Ya,
Dah dapat.
Tapi aku rasa ini yang paling sikit aku dapat tahun ini.
Maklumlah, memang tak berhabis sangat promosikan produk Ashadee dalam 1-2 bulan nih. Bergantung penuh dengan artikel-artikel yang sedia ada. Kena lagi sibuk nak hias dan kemas rumah. Nak beli peralatan rumah baru, nak susun sana-sini, kena basuh baju, kena tukaq pampers anak, kena bangun malam-malam bila ada budak kecil menangis mintak perhatian dan sebagainya.
Komisen ke 57 dari Ashadee.com
Itu tak campur persediaan untuk masuk opis baru aku nanti.
Dapat meja atau tidak, dapat jadual yang best ke tidak, ngajar mata pelajaran major ke tidak, dapat jawatan besaq-besaq ke tidak, kena kenal semula cikgu-cikgu baru, kena berkawan semula, kena kenal perangai guru besar, kena kenal orang PPD, kena kenal orang JPN, kena kenal tokey kedai buku agar boleh mintak diskaun bila beli buku, kena tahu “port-port” baik untuk fotostat kertas dan kena tahu kedai makan mana yang masak sedap belaka.
Huh..
Pendek kata, sibuk la jugak.
Oh ya.
Sabtu ni, aku ada buat makan-makan.
Kiranya, ada kenduri sikit la.
–> Aku wat kenduri akikah untuk anak aku.
Gabung sekali dengan anak akak aku yang nombor dua tu.
2 ekor kambing sebab aku mampu.
Semoga bertambah rezeki anak aku dan bapaknya yang hensem ini.
..
…
Siapa nak datang kenduri akikah anak aku tu, boleh email atau PM aku kat facebook untuk mintak alamat dan nombor telefon.
Hanya untuk yang serius.
Aku wat kat Banting. Bukan kat Johor.
Jadi, esok aku akan gerak lepas subuh.
Untuk urus apa-apa yang patut.
Sekali lagi, hanya untuk yang serius sahaja.
Tak serius, tak apa.
..
…
Tunggu jemputan rumah terbuka hari raya tahun hadapan.
9,865 total views, 1 views today
hang dah pindah johor ke
dah pindah lama dah.
tahun lepas lagi.
cuma tak dok sana aje. bulan ni baru official duduk betul.
Lama tak baca blog ni.. hihi.
Datang kembali, nak tgk update komisen. haha
haha..
mesti puas hati hang kan?
Tahniah beb! sembelih 2 ekor kambing tue…terbaik laa!
Kat banting plak…nanti2 ada laa tue kat johor… 😀
takde kat johor.
itu pasti.
terbaek la tu…
aku dah buat lepas raya ari tu
Syukur dah buat.
Leh kumpul untuk aqiqah anak yang bakal datang.
Tahniah… nak buat majlis Aqiqah yer.. tak dapat nak join sebab isteri tengah tunggu hari nak bersalin anak ke 4… jadi, tak dpt nak jalan jauh2 buat masa ni..
semoga isteri selamat bersalin eh.
tahniah..kurang tapi ttg masuk tiap bulan..
smoga aqiqah berjln lncar..
Ya.
Harap terus masuk sebelum diorang tutup.
lepas dah untuk belanja family roti canai tu.hehe
memang lepas la.
leh sambung untuk 4-5 hari lagi tu.
moga murah rezeki bro.
sori tak dapat nak datang rasanya hehe
tak apa.
aku tahu memang jauh.
so, tak perlu datang.
Alhamdulillah, moga kenduri berjalan lancar. Amin.
Alhamdulillah.
BErjalan dengan penuh warna pelangi.
Tahniah bro….. gua dah lama tak iklankan ashadee di blog. Jenuh dah buat, tak ada umpan yang hensem.
mesti ada hidangan cendol 🙂
Tak ada.
Memang tak ada.
Sebab takut aku tak dapat.
Insyallah, semoga bertambah rezeki sifu.. alhamdulillah
Ya.
Mudah-mudahan bertambah setiap hari. Aminnn.
Semoga dipermudahkan urusan cikgu. 🙂
Ya.
MOga-moga segala urusan dipermudahkan.
Tahniah tiap-tiap mesti ada masyuk
sikit pun boleh la topup minyak..huhu..kambing woo..
Ya.
Lepas la nak topup minyak motor untuk sebulan tu.
bestnya tiap2 kali mesti masyuk
Bolehlah.
Harap dapat lebih banyak sebelum ashadee ni tutup.
bila last akan dapat dari ashadee…? katanya akan tutup..?
last bulan Januari kot.
gi la tengok website dia.
tahniah ya, sikit pun rezki, sape nak bagi…
Ya.
Syukurlah.
Ada hasilnya walaupun sedikit.
Wah tahniah cikgu. banyak tu. Dah boleh belanja saya haha
tak lama lagi ashadee tutup, mudah mudahan ada platform lain untuk ganti ashadee
Alhamdulillah, lepas la tanggungjawab ayah buat kenduri akikah kat anak…
tahniah dah pindah kat johor..dekat dgn anak dan bini…
ashadee nak shutdown kan. ada terbaca dari blog HH sblm ni
Ashadee sudah berkubur…