Ya beb.
Aku ada juga turut serta dalam SBB 2015 atau lebih dikenali sebagai Sepetang Bersama Blogger 2015.
Sebetulnya, aku baru sahaja DUA kali menyertai program yang dianjurkan oleh Denaihati Network ini.
Kalau tak silap aku pada 2 tahun yang lepas, SBB 2013. Itupun, datang atas permintaan ramai maklumlah, aku memang segan giler nak datang “event” macam ini. Nak tunjuk muka pun segan. Malu la sangat konon-kononnya.
Tapi memandangkan, benda ni bukannya selalu, jadi aku datangkan juga pada waktu itu.
Dan pada tahun ini, aku datang sebab nak “SUPPORT” program member.
Program Kid, program Eizil, program brader Amer dan sekaligus mengeratkan hubungan dengan blogger-blogger yang lain. Dan juga kerana kebetulan aku nak melawat mak abah aku kat Banting, jadi jarak antara Presint 5 itu hanyalah setengah jam sahaja dari rumah mak abah aku, jadi aku rasa tak adalah ralat sangat nak datang.
Overall, aku gembira jugak lah.
Kang kata tak gembira, nanti korang tak nak pangkah pulak bila aku bertanding untuk calon Perdana Menteri Malaysia tahun 2020 nanti. Jadi, kenalah pancing hati-hati kamu orang semua dulu, kan? Agar, cita-cita yang satu ini akan tercapai pada suatu hari nanti. Tapi jangan risau, aku takkan ajar korang masak nasi goreng. Aku akan ajar korang macam mana nak buat duit dengan blog.
Haa..
Bukan calang-calang Perdana Menteri boleh ajar rakyatnya macam mana nak buat duit dengan tulis blog.
Akulah yang pertama buat gitu nanti. Dengan harapan semua rakyat Malaysia akan ada blog masing-masing dan boleh buat duit dengan blog mereka. Jadi, ketika aku jadi Perdana Menteri nanti, tak perlulah aku risau kalau aku nak naikkan harga minyak ke, nak naikkan GST ke 18% ke ataupun nak naikkan kadar tol kat highway itu.
Sebab semua orang dah “PANDAI” dan boleh buat duit sendiri banyak-banyak.
Dan ekonomi negara akan bertambah maju dan berkembang pesat dibawah seliaan aku.
Dan pastinya, aku akan buat Hari Cendol Sedunia dan memastikan semua peniaga cendol mengenakan separuh harga pada hari tersebut.
Nak bagi percuma, memang tak dapatlah. Kita kena support penjual cendol. Depa nak untung gak. Kalau aku bagi percuma, nanti semua penjual cendol tak nak undi aku plak.
Haha..
Berbalik kepada SBB 2015
Seriusnya, aku suka gak sebenarnya. Dah lama tak ikut program “Treasure Hunt” ni. Selalunya, aku buat kat budak-budak sekolah aku aje. Aku bagi arahan, aku sedia bahan, aku denda diorang. Tapi kalai ini, aku plak yang kena. Memang demm sungguh la kan?
Bakal “Perdana Menteri” kena wat lagu nih.
Tak macho la macam itu, kan?
Tapi, demi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan kegembiraan ahli kumpulan 10, aku turutkan juga. Dan sungguh, aku HAPPY dengan ahli kumpulan aku yang semuanya gila-gila belaka dan kaki dan pehanya kuat belaka.
Ada 3 dara pingitan (Si Nyna, Si Fatin dan Cik Ayu), ada DUA lelaki bujang (Si Din dan Si Amir), dan TIGA suami orang (Abam besar Reezluv, Abam besar Jamar dan Suami paling kacak di Banting aka Encik Titan)
Rujuk gambar dibawah:
Apapun, boleh tahan gak aktiviti Treasure Hunt yang dijalankan.
Mencabar fizikal dan batin aku yang dah tua ni.
Persoalannya?
Apsal kumpulan 10 tak menang?
Walhal, kami “LEADING” jauh kumpulan lain dan buat hampir SEMUA tugasan yang dijalankan termasuk segala bonus tu. Aku siap double “check” semua tuh. Dan aku ingatkan, kalau tempat pertama tu tak dapat, at least tempat kedua dan ketiga.
Tapi, dapat tempat saguhati aje?
Wahh..
Pastu, dengaq plak bunyik..
“Wehh..dah kalah tu, wat cara dah kalah lahh..”
“Hangpa tak wat bahagian bonus tu..tu pasal tak menang wehh..”
“Leading tak semestinya kena menang bro..”
..
…
Apapun, aku tutup isu terpencil ni. Sebab benda dah jadi, malas nak pikiaq panjang dan malas nak mempersoalkan kenapa tak terang betul-betul masa awal-awal penerangan tuh sampai tertanya-tanya dibuatnya.
Mungkin bukan rezeki kita orang kot?
So, biaq aje. Janji, semua orang HAPPY.
Janji, aku dapat makang 3 slice daging kambing bakaq tuhh. Janji aku dapat baju merah tu. Janji aku dapat minum berkotak-kotak air Yeos tu sampai kembung perut. Janji..aku kekal kacak dan mempunyai bini yang comel disamping anak yang soleh.
Haha lagi..
Sesi Perkongsian Blogger SBB 2015
Dan part petang tu..
Aku cuma betul-betul tumpu “PART” Aqif aje.
Sebab Aqif cerita benda yang aku suka dan 100% aku dah tahu. Bila orang sama bidang cerita benda yang kita-kita aje faham, memang seronok dengaq. Dan aku tahu, boleh tahan ramai gak yang terkial-kial nak faham atau nak tangkap apa kejadahnya yang Aqif bicarakan pada hari tersebut.
Tak apa, hang baca ebook dia yang satu ni, hang akan faham ASAS untuk tulis blog yang mempunyai autoriti dan berpotensi untuk dijual dengan harga ribu-ribu ringgit.
Dapatkan disini –>
Part orang lain, aku dah mabuk laut dah sebab dengan tak cukup tidur pada malam sebelumnya itu dan kena drive jauh dari Johor ke Banting. So, memang level ENERGY aku masa tu dibawah paras laut.
Sangat lemah.
Aku masih gagah senyum dan ikut aktiviti “Treasure Hunt” itupun mungkin disebabkan air kotak Yeos tu agaknya. Kemanisan Air Kotak Yeos itu membekalkan gula yang mampu bertukar menjadi tenaga dalam masa yang singkat.
Yah, hipotesis aku mengatakan itulah mungkin penyebab aku agak bertenaga pada hari tersebut.
Terima kasih Yeos Malaysia.
Kesimpulan
Aku harap SBB akan diteruskan.
Biar sampai tahap Jubli Perak atau Jubli emas.
Aku harap, penaja bertambah dan lebih banyak penaja yang sudi menaja program anjuran Blogger pada masa-masa akan datang. Tak kiralah melalui SBB atau anjuran group lain. Lebih banyak, lebih banyak aktiviti dan program yang boleh kita lakukan bersama-sama.
Leading dulu dalam pertandingan, tak semestinya kita wajib menang tempat pertama. Tempat terakhir pun boleh dapat. Itu tidak mustahil.
Adat bertanding, ada menang dan kalah.
Yang kalah pastinya akan frust belaka.
Tak perlu marah-marah bila ada orang tak datang. Depa ada hal dan sebab tersendiri yang tak dapat dielakkan. Mungkin kena jaga bini demam ke atau kena bawa kucing ke klinik sebab kucing tu demam campaq. Apa-apa boleh berlaku. Bab “masa” ni, bukan kita boleh kawal sangat, ada masa, masa mendahului kita secara total.
Last
Terima kasih kepada yang tegur aku pada hari tersebut. Terima kasih kerana tak banyak bertanya tentang blog walaupun korang cukup rajin tanya kat blog atau facebook aku.
Terima kasih kerana memeriahkan SBB 2015.
Terima kasih Yeos Malaysia dan semua yang terlibat dalam menjayakan SBB 2015.
Kredit gambar lawa – MohdRasul.com dan JMR23.com
8,820 total views, 1 views today
Tahniah cikgu menang anugerah kemas..
Soalan: saya baca x entry nih?
ahhaaaaa… aku rasa macam nak jadi peserta lah pulak.. nak menang hadiah-hadiah..
Bestnya, tapi memang tak boleh join on that day..betul la kata cikgu tu masing2 ada hal tersendiri..
seronok nampaknya, bab perdana menteri tu tak boleh bla. ahaaaaaa
Haha janji korang happy
memang best..lepas ni buat kat hotel lagi la plak.ahaa..duk ekon
haha takpun lepas ni kita buat, 2 hari bersama blogger. buat ala ala team building gitu haha
haha..energy paras lutut tu xtahan..apa2 pun bgus sbb berjalan lancar..
janji dapat makan kambing 3 slice!!! haha..
wah bestnya korang,jeles tak dapat pergi huhuhu
best la plak program ni…nanti ada peluang boleh join lagi….
ehhh kenapa kita tak jumpa yee ke kita yang tak bersosial sangat …. hehehehe tp memang best sbb2015 kali nieh
Bukankah sepatutnya bersuka ria? Kenapa ada pula dukanya? 🙂
Samalah Bro… Sebenarnya saya pun segan nak datang event-event macam ni… Kebetulan pula time cuti sekolah, lepas free pula masa tu… Akhirnya dapat juga pertama kali join event macam ni… Tapi oklah… Dapat juga berkenalan dengan beberapa blogger..
dapat join event cam ni okla takde nanti orang kata blogger anti sosial hehe
Woa macam sangat menarik program ni ho ho erk apesal group hang banyak otai2 ni
ceria nampaknya program SBB ni..seronoklah dapat kenal2 sesama blogger..
Untung giler blogger satu malaysia, jika bro titan jadi PM.. heee
Ciskek! Penat cari bro tak jumpa-jumpa.. Baru ingat nak belanja cendol.. haha
Tak aci diorang dah berpakat dalam satu kumpulan ni…Anyway baguslah sebab dapat datang kalau tidak tak boleh lah team aku menang.heh.heh
Caya la bro. Gua rakat x dpt borak ngan lu dan reez luv
lu sombong sangat.
dah la datang lambat.
haha..
Haha, seronoklah blogger lain bila dapat jumpa encik Titan. Mek ila tak dapat hadir kerana urusan keluarga.
ingat gua sorang je rs frust sebab tak menang…hehehehe…takde rezekikan.
Anyway, terima kasih cikgu sudi senyum ngan saya…hehehehe…
Kenapa awek-awek kumpulan 10 semua comel? Pilih sendiri ke?
memang best kalau dpt dtg dulu ni
tapi tapi tapi…
xboleh
InsyaAllah tahun depan pulak..
Kalau buat kat Sabah, gerenti gua datang.. haha
Saya pun mau datang juga kalau di Sabah hihi :)..
takpe dapat saguhati..
janji dapat kawan kan.
Memang manis, semanis air kotak yang berperisa epal tu..:-)
Wah camne boleh kalah ni?
Try again next year
adat pertandingan ada menang ada kalah..
treasure hunt, dah lama tak menceburkan diri. dulu pernah jugaklah main treasure hunt dengan budak-budak kejiranan masa sekolah rendah dulu, sungguh terlalu jauh utk dikenang
takleh datang lagi sbb nih… memang takleh datang.. hahaha
wah..best u alls…boleh cuba lagi tahun depan jika x menang.. ki ki ki
Huhu…sangat seronok membaca artikel ni..bilakah agaknya akan dapat ketemu rakan blogger semua..hehe
Itulah harap ada la tahun depan…den kali tak dapek nak poie la eh..
tahniah pada yang pergi, aku jer x pergi
sampai hari ni aku dok fikir, sebab sebenar kita kalah..hahaha
kenapa kita tak nampak pun erkk ker cam tak berapa nk bersosial heheheheh
tak menang tak ada janji happy dan enjoy kan kan kan