Pagi ini, aku kena pergi pasar.
Sebab bila aku bangun dari tertidur selepas subuh tadi, aku dapat MEMO paling besar dihadapan peti sejuk mak aku.
…
….
Memo dari emak paling baik di Malaysia.Â
- Daging – 3 kilo.
- Ayam – 2 ekor. Potong kecik.
- Udang – 1 kilo.
- Santan – 4 bijik.
- Surat khabar – 1
Ps – Pakai duit ko dulu. Nanti claim dengan abah ko. Faham?
…
….
Aku tengok kiri kanan.
Bau mak aku tak ada. Suara bapak aku bersin pun tak ada.
“Sah..diorang gi hospital. Lawat kaklong lagi agaknya”
Aku tengok kat bilik aku. Adik lelaki aku yang balik malam tadi dah terbongkang. Mesti tertidur jugak lepas subuh tadi.
Nampak gaya, aku lah yang jadi mangsa kena pergi pasar kali ini.
SAMA seperti tahun-tahun lepas.Â
…
….
Pasar Basah Banting.
Aku lihat, parking kat pasar macam dah penuh. Sebesar-besar kawasan pasar tu..boleh juga penuh parking kat pasar basah tu. Hari biasa memang takkan penuh. Hujung minggu pun, takkan penuh. Paling teruk pun, mesti ada tertinggal sepuluh atau sebelas lot parking untuk aku. Biasalah..aku parking memang makan 2-3 lot punya. Maklumlah, kereta Saga kan besarrrr. Haha..
Dalam setengah jam, setel semua. Sebab semua benda memang aku dah biasa beli. Takdelah nak tercari-cari kat mana tempat sayur, kat mana tempat ayam, kat mana tempat daging dan kat mana tempat gadis bertudung comel berkumpul. Memang takkan ada pun gadis bertudung comel turun ke pasar. Semua dok masih berdengkur lagi. Nak feel cinta pun rasa macam bersalah aje..
Tak kiralah gadis tu dari Banting ataupun kat mana-mana bandar kecik dan bandar besar di Malaysia.
Pagi-pagi macam ni, memang dok rumah melayan  tv ataupun tengah dok berdengkur buat peta Malaysia.
Kesimpulan
Selamat Hari Raya AidilAdha.
Budak lelaki, lepas solat sunat. Jangan dok start motor dan berlari ke rumah. Dengar khutbah dulu.
Budak-budak kecik, aku jumpa ada yang dok lari-lari esok kat masjid, memang aku tumbuk rusuk kiri korang.
Aku dah bagi amaran tahun lepas, kan?
** Tengah layan nescafe contest jap. Penat tak habis-habis angkat semua benda mak aku pesan tadi..
Ps: Okeh. Kali ini, aku betul nak tidur dah ni..
10,836 total views, 1 views today
Haha..rajin sungguh lahhh..memang ciri-ciri yang dicari oleh mak mertua ni..emmm gambar ni betul ke gambar makcik yang jual kat pasar banting tu?ke bakal mak mertua???hahaha
sabo jer lah… sempat lagi dia nak mengutuk org.. huhu~
biasa kalau waktu raya dah tentu memang mak-mak yang akan masak. gadis2 cuma jadi pembantu saja. Yelah.. masing2 pun balik raya nak makan masakan mak, bukan masakan adik2.. betui dak? terutama kepada si ABANG-ABANG yg suka complain…
melainkan bila mak dah tak der, barulah dia menghargai masakan adik dia yg ‘seiras’ dengan masakan mak… kalau tak, tak pandang… huhu~
Tengok berani ke tak nak tumbuk rusuk kiri budak kecik yang berlari tu. Haha.
Dah ramai yang kena lempang dengan aku sejak 3-4 tahun nih. Tahun ni upgrade sikit. Tumbuk rusuk kiri plak.
Bebudak ni..kena ajar sikit. Setakat cakap aje..lagi laju diorang lari tahun depan. đ
Kah3. Terbaik. aku takut ko je yang kena terbiah dengan budak2 tu nanti. takpun terjebak berlari sama
biasa memang diorang dengar cakap. Tahun depan, tak tahulah. haha.. đ
Gua selalu pegi pasar kajang je..parking memang penuh tiap2 hari.mnyampah betul..baik lagi pasar borong selangor kat seri kembangan.
Lupa nak cakap…kot tak sempat..selamat hari raya encik titan…semoga bergembira dengan isan yang tersayang dan dengan bakal-bakal bini encik titan tu..haha
Salam. Selamat Hari Raya AIdilAdha đ
Bro memang rajin tolong mak belikan baranag dapur..hahaha
Hahaha.. Tapi dalam cerita ini hang anak yang paling baik di malaysia.
den dulu ketika bujang selalu gak tolong mak pergi pasar basah…
memo mak bro memang tak boleh blah…hehe
haha terbaiklah bro titan…
lepas siap beli semua barang tu, pasti ko pun buat satu memo kan? “Mak,barang2 yang diorder semua ada dalam peti ais”
huhu…
salam aidiladha bro… đ
Tolong masak sekali baru anak baik đ . Pasni tunggu entri masakan raya korban dari Titan…
ada lagi notes yg makcik lupa nak tulis kat situ, untung sapa dapat ko ni ahmadfaizal đ
Bertuah anak mak đ
Perempuan suka lelaki macho angkat sayur dari pasar macam ni….bila lagi?
orang melaka ke? sbb guna perkataan ‘ko’ hihi. bagus2. anak soleh đ
hihi, nasihat berharga tu đ
Selamat masuk pasr. Jangan sesat sudahlah. đ
Selamat Hari Raya AidilAdha…
Rajin nya…tapi takut sikit sb garang…
Ala beli barang dapur takan claim kot
anak soleh.. hehehe…
selamat hari raya haji…
anak kesayangan mak ni…memo mak buat org ketawa…tak menahan tu..siap minta claim dgn abah.
selalu memang macam tu. kena claim dengan abah.. đż
Nasib baik tak kena suruh beli ikan… kalau tak mesti konfius kan….hehehehe
Mak cik kat pasar tu tgk bro mesti terdetik nak buat menantu. đ
rajin anak… ni note tambahan, jgn lupa lepas beli tu, masak semua… mak nak tau semua dah bereh je tau tu titan đ
bagus teknik bro tu..dia pi pikat emak gadis di pasar basah..he3
biasa pergi pasar kering jer….hihi
haha tahun lepas lagi dah bagi amaran ek.. hehehe
biasalah tu. biasalah tu. haha
asal masuk blog ni je, mesti feeling korea gitu..salji turun2x…
ahaa..saya pun emak juge! đ
Ingatkan entri baru kau post kat FB. Apapun Selamat Hari Raya korban…
Alang2 dah beli barang kat pasar terus masak la. Haha. Apa pun salam Aidiladha.
Bagus anak mak, rajin pergi pasar. Salam Aidiladha. Lahai, pasar banting ke? Sejengkal jer.. đ