Bangun pagi.
Solat subuh.
Breakfast dengan bini.
Bini suapkan roti.
Bini buat air kopi sedap. Hari-hari bini buatkan air kopi. Dan semua air kopi itu sedap belaka.
Terima kasih bini.
Bini pergi kerja. Bini salam dan cium tangan.
Aku lambai-lambai ke arah bini dan kereta bini bergerak laju ke tempat kerja.
Aku ambil penyapu sampah.
Aku sapu halaman rumah. Aku siram pokok bunga. Maklumlah, bunga pun perlukan air. Bukan manusia sahaja yang perlukan 7 gelas air suam setiap hari. Bunga-bunga dan daun-daun pun perlu juga. Betul tak?
Aku masuk dalam rumah. Kemas meja. Kemas apa yang patut walaupun hakikatnya aku dah tak tahu nak kemas apa pun. Sebab bini aku dah kemas hari-hari. Tapi untuk tunjuk kat korang yang aku suka kemas rumah, jadi aku pun pura-puralah kemas apa yang patut.
Aku keluar rumah.
Nak gi beli sos cili. Dah habis.
Tak pasal-pasal semalam cicah cekodok dengan sos tomato.
Telan gak la sebab tak mau bini kecik hati sebab bini asyik promosi sos tomato hari-hari.
Katanya, khasiat tomato ni ada banyak.
Boleh jadi MUDA 10 tahun katanya..okeh.
Makcik-makcik beg besar sekalian, sila makan tomato banyak-banyak ye..
“Abang..habiskan yang cekodok last nih..”
“Ehh..awak la habiskan..”
“Abangg..” ditekan sikit “bang” tu..
“Yela..yelaa…”
Aku telan laju-laju. Kunyah laju-laju. Telan je pelan-pelan. Takut terkehel plak tekak kesayangan ni nanti.
Bini tersenyum puas. Sebab tak kena habiskan cekodok tu.
…
….
Tutup cerita semalam.
Sambung cerita hari ini.
Okeh.
Aku dah sampai kat Tesco Kulai.
Gi beli sos cili, gi beli samosa frozen satu peket. Beli gak apa-apa yang PATUT.
Singgah kat “food court” dan makan nasi ayam.
Sedap. Tapi nasi sikit. Kalau nak tambah, kena bayar lagi RM1.50. Tak apalah. Nanti BERAT badan naik. Tak jadi tambah. Gi beli buah segar. Kena caj Rm11.50. Bayar ajelah kat brader dari Bangladesh ni walaupun tak berapa fasih berbahasa melayu.
Balik rumah.
Solat zuhur.
Tidur kejap.
Bangun. Solat asar kejap. Gi tengok tv channel 703 dan 707 kejap.
Layan internet kejap. Bukak email kejap.
Ohh..
Ada komisen baru masuk.
Alhamdullillahh..ada juga usaha walaupun cukup malas benar bulan nih..
Sambil tengok tv, makan kuaci..
…
…
“Pinnnnn..pinnnnn..”
Oh.
Bini dah balik.
Tekan suis pintu automatik.
Pintu pagar terbuka.
Bini bukak pintu kereta.
Aku masih menunggu setia di pintu rumah.
Bini salam dan cium tangan.
“Banyak kerja hari ini” tanya aku sekadar bertanya.
“Tak la..abang dah makan?”
…
….
“Belummmmm..laparr..”
“Nape tak makannn nih..dah. Jom masukkk..nanti saya masak cekodok ye..”
…
….
“Ehhhh..cekodok lagi?”
Haha.
Cekodok pun cekodok la. Janji bini aku yang masak.
Siapa tak pandai masak cekodok, boleh belajar dengan bini aku.
Dia memang pakar bab masak cekodok nih.
Tu rutin harian aku sekarang.
Dan aku tak berniat nak ubah apa-apa.
Sekali-sekali, kita tak perlu ubah apa-apa sangat.
Kita cuma perlu nikmati saat itu.
– Enjoy da silence quietly and happily –
…
….
“Ehhhhhh..abang beli sos cili ye!!”
“Hehe..”
…
….
Say NO to sos tomato.
16,350 total views, 2 views today
tenga best2 baca entri bro ni..tekejut aku.. bunyi muzik kuat.. dari blog.. hu hu hu.. nasip baik x pengsan..
saya tk dengar apa2 pun,,, btw,, saya suka amik sos cili tomato bila kat kfc 🙂 – kedaionlinemy.com
Aku pun selalu kena macam ni… Makanan yg last mesti bertolak2 akhirnya aku juge kena habiskan. Kalau dah bini masak, telan aje la. Hidup berdua cam gini le…
I also say no to sos tomato!
Laki memang selalu kena mcm tu… tukang penghabis makanan bini…
Dan bini pulak tukang perabis makanan anak-anak.
bini gua masak cekodok pun best gak la..hahaha
Seronoklah jadi cikgu… Time cuti sekolah boleh duduk dekat rumah… mengadap komputer.. Kais pagi, makan untuk 3-4 bulan.. Kais petang, makan untuk 5-6 bulan… 😉
buah tomato banyak vitamin C tinggi antioksidan.
Memang rilex habis cikgu kalau akhir tahun ni ye. Takpe, nikmati saat macam ni selagi boleh.
Sos tomato memang tak de feel. Geng sos cili gak.
bestnyer kalau suami bercuti jugak..
n entry ni memang release habis..lega pale otak jap
tapi kan bro gua rasa cekodok bini gua lagi sedap..betul nie
sweetnya…tiap2 petang makan cekodok..tp sos tomato kureng skitla. Suka sos cili jenama LIFE
hahaha.. pasal cekodok cicah sos tomato pun boleh cerita panjang lebar.. memang terbaik.. sure dapat A je kelas penulisan bahasa melayu…
tak perlu ubah apa2…enjoy ur life…
terbaik!
sos cili mmg kureng..sos cili jugak kene dgn anak tekak…hohoho
Cekodok memang kena dengan sos cili. Kalau sos tomato macam tak ngam.
sos cili sos tomato dua2 saya tak makan..benda warna merah2 ni saya takut nak makan..
jangan katakan cekodok, apa2 pun yang bini masak, cili sos pasti ada di sebelah…sedap pa dapat cicah cili sos.
Saya pun tak suka sos tomato. tapi kalau masak mee goreng kena letak sikit sos tomato supaya ada rasa masam2 n mee jadi lembab2 sikit. Bini saya suka makan mee goreng saya *tetiba*! Hehehe
Cekodok taruk bilis n bawang panas2 + cicah sos cili = sorga dunia! 😀
aku ratah tomato begitu saja hahaha
haha… aku pun tak berapa nak makan kalau makan cekodok cicah dengan sos tomato. mesti nak sos cili gak
makan cekodok memang tak sesuai cicah sos tomato, tak umphhh gitu
Tak best sangat dgn sos tomato.. Sos cili jugak baru kena dgn cekodoknya..
Hehe last2 bini kena makan juga sos cili tak awet muda la gini.
haha..kembang tekak makan sos tomato ye..
Mmm..suka sos tiram..;)
Sos tomato kalau makan dengan nugget best gak.
Tapi dengan cekodok kureng.. kot
masa aku budak-budak dulu aku suka makan bihun dengan sos tomato..tapi bila dah besar selera dah bertukar
amboi…org ada bini.. mcm tu laa… tp sos tomato penyedap rasa nasi tomato…
Sauce tomat menurut saya memang kurang sedap ya. Saya masih lebih suka chili sauce lebih mantap di lidah
Bini g keje…kita rehat rumah sambil buat housekeeping..suami mithali..
Tomato memang banyak khasiat tapi kalau cicah sos tomato ni, kurang minat..sedap potong biasa dan masuk dalam air masak campur sesudu dua gula, em sedap…
Satu lagi kalau tak suka tapi blh jadi suka ni memang ada pendorongnye contohnye cekodok cicah sos tomato oleh tuan Titan..hehe..
Skrg duduk rumah..sementara menunggu 100 beban guru tahun depan ye…
makan lah sos tomato tu.. takut benau
Tomato organik sedap..
Cekodok lawan sos tomato? Memang pangkah besar-besar la…
saya pecinta tomato tapi tak jalan juga dengan sos tomato … lbh suka sos cili .
mantep nya saos tomat jadi teman makan mie
Seronoklah makan cengkodok hasil buatan isteri hari-hari. haha
wife bro tak makan sos cili ke? macam pelik pertanyaannya pasal beli sos cili ni.
Sebab sos cili dah habis.
So..bin8 terkejut tetiba suaminya tolong beliksn sos cili..
kalau hari-hari makan cengkodok boleh boring juga..cuba test mee mamak satu petang2 ne perghh layann
Sabo je la.
Campur lah sos tomato dan cili.
Oo makanan yang last tu memang suami yang kena habiskan ye 😀
akak pun tak suka sos tomato tapi buah tomato akak makan sedap… hehe
Suka sos cili sebab pedas. Sos tomato kurang feel.
Singgah BW di sini.Nak follow blog ni tapi tak ada button follow.
Ada masa silalah jenguk blog saya. 🙂
Makan cekodok dgn sos tomato mmng tak ngam…kalau sos tomota untuk masak ikan atau ayam masak merah baru sedap…
pasni nak suruh bini aku masak cokodok jugak
hehehe… samalah. selalu suh suami abihkan makanan. 😉
hahaha, lawak la citer hang nihh
aku pun sama, x leh nak masuk la sos tomato, x kena, kalau terpaksa jer aku makan
Cicah dengan Sos Tabasco lagi sedap.
follow blog cik anggur follow twitter cik anggur like facebook cik anggur balik di
terima kasih
sos tomato masam..memang tak best :p sos cili thai lbh sedap kot. hehe..
cekodok cicah sos thai maggie tu sedap jugak
Amboi.. Macam dia seorang ada bini eh. Hihihi..
Memang tak sedap sos tomato masam tak kena dengan cekodok.
Saya pun tak berapa suka sos tomato-masam 🙂
tak pernah cekodok/jemput2 cicah sos tomato lagi…heee. tak kena lah…
Anti betul dengan en tomato.. Tapi peminat tegar Tomyam .. Ohsem sungguh
Masa ni jerla bro nak berehat panjang. Nikmatilah dengan sebaik mungkin.
Die punye penulisan… wat aku tertanya-tanya… mana sos tomatonye? hadoi la…
Last last sos cili jugak… syok makan pedas-pedas ye tak..
walau apa pun kata kata bini kena ikut juga. tak nak bini kecik hati nanti. haha
sedap la sos tomato.. kalau g luar negara , sos cili kena bayar tau
rasa tomat menyegarkan
Bedal je…janji halal…
Tomato cherry…sedap..cicah garam secubit rasa…