Okeh.
Hari ini dan semalam memang penat.
Oleh sebab aku menghabiskan masa selama DUA hari di Kuala Lumpur sebab melawat kakak bini aku yang masuk wad kat Hospital Kuala Lumpur sejak minggu lepas, jadi aku dan bini mencuri sedikit masa dalam dua tiga jam dengan “shopping” di IKEA Cheras.
Dengarnya dah bukak.
Dan abang ipar aku pun cadang nak bawa. Kena lagi, kakak ipar aku pun ada gak suruh abang ipar aku tuh bawa aku satu keluarga pergi cuci mata kejap kat IKEA Cheras yang baru sahaja dibuka tu, jadi aku kira ON ajelah.
Cadangnya..
Cuma nak “cuci mata” aje.
Tapi..
Tersangkutlah juga beli beberapa barang dapur dan beberapa benda yang dirasakan penting dalam rumah baru aku itu. Maklumlah, dah pindah masuk rumah baru, mesti ada benda yang kena tambah. Kena pulak, bini memang suka bab-bab membeli belah. Kena lagi, kat IKEA Cheras lagi..
Jap..
Best ke IKEA Cheras nih?
Tak kesah la.
Aku turutkan juga dengan seikhlas yang mungkin.
Hati bini, kita kena jaga selalu beb.
Bukan hati dan kehendak kita aje yang bini kena jaga.
Ada masa, kita kena berbincang, berkompromi dan mengalah.
..
…
Ofkos, ada hari-hari kita mesti kena menang.
Tak ada salahnya dalam hidup yang penuh dengan tangga, lif, tomato dan sambal belacan.
So..
Salah satunya..ketika shopping kat IKEA Cheras ni la..
“Abang..nak beli set sudu dan garfu ni..boleh?”
“Boleh.”
“Abang..tong sampah ni boleh letak kat bilik abang. Mesti cantek, kan?”
“Cantek.”
“Abang..mangkuk ni cantek tak? Nak satu set boleh?”
“DUA set pun boleh.”
..
…
“Abang..baju Firas nih cantek tak warna PINK?”
“Tak nak. Pilih warna lain.”
“Warna apa?” tanya bini laju sambil melihat-lihat warna lain tapi tangan masih pegang baju pink itu.
..
…
….
…..
10 saat dah berlalu.
“Warna apa yang sesuai bang??!!”
Okeh.
Aku ngaku aku dah buat silap.
Satu, aku “argue” bab warna dengan bini aku.
Dua, bila bini dah tanya warna apa selain PINK, aku jawab lambat.
–> Solution
Jangan tunggu lebih dari 5 saat.
Lebih dari tu, macam-macam “hari ini dalam sejarah” boleh berlaku. So, aku pun jawab dengan seberapa yang segera yang aku boleh.
“Warna coklat.”
..
…
Hasilnya..
Anak aku terus boleh angkat bontot lepas pakai baju coklat tuh.
Bukan apa beb,
Naluri kebapakan level 99.
Aku risau lepas anak laki aku tu pakai baju warna pink,
lepas tu terus dia main kawin-kawin atau main masak-masak.
Ngeri tu beb.
Kesimpulan.
Apapun, seronok gak shopping kat sini.
Inilah kali pertama aku jejak kaki ke kedai IKEA nih.
Sebut pun salah.
Dok kena gelak dengan bini sendiri.
Serius, produk-produk dia memang cantek dan unik.
lain dari yang lain.
Produk perabut dan deco dia memang mengugat dompet suami-suami diluar sana dengan rakus.
Jadi, hati-hati beb.
12,894 total views, 1 views today
Macam nilah cikgu Titan, bila dah jadi suami… hahaha… adatlah tu… itu belum lagi anak2 dah besar… dah tau nak minta itu ini… memang ngeri beb jadi seorang ayah dan suami ni…
Ya.
Sebab itu kena lebih berhati-hati dan lebih bersedia beb.
Heheheh comel je lambat jawab pertanyaan isteri tu hehehhehehe…wanita ni suka bertanya, tapi last2 jawab je ye, sebab nanti itu juga dia beli hehehe
ehh..
aku memang comel dan hensem.
Geram betul kenapalah IKEA Malaysia tak boleh buat online store, tak payah pergi IKEA lagi dah. Macam saya ni ha, orang kelantan tak kan nak gi Selangor/KL nak beli barang2 dia. Padahal kat Turki ni, IKEA okey je buat online store. Pasal apa Malaysia tak boleh buat? Pelik betul..
Bleh cari personal shopper yang bleh rembat apa2 barang dari IKEA malaysia.. 🙂
Cara nie lebih jimat duit poket samada si suami mahupun isteri…beli barang yang betul2 kita mau…
Macam cikgu titan cakap…duduk ikea 2-3 jam boleh menggugat iman kalo tak kena gaya… 🙂
rasanya ada je ikea online kalau tak silap aku.
hehehe..dah alang-alang tu kan, singgah jelah sana kan. tapi betul la bang, kita ni kadang niat nak tengok-tengok je, tapi bila dah terjumpa dengan benda yang berkenan, terus lupa niat nak tengok-tengok tu. hehehe
tu pasal la.
kena lebih berhati-hati lepas ini.
Terjebak pergi Ikea tak mungkin pulang dengan tangan kosong. Paling tak terkalah apabila isteri bermain psikologi memang mengalah jawabnya 🙂
pi ikea memangla mana boleh tangan kosong
haha..
memang tak tangan kosong.
memang camtulah kalau pegi shopping ngan wife..
lama n banyak tanya..
biasalah kan
Ya.
Biasalah tu.
Dah lama biasa.
bagus cara abang Titan ni,heheh dah kahwin nanti boleh ikut cara ni
haha..
ikut je. Bukan susah mana pun.
Warna pink? Mungkin nak anak tue pakai kaler blocking aa tue..atas terang bawah sluar lengging belang2 hitam putih… 🙂
Tapi seorang cikgu pasti dah masak dengan warna2 nie..warna juga mampu mempengaruhi corak dan daya pemikiran..
Nie pon org rumah dah sibuk2 nak ajak naik IKEA CHERAS…dari town KL bapa jauh bro nak sampai area IKEA CHERAS nie?
Adoii sib baik jumpa 1-2 personal shopper ikea direct beli dengan mereka jek…so dapat aa jimat sket…kalo ngadap 2-3jam kat sana silap2 kerja gosok kad jek aa..bleh pitam ooo.. 😀
sekali-sekala, takde salahnya.
bukan hari-hari pun gi ikea tu.
seumur hidup saya tak pernah jejak ikea mana2 tau… sedih tak? hoho
Ok.
Itu memang sedih.
selalu bab shopping serah kat isteri, suami cari tempat duduk je 🙂
memang ramai yang suami-suami duduk aje masa aku gi sana.
haha..
menghadapi karenah isteri ketika shopping memang mencabar..terutama dah singgah kedai tu..
mereka akan sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang mereka ingini..
mnarik komen2 yg ditinggalkan..
mcm luahan sorg suami kena teman bini..haha
Teringin nak pergi ke IKEA tapi yang sudi nak teman. hahaha
aku pun tak pernah kesana lagi ni…hahaha..takut rabak je
rabak mata takpe bro…tak rabak poket seluar dah aa… 😀 Biasanya macam tue..tinggal cikgu kita nie terer bab pilih memilih nie… 🙂
Dari sudut pandangan hipster, cuma nampak meatball di Ikea… haha
x pernah lagi jejak ikea ni. teringin jugak nak pergi
Perabut ikea ni sesuai untuk rumah bujang dan rumah kelamin. Sebab tu diserbu ramai. Seperti kata ustaz Kazim, satu cara mengucapkan terima kasih kepada isteri yang melahirkan zuriat kita…setiap kali dia nak itu..kata okey…setiap kali dia nak ini…kata okey. Tapi pastikan poket pun kena okey juga!
“hari ini dalam sejarah” – macam paham2 je
Hahaha kelakar pasal dua pun boleh! Isteri senang hati semua boleh macam nii
bestkan jalan2 ikea
Kat IKEA ni kalau boleh bisness cendol mesti laku kan. Lepas puas berjalan dan shopping, pekena cendol! Fuh…hilang terus gigil tangan masa membayar tadi… hehe 🙂
Pengalaman shopping dengan isteri ni dah banyak kali bro.Masa belum sampai kata nak beli satu barang je.Tapi bila dah sampai,on the way nak ke tempat barang yang nak dibeli tu,dah sambar dua tiga barang lain dulu,hihihihi…
Sayangkan isterikan,turutkan jelah yang patut-patut.
beli jangan tak beli…
haha..memang dilarang argue dengan bini ye bro..
serius kawan tak pernah lagi jejak kaki , masuk dekat ikea ini
ye… memang betul tu. IKEA ni memang boleh menggugat poket para suami hensem kat Malaysia nih… nak plak time dah gaji, kejap je dompet berkepok bertukar jadi nipis
Kebetulan kami memang berada di KL sewaktu hari pembukaan Ikea Cheras. Fuhhh takboleh masuk langusng. Patah balik jawabnya
hari itu pun memang jem.
tapi sempat la jugak menyelit.
ce sebut IKEA hehehehe
ha ha… lain kali tak nak tggu 5 saat.. nice tips…
Belum pernah lagi jejak kaki di mana-mana IKEA, usahkan nak shopping, tempatnya banyak yang ambo tak tahu. Apa pun kadang-kadang kena ikut selera perempuan jugak.
Berpindah rumah kat mana tu bro Titan? Bila nak buat solat hajat utuk naik rumah baru tu?
pindah ke johor.
alhamdulillah, dah buat dan buat juga apa-apa yang patut.
jalan2 jer… belinya tak… mahu berejam2…. tengok barang semua best2… duitnya je tak berapa nak best..
takpe.
kasi dompet best dulu.
Nanti kalau ada masa terluang ingat nak pergi ikea jugalah
Hahah, IKEA memang menarik. Rasa nak beli je semua barang dalam tu.
Itu pasal la bahagia sikit gi tempat ni.
kena bawak duit sikit-sikit aje.
Kena pergi tengah2 bulan bro. Kalau isteri request apa2 boleh jawab gaji tak dapat lagi. hahaha
haha..
bukan selalu tak apa. kalau selalu, aku tido kat rumah aje.
takat ni beli barang kecil yang selalu gunakan sahaja.yang lain jarang beli pula heee..
tak beli banyak dapat cekut 1 barang jadilah..
wah baby boy dah pandai angkat ponggong 😉
tak pernah sampai lagi ikea cheras, padahal tak jauh pun…
Serius la,kalau ke IKEA tak beli something memang terasa kerugiannya, nak juga menyumbang wang ke sana..haha
hahaha..biase latu para lelaki..kalau tngk betul2..harga ikea sudah naik..
rindu nak shopping kat ikea!
woh dah buka kat cheras plk ek…
comel anak ko angkat bontot..hahaha
Lain tak nak komen — baju pink lawa apeeee… hiii