Oleh sebab aku memang bencikan TOMATO dan memang cukup anti dan tak suka makan tomato, jadi hari ini aku nak bercerita pasal tomato.
Rupa-rupanya memang banyak khasiat dan kelebihan makan tomato nih..
…
….
Sejarah kecik-kecik dulu, memang aku tak suka makan tomato walaupun warna merah itu cukuplah cantek.
Puas gak mak aku suruh dan paksa untuk makan tomato.
Tapi tekak jantan ni tetap rasa tak sedap makan tomato nih.
Mak aku dah pening lalat dibuatnya memikirkan masalah NEGARA yang satu ini..
“Macam mana nak paksa aku sukakan tomato?”
Entah macam mana, pada suatu hari hari yang cukup hijau..
Baru aje balik dari sekolah, aku terbau sesuatu yang cukup asing dalam sejarah masakan sedunia..
Terus aku menonong ke dapur.
“Mak masak apa tu mak? SEDAPnya bau..”
“Tomyam.”
“Ohh..inilah tomyam yang kat tv orang SELALU cakap tuh..”
“Haahla..” mak aku senyum simpul PENUH MAKNA.
Sejak hari itu, SELALULAH mak aku masak tomyam sebab aku memang kalau makan tom yam mesti tambah nasi.
Kalau ada sambal belacan halabeno tu, lagi 3-4 pinggan aku tambah nasi.
…
….
Beberapa tahun kemudian..
Aku terbaca satu karangan kat dalam buku masakan.
Terbaca satu fakta yang merisaukan aku.
Hati aku serba-salah. Terasa macam kecewa pun ada. Terasa macam kena tipu pun ada. Terasa macam dipermainkan pun ada. Terasa macam aku derhaka dengan diri sendiri pun ada.
Balik rumah aje. Terus cari mak.
“Mak, mak masak Tomyam tu guna tomato ke?”
…
….
“Masak tom yam memangla guna tomato. Ko tak tahu ke?”
…
….
Aku terasa nak pitam bila dapat fakta kukuh dan kebenaran SEBENAR.
Huh.
Malam tu menangislah aku keraungan sebab dah tersuka makan tomato secara tidak sedar.
…
….
Secara keseluruhannya, aku boleh makan tomato HANYA apabila makan TOMYAM.
Dan sekarang, kekadang aku boleh gak makan tomato, kalau dalam burger ada diorang letak tomato.
Kiranya, bagus la gak kan. Ada upgrade sikit..
Haha..
8 Khasiat dan kelebihan makan Tomato yang aku tak tahu.
Tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya.
- Warna merah Tomato itu sebenarnya disebabkan oleh likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan seperti berfungsi sebagai antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
- Tomato juga boleh makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung kerana mengandungi likopena tadi. . Menurut hasil kajian pakar penyelidik luar negara mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Jadi, tak salahlah kalau aku suka makan tom yam.
- Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.
- Likopena juga didapati membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya LEBIH stabil.
- Khasiat tomato juga boleh mencerahkan dan menyegarkan kulit muka. Korang cuma perlu sapu jus tomato dengan madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Ini kerana Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam. Patutlah muka aku hensem selalu dan bini selalu puji.
- Membantu mengurangkan masalah kelumumur. Caranya adalah dengan menyapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut. Kalau guna secara berterusan, potensi rambut lebat dan berkilau adalah sangat tinggi. Okeh, siapa yang tak ada duit nak beli syampu kelummur, boleh guna tomato selepas ini. Memang banyak rupanya khasiat dan kelebihan makan tomato yang aku tak tahu ni rupanya..
- Membantu mengatasi masalah jerawat, jeragat, bintik hitam putih dan memacam gunung volcano kat muka. Caranya, gosok buah tomato mentah dan TEPEK kat muka masing-masing. Tunggu dalam 15 minit, pastu bilas macam biasa. Tomato mengandungi asid sitrat yang menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.
- Mengurangkan dan mengatasi masalah rabun malam. Pengambilan tomato yang berterusan sebenarnya bagus untuk kesihatan mata. Tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam. Yang ni aku memang tak pasti betul ke tidak. Tapi memang ramai orang cakap makan sayur-sayur warna terang macam Tomato dan Lobak merah ni, memang leh kasi kurang rabun mata. Oleh sebab aku kurang makan tomato, tu pasal rabun aku makin tinggi powernya kot.
Sumber : Kosmo dan Portal Dumei
Ps: Kepada kanak-kanak sekalian, jangan makan tomato. Makan TOMYAM tak apa. Faham?
41,101 total views, 2 views today
lu pegi Cameron, gi rasa tomato sana…rasa epal beb..siyes.makan gitu je pun dah sedap..rasa nak duk sana..ahaha
eleh.
macam la gua tak pernah pegi cameron sana tuh.
tapi entahlah..tak leh makan direct gitu.
Kena gak makan indirect. Baru leh makan.
Rugilah aku pergi Cameroon tak merasa tomato fresh kat sana 🙁 …
makan tomato,, kulit putih melepak- kedaionlinemy.com
makin ensem, istri puji?? bagus tu..
Kebiasaannye makin hensem, istri makin cemburu…
Terima kasih tuan di atas perkongsian ilmu yg amat berguna kpd sy..
tomato kalo makan saja boleh tahanlah.. tapi paling tak minat sos tomato la..
saya dulu macam titan jugak tak makan tomato, kalau ada dalam kuah pun saya tak makan, sampai lah kawan ayah saya perli anak askar pun tak makan tomato.
sampai la saya masuk U, saya baca tomato boleh menghaluskan kulit. Terus saya makan tomato begitu sahaja, sampai sekarang saya amalkan.
tengok kulit saya, haluskan

tomato paling sedap dimakan begitu sahaja..
Baru tau ke en.titan hehe..
rugi siapa yang tidak makan tomato, makan sahaja bukan susah
tomato paling sedap kat dunia pernah aku makan di new jersey. gila sedap macam buah-buahan je rasanya. kalaulah boleh bawak balik tanam kat kampung, kompem org kampung aku pun suka makan tomato nanti
tomato dan tomyam dah macam adik beradik tapi adik beradik kembar siam la..tahniah la tekak dah boleh telan tomato wpun masuk dalam tomyam ja 😆
Memang sedap tomato ni kalu makan macam tu jek, tang kelebihan tomato ni baru tahu harini. Nampaknya kena gigihkan diri makan banyak2 tomato ni.
Semasa kecil dahulu selalu diberi tomato untuk makan begitu sahaja.
huhu.. betul juga. teringat pula saya kerap kali makan tomato semasa ibu memasak 😆
mesti makan tomato ooo..
sedap…
aku suka makan tomato yang ada sekali dengan nasi ayam je. tomato dalam tomyam jarang sekali aku makan.
suka makan tomato kalau dah hancor macam spaghetti. hahaha
Tomato sos boleh lah… Tomato jer..adehhh lain rasanya biarpun berkhasiat
Aku kalau mak aku yang masak, tak kisah apa benda yang dimasak, aku makan je
Aku lebih suka makan terus je buah tomato. Kalau dah jadi sos ke mmg aku tak makan…
Eh-eh…samalah kita ni..tak leh makan tomato macam tu aje kecuali dalam masakan..hahaha
Bagus la Mak tuan, sangat kreatif untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.
Lama btul dah tak makan tomato ni…dulu pipi gebu, sekarang kering dan lesunye wajahku ini…
baru baru ni ida belajar makan tomato ! HAHHA sedihh.. umur dah tua bangka baru pandai makan. ;p
saya sama dgn encik titan..kecik2 xsuka tomato. rasa dia kan masam..tapi yes, dengan tomyam sedap pulak, kan? pelik bin ajaib gitu. nie dah tua2 gini, saya try juga makan sama ada mentah ataupun dalam masakan. fikir nak sihat punya pasal..hehehe..
tomato nie memang tak sedap. tapi kalau ditenung betul-betul not so bad lah..cuba gigit sikit2, mana tahu…
Amalkan tomato sejak kali lagi terutama anak2..bnyak sungguh khasiatnye selain kanser…
Pembetulan ye….amalkan makan tomato sejak kecil lagi terutama kepada anak2…memang banyak khasiatnye..
makan tomato masam-masam tu lah yang melembutkan pipi saya hahaha poyonye ayat
Part tomato untuk kelemumur tu baru tahu. Boleh try balik ni sebab tomato memang wajib ada kat rumah. Sedap tomato ni.. 😆
Tuan titan bz dgn projek denaihati atau keje? Memang maintain blog rank dia…steadylah bro..
Tomato…. saya suka lebih lagi kau buat tomyam masuk buah ini. Hitup habis tinggal mangkuk aje…
Hohohoh..patutla kulit mr titan gebu..penggemar tomato rupanya…
tomato bagus untuk kulit dan mata 😉
Tomato boleh dimakan begitu aje. Bleh blender buat jus jugak pastu bleh buat aiskrim tomato.. Memang best..
Tomato mmg sedap…tp 5 org anak aku termasuk bapaknya x suka TOMATo huhhuh… amat menyedihkan
baby tomato yang kecik2 tu, owhh nyumssss nyumssss!! sekali ngap je masuk mulut, krup krap krup krap.. lagi sedap dari cikedis 🙂
tomata memang gerenti rock..
tomato paling sedap dimakan begitu sahaja 😛
aku pun tak minat makan tomato tapi bila memikirkan khasiatnya terpaksa gagahkan makan jugak. tp lama2 dah terbiasa so x jadi masalah nak makan tomato ni 🙂
saya suka makan tomato segar sahaja.kalau yang sudah dimasak susah sikit nak makan.huhu
budak-budak sekarang ni agak payah nak ajar makan tomato.. nak kena hias cantik-cantik baru nak makan..tapi aku pelik juga kecik2 elok aje aku makan tomato..
aku makan gak sikit
payah nak habiskan sebiji sekali makan
tak sedap
suka tenyeh tomato dekat muka tu kalo ada lebih ar
den cukup suka klu makan burger yang ada tomato.. klu burger, wajib tomato
entahla..kekadang boleh..kekadang..buang gak tomato tu. haha
Boleh tak kita panggil tomato ni sayur tomato?
aku pun sama cam ko, x suka makan tomato, tp ok jer kalau tomato kat dalam burger, itupun aku kunyah cepat cepat sebab x mau rasa hilang mood makan burger, hehehe
Kalau masak, asyik nak masukkan tomato je dalam resepi. Haha
tomato ni ikut keadaan..kalau yang masih segar dtu aku lebih suka makan mentah2 je…kalau dimasukkan dalam masakan pun sedap jugak..aku paling suka kalau masukkan tomato dalam sup
aku leh terima tomyam je walaupun kekadang ada tomato dalam tu. tomato tu memang tak usik la. haha
sy bukan penggemar buah tomato tpi sangat minat tomyam.. acaner tu??? haha.. tomato beli stkt jadi pemberi rasa dlm masakan… rugi2 tk manfaatkan betul2.. part untuk rambut tu tk pernah try lagi.. biasa tepek kt muka ja…
ha..boleh la try tepek kat rambut nanti ye. hehe 😆
tomato segar best, taburkan garam sikit… perghhh
kalau yang fresh..leh telan lagi.
kalau tak..memang tak makan la. haha
Den baru tau tomato boleh rawat masalah kelemumur. Boleh cuba lepas ni.
gua pun baru tahu.
leh la cuba nanti. hoho..
Dalam banyak2 benda yang diperbuat daripada tomato, aku makan sos tomato dalam burger & spageti je. Yang lain kalau aku nampak, aku tolak tepi. hahaha
mablesnya tomato yg segar tu… enak dimkn begitu saja… oh oh oh tomato… sungguh senak dimkn begitu saja…

eh dh knp nyanyi plak pg2 ni?
Tomato memang sedap ler Abe Titan oitt… nak2 boh garam sikit perrhh..
Trima kasih atas perkongsian. Sy digelar ‘alien’ oleh adik bradik dek krana tabiat suka meratah tomato tabur sikit garam sejak dr sekolah menengah.. ??
aku memang dulu tak suka gila dengan tomato nih. aku aku suka gogle pasal buah buah nih. baru aku tahu yang tomato nih bagus.
Sya x suka mkn tomato tpi kalo jus tomato saya suka sngt, hari2 i buat jus tomato.
mula2 I pon tak makan tomato, once husband I ajar, terus melekat! every night wajib jadika snack! hehe..apa kata korang try makan tomato cheery dgn susu pekat. nikmat dunia bak ang!
Sumber terkini. Tomato lebih berkhasiat jika dimasak terlebih dahulu daripada dimakan mentah. Cara penyediaan boleh dibakar atau dikukus. Selamat mencuba.
Sadap baitu sambal tumis tomato.Makan begitu sahaja cicah kicappun ok.
new info for me, thanks for sharing
aku suke minum jus tomato..blender sbiji tomato dgn madu..ummm sdap..pada mula nya aku tk suke tomato tp bla aku tau khasiat nya aku gagah kn diri untk meminum nya..
Sedap sungguh ayam kampung ni. Naik selera.