Haha..
Kali ni, tak banyak.
Dan memang aku sendiri kempen yang aku jalankan ada yang tak jadi.
Tapi tak apa, abaikan bab tak jadi. Sebab memang salah “setting”. Bazir gak la modal walaupun modal tu kecik. Biasa modal kecik tu boleh henjut pergi 3-5 sales. Tapi, satu sales pun tak dapat. Modal hangus gitu.
Biasanya, bila aku setting kempen promosi untuk satu-satu produk affiliate, aku akan tengok jumlah komisen.
Contohnya, produk hijaukan gigi. Owner dia bagi komisen 50%. Kalau harganya RM50, aku akan dapat RM25.
So, berapa aku akan labur? Kat mana aku akan buat kempen tu?
Aku bagitau salah satu. Facebook. Kat facebook, ada macam-macam jenis split test boleh kita run. Boleh run CPC, Ocpm, cpm, native ads, tak native ads, belasah ads, hard n soft method, boost dan memacam lagi.
Nak PILIH yang mana?
Lets says aku pick boost post. Aku labur RM25 untuk split test 1. Tengok, kena berapa sales. Biasanya, 1-5 sales kalau kena pada masa, timing, produk hot dan demokratiknya betul. Ini pun, kekadang even dah macam “perfect” setting yang aku buat, paling jahat boleh pergi 20-50 sales. Tak pernah aku dapat LEBIH dari itu. Engagement walaupun tinggi melampau tak hingat, tapi kalau target terkena kat sasaran yang jenis suka baca tetapi tak suka keluar duit..tak guna gak.
Sebab itu, pentingnya ada split test 2, split test 3 dan split test 4.
Basicnya, kalau aku main kat facebook, modal aku..biasanya nilai satu komisen x 5 atau nilai satu sales x 3.
Aku jenis “hit n run”. Biasa aku run iklan, seminggu terus atau 5 hari terus atau aku set waktu tertentu sahaja untuk iklan. Bukan jenis letak modal selonggok, run sebulan atau letak RM1k sehari dan run ads. Takk..aku tak wat gitu. Untuk produk digital, kurang sesuai. Untuk produk fizikal, itu memang sesuai. Produk digital, ada asas permainannnya.
Jangan salah main taktikal. Jangan kena kad merah.
Salah taktikal, kita kena 1-5 lagi dengan Vietnam. Kena kad merah, habis semua page kita kena ban dek pakcik Mark.
Itu baru main kat facebook.
Belum aku guna teknik SEO Merah Jambu lagi. Yang ni, modalnya boleh jadi kecik, boleh jadi besar. Kalau aku guna blogspot, modalnya ciput. Banyak tumpu pada marketing artikel dan beli link sana-sini. Kalau guna wordpress berbayar, modal besar waktu awal je. Waktu hujung-hujung..modal tak banyak dah sebab aku dah setting dari awal. So, tunggu sales masuk aje sebab biasanya aku dah set hampir 50 artikel untuk satu tahun punya promotion.
Tak kena tahun ni punya sales, in-sha Allah akan kena tahun depan punya sales. Tak kena tahun depan, 2 tahun lagi pun boleh kena. Janji niche produk tak lari. Kalau produk tu tetiba tutup affiliate programnya, aku tukar program affiliate yang niche lebih kurang sama. Tukar link, tukar setting SEO, tambah artikel baru dan buat marketing macam biasa.
Itu baru cite split test khas untuk blog.
Lom lagi aku guna gerilla punya teknik dan taktikal 4-4-2 atau 5-3-2-1.
Haha..
..
…
Korang faham ke apa aku gebang nih?
Komisen ke 53-62 dari Klikjer
Berbalik kepada Klikjer.
Produk Klikjer ni, aku boleh kata ada “hot stuff” dan ada gak tak berapa nak hot.
Pendek kata, produk atau ebook yang dijual kat Klikjer ni, sentiasa ada permintaan sepanjang tahun walaupun produk tu tak hot sangat. Bukan macam sesetengah affiiliate center yang lain, kekadang produk dah tak laku, produk dah lah tak hot, masih lagi letak kat tempat diorang.
Berbeza dengan Klikjer, owner dia akan cantas atau buang produk yang takde sales atau yang tak laku untuk tempoh tertentu. Let says, kalau dalam setahun..baru 2-3 sales aje terhasil dari satu produk X, memang produk X tu akan kena buang melainkan tetiba niche produk X tu tetiba meletup selepas tahun tu.
Siapa tahu, kan?
Tapi dari apa yang aku perhatikan kat Klikjer, permainannya macam tu.
Produknya memang senang jual dan orang yang tulis produk tu, memang terbukti boleh tulis panduan yang bermanfaat, yang ada validation, ayat sales letter pun tak hype sangat dan sentiasa dijaga oleh Shuth.
So, kalau produk bagus..itu maksudnya..pasarannya memang bagus.
Senang untuk dijual.
–> Pick produk yang betul dan promosikan.
In-sha Allah ada hasil.
Ini salah satu bahagian yang aku cerita dalam kitab PINK.
Boleh baca dan amalkan. Dapatkan disini – Download kitab PINK
In-sha Allah, korang leh beat itu pendahulu liga kat Klikjer sekarang ni.
Yang nombor 2 tu, jangan potong.
Itu je permintaan aku. Boleh?
5,345 total views, 1 views today
ceh..xmau kena potong plak..ehehe..amek je le ranking tu..ahaa..aku xde hal sangat
tak mau no.1, nanti kena potong.
haha..
Nampaknya abam reezluv kembali menjuarai liga. Ya, yg no 2 tak akan ada yang berani potong 🙂
Amboi depa, asyik dapat komisyen saja..
wah… hebat u alls..
hehehe. memang terbaek guna facebook boost ni..
ada lah masuk sikit2
SAINGAN SENGIT NO1 DGN NO 2 TU..HEHE
Fuhhh asyik makan aiskrim aje ya.. Kalau nak rasa aiskrim tu kena usha sendiri la ya..:-) Barulah terasa nikmat aiskrim nyer selepas berhempas pulas menabur gula-gula dan memasang jerat disana dan disini…
bila la nak dpt komisen lebat bak otai ni
ais krim tu buat kak yati terliur…em..sodapnya..tahniah titan..semoga terus berjaya..
masih tak ada rezeki nak dapatkan cent dari klikjer :'(
Aku pun dah lupa dapat komisen ke berapa dah tapi alhamdulillah tiap-tiap bulan tetap ada komisen
Setuju part split test tu. Lebih-lebih lagi untuk iklan yang berbayar.
Sedangkan yang tak berbayar pun kena buat split testing, ni kan pulak yang kena bayar
haha power sgt #1 dan #2 tu
Jeles wehhhh.. Bila nak wat split test skali ni.. Huhu
sedapnya ais krim tu