Ya.
Dari satu sisi, ia bermaksud buat duit dengan dollar.
Atau, bagaimana caranya untuk kita jana pendapatan untuk memperolehi duit dollar.
Senang cakap, kita buat kerja dan kita dibayar dengan nilai dollar.
Jika korang selalu baca blog-blog aku, aku selalu bercerita tentang cara untuk dapat duit dari market tempatan. Tapi kadang-kala, ada juga aku selit beberapa program yang boleh memberikan kita peluang untuk dapat duit dari market luar.
Dollar.
Ini bermakna kita dibayar dengan nilai dollar dan juga mungkin duit pound.
Dan sebagainya.
Maksudnya, setiap kerja kita ada hasilnya tak kiralah nilainya dalam bentuk wang yang berbeza.
..
…
Mengapa aku rajin sertai sisi gelap ini?
Sebab bayarannya agak lumayan.
Dulu, tukarannya lebih dari EMPAT ringgit untuk satu dollar.
Kini, nilainya kembali seperti tahun 2001.
Pertukarannya sangat lumayan memandangkan ringgit dah jatuh dan kita masih boleh beli banyak benda dengan nilai pertukaran tersebut walaupun banyak benda yang dah naik harga sekarang.
Tapi atas desakan politik dan campur tangan pihak yang inginkan keuntungan, minyak jatuh harga. Getah jatuh harga dan macam-macam benda dah jatuh harganya.
Jadi, dari satu sisi gelap yang lain, harga barang dah turun dan melegakan orang macam aku nih.
Walaupun mungkin nasi lemak sekarang walaupun harganya masih ada satu ringgit, tetapi timunnya cuma satu, ikan bilisnya cumalah 5-6 ekor dan telurnya pulak dihiris senipis yang boleh dan jumlah taburan sambal bawangnya yang semakin kecil. Aku masih bersyukur kerana kesedapan sambal bawang atau sambal sotong itu masih pekat dan sedap dilelalngit mulut.
So..
Aku kongsi beberapa program yang korang boleh buat duit dengan dollar.
- Involve Asia – boleh terima duit ringgit dan paypal
- Mobicow – bayaran melalui paypal
- Revenuehits – bayaran melalui paypal
- Google Adsense – bayaran terus ke akaun bank tempatan
- Bidvertiser – bayaran melalui paypal
- Adf.ly – bayaran melalui paypal
Dan banyak lagi.
Korang cuma perlu search aje.
Kalau tidak, boleh jual barang melalui e-commerce atau melalui ebay dan lelong. Mudah.my juga ada yang menerima bayaran melalui paypal. Payloadz, Shopify, Amazon, Alibaba, Taobao, Clickbank dan pelbagai lagi marketplace yang memberi kita peluang mudah untuk jana duit dollar melalui medium online.
Ada yang sudah dapat lebih dari RM400 ribu dalam beberapa bulan sahaja.
Ada juga yang berpuluh ribu sahaja. Itupun, sekadar main-main sahaja.
Yang dapat 2-3 ribu setiap bulan pun dah makin ramai dikalangan blogger dan IM tempatan.
Mahukah korang juga salah satu daripada diorang?
Tak dapat ratus ribu, dapat puluh ribu atau 2-3 ribu ini pun dah cukup menggembirakan hati dan jantung korang.
Tips buat duit dengan USD dari aku.
Belajar dari mereka yang mahir.
Aku boleh ajar.
Tapi aku dah tak ada banyak masa jika dibandingkan ketika aku buat full time dulu.
Dulu, memang leh henjut banyak duit dollar.
Sekarang, aku sibuk kat padang.
Jadi, untuk membolehkan aku jadi mentor atau mengajar korang tentang hal-hal dollar ini, aku bukanlah calon yang cukup sesuai untuk korang.
Belajar dari mereka bertiga nih.
Siapa?
Baca pengalaman mereka disini –> Tiga manusia dari Shopievo.
Merekalah manusia berbakat yang menghasilkan RM400 ribu lebih melalui medium e-commerce dengan penuh cemerlang. Teknik dan taktikal mereka tidak perlu dipersoalkan lagi.
Sebab apa?
Sebab aku perhati mereka cukup lama dalam industri nih.
Aku wujud lebih awal dari diorang dalam arena ini. Sebab itu aku nampak turun naik mereka dalam industri yang cukup mikro ini. Dan aku boleh kata tips dan taktikal mereka cukup bagus dan boleh dikut untuk semua orang.
kecuali mereka-mereka yang cukup beginner.
Beginner dari pemahaman aku, blog tak tahu, facebook ads tak tahu, google ads tak tahu, e-commerce pun tak tahu, email marketing pun tak tahu, hosting hancur ke laut, domain pun tak tahu nak beli, paypal pun masih tak ada, akaun maybank pun hanya duit gaji aje yang masuk dan masuk tidur se awal pukul 10 malam setiap hari tanpa miss satu saat.
Ini beginner.
Kalau korang tahu apa yang aku petik ni, ucapkan tahniah kepada diri masing-masing.
Sebab korang hebat.
Aku yakin korang juga boleh buat duit dollar lebih banyak dari aku dan mereka.
..
…
“Do unto others as YOU would have them do unto you. ”
9,512 total views, 1 views today
huhuhu…agak rumit bg saya…kena berguru makan tahun ni…hehehehe…jangan lupa belanje cendol banting tau
Ya.
kena cari guru.
nak cendol, kena datang banting la.
kena berguru, saya join team tuan HH. mudah2an berjaya
betul tu, kena rajin-rajin cari guru. hoho
itu dah shortcut banyak benda dah.
Memang senyum ke telinga jika dapat dalam USD.
yup.
memang senyum sampai ke telinga.
Mek ila pun baru berjinak-jinak dengan USD ini.
ya.
jjangan jinak-jinak merpati plak yek.
Em..Best btul kalau berjaya buat duit dgn usd ni..bleh la top4 mana2 yg patut..
ya.
memang banyak membantu la bila ada pendapatan sampingan nih.
dapat sikit pun jadi la.
sekarang pun agak slow.. sibuk sangat.. takpelah janji ada jugak sebulan dua sekali masuk.. huhu
Ya.
Aku pun sangat sibuk betul sekarang ni.
haha..
Teringin nak buat duit USD, memang terbaik la sapa jana usd time ringgit tengah jatuh..
sebab tu rakyat indonesia banyak blogger suka dengan adsense.. >_<
Yap.
Diorang buat apa sahaja untuk adsense nih.
Maklumlah..dapat 100 dollar pun, dah berapa juta duit diorang. hoho..
perghh mantop 3 sifu tu..yang rambut panjang tu macam awie :3
tu la.
rajin betul diorang bertiga buat duit eh.
Rasanye awie yang tiru yang rambut panjang tu ho ho
best buat duit dengan US ni…
bidvertiser tu pun aku penah cuba dulu..
dah senyap.. nak kena on balik ni
banyak juga yang tengah promot mengenai buat duit dengan shopify ni.. terasa nak try pulak.
Terasa gak nak buat duit kot ni.. tapi belum cukup lagi ilmunya..
Dalam banyak list tu aku tetap sayang google adsense muahh sikit
wow masyukkk.. =)
Time convert USD ke RM tu memang syok. Tidur dalam senyuman terus…hehe
Kannn, senyum tak sudah jadinya…hoho
Memang banyak membantu kalau untuk keperluan harian kita dengan ada side income ni.
Okelah daripada takde langsung, kan…
Sifuu belanjaa cendol!
abam titan taknak buat kelas buat duit dgn usd ke? hehe
Memang best buat duit dalam USD hihi.. sedang cari pengalaman dengan bidvertiser..
kali terakhir aku buat duit dengan USD masa tahun 2014 🙂
pernah dapat duit melalui mobicow dan adsense ni je. Mobicow ni ok, cuma tulah, iklan yang merepek-repek keluar kat mobile, contoh macam iklan “update whatsapp”, “install antivirus”, lepas tu nak tekan back memang tak boleh.Last-last tutup terus blog tu.
erm, buat duit dengan usd… menarik.
seronok kalau hari2 dapat masuk duit usd..hehe
bang , duduk banting ke ? jom ngeteh . nak berguru . huhu
tq bro tgh cari tips nak tambah usd ni