Okeh.
Semalam aku malas nak tulis apa-apa.
Tapi hari ini aku rasa macam nak tulis “something” kat blog ini.
Memandangkan semakin hari semakin ramai pula yang tanya aku soalan bukan-bukan.
Jadi, meh aku jawab beberapa soalan pasal “Blogger Buat Duit Online“.
Mitos Blogger Buat Duit Online
Soalan 1.
“Awak, saya TAK BOLEH buat duit online la. Saya tak reti bab-bab online nih. Saya tanya orang, tapi tak berapa nak tangkap apa yang diorang cerita. Saya bukannya ada basic nak meniaga pun. Inikan pula nak jual barang kat blog. Nak buat blog pun saya tak reti. Apatah lagi nak tulis artikel yang macam awak cakap tuuu..”
Tak boleh buat duit online. –> Ini mitos.
Saya tak reti bab-bab online nih –> Ini pun mitos. Pandai pulak dia PM aku kat facebook tanya soalan nih.
Nak buat blog pun tak reti –> Punya banyak orang dan blogegr dok tulis TUTORIAL cara nak buat blog, ko boleh kata ko tak RETI nak buat?
Jawapan
Ko memang MALAS.
Ko memang malas BELAJAR.
Semua nak kena suap. Ko ada tangan ke tidak?
Soalan 2.
“Saya tak faham la apa itu SEO. Apa kegunaan SEO tu ye awak? Awak boleh terangkan tak apa itu SEO? Dan boleh tak awak tolong ajar saya buat artikel yang ada SEO tu. Saya tak pandailah awak..”
“Bro..ajar sikit pasal SEO tu. Dah baca blog bro. Tapi masih tak faham jugak.”
…
Jawapan.
DUA soalan diatas ni. Memang belum masuk tahap mitos.
Sebab memang orang sekarang memang tak tahu apa menatang SEO tuh. Sebab mereka tak tahu apa kegunaan SEO tu.
Jadi, jalan mudah..dia akan TANYA pada orang yang dia rasa macam tahu.
Masalahnya, kekadang bila aku dok terangkan dalam bahasa paling mudah pun..diorang tak berapa nak tangkap.
Even aku guna laras bahasa tahap budak linus pun, masih tak faham.
Lu memang linus SEO tahap tegar nih rupanya..
Dalam hal ini. Aku terpaksa faham. Memang ramai orang kita yang memang linus dalam bab-bab SEO nih.
Jadi, kalau ada anak-anak korang kena COP sebagai budak linus kat sekolah.
Tak yah nak maki hamun kat cikgu BM sekolah anak korang sampai dok kata cikgu tak pandai mengajar.
Bukan apa, kekadang..kalau budak tu dah lembam..atau budak tu memang dah NEKAD tak nak belajar..memang susah nak mengajar budak-budak macam nih. Tak boleh nak harap kat cikgu sekolah ajar, mak bapak kena main PERANAN besar kat rumah. Jangan ingat cikgu kat sekolah tu hamba abdi korang. Faham?
…
….
Tambahan jawapan.
Ehh..ni dah lagu lain dah nih.
Kembali kepada topik asal. Nak faham apa itu SEO, baca kisah pengalaman aku bermain dengan SEO kat dalam kitab PINK tu.
Gi beli kat sini –> Beli Kitab PINK laju-laju
Sebab aku dah try panjang lebar dan BANYAK kali kat blog ini dan blog Earncent aku tuh. Pergi search dan CARI.
Nak belajar, jangan MALAS.
Tak nak baca kat blog aku, tak apa. Maklumlah, kekadang aku merepek aje lebih. Isi cam takda je kan?
So, boleh gi baca kat blog orang lain. Ramai yang pandai-pandai dah tulis pasal SEO nih.
Soalan 3.
“Awakk..nak tanya sikit. Macam mana eh nak buat duit dengan blog? Cite sikit, leh?”
“Lehh..buat duit dengan blog nih..bla..bla…bla..cendol banting sedap…bla..bla..bla…dan blaa…kek tiraimisu tu pun sedap..bla..bla..blabla..bla..mak gua tak kasi kawan dengan isteri orang ramai-ramai..bla..bla..bla..blablablahh..blah la wehh..bla..bla..superblog..bla..bla..duit kaching kaching..blablablalalala..la la la..bla..bla..teknik seo..pot pet pot pett..pettt..petrol naik..bla…bla..bla..bla..ainan tasneem comel..bla..bla..fius terbakar..bla..blahh..bblalala…”
“Err..awak, leh ulang balik tak? Saya tak berapa faham la..maklumlah..saya kan newbie sangat. hikhik..”
…
….
“Qahdsjahdkjhas..!!”
Jawapan
Gua rasa macam ada gadis bertudung comel mintak kena babap kuat-kuat aje.
Ni facebook chat wehh. Lu BACA la balik apa gua tulis.
Grrr..
Soalan 4.
“Awak..saya nak PC dengan awak. Boleh? Ada masa tak?”
“Jap. PC tu menda?”
“Personal Coaching la. Nak belajar dengan awakk..macam mana nak buat duit dengan blog nih..”
…
….
“Tak leh.”
“Eh..kenapa plak?”
“Kena minta izin dengan bini gua dulu.”
…
….
“Ehhh..awak dah kahwin?”
Jawapan.
Ya. Aku dah kahwin.
Dah ada bini cantek. Mukanya putih. Tapi tetap nak kahwin dengan orang kulit gelap macam aku.
Jadi, bukan senang nak buat PC macam masa muda-muda dulu.
Nanti bini aku cemburu. Payah tu nak pujuk.
Soalan 5.
“Kenapa nak belajar dengan gua? Kenapa nak berguru dengan gua?” Bukan ke ramai lagi blogger yang lagi pandai-pandai..”
“Awak lain sikit. Saya suka cara awak. Cara awak tulis dalam blog.”
“Ehh..camtu plak. Kan ke ramai lagi blogger tulis lagi best dari gua.”
“Blogger lain tak best. Awak best.Nak belajar gak dengan awak. Tak nak orang lain..”
…
….
“Kenapa lu beriya sangat nak jadi anak murid gua nih?”
“Sebab awak hensem!”
Jawapan.
Tengok kiri kanan kejap.
Okeh.
Bini tengah sibuk kat dapur.
“Terima kasih. Terima kasihhhhhhhh!!”
Soalan 6
“Bro..gua dah baca blog lu. Seronok baca. Cerita pasal hantu pun lu boleh karang terbaik punya karangan. Tapi bro..betul ke leh buat duit dengan blog nih? Gua macam tak percaya je..”
Aku pandang kawan aku dari atas sampai bawah.
…
….
Jawapan.
“Lu balik rumah. Lu baca semula blog gua. Faham?”
Soalan 7.
“Bro..lu sembang memang kencang habis. Betul ke lu boleh dapat RM10 ribu setahun dengan tulis blog nih? Gua macam tak percaya aje..”
…
….
Jawapan.
“Aah. Gua tipu je. Siapa suruh percaya?”
Iti memang mitos TEGAR.
…
….
Sebab gua dapat LEBIH dari itu.
Kesimpulan.
Kalau korang dapat soalan-soalan macam mengarut, soalan remeh-temeh macam soalan-soalan diatas tu, tak perlu nak marah sangat. Sebab memang wujud manusia-manusia macam tu. Mula-mula, aku ingatkan memang MITOS belaka. Rupa-rupanya, lari habis dari segala mitos yang aku tahu.
Blogger buat duit online ni memang ramai. Memang ramai yang dah berjaya buat duit secara online.
Bukan lagi mitos yang fail. Terlalu ramai yang dah capai impian dan matlamat masing-masing.
Dan kalau tetiba diorang bagitau bahawa diorang cuma dapat DUIT sikit je dari buat duit online,
itu baru namanya MITOS.
Memang diorang TAK buat duit sikit-sikit. Diorang buat duit banyak-banyak.
Majoritnya memang begitu.
And believe it or not.
Once you start got your FIRST money from your blog, you will EARN more and more.
Non-stop.
WHY?
It is because..
…
….
More is better.
Ps: Jap, aku rasa macam dah mengarut aje artikel nih. Macam tak kena aje. Lari habis dah dari tajuk. Lantaklah weh. Korang hadam dan hadap ajelah apa yang patut. Malas aku nak edit balik benda nih. Huh..
16,485 total views, 1 views today
ok..memang lari sungguh…mcm dh gaya bersembang plak jadinya.ahaha
ada juga rasa macam tengah baca novel..huhu
Baca dan kak hadam..
sebab tiu orang suka baca blog dia..tengah elok2 sejuk bolah jadi panas..hahaha
Betul3.. gaya mutu keunggulan.. cara menulis mcm ni.. terbaik
paling penting sbenarnya usaha!! – kedaionlinemy.com
Tapi kak baca habis..
kalau semua nak spoon feed ja mmg parah la….kena ada inisiatif sendiri….mula-mula memang rasa susah, lepas lama-lama akan jadi mudah perlahan-lahan….
Memang seronok baca kisah mitos. Banyak rahsia seram yang tersembunyi hehe
dah kelaut ini..cerita apa ini haaaa..
Sorry lah bro aku baca langkah2 je
Banyak peluang buat duit online ni sebenarnya… Kalau kita tahu teknik yang betul, In Shaa Allah 4 hingga 5 angka tidak mustahil dapat kita perolehi…
entry paling sempoi dan tak pernah den terfikir nak tulis entry macam ni..hahaha
sempoi memang sempoi, tetapi pening dibuatnya… 😛
pndai bro mengarut..mengarut tapi ada isi..
Mengarut pun aku baca sampai habis juga….
aku suka cerita mengarut macam ni
mudah nak faham
lagi pun aku tak pernah masuk kelas linus 😀
dah pening ini.. 😯 cerita apa ini en titan.. 🙄
Sembang sambil makan cendol baru boleh faham… hoho!
teruja jugak ni nak buat duit dengan blog. tape belajar belajar 😎
Apa yg cuba disampaikan nie? he he he…
buat duit nline mitos semata-mata.. jgn percaya.. ha aha ha
Memang agak lari…
tapi yang pasti jawapan kepada soalan 5 tu memang mitos! ..hohoho 😈
tak faham laa… apo membebel nih ini hari…?
saya baca dengan teliti entri ini..nasib baik tak baca 2 kali..sebab seronok baca kerana memberi motivasi bahawa nak buat duit online mesti ada ilmu..
😆 😆 😆
Memang ramai orang tidak faham tapi mustahil tidak tahu langsung. Ramai orang tidak memahami bagaimana mahu menulis dengan baik tapi mustahil dia idak tahu menulis langsung. Setiap orang pasti ada sedikit pengetahuan dan sedikit kefahaman. Yang sedikit ini kalau diasah selalu, ia akan jadi ‘tajam’.
Lu sembang ma…hehe memang mitos tegar tu aku percaya, MR Titan kita dapat lebih daripada RM10 000 setahun…
Memang kena lebih usaha dan teknik yang betul..InsyaAllah baru boleh berjaya..percaya pada diri sendiri dan rezeki selalu ada untuk org yang rajin berusaha..
Mengarut lagi. Nasib baik tak mencarut. 🙂
Bila kau sebut Linus aku rasa lagi banyak yang tak faham. Lebih2 lagi kalau Linus SEO memang kompom ramai lagi tak faham…
banyak nak buat duit dari blog sebab tengok hasil yang mahsyul gak, tapi tak tahu camne jerih nak mulakan tu..
ada soalan ada jawapan, sembang yang menarik dan mudah faham.
Untuk orang yang tak faham tujuan SEO ni apa.
Saya permudahkan:
Tujuan SEO = Untuk dapatkan 1st page secara konsisten untuk sekian keyword.
Itu ja. Tak payah nak pening kepala fikir saya sini.
Kalau boleh dapat 1st page dari sekarang sampailah setahun, 2 tahun atau lebih. Itu dah dikira hebat.
RM 10,000 setahun? Ya, memang mitos. 😛
Saya berani kata pakar IM blog jana RM 6 angka setahun dengan sebuah blog ja.
Tapi, ia terpulang pada market tertentulah.
jawapan lu memang legend dong…
cendol juga
macam tengah baca novel, ada unsur2 dramatik..haha
hahaha… ai spot “tiramisu” lah…
memang mengarut tapi tetap ada isi..berbaloi gak baca sampai habis…hehe 🙂
Blaja blaja makan bersuap..haha
Mungkin kena minum banyak air mask untuk menghilangkan semua mitos mitos yang wujud,
bro..lu mengarut apa pun gua tetap baca
Orang glamer, jadi ramai org nak berguru… Baguslah berulang kali kongsi ilmu byk pahala. Kdg Allah bg student yg lemah nak uji kesabaran kita.
Best kan jd cikgu byk pahala 😉
Haha bijak-bijak bagus setiap persoalan pasti ada jawapannya
haha..walaupun sempoi dapat jugak tangkap mesej2 yg tersembunyi :p
huhuiii. mengarut pun best baca. gua layan je cerita ko ni. pstt, kirim salam bini. kalau ada awek cun lagi, mai la pas kat aku pulak. 😎
setuju sgat dgn quote lu “Once you start got your FIRST money from your blog, you will EARN more and more”.
gua pun dah meraih increment SETIAP BULAN beratus2 sejak gua bergelar fulltime blogger..
hikhik
hehehe.. apa tah pening nak baca.. ni betul mitos 🙂
wow…ini tajuk entri utk contest paling pelik aku baca…tapi bukan mitos.. 🙂 pening jgk sposen..
kalau dah malas apa pun tak boleh buat 🙂
ye ker awek tu cakap lu hensem sampai nak PC hehe. Awek biasala pandai memujuk manja, boleh cair oo.
nasib baik abg titan iman kuat, sayang bini hehe
pening kepada juga tu nak buat artikel macam ni…hehe
Bro, alangkah bagusnya kalau satu hari nanti gua dapat turun makan cendol banting sekali. haha.
Entri ni sangat kreatif pada pendapat saya. Ada juga sekeping dua senyuman muncul dari bibir ini…hihi…
Panjang sangat soalan dan jawapan. Langsung tak faham
Cuma saya faham…kena cari dan tambah ilmu.
terutama Beli kitab pink…
Boleh tulis skrip filem ni 😆
dah tak yah edit balik… aku dapat tangkap apa maksudnya 🙂
You can get money from Blogging, but have to work hard first. Learn SEO, Write Good Article, Promote to your audience etc. Tak ade yang jatuh dari langit dengan cuma-cuma. Saye tak begitu paham cakap melayu, walaupun berdarah Melayu. Nice Blog, my friend.
Dan yang penting,kena ucap terima kasih lepas kita tanya orang tersebut.lebih sedap belanja makan sekali.
haha saya pun tak faham apa tu PC ingatkan komputer tadi 😆 😆 😆
Walaupun ke laut dah isinya denga tajuk tapi tetap gagahkan juga scroll sampai abis nak baca endingnya 😆
panjang betul kau tulis, tp apa apa pun memang betul tuh
Mitos ini sukar dibendung..kerana semakin kita tidak mempercayainya semakin ramai yang berjaya menjadikannya kenyataan…malahan amat2 lumayan seperti tuan Titan kita ni….
Yang penting ini bukan sebarang mitos…tetapi lagenda sebenar2nya kejadian utk berjaya…
Cara buat duit yang paling cepat ialah berniaga…
Jom bermitos dengan buat duit scara online ni…
Ramai betul peminat bro huhu. Nasib baik bro dah kahwin. 😆
Adeh.. tergelak baca mitos2 tu.. kuncinya sabar dan rajin..
saya pun mula di hujani macam mana nak buat duit dengan blog tanpa meniaga apa2 padahal menulis tu pun satu perniagaan jugak.. kalau tak.. takde la istilah jual ayat kan? hahahaha.. even income seciput boleh la takat nak shopping dvd hantu kat selayang Mall tapi selagi ada usaha Insya Allah ada rezekinya.. saya pun sampai sekarang bukan paham SEO & malas nak belajar jugak. saya suka tulis.. tulis & tulis.. asal enjoy buat apapun seronok
mitos semata-mata semua apa yang ko tulis ni Titan. haha 🙄
ko berjaya buat aku gelak baca entri ni. actually, aku pun pernah berhadapan dengan orang yang tanya soalan macam tu. Memang rasa macam… gggrrrrr…
lagi 1, nasib aku pernah jadi guru ganti, so tahu lah linus tu apa. tapi ko kreatif r.. linus seo… hwa3
malas nak fikir dah pasal seo nih… malas nak fikir tak ke mana jawabnya…
yeah… dah hadam… sy dah dapat banyak dh duit dr blog online ni cuma taklah sehebat sifu… dan tak pernah lak ingt nk printscreen… huhu… bestlh baca novel nih
hebat2…terbaik bro…
panjang betul nak baca tapi berbaloi nak hadam..banyak sebenarnya cara nak buat duit di internet tapi kena kuasai 3 perkara dulu…yang pertama belajar dan yang kedua kena buat kerja apa yang sudah di pelajari. Kalau tak,nanti sia-sia jak ilmu yang dibelajari..dan yang ketiga kena rajin..
Lama kak x lawat blog ni..
Tapi kitab pink tu la yg buat kak sedar SEO tu penting..
Dulu kak buta IT.. paksa diri.. mcm murid linus la..tapi degil nk belajar walau x reti.. tapi kerana tulisan2 u alls semua. Kak mula mcm kura2..
Lama kak x lawat blog ni..
Tapi kitab pink tu la yg buat kak sedar SEO tu penting..