah beli pampers Pet Pet baru untuk anak aku walaupun aku rasa masih ada 2-3 pek besaq lagi pampers “newborn” tuh. Haa..kalau syarikat Pet-Pet nak sponsor untuk anak aku pun bulih. Sedikit-sebanyak, bolehlah membantu keluarga yang agak “baru” nak bertatih nih..
Pertempuran agung yang tak terkalah
Hapepun..
Dalam minggu ni, banyak kerja sebenarnya tak jalan.
Sebab aku kena selsema.
Biasanya, kalau kena selsema terus, batuk dan demam akan menyusul beberapa hari selepas itu kalau mengikut pengalaman selama 30 tahun ini.
Dan kalau kean batuk dulu, biasanya selsema tak datang. Demam tu memang akan datang. Cepat atau lambat aje.
Tapi kalau kena demam sahaja dan selsema atau batuk tak kena sekali, biasanya aku akan tidur lebih sikit berbanding hari-hari biasa untuk membiarkan askar-askar antibodi dalam badan aku untuk membuat kerja masing-masing.
Virus selsema adalah virus yang paling sukar untuk dikalahkan dalam badan aku.
Setiap kali pertempuran antara askar-askar antibodi aku dengan virus selsema, biasanya pihak virus selsema akan berundur dan akan berada dalam keadaan “DORMANT” untuk sementara waktu. Dan akan kembali aktif, bila masa-masa yang sesuai untuk menyerang. Dan biasanya, virus selsema ini akan datang dengan bala tentera yang lebih kuat.
Nak tak nak, aku kena juga “UPGRADE” askar-askar antivirus dalam badan aku ni. Tak boleh harap kat troops atau archer sahaja. Kena import troll dan juga magician. Tidak pun, kena upah golem. Tapi golem mahal. Lagi-lagi kalau golem level 6. Gila mahal nak beli.
Jadi, nasihat aku..
kepada sesiapa yang selalu kena demam selsema ni, silalah update dan upgrade badan dan askar antibodi dalam badan masing-masing.
Demam selsema ni nampak macam tak merbahaya.
Tapi bila virus selsema ini dapat bantuan dari troops dari geng demam dan juga pahlawan berkuda dari geng batuk.
Lagi teruk, kalau geng batuk kering datang. Dia pun askar, semua pandai bersilat.
Kong kong aku sepanjang masa kalau aku kena serangan TIGA serangkai nih..
Huh..
..
…
Kesimpulan
Setakat ini, aku masih maintain berpuasa tanpa gagal. Alhamdulillah.
Anak aku semakin hari, semakin comel. Ofkos, kebarangkalian untuk jadi lebih genius turut bertambah.
Kitab PINK, menghampiri angka 4000 orang pembaca.
Demam selsema, jangan buat main. Kalau kena kat anak kecil usia 2 bulan, memang menangis la mak pak dia tengok anak dia bertarung dengan virus selsema.
Tak ada open house tahun ini walaupun dah ada rumah baru.
SEBAB, ramai sangat nak tengok anak aku. Lepas balik ke Johor, beberapa hari lepas tu, terus pulang ke banting.
Untuk bawa Firas jumpa nenek dia.
10,523 total views, 1 views today
Duit raya dah masuk dgn hensemnye. Haaa…..mesti juara liga lagi ni… 🙂
Comel je gmbr virus selsema tu erk…haha
Syukur Alhamdulillah. .. saya pun dah dpt duit raya dari Klikjer.. 😉
Semoga cepat sembuh ye dan semoga menjadi ayah yang terbaik!
Tahniah.
aku antara salah sorang la tu.. ki ki ki lama x jenguk blog ko ni… baru seminggu x berblog ni… macam dunia kak hilang… ha ha ha
Aiseh bulan-bulan pose ni hang sakit ka
Memang syiok dapat duit Raya awal. 🙂
semoga cepat yah tuan yang terkena selesma siapapun tahniah dapat duit raya lagi
Aku balik raya kat kampung tak lama, kalau berkesempatan.. aku singgah banting ye. hehehe
oh balik johor dulu ya, jom kita sama – sama ngeteh haha.
Aik klikjer tak bankin kan lagi pun aku punya
Sila upgrade antivirus hang dgn habbas.
Meme sentiase powerlah hang…
nak duit raya jugak laa… duit raya klikjer…
oho..memang banyak..gua punya komisen memang tak banyak camni..ehehe..gua nak concentrate lain..:P
inshaAllah genius la anak mu tu nanti. kitorang yang baca ni dok turut mendoakan hehe
Tahniahlah bro sebab dah dapat duit raya…
Untunglah, banyak duit raya….tahniah tahniah..
kalau kena demam selesema susah nak buat kerja.. badan lemah, tak selesa
tahinah..rezeki…anak sulong di bulan ramadhan ni..
Waahhh masyuuukk.. Lagi-lagi nak raya ni kan. Bertambah la sikit income kan..^_^
Paling tak best kalau selsema tu terjangkit kat anak-anak. Huhuuu..
Makan vitamin c hari-hari tuan. Untuk up kan immune system. 🙂
Okeh..selsema ekk..dah ekk main geget baby tu..geget bini aje yang boleh..haha..
ofkos.. saya jeles dengan apa yang encik titan dapat ni..komisen klikjer..terlampau banyaknya..haha…
banyaknyaaa… bestnya kalau sehari dapat banyak nie hahaha.. all the best bro.. nak usha kitab pink & klikjer kejap.. hehe
Tahniah bro..dapat rezeki bulan Ramadhan dan dekat raya Aidilfitri pulak tu…. Tahniah juga dapat timang cahaya mata yang comel. Bolehlah upday\te baby tu di blog nanti.
Jangan bagi jangkit kat baby sudahla…kesian dia kalu terjangkit huhu
Assalam..tahniah bro! nak juga duit raya boleh hehehe 🙂
Alhamdulillah. bertambah rezeki sejak ada anak ni kan..boleh beli baju raya anakla macam tu…
hebat! Tahniah untuk baby baru
wah…gabungan tentera yang memang aktif..tapi update guna cara tradisional ka moden?
dah cukup dah tu untuk bayar bil letrik dan air bulan ni.hehe
wahh..bestnya belum raya lagi dah dapat duit raya
Alhamdulillah..rezeki semakin melimpah ruah nampaknya. Tahnia dengan kehadiran anak sulung tu ye en. titan..:)
Untung dapat bonus, dapat lagi duit raya…memang rezeki anak tu..
alhamdulillah. rezeki untuk raya. jeles i. ^_^
yeyyy…boleh dapat duit raya ni…hehehe
wow..bestnya dapat duit raya..nak jugak..hehe
duit raya…rezeki bulan puasa… ada jr Allah swt nk beri…
alhamdulillah…rezeki Allah utk mereka yg berusaha… utk demam tu..smoga cpt smbuh..
terbaek lah tu.. tapi jangan bawak jauh2 sangat anak ko tu… kecik lagi
senanglah lepas nie nak cari duit…cuma klikjer… rezeki…
Batuk dan selesema ni memang berkawan rapat dari azali..semoga sihat kembali yea
Nak raya memang kena standby duit lebih, nanti ramai budak-budak dan bapak budak yang nak datang raya…
meriah tahun ni ye dpt banyak duit raya….syukur TA tumpang gembira…
Dapat banyak duit raya oh cikgu… tahniah 🙂
Best layan klikjer nie. Setiap bulan ada masyuk walaupun tak banyak.
Saya pun ada dapat. Alhamdulillah… 🙂