Ya.
Setakat pertengahan untuk bulan Jun 2015 ini, aku cuma sekadar dapat EMPAT sales sahaja. Sekaligus, ini menandakan bahawa aku cuma dapat 4 komisen klikjer sahaja setakat ini.
Masih ada 2 minggu lagi sebelum komisen bulan Jun ini difinalkan.
Walaupun dah takde siri-siri promosi sangat pada bulan ini, aku tetap gembira apabila tetap ada hasil walaupun tak banyak macam bulan-bulan sudah. Biasanya, hujung-hujung tu baru dapat banyak. Mungkin segelintir orang kita ni ada duit LEBIH pada hujung bulan dan baru buat belian pada produk yang aku promosikan.
So far, setakat ini jumlah komisen tu dah cukup untuk melayakkan aku terima komisen pada bulan ini.
Tak banyak, tetapi tetap puas hati.
Komisen ke 63-66 dari Klikjer
Dan terima kasih kepada syarikat C yang sanggup menaja 5 orang staff mereka untuk beli kitab PINK semata-mata untuk memahirkan staff mereka bermain dengan SEO. Jenuh celoteh selama 3 hari untuk buat “closing” dengan diorang. Macam-macam ditanya sebelum pembelian dibuat secara “private”.
Alhamdulillah.
Rezeki anak-anak barangkali.
Jadi, kepada syarikat-syarikat diluar sana, kalau nak belajar atau tahu ASAS SEO untuk mempromosikan produk atau brand korang untuk satu jangka masa yang panjang, boleh beli sekali “BULK”. Aku ada bagi juga sikit diskaun kalau beli banyak-banyak sebab sebelum ini, ada yang beli sebanyak sekali 10 pembelian sekaligus. Maklumlah, staff diorang banyak agaknya. Haha..
Apapun, terima kasih sekali lagi.
Tak sia-sia menulis kitab tu walaupun tujuan asalnya untuk tidak menyusahkan aku lagi untuk terangkan tentang teknik SEO yang aku lakukan. Aku takde masa nak cerita atau ajar korang tentang teknik SEO yang aku buat. Tapi memandangkan aku dah tak banyak masa seperti masa muda-muda dulu, kitab PINK itu adalah pengganti terbaik untuk membantu korang lebih cepat untuk tahu tentang teknik SEO yang aku lakukan selama ini.
Okeh.
Siapa nak buat duit dengan Klikjer pun, boleh apply teknik yang sama aku gunakan dalam kitab PINK itu. Selagi, korang menggunakan blog atau website untuk promosikan produk dan jenama syarikat korang, teknik itu tetap boleh digunapakai dengan cemerlang sekali asalkan korang tahu menggunakannya dengan lebih bijaksana.
Boleh dapatkan disini kalau mahu –> Kitab Teknik SEO Merah Jambu
Okeh.
Untuk faham lebih tentang Klikjer, sila rujuk artikel-artikel lama yang berkaitan dengan program Klikjer. Aku malas dah nak ulang banyak kali sebab benda yang sama sahaja aku dah dok ulang sejak 5-6 tahun kebelakangan ini.
Mohon faham kenapa aku kerek sangat kekadang yek.
Haha..
Dah, jom makang kueh ni.
Sorang ambil satu jek.
Kredit gambar comel – boo_licious
7,548 total views, 1 views today
Pertengahan bulan dah dapat 4 komisen. Hebat lah..leh jadi top affiliate lagi nampaknya 🙂
sikit aje ni.
biasa, lebih dah dari tu.
Tak promosi sangat bulan ni.
Kena kuatkan usaha lagi la nampaknya nih..
dasat dah tu..gua dah nak fokus kat projek lain je ni..ehehe
Kalau dapat 4 pun dah dikira menguntungkan tu, sebab baru tengah bulan kan?
rezeki anak ni.
Seo sentiasa bertukar-tukar tapi basicnya tetap sama.Content tetap kena relevant juga.
bleh buat sales btul kitab pink tu..
Juai teruih kat korporat, nice idea nih
Tahniah… Memang best.. Lepas 4 hari beli juadah dekat Bazar Ramadhan…
tahniah..dah boleh tu buat belanja juadah berbuka puasa tahun ni..
Tahniah pada tuan atas rezeki tu.Walaupun sedikit tapi puas hati datang dari usaha kitakan.
“C” tu syarikat apa? Celcom atau…?
Tahniah rezeki baby tu…
dah lama sangat sebenarnya aku x main klikjer nih, nanti aku nak check balik
okaylah tu.. den pun ada masuk sikit klikjer bulan ni.. nak cuba tambah sales lagi ni
Tahniah bro Titan..Memang betu tul rezeki anak-anak
Saya baru dapat 1 hasil anak sulung Klikjer. Lama tak buka sampai lupa password. Tidak lain tidak bukan gunakan teknik kitab pink. Saya banyak guna buku tu untuk penulisan juga, bukan seo sahaja.
Ada sesuatu dalam buku tu, go get it.
Selamat berpuasa En Titan.
kita doa biar en titan dapat lebih banyak lagi komisen. ameen.
alhamdulillah..rezeki dari allah
Rezeki anak ko tu Titan. Nanti boleh beli baju raya sedozen tuk dia ^_^
kena tunggu final laa baru dapat banyak lebih sikit2 komisennya… hehehe
Sedap apam tu. Aku memang suka cicah dengan kelapa parut dan minum dengan kopi O meamang mantop…
tahniah bro… em…ada je rezeki Allah swt beri kan…
Huhu..saya jer belum dapat-dapat lagi komisen klikjer..dah lama gak komisen tu menyepi..haha
Tahniah tuan. Saya dulu join jugak klikjer. tapi tak terer buat sale. skang dah tak buat dah.hihihi
Terbaik encik titan..;)
Wah macam terbaik je, nanti nak usha pasal klikjer ni, mana tahu boleh tambah pendapatan.
mantap seh seo..4 tu kira banyak dari 0..