Ya.
Dalam bab buat duit online atau buat duit dengan blog ini atau buat duit online dengan apa-apa cara dan teknik sekalipun..
biasanya kita akan dipengaruhi oleh banyak individu yang berbeza.
Pendek kata, apa yang kita lakukan BIASANYA akan dipengaruhi oleh orang-orang yang kita kagumi.
Kita mahu jadi macam mereka, kita mahu jadi kaya macam mereka, kita mahu jadi popular macam mereka, kita mahu buat duit macam mereka.
Pendek kata, kita TIRU mereka.
Berdampinglah dengan mereka serapat yang mungkin.
Samada tiru dari segi teknik, penyampaian, gaya penulisan dan macam-macam lagi termasuklah tiru lentik misai Wak Doyok ataupun kehenseman Abang Ensem.
Dan kemudiannya, barulah kita dapat membentuk skill sendiri dan juga acuan tersendiri untuk bersaing bersama mereka-mereka yang kita tiru itu.
Itulah yang biasanya terjadi dan sebab itu ramai orang akan BERDAMPING, berguru dan kacau orang-orang yang mereka kagumi itu.
Betul tak?
Ya. Aku juga terdidik dengan cara ini secara langsung dan tidak langsung. Kekadang, kita tak sedar sebenarnya kita sedang meniru mereka. Sebab itu, aku tak PELIK bila aku dah jumpa berpuluh blogger yang TIRU gaya penulisan aku. Sekali baca, kalau tak selidik betul-betul, mesti korang ingat blog tu, blog aku. Walhal sebenarnya bukan aku penulisnya.
Haha..
Kan? Kan?
Eleh,,macamlah aku tak tahu.
Jadi, salahkah kita berbuat demikian?
Tak salah.
Dan pandai-pandailah memilih individu-individu yang korang kagum itu.
Kalah korang tiru pencipta teknik naga, in-sha Allah, mungkin satu hari nanti korang pun akan dapat INCOME yang tinggi macam pecipta teknik naga. Siapa tahu, suatu hari nanti korang boleh jadi penunduk naga yang terhebat atau pengembala naga yang cukup hebat di facebook.
Kalau korang rapat dengan Tuk Guru yang rajin ajar agar suruh PM kat facebook untuk closing client. Korang akan dapat banyak “PM” kat facebook dan akan rajin membalas PM kepada mereka-mereka yang berminat untuk beli produk yang korang promosikan itu. Kalau sehari Tuk Guru korang dapat 2 ribu PM, paling tidak pun MESTI korang boleh dapat 20 orang yang akan PM korang..
Berdamping dan bergurulah juga dengan Fatin Liyana kalau ada gadis-gadis yang mahu jadi blogger seperti beliau. Mana tahu, lepas ini giliran korang pulak yang akan menghiasi majalah dan surat khabar. Siapa tahu, kalau tak jadi blogger macam Fatin pun..dapat jadi doktor gigi pun dah cukup cemerlang habis dah tu. Kan?
Dan mungkin, jika korang tiru apa yang aku tulis dalam kitab PINK itu akan membuatkan korang menjadi lebih “lemah lembut” ketika membuat promosi yang mana ianya lebih BAGUS berbanding cara “HARD SELLING” yang serius dan menjengkelkan bakal client korang yang selama ini memang menyampah dengan korang.
Tapi kitab ni agak bahaya sikit.
Teknik yang diceritakan akan membuatkan korang susah hendak tidur malam. Korang akan TERLALU BANYAK BERFIKIR. Bagi yang sudah berkahwin, kitab ini akan mendatangkan pengaruh negatif yang akan membuatkan bini-bini korang tidur keseorangan dimalam hari. Jadi, gunakan dengan bijaksana dan jangan salahguna teknik yang dikongsikan dalam kitab itu.
Faham?
Tak mustahil juga, jika korang berguru dengan Abang Ensem, suatu hari nanti akan lebih ramai makcik-makcik beg besar dan gadis-gadis hartanah yang comel-comel akan MULA pergi ke seminar hartanah yang korang anjurkan. Bahkan, mungkin lebih ramai gadis-gadis yang lebih suka pergi ke seminar hartanah korang berbanding seminar yang abang ensem anjurkan.
Yelah, siapa tahu kan?
Rezeki dan tuah setiap orang berbeza.
Haha..
Dan sekarang, korang berpeluang untuk berjumpa dan berkasih mesra dengan ENAM orang Panel yang cukup hebat dalam dunia affiliate kat Malaysia nih.
Susah nak jumpa 6 lelaki gagah perkasa dan penuh dengan ilmu-ilmu pelik yang selama ini tak ramai orang tahu.
Batalkan semua temujanji dengan awek kesayangan atau cancel semua urusan pada hari itu. Dan..
PERGI!
Pergi belajar ilmu pelik-pelik itu dan mula buat duit dengan affiliate dengan HADIR dalam Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog anjuran Denaihati Network.
Belajar sesuatu, kutip sesuatu yang bermanfaat dan berdampinglah dengan mereka serapat yang mungkin.
In-sha Allah.
Pasti akan ada hasil yang gemilang, terblang dan cemerlang.
Daftar sekarang seminar
— Daftar Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog
12,784 total views, 4 views today
Mmm..ingatkan nak ajar ilmu penunduk naga sejati tadi..hehe
Ilmu penunduk naga..tu aku lom jumpa lagi.
hahah ilmu apakah itu? – kedaionlinemy.com
seronok le dapat pergi sana..gua tak dapat..wuwuw
Kasi canncel la program tu maaa..
Ikut resmi padi,makin tunduk makin berisi..kalau ikut resmi cikgu Titan makin tiap2 hari kena makan cendol banting la gamaknya 😀
Takleh nak g jugak laa jenguk otai affiliate buat ceramah affiliate. Last ritu tahun2 lepas sudah g mini seminar dkt negeri aku aje. Hahaaa..
Terbaik…kena datang ni
follow rapat peluk ketat-ketat
Tak dapat nak pergi Seminar tu… Tak ada rezeki nak dengar Cikgu Titan berkongsi pengalaman buat duit online..
Nak perlu ada pengorbanan. Salah satunya mengeluarkan duit untuk mendapatkan ilmu.
Macam mana agaknya rupa org tiru penulisan org lain.
Mesti kekok masa menulis.
Tapi nak buat macam mana, nak berjaya kena gagahkan jugak diri
apabila kita terlalu banyak membaca penulisan orang yang kita kagumi..dari situ akan mula membentuk kita untuk terpengaruh..tapi lama-alam kelamaan mesti nak guna acuan sendiri
Tiru yang berpada – pada tak apa. Jangan kopipes sudah
duplikasi org yg berjaya inshaAllah kita pun boleh berjaya.
Teringin nak pergi seminar tu tapi xde rezeki nampaknya. ada agenda lain. inshaAllah suatu masa nanti.
dah daftar dah. ingatkn nk cerita tentang teknik 7 naga tu

mcm tau2 je kitab tu mmg buat tidur tak lena sbb apa tak tau… 😀

pepatah arab ada berbunyi: untuk kita berjaya, kita kena tiru orang yg telah berjaya dan kita cipta kejayaan kita sendiri selepas itu…
ini pepatah arab mmg banyak betullah!
terbaik! ilmu penunduk duit online..
Betul, nak tengok diri kita kena tengok siapa kita berdamping ka? 😀
Aku nak belajar ilmu penunduk naga…kalau tak dapat menundukkan naga, dapat jadi tauke buah naga pun dah ok.
kata orang dulu2
bila berkawan dengan orang jual minyak wangi
kita juga dapat tempias bau wangi
Nak kena meniru jugok napok gayo..
wah…semua otai affiliate ni…mantap
Seronok main damping-damping nih 🙂
Siapa belum daftar meh daftar pantas-pantas…. InsyaAllah banyak ilmu berguna nanti.
Betul tu.. Bak kata orang, kalau nak wangi berkawan dengan penjual minyak wangi. Dapat terpalit sikit bau wangi tu..
Terbaik, kalu nak pandai kena mencari sifu untuk belajar kalu idak saje2 melebur jadi nya
Nak g ada majlis kawin plak…
Harap2 ada CD le ye..
InsyaAllah ada rezeki, akan hadir jgk seminar2 ni…buat di klate ye.
haha..memang dah sebulan tak tido malam..la ni baru nak kasik tune balik hidup aku ni
Ramai yang mula berguru dengan En Titan pasal terpikat dengan kitab merah jambu tu dan tulisan di blog lu…..
gaya penulisan dia yang buat orang senak uli hati tu yang gua minat..hahaha
ya.berdamping dengan teknik pemikiran mereka
Wahai simambang…berdampinglah denganku wahai simambang…
nak damping dengan abam pink faizal lah…
As Salam tumpang bicara…WOW ada CLASS 10 punya nasihat..
Terima kasih
Untuk Perkongsian
Berdampinglah denganku wahai mambang.. eh?
memang kena follow org yg telah berjaya..cedok ilmu mereka n apply..iAllah boleh menjadi. 🙂
bila la gua nak luangkan masa berdamping dengan mereka yang hebat ini
Betul tu, nak berjaya kena ada mentor
Betul jangan buat hentam keromok nnt nyanyi tak berlagu. Kena ada sifu atau mentor kalu nk buat sesuatu kalu idak sesat jadi nya.
Baiklah Cikgu.
InsyaAllah, tapi kena tengok masa jugak takut bertembung dengan kerja dan hal yang lebih mustahak katanya. 🙂
nak berjaya perlukan mentor..betul tu sebab kadang-kadang kita ingat kita dah tau banyak tapi ada orang lain yg lebih tau..
nak belajar kena berguru, kalau takde guru bimbang takut sesat plak heheheheh
Saya memang tak dapat turut serta adeh.
dah gi dah smlm… ingatkan nak sowh beli ebook naga…
jangan meniru,,, tapi belajar,,, tu lagi bagus 🙂
KITAB PINK meman buat org x tdur malam.hehehe 😈