Okeh.
Aku cerita terus terang sahaja.
Sebab dah ada “kengkawan” yang sibuk bertanya sejak GST dah diperkenalkan.
Malas nak pusing sana-sini atau sambung plak dengan buat U-turn sana-sini. Aku kongsi yang aku rasa memang SESUAI dengan blogger yang betul-betul baru hendak bermula. Yang versi advance sangat, aku malas nak kongsi sebab aku rasa, korang memang takkan faham punya.
Panduan-panduan ini KHAS untuk mereka yang berminat untuk tulis blog yang menarik bagi blogger baru.
Blogger yang perasan dia dah lama tulis blog, tapi nak dapat 10 komen pun rasa macam susah belaka, boleh juga dapatkan panduan-panduan ini untuk tambah ilmu pengetahuan. Panduan yang aku iktiraf ini sekurang-kurangnya boleh membantu korang sebagai blogger baru untuk faham tentang FLOW penulisan blog dan juga apa yang diperlukan bila kita sudah ada sebuah blog atau beberapa buah blog.
BONOS.
Korang juga ditunjukkan dan dikongsikan dengan panduan untuk buat duit dengan blog melalui beberapa cara yang ditunjukkan oleh penulis tersebut.
TRUST me.
Semua yang diorang tulis, aku dah sertai dan hampir SEMUA atau 99% aku dah berjaya cashout.
Dalam erti kata lain, aku dah dapat duit dari mana-mana program yang mereka cadangkan.
Nuffnang ke, Innity ke, KOMLY ke, 701adnetwork ke, Adsense ke, Bidvertiser ke, Clickbank ke, PPP ke, Blogsvertise ke, advertorial berbayar ke, pengiklanan banner ke dan memacam lagi.
Sebab aku antara blogger yang buat duit secara online dari tahun 2001 secara serius.
Sekarang dah tahun 2015.
So, aku boleh tahu penulis tu temberang atau tidak. Aku boleh tahu blogger tu kaki kencing atau tidak dan aku boleh tahu seseorang itu suka scam orang hari-hari atau tidak.
Dengan Izin.
Bila aku kata diorang ni boleh dipercayai, just percaya dengan apa yang aku beritahu.
Selebihnya, bergantung pada usaha korang untuk bertindak atau tidak.
- Panduan Buat Duit dari Blog – Ahmad Faiz
- – Aqif Azizan
- Panduan Teknik SEO Merah Jambu – Ahmad Faizal (Yang ini, versi ADVANCE sikit dan MAHAL sikit)
Nasihat aku, beli panduan yang nombor 1 dan nombor 2.
Itu semua asas yang perlu tahu. Apa yang kena ada, apa yang kena belajar dan apa yang kena buat dulu dan apa yang tidak perlu buat langsung. Kena tahu bahagian-bahagian ini. Semuanya ada diterangkan.
Tapi kalau nak tahu “advance” yang banyak sikit, boleh beli panduan yang nombor 3. Sebab panduan itu, aku yang tulis dan sudah 3700++ lebih orang yang memilikinya. Sebahagian besar dah berjaya hasilkan blog sendiri, dah pandia tulis artikel yang menarik dan sudah boleh buat duit dengan blog masing-masing.
Itu sahaja.
Khusus untuk kengkawan aku atau mereka yang baru sampai ke blog ini.
TIGA orang diatas ni, semuanya blogger yang berjaya buat duit dengan blog mereka. Mereka cuma menulis dan terus menulis diblog mereka dan mereka dibayar ratusan ringgit dan ribuan ringgit pada setiap bulan tanpa gagal setakat ini.
Dan aku cukup sukar nak promote produk orang lain kalau aku tak nampak bukti kukuh.
Kesimpulan.
Jadi, senang cerita..panduan diorang ni memang membantu dan sudah pun membantu ramai orang.
Dapatkan salah satu daripadanya atau REMBAT aje semua.
Semua ini kena BELI.
Nak percuma?
Boleh.
..
…
Belajar sendiri.
Aku dah kurang masa nak mengajar orang sebab aku lebih suka habiskan masa aku sekarang dengan menukar lampin anak yang tidak jemu berak lebih dari 5 kali sehari.
Harap maklum dan selamat makan Yakitori.
9,055 total views, 2 views today
panduan yg sangat baik… kitab merah jambu tu wajib korang miliki.. sejak kak Yati amalkan.. alhamdulillah dua bulan.. blog kak ada costemer tau.. tapi kena rajin dan kerja keras la…
kak still mengkaji kitab tu lagi…kak budak baru belajar..
Confirm akan ada sales kalau ikut teknik en.Titan ni..
bloger baru biasa baru nak cari tapak.. so kena dapatkan panduan atas tuh ha..
komen tu nak kata banyak tengok pada isu.ada entri lama sampai hari orang dok komen.ada entri yang komen ada la satu dua even views blh la tahan.bab buat duit tu takde la byk sebab malas belajar hahaha tapi ada la jugak dom masuk.
ya..nak dapat 10 komen agak payah juga kalau topik kurang diminati
Apa itu yakitori?
sini klntn pggl loncong.. yehh
suka ayat last tu..
nak percuma?Boleh..belajar sendiri..
haha..so much true.
Gua faham maksud lu cikgu..
memang betul.. bukan alasan nak cari alasan. Walaupun tajuk mcm hangit.. tapi isi kandungan fun dibaca insyaAllah org dtg tinggal komen. Tapi koyak komen mestilah cun. X de masalah..
tq bos. Gua blogger baru nak naik
Haha..kena tambah kitab ni..
memang kena spesifikkan blog ikut niche, baru ada paminat spesifik yang datang melawat.
nak cepat orang lawat kena beli panduan ketiga tu 🙂
memang patut dapatkan pun
Tulis dan layan dengan cara yang betul hehe
Bukan sahaja blogger baru, orang yang nak hasilkan blog baru pun sesuai untuk rujuk panduan ni
BONOS?
Sakit perut aku gelak. Hahahaha.
…Yakitori? Ini mesti pengaruh anime. 😀
Wah cikgu titan dah tukar pampers haha. Ya panduan yang bagus memang perlu. Supaya kalau kita tak update blog pun ada juga views hasil daripada kitab seo encik titanium. saya vote beli no. 3 terus kalau anda pernah blogging sebelum ni.
#3 tu yang paling wajib beli hehe
aku cukup dengki dengan yang no 3 tuh… adohai…macam manalah nak berjaya macam dia ni eh…
mohon bagi aku semangat…
Oh kena beli tiga – tiga ke salah satu je hehehe
ada rezeki sembat semua ebook tersebut ..baru power
yang aku heran blogger baru ni,setup blog je, kena ada letak ads nuffnang..eh eh..macam keperluan plak.ahaha.siapa plak yang mewajibkan?haha..tak gitu?
Insya-Allah. Nt nk rembat gak ko punya seo merah jambu tu.
em..rajin2 jaga bby yr.. ki ki ki
Blogger baru macam mek ila ni memang kena banyak belajar. Terima kasih atas perkongsian bermakna ini!
Btuah isteri abg titan ni kan…hihi
Nombor dua tak dpt Beli agi.. Bila eBook Baru ahmad Faizal nak kuar ekk?haha
Nicee en. titan. thanks for da info #newbie
Bersyukur anak boleh berak 5 kali sehari bro, itu tandanya sihat.
Saya percaya dengan bro 100%. 🙂
yup kena terus ceduk ilmu dan terus belajar jika nak maju ke depan
bayar jangan tak bayar untuk korek ilmu yang berguna untuk jadi penulis blog yang berjaya dan kemudian buat duit dengan blog dengan santainya…
Kesimpulannya kena rajin dan usaha. Kalau ada penyakit M tu, tak ke mana. 🙂 Hari2 jugak kena lawan penyakit M ni. Lumrah manusia.
Rembat je semua lagi bagus. Yakin boleh dan fokus 🙂
tulis biar menarik dan tertarik….
banyak mende lagi nak kena belajar pasal buat duit dengan blog nih… hehehee
TERBAIKK…
nak ilmu kena beli..
nak duit kena kuar duit..
Nak FREE cari sendiri..
ok baru jadi blogger baru nak cari ilmu baru..hehehe
Oooo..tangan nak terer menulis mcm cikgu titan kena kerap tukar pampers anak rupanya…padan aa tangan nie gigil2 lagi naik menaip..rupanya ilmu tukar pampers belum terer lagi…thanks bro atas nasihat yg diberikan.. 🙂
p/s: Nak menulis ikut selera org tue yang sukar…nak ikut selera sendiri mmg kelaut aa..bak kata sudin dalam pendekar bujang lapok – ajis baca bunyi arab tapi ramlee baca tak bunyi langsung.. 😀