Komputer lama.
Ya, komputer lama dan nampak buruk ini terlalu banyak jasanya buat aku. Macam-macam yang aku dapat dan pelajari dari komputer ini. Selain menjadi pakar bermain permainan komputer dari zaman Fifa 1997, Fifa 1998, Fifa 2000, House of The Death, Pacman, Tanks, Bomberman, Pokemon Blue, Pokemon Red, Pokemon Green, White, Black dan segala macam lagi permainan.
Malah komputer ini juga membantu aku banyak benda..
- kali pertama aku online, menggunakan komputer lama inilah..
- asalnya, ini komputer abah aku. Tapi aku rampas kuasa, jadi..komputer ini jadi hak milik aku.
- dengan komputer ini aku tahu tentang penangan isuΒ Melayu Boleh pada tahun 1996 dulu kalau tak silap. Heboh satu Malaysia ketika itu.
- Berjaya buat duit dari internet. Termasuklah jual topup, zaman HYIP, zaman Swisscash, ABBFund, A3union, 12DailyPro, zaman StudioTraffic, zaman MLM Online, zaman Google Adsense, Widgetbucks, Bidvertiser, Clicksor, Clickbank, ComissionJunction, Shareasale dan sempat juga berada pada zaman kegemilangan TNX dan Text Link Ads.
- Disinilah ebook ketiga aku iaitu Panduan TNX 2.0 berjaya mendapat lebih dari 500 jualan selama 3 tahun.
- Komputer ini juga terbang bersama-sama aku ke bumi Sabah ketika aku melanjutkan pelajaran di UMS, Sabah dari tahun 2003 hingga 2007.
- Dan terbang kembali ke Banting selepas itu.
- Juga menjadi alat untuk tulis surat-surat cinta dan berchatting dengan gadis-gadis bertudung comel. Hoho..
Dan selepas itu, aku agak slow kejap dari dunia buat duit dan buat come back pada tahun 2010-2011.
Pendek kata, inilah SOHO pertama aku.
Sumber: Picable
** Bila aku dah beli Laptop Fujitsu dan Laptop HP Pavilion G4 ini..barulah komputer ini disimpan disatu sudut dirumah mak abah aku di Banting. Dah jarang pakai. Cuma kekadang, bila rindu nak main game lama-lama, barulah bukak. Zaman dulu, nak main game, kena pakai disket yang bapak besar tu. Sekarang, disket pun orang tak kenal. Huh..
Ps: Walaupun sesetengah orang mungkin tak nampak nilai bagi sebuah komputer lama ni, tapi bagi aku, terlalu besar jasanya bagi kehidupan aku sebagai seorang blogger. Sekurangnya, bagi diri aku.
9,943 total views, 1 views today
Pergghhh windows 95.. aku tak sempat jumpa dan belajar, ape pun simpan bro.. pastikan ianya masih berfungsi untuk legasi En.Titan yang berikutnya nanti.. Komputer lama, banyak hasilkan duit dan ilmu, pastinya akan menggamit memori.. π
aku pun ade gak sebijik..tapi akak aku dah jual kat mamak besi buruk..hampeh betul.
fifa 98 boleh sepak masuk gol sendiri an. hehe. sangat nostalgia ceritanya.
haha..
tekan je esc. Lepas tu, pepandailah pedajal geng lawan. Haha..
aku tak ingat fifa berapa…tp aku selalu belasah keeper dia…sbb geram tak gol…hahhahaa
Rupa komputer tu lebih kurang macam komputer Kak Long masa kat universiti dulu juga tu.. π
Sungguh besar jasanya, kali pertama saya sentuh dan belajar komputer ni kalau tak salah tahun 2006-2008.
disket! budak2 skrg xkenal apa itu disket..haha!
hebatnya masih boleh simpan lagi.. komputer pertama tahun 2000 pun dah tak tahu di mana.. hehe..
wei bro..bila ko mention “ABBFund, A3union, 12DailyPro” teringat aku dulu main bender2 macam ni…aduhai.. gelak sorang2 aku kat sini…
Haha..
ada rupanya rakan seperjuangan. π
aku pun ada 1 komp nih tp dah tak bleh guna.
3 komputer lama yang sejenis dengan tu dah masuk stor..rosak
Owh…jgn disebut nama game2 itu….sekarang jugak aku main karang. owh…jahatnya kamu mengingatkan aku kembali
haha..
apa salahnya kalau main pun. Asah skill lama je.. π
ni masa kat ipt main game ramai2 best… buat business taip assignment pun menarik juga… lps tu buat cc
Tahan jugak PC nie ye… PC aku dah lame lupus…
komputer yg lama berkhidmat dan banyak jasanya..kena simpan elok-elok lah..hehehehe
Abang disket tu apa? Biskut marie ke?
banyak jasanya … tukar lcd.. jimat sikit letrik… hehe
Klasik gitu,buat kenangan masa hadapan tu
Gua pun pernah terlibat dengan Swisscash..nasib baik sempat untung..
House of The Death game peberet tu π
ada sebijik kat rumah aku
sedang bertapa
tak siapa berani usik
Komputer ni, zaman saya baru nak kenal komputer.
Teringat pada laptop lama…
emm jangan nanti si semut buat sarang sudah..pakat main game lah kome..hahaha
wallet tebal tu… banyak duit.. hehe
Panjang sejarah PC Desktop. Sudah boleh dibukukan kisahnya. π
yang ini gua jadi pakar red alert je hehe
aku ada pc macam ni, tapi tak ley on dah. π
game2x tu kebanyakan aku dah pernah main..game paling legend oo. komputer aku macam ni kat umah jadi perhiasan je.
Boleh pakai lagi..? tak pernah rosak tukar mother board ke…?