Okeh.
Tahu tak korang bahawa sebenarnya ramai orang sebenarnya SALAH buat atau tempah name tag?
Well..
Sebenarnya bukanlah satu kesalahan yang besar sampai jatuhnya hukum berdosa.
Dan tak jatuh jugak hukum wajib, sunat, harus dan makhruh.
Meh aku cerita peraturan tidak rasmi yang harus korang patuhi apabila hendak menempah “NAMA TAG” masing-masing.
Kalau nama korang adalah
Siti Fatin Yayana
Jadi, korang CUMA dikehendaki memilih nama yang korang hendak orang lain atau cikgu korang panggil korang aje.
Sebab fungsi name tag ni untuk memudahkan orang yang tak kenal kita untuk tahu apa nak panggil kita nanti.
Tak adalah nanti ada orang terjerit-jerit..
Woi! Woi!!..
“Hah..yang tudung biru senget tu..meh sini tolong cikgu japp..”
“Awakk..awak..awak la yang gemuk sikit tuhh..tolong cikgu angkat buku ke bilik guru..”
“Woi mangkuk..apsal ko terajang anak guru besar tu haa???!!”Β
…
….
Tak pasal-pasal dapat nama baru.
Mangkuk.
Haa. Tak sedap kan dengar bila kita tak tahu nama seseorang. Lagi teruk, dah la tak pakai name tag. Dah satu kerja kena hapal nama orang disekeliling kita nih.
Okeh. Berbalik kepada Siti Fatin Yayana.
Masa order name tag tu, korang kena pilih samada Siti, Fatin, atau Yayana.
Biasanya budak-budak nih..nama nak glamor. Nama siti tu dia buang.
Jadi, yang tinggal.. Fatin Yayana.
Nama inilah yang selalu budak-budak pilih untuk name tag diorang. Kekadang, mak bapak diorang sendiri yang pilih. Silap hari bulan, nama penuh dengan bin pun diorang suruh orang kedai buat jugak. Kalau nama pendek tak apa..kalau nama panjang, manalah cukup nama tag tu..
Kalau aku cikgu kelas diorang, dah satu hal kena buang tenaga nak sebut nama Fatin Yayana.
Kan senang kalau panggil Fatin sahaja atau Yayana sahaja?
Tidak pun, pilih nama yang dominan atau nama yang kita selalu hendak kena panggil.
So..senang cite.
Contohnya lebih kurang begini..
- Siti Fatin Yayana –> Yayana.
- Nurul Jihan Maisarah Hanum –> Jihan
- Ahmad Danial Iskandar –> Danial
- Lee Woo Wei –> Lee atau Woo Wei. (Biasa aku panggil nama keluarga diorang aje. Senang nak ingat..)
- Muthusamy –> Muthu atau Muthusamy (Nama orang india memang biasanya kena penuh. Tak tahu kenapa.)
- Muhd Mahathir –> Mahathir
- Mohamed Najib –> Najib
- Nurul Hidayah- Hidayah
Haa..
Nampak tak? Faham tak?
Lebih kurang begitulah kalau nak buat name tag nanti. Jangan susahkan anak-anak korang dan jangan susahkan orang lain. Kalau siapa yang kerja sektor kerajaan ni, memang wajib dah pakai name tag nih walaupun aku tahu ramai yang dok simpan name tag masing-masing dalam poket seluar. Jadi, berbanggalah dengan NAMA yang korang ada tu. Ada nama, atuk korang yang bagi..ada nama, mak bapak yang bagi..ada nama..orang lain yang bagi. Hargai nama itu dan cintailah nama korang itu..
Tapi, biasalah..orang kita ni kekadang buat ikut suka hati je. Nak juga nama tu panjang-panjangggg kat name tag tu.
Kalau kes macam itu, lantak depa la. Nak menyusahkan orang sangat kann..Janji ko happy, sudahlah.
Okeh.
Itu sahaja tips hari ini.
Semoga membantu.
Ps: Okeh, soalan aku untuk korang semua. Yang mana satu name tag aku yang paling TEPAT dan kurang kesalahannya kalau betul-betul ikut peraturan yang sebenar?
20,780 total views, 1 views today
tiada yang betul, sebab yang betul adalah “Titan” .. haha
kenapa pilih nama titan?? – kedaionlinemy.com
gomen kalu..faizal..tu je
Ini kes nak buat name tag cikgu ka?
cuba laa mr titan? ok tak… baru lejen.. ha ha ha..
Nama yg besar sikit.. tu betul.. nk lgi tepat esok kak yati g ukuran yg betul.
“Faizal” – short n sweet la kata omputeh…
Ibubapa muda zaman sekarang suka letak nama 3 perkataan. Kesian anak-anak masuk tahun 1 nak tulis nama pun payah kalau panjang-panjang.
kena guna faizal aa kan…
Hai Mr Faizal!
Wah cikgu rupenye Tuan Titan ni…
Ingat dulu waktu skolah…di skolah lama tu bebudaknye pun gune name tag jgk…tapi tule nama pun budakkan…tengok name tag diorang..perghhh…kreatif beb…ada yang buat skate board name tag, ada yang buat bentuk obor, ada yang buat tempat sorok lighter..em alahai..
Ooo.. tak sangka nak buat tag pun ada cara dia jugak..
baru hari dapat ilmu tentang benda ini, maklumnya saya tidak pernah ketahui benda ini. Boleh buat untuk anak nanti.
Plak,ingatkan masuk je trus diberi tag nama huhu
ingatkan ISA (ikut suka aku) nak pilih name tag ni
nak pilih name tag yang menepati syarat pun kena baca pekeliling dulu. kalau kerja swasta mungkin letak sesuka hati anda.
mungkinlah…
kalau yeop sendiri just call me “Mazri” sebab nak memudahkan mereka ingat pada saya. kalau ada awek yang terpikat pun okey jugak.
nota: memang takde siapa yang terpikat dengan nama ni. siyesli.
Masalahnya aku buat nametag nama ‘ALONGXP’ pon orang marah… walaupun nama tu lebih pendek dari nama sebenar aku… camne tu?
baru tahu pulak yang name tag pun kena ada peraturan jugak rupanya. sebelum ni duk ingat boleh ikut sedap je nak design macam mana.
Em minat jadi cikgu…tapi ape kan daye, kita tak pandai…:( π π
Kalau nama Ammar Yasir Bin Che Hassan nak letak nama apa ya? Hehehehe
letak je AY hehehehehe
nama saya dua suku kata akhir letak ummu jer..tapi bukan panggil saya ummu, umi pun bukan tapi panggil ainni aduh..salah sapa tu?
En.titan rasanya paling sesuai..hehe
Saya simpan name tag dalam handbag π
baru tahu yang Tuan Titan ni cikgu rupanyeβ¦
Nama “Faizal” tu sesuai, cikgu.
Kalau name tag yang ada logo kementerian atau jabatan boleh ke ?
Aku lihat ada macam2 jenis name tag yg org guna.
Name tag titan yg paling tepat aku rasa ‘FAIZAL’….
okey cikgu dah faham sekarang
Aku rasa yang Ahmad Faizal tu, kalau salah tak kan sampai 2 ko ada
Tiga-tiga kurang tepat sebenarnya.
haha.. π
sekarang bukan sahaja nama panjang tetapi ditambah susah nak eja.
name tag yang betul yang ada nama faizal tu… 1 perkataan sahaja pada name tag dan kena bersaiz besar π π
dekat ofis aku ada mesin buat name tag,Pakai cnc lagi tu
tapi yang bahagian pin tu je yang takde
name tag anak tersalah ejaan..padahal dah tulis nama elok2 dah. seb baiklah bunyinya tak lari..hehe
Satu nama atau dua nama dalam tag, tak mengapa asalkan asalkan tag nama tu kekal saiznya. Jangan letak dua perkataan, tag tu jadi besar sudahlah. Tapi yang penting, nama tu orang boleh Nampak dari jauh sikit….
hehe..kesimpulannya..kalau nk letak nama anak..letak yang pendek2 je..senang nak tempah nametag nanti ^_^
saya biasa guna nama yang orang panggil je….
Zaman sekarang ni nama memang panjang bebenor. Paling kurang 3. Eloklah letak yang ringkas dan mudah dipanggil.
Hahaha…dah lama tak pakai name tag ni..last sekali masa zaman sekolah rendah dulu jer..emmm semuanya tak betul name tag tu….
Zaman sekolah2 dulu ada la pakai tag nama. Dah start keje, takda dah tag nama..
cuma ada pass kad company je. π
Sangat setuju, nama yang pendek memudahkan kita nak menyebutnya
Kena ada branding pada nama hehe, pandai pilih naik cepat nama tu…
seb bek nm akak abah boh pendek je. takde menyusahka cikgu2 nak tulis nm pjg2 dlm buku kedatangan. Org nk sebut pun senang.
Akak mmg pantang betul jenis mak ayah ltk nm sampai 3 tanah tu. Ltk nm ank pjg2 last2 panggil nm ringkas je. Mcm nm sifu tu ok dah tu. Y
Yang betol kalo ikut pekelililing warna latar hitam tulisan putih…saiz 2.5cmx7.5cm….besar tu…huhuhu
Hi En.Faizal
Brapa satu tag nama?
kalo nk buat 4 je blh ke?