Okeh.
Sementara aku masih belum tidur dan anak lelaki sulung aku tu pun masih tidur sebelum terbangun tengah malam mintak susu kejap lagi, aku tulis artikel ini agar korang tak bosan membaca artikel-artikel lama aku yang lain.
Sejujurnya, tak banyak aku dapat untuk bulan lepas sebab aku memang seorang yang sibuk. Kena plak sibuk menguruskan bini yang baru bersalin dan masih dalam “in house training” untuk menjadi pemakai lampin bayi lelaki yang paling kemas di dunia.
Urus gerak kerja dengan lebih bijak
Jadi, gerak kerja aku memang aku dah “setting” dari awal. Income tahun ini, dah disetting dari tahun lepas. Oleh itu, ini tahun, aku terima hasil kerja dari tahun lepas. Cuma kena “jaga” link dan edit mana-mana yang patut agar usaha tahun lepas itu tidak terencat dari segi penjadualannya.
Masalah dapat komisen atau tidak dari apa yang aku setting tahun lepas, ia bergantung pada strategi dan gabungan teknikal dan taktikal yang aku lakukan. Sebab itu, aku jenis main banyak blog. Dari ratusan blog, in-sha Allah, akan ada ratusan dan puluhan sales yang masuk setiap bulan. Tak banyak, tapi berbaloi la bila kita tahu apa yang kita patut buat dan apa yang kita tidak patut buat.
Masalah modal dikalangan IM dan Blogger
Soal modal.
Jawapan aku simple.
Nak income besar, modal pun kena besar.
Tak ada orang income besar, modal dia kecik.
Kalau ada, korang dah kena “SCAM” dengan orang tu tak kiralah dia otai atau top leader affiliate atau pakar jual air liur.
Benda ni fakta.
Kita main dengan fakta. Fakta disokong oleh teknikal dan taktikal emosi dan diadun dengan kekuatan nombor yang sukar ditipu tetapi boleh dibentuk.
Tapi macam mana nak ada modal besar kalau kita tak ada?
Kumpullah.
Ada otak untuk berfikir, ada tangan untuk bekerja, ada kaki untuk berjalan, ada mata untuk melihat ada tulang untuk bergerak, ada telinga untuk mendengar, ada emosi untuk memahami..mulakan dengan apa yang kita ada dalam tangan dan mula kumpul modal kita. In-sha Allah, bila modal dah besar..income kita akan jadi lebih besar dengan sendirinya.
Oleh itu, bila ada orang besar-besar kata, nak untung besar, kena modal besar.
Aku setuju. Itu betul.
Dia tidak tipu.
Kalau ada juga otai kata dia modal kecik, tapi untung besar.
Dia tu penipu besar walaupun otak dia mungkin kecik.
Atau, dia tu bukan otai.
Mungkin baru nak up jadi otai sebab dia rasa dia otai atau orang lain promote dia jadi otai hebat. Benda ni normal dalam dunia facebook hari ini. Merata orang “claim” dan “re-claim” nak jadi otai. Tak kurang juga yang suka claim diri sendiri jadi scammer.
Walau apapun..
Tak salah percaya cakap atau apa yang mereka tulis.
Hang percaya yang baik aje.
Yang mengarut, abaikan. Kita ada banyak benda yang baik-baik dan urusan yang lebih penting untuk dilakukan.
Biasalah tu, kat donia yang penuh duit dan nikmat ni, kita selalu leka.
Kita manusia. Selalu buat silap. Kita bukan robot yang MESTI perfect setiap masa.
Tak salah kalau terbuat silap dan terjerumus ke lembah hina.
Cuma jangan lupa untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.
kalau orang dah nasihat tu, dengaq. Belajar dari orang yang dah berjaya dan kukuh buktinya.
Jangan sombong sangat.
Faham?
Dah.
Siapa nak tahu celah mana aku dapat komisen yang sikit-sikit ni dari sekurang-kurangnya 10-20 syarikat yang berbeza pada setiap bulan, korang boleh baca kitab PINK aku tu.
Tak nak baca.
Tak apa.
Baca blog lain, baca status otai lain, baca twitter artis tak cukup kain, baca apa scammer lain suka tulis dan teruskan membaca.
Membaca itu, jalan paling susah untuk berjaya.
Tetapi, membaca itu juga adalah jalan paling dipercayai untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Ohh..lupa.
..
…
Anak lelaki aku baru berusia 7 hari.
Selamat berkenalan dengan anak aku yang hensem itu.
Gambar takde.
Mak aku tak bagi publish kat facebook atau blog.
Aku hormat arahan mak aku.
Harap maklum.
11,880 total views, 3 views today
setuju..nak untung besar perlukan modal yg besar, termasuk juga dalam bentuk tenaga dan masa.
Ya.
masa juga satu pelaburan yang perlu diambil kira.
betul tu bro.. kak yati setuju dengan pendapat kamu.. nak untung besar tapi bekira nak keluarkan modal..em…
orang kita memang ramai yang beli kalkulator kak.
sebab tu diorang suka kira-kira dan berkira nih..
Ramai yang nak income BESAR tapi takut melabur modal yang besar…untung rugi dah biasa, adat la, tapi kena yakin dan BERANI baru la tercapai apa yang dihajati..
sebab tu nak bisnes, hati kena kering! huhu
Nak income besar mesti kena modal besar kan..
ada ke tanpa modal
Sekarang ini mengumpul dana-dana duit affiliate disana sini tetapi belum mantap lagi. 🙂
Betul! Nak income besar kena labur besar, rugi pun besar kalau tak pandai minima risiko.hehe Nak tulis blog mood kelaut ni.. adui!
Banyak benda nak tulis, teringin nak ada beratus blog.. #sayamalas kalau #capaianinternet macam siput! 🙁
pindah KL la kalau nak line laju.
Tak pun, pindah ke banting.
P1 yang orang tak suka kat KL itupun laju kat banting ni. Haha..
Okeh bro aku akan cuba untuk tambah modal hehehe
alhamdulillah bagusnya saudara ni menguruskan sendiri wife yang sedang berpantang..tahniah
baik sifu.. noted dan selamat dihadam..
dalam perniagaan pun kalau nak untung banyak kene keluarkan modal yang banyak. modal yang banyak pun bukan takat pada stok sahaja. kene juga spend ke arah marketing. tak guna spend banyak modal untuk stok kalau marketing taknak spend.
banyak syarikat2 yang besar spend untuk marketing yang tinggi dan biasanya mereka ada bajet tahunan untuk marketing dan perlu dihabiskan setiap tahun
satu lagi modal yang paling besar.
“ILMU”
tapi ramai orang tak pandang. huhu…
kadang-kadang modal kecik tapi untung nak besar gedabak.
itu maslaah orang kita.
nak cepat, nak murah aje.
setuju sgt2..modal kecik kdg2 terus hangus mcm tu je sbb da xde modal utk next step..hahaha
modal hangus tu, kira perkara biasa la. hehe
memang kena besar kan..
gua modal kecik baru nak kumpul2 jadi besar
tak apa, kumpul pelan-pelan bahh..
memang betul tu, gua dah nampak sendiri…tapi jangan sampai rugi sebab tak kena cara..:D
kena pandai cari untung kalau ada rugi.
rugi tetap kena cover gak.
setuju sangat-sangat… orang Jual burger bakar pun banyan modal..Nak pulang balik pun jenuh jugak…
jual beger, memang wajib dah ada modal.
tak pernah orang jual tanpa modal. haha
agree. the more you give the more you get. pada aku konsep sama macam sedekah. klu kedekut, jangan harap tahi hidung tu nak berkembang ehhh
tahi hidung tetap bertambah tak kira kita suka atau tak maa.
haha
mesti berani keluar modal…
Ya, salah satu sikap usahawan dan bisnesman adalah kena berani.
“Tak kurang juga yang suka claim diri sendiri jadi scammer.” <— haha.. paling menang!
apsal plak paling menang?
haha
betul tu.. Modal bukan hanya dari segi wang ringgit. Masa dan tenaga pun dikira modal.
ya, bil streamyx dan letrik pun kira modal gak tu.
Waa macam tu yer. Kena kumpul modal la lepas ni.
kena kumpul.
kalau kita target jauh dan untuk jangka masa lama.
Eh, lupa ada kitab SEO merah jambu. Nasib baik bro suka remind-kan. 🙂
saje je ingatkan.
orang kita memang selalu lupa.
guna modal besar maka untung besar juga..rugi pun boleh tahan juga tu..
kalau fikir bab rugi aje..memang susah la nak untung besar. hoho
Yang takde modal besar, start dari modal kecik.. kembangkan. Cuma take time sikit. Tapi tu jatuh dalam kategori modal masa plak. Modal masa kena besar gak. Pendek kata, modal memang kena besar. hahaha
Oooo patutlah mak marah tak bagi tunjuk gambar baby yang 7 hari tu ya..:-)
Nanti dia umur 7 Tahun bolehlah tu ..heh.heh
suka curi tulang susah nak dapat apa kita nak hu,,
yey ..its a bOY !
huhu wa main modal kecik maa sbb tu tak dpt sgt
Adoi baru nak mintak tengok gambar sisi anak cikgu Titan. Ikut muka sapa agaknya tu cikgu?
tulah baru nak melabur sikit-sikit
itu pun takut-takut burn je haha.
tapi kalau tak cuba tak tahu kan
Lagi satu, jutawan-jutawan yang suka berkongsi harta benda di media sosial tu tak pernah pula cerita bila dia rugi…
Cerita untung sahaja…
Em…
Mereka tak cerita realiti sebenar sebelum menjadi kaya.
Bak kata lain, makin besar org rumah, makin besarlah belanjanya.. hehehe
Tahniah bro dapat baby 😉
Tahniah dapat anak bro !, asuh dia supaya cepat menulis, boleh buat blog cepat juga nanti utk jana duit…