Semua orang sayangkan family kita.
Terutamanya, mak dan abah kita.
Aku juga sayang mereka. Aku juga sayang mak dan abah aku.
Kali pertama aku tinggalkan mereka kerana mahu belajar dulu adalah ketika aku dapat sekolah berasrama penuh di Subang Jaya. Sekolah Bestari lagi tu. Mak bapak mana yang tak suka bila anak mereka masuk sekolah orang pandai-pandai macam tu. Jadi, aku pergi juga walaupun hati tu kekadang berat gak.
Dan ianya berterusan. Habis sekolah, masuk matrikulasi. Dapat pula kat negeri sembilan. Kuala Pilah plak tu. Balik kampung pun dalam 2-3 bulan sekali. Lepas tu, terbang pula ke Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah. Bila dah dok luar negara ni, kena pula merentasi laut cina selatan, lagilah susah nak jumpa mak bapak aku. Aku tahu mak aku rindu aku sangat. Aku juga tahu bapak aku rindu aku. Tapi dia takdelah tunjuk sangat. Selalu kalau call pun, mak aku yang cakap lebih. Abah aku cuma cakap 2 benda aje.
“Sihat ke tidak?”
dan
“Duit belanja ada lagi ke tidak?”
Walaupun kekadang aku menipu. Bila aku tak sihat, aku kata aku sihat. Bila aku takde duit, aku kata duit masih ada. Bukan apa, malas nak menyusahkan mereka. Malas nak bebankan mereka. Selagi tulang aku masih boleh bekerja, biarlah aku yang sengsara.
Yang lain?
Semuanya mak aku sapu bersih tak bagi peluang abah aku nak cakap lebih-lebih.
Jadi, aku kongsikan video ini untuk tatapan korang.
AGAR, korang ingat dengan mereka. Dan selalu-selalulah balik kampung.
Paling celaka pun bawak-bawaklah call diorang selalu. Itupun susah sangat ker?
** Sayangi mak bapak korang. Kita hidup bukan pakai bateri.
Ps: Insya-Allah, esok aku balik Banting. Ingat nak belanja diorang makan ikan dan kerang bakar kat Morib tu. Macam biasa.
6,028 total views, 1 views today
Sejak abah sy kena heart attack saya semakin syg abh bukan bermakna sblm tu x syg cuma slps tu lagi syang . Tak sanggup kehilangan.
Nak cendol banting…hehehe
menghargai la mak ayah kita sewaktu sehat ni kan…
amboy minta cikgu titan cendol
nak cendol, kena datang banting.
dulu masa belajar kt jengka ngn segamat, setiap minggu balik.. rindu sangat kat keluarga.. tu cari kerja depan rumah je..
siapa yang mahu hidup bahagia
mesti buat mak ayah gembira
Mak dah tak der. Kalau search entri lama-lama kat blog saya, ada cerita mcm mana mak saya pergi~ 😥
bapa ada lagi. dia jer lah yang perlu dijaga..
sehari lepas entri nih keluar… bapa saya masuk hospital… 2 hari lepas itu, bapa pergi juga meninggalkan kami adik-beradik…
apa nak buat? apa pun yg jadi, hidup mesti diteruskan… cuma kadang2 terkilan.. bapa saya tak sempat untuk jadi wali anak sendiri… tapi saya redha.. semua tu Allah dah tentukan… waktu arwah bapa pergi… saya sempat mengajar dia menyebut Allah ditelinga kanan… dan dia dapat sebut beberapa kali sebelum dia pergi… yup, hati saya lega…
masa saya kerja, bila saya bagi duit gaji, bapa takkan ambil… dia suruh saya guna untuk keperluan saya sendiri… time raya, saya belikan baju raya dan beri juga duit raya.. baju raya dia nak, duit dia tak nak… itu pun saya paksa dia ambil juga… huhu~ kenangan… semoga Allah cucuri rahmat keatas roh ibu dan bapa yg dah pergi mengadapnya…
lama hang bertapa sejak lepas kahwin ni kan?
takde komen panjang2..sbb semuany amat tak terkalah
terbaaaaaik entri ni..
betul tu.. memang tulis dari jiwa ni…
sayu tengok video tuh, robot pun pandai hargai tuan dia.
Emmm kenapa ada artikel yang menyentuh perasaan ni?haha..adoiii..terkenang wajah mak kat kampung..
huhuhuhu… tersentuh hati..
Sedih pulak rasanya. 🙁
Ibu bapa sangat penting dalam kehidupan seorang anak. 🙂
Hargailah dengan sebaik mungkin. 😉
Ya.
Hargai mereka seadanya dan semampu yang kita mampu.
nampak sangat artikel ni aku tak baca lagi.. sedih rasa, teringat mak kat kampung..
Ya.
Sila balik kampung hari ini juga.
walaupun masa aku duk kat kolej di negeri yg same, bermula tgglkan mak kat kg pd usia 18taon, tetap gak aku terasa hiba kat ati… mmg betol, abis huduh pun, call diorang..
Ya.
Rajin-rajinlah call mak ye.
Orang tua selalu ambil berat keperluan anak mereka terutama yang merantau atau duduk jauh. Kalau balik dari kampung tidak pernah dengan tangan kosong.
Yup.
Mak bapak kita, memang sentiasa ingat kita dan doakan kebahagian kita setiap hari.