Ya. Dah 2 kali aku terlibat dengan majlis-majlis yang dianjurkan oleh Denaihati Network.
Kali pertama Sepetang Bersama Blogger 2013. Aku datang dengan baju Selangor dan treksuit kerana baru aje balik dari maraton 10km pagi itu. Terus henjut dari Banting ke Hotel Singgahsana semata-mata nak promosikan cendol Banting. Sekali..dek kena kacau dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sibuk berburak, sampai aku sendiri terlupa nak pekena cendol Hotel Singgahsana waktu itu.
Memang kecewa.
Tapi benda dah lepas kan. Nak buat macam mana..
La ni..
Untuk majlis kedua, Seminar Buat Duit dengan Blog #SBBdD13, tak sangka pula ada sebekas karipap mini untuk setiap peserta. Tertanya-tanya dalam hati..
“Gua pun nak juga sebekas. Takkan panel pun tak dapat kan?”
Sudah la tengah gelabah semacam bila dok atas pentas tu. Yang ada air kosong aje peneman. Nak borak dengan Nisa Kay, dia dok jauhhhhhhhhhhh sangat. Jeles dengan encik Abang Ensem tu. Mentang-mentang ensem walaupun kurang kacak berbanding aku. Huh.
Habis aje part panel merepek.
Aku terus gi belakang dengan harapan ada la jugak sorang dua hulur seketul dua karipap mini yang diidam-idamkan tu..
Malangnya..
Tak ada juga..
Tak apalah..
………….
………………
Kredit gambar – Curi dari Reezluv. Macam biasa.
“Bukan rezeki gua..”
** Kepada encik sponsor, sila hantar 10 bekas karipap mini ke alamat gua. Alamat rumah gua, sila request dibahagian contact. Haha..
Ps: Saje je ni. Aku takde idea sebenarnya. Baru balik dari MH Hotel & Residences, Cheras, Kuala Lumpur. Tadi.
8,006 total views, 3 views today
Hampeh. Lu ingat lu sorang je kempunan? Gua pun kempunan gak.
lau gua tau..wa kasi lu sikit..xpun wa jerit je kekuat..woi..ini abam belum dpt karipap..kompem berbekas bekas dtg menjelma..hehehe
hahahahaha.. kempunan karipap mini rupanya.hehehe
Orang bajet lu suka cendol je..sebab tu lu tak dapat karipap mini..hehehe
Tak sempat rasa juga. Sebekas karipap tu saya bagi sebagai buah tangan semasa melawat anak kawan yang dirawat di PPUM (dekat dengan Hotel Singgahsana tu). Rasa kempunan juga..
nanti bole beli dengan ejam..
Untuk en.titan gua sanggup poskan sebalang. Meh alamat dan no tepon lu kasi email ke me@ejamothman.com
Minggu depan stok baru sampai.
Ini tawaran serius dr gua, lu jgn buat gua tunggu lama lu punya email yer.
ejam nak jugak. berape eh harga
aku dah kata dah..bosnya kompem datang sini…
Haha nak ke nga gua ade lagi mkn ckit2
iskh ada lagi ke? DT pnye satu hari je da habis.. ha ha
kesian.. panel tak dapat karipap mini rupanya.. ingatkan jadi panel lagi dapat 2 balang karipap mini ker~ huhu~
Aku pun tak merasa..sebab sponsor buat cukup2 jer..org terlebih datang hahaha 🙂
itu la bosnya tak tahu berapa orang datang kan.. nasib baik dapat.. he he
bukak je dah habis 1 balang dalam 15 minit.. tak cukup heeee
olo kesiannye..nak bg tp da abis..hehe..
Haha..memang kesian yang teramat lah..bab karipap ok lagi kot.bab nisa tu yang tak tahan..hehe