Ini update super ringkas.
Sebab aku memang sibuk urus anak sulung aku yang comel tu, aku memang tak sempat nak update kebanyakkan bloog-blog aku tu. Tapi rangkaian blog buat duit aku yang lain tu, aku dah setting baik punya. Akan ada artikel automatik keluar pada hari-hari tertentu. Jadi, takde la nampak macam tak hidup blog tu tanpa artikel baru.
Artikel baru tu penting.
Untuk menunjukkan bahawa blog itu ada pemiliknya yang masih aktif dan hensem.
Kalau dah berbulan-bulan tak update tu, nampak sangat la pemalas tahap Pakcik Kame.
Okeh.
Ini bayaran terbaru dari Ashadee. Sila rujuk gambar dibawah dengan penuh tertibnya.
Komisen ke 46 dari Ashadee.com
Tak banyak.
Tapi still leh belanja aku makang sate kambing setiap minggu.
Tapi minggu ini, bini aku tengok aje la aku makan.
Walaupun doktor kata orang lepas bersalin ni takde pantang bab makan.
Tapi aku still rasa ada makanan yang kena pantang.
Macam durian. Tak sesuai la makan, kan?
Nanti susu anak aku dapat, perisa durian. Tak huru-hara hidup anak aku tu nanti? Baru 7 hari, dah merasa durian? Kerak keruk dahi dia cuma menghadam dan memikir, perisa apa susu hari itu nanti..
Itu tak campur makanan pedas-pedas. Biasanya, bukan mak yang kena gi tandas. Anak tu akan rajin memberak setiap masa. Yang penatnya, aku jugak. Kena tukaq lampin dan basuh bontot setiap masa.
Walaupun aku tak kesah, tapi aku kesian gila kalau anak aku setiap 10 minit nak memberak aje. Sengsara tu beb. Aku sendiri tahu apa rasanya kejap-kejap perut memulas nak pergi tandas setiap 10 minit bila sawan cirit-birit tu datang.
Sebab tu, aku dan mak mertua aku sepakat tak bagi bini makan benda pedas-pedas.
Tengok aje takpe.
Okeh.
Dah.
Itu aje nak cerita.
Takde tips camana aku buat duit dengan Ashadee ni.
Baca aje artikel-artikel aku yang lama tu.
Atau download kitab PINK tu, baca dan hapalkan.
Nanti senang nak buat kerja dan terima hasail tiap-tiap bulan bila kena caranya.
Salam kejayaan dari aku.
Harap maklum.
6,839 total views, 3 views today
Sibuk menguruskan bayi dan bini pun sempat hapdate artikel komisen lagi kan? Ni contoh bapa mithali ni..
sempat la jugak.
hihi..
Alhamdullilah terbaik..hehe
Ye aku dah rasa macam dah hafal teknik kitab itu
peh..terbaiklah.
sampai hapal eh.
ok, dah boleh bagi anak lu minum cendol..:P
hehe..
sampai masa, gua bagi la.
sekarang, bini tak bagi maa..
Terbaik bro ni .. kongsi tips sikit bro
ok dah boleh belanja aku cendol special.
meh, turun banting dulu laa..
Allhamdulillah inilah dikatakan rezeki anak. Tahniah En Titan …:-)
Ya.
Mudah-mudahan bertambah banyak lagi anaknya dan rezekinya itu. HEhe
Insya Allah En. Titan.. Aminnnnnn 🙂
Bila nak belanja gambar baby pula? Hehe
ehh..
kena belanja ker??
Iyalah..Saya pun nak tengok gambar baby nyer juga…heh.heh..
tip tak yah bangun buat susu bayi, minta wife bg susu badan setiap kali bayi terjaga. Selamat beramal.
Hehe..
itu memang diamal selalu.
Welcome to the club bro. Selamat menjaga baby.
Mana party bujangnya nih?
tahniah.. rezeki makin bertambah.. Allah akan hantar banyak rezeki bersama kelahiran seorang bayi.. em.. sodap makanan tu…rasa lapar pula..
mudah-mudahan kak.
harap banyak la lepas ni. hehe..
Baru nak berjinak-jinak jugak dengan ashadee ni. Semoga dipermudahkan. Mama pantang boleh makan oren ja, tu pun sebab takut sembelit. huhu
alhamdulillah syukur boleh blanja bbq camni