Ok. Apa itu Bounce rate?
Kalau tak tahu, sila search Google. Aku tak larat nak cerita semua.
Apa yang aku tahu, bila ada orang atau pembaca atau pengunjung yang lepak lama diblog korang disebabkan oleh mungkin blog korang menarik dibaca, blog korang ada apa yang mereka cari dan mungkin kerana muka korang kacak tak terkalah atau comel tak terkata, jadi..masa itulah bounce rate korang jadi rendah.
Pendek kata, benda ni macam satu kayu pengukur untuk mengukur peratusan seseorang yang datang dan blah dari blog korang tidak kurang dari 5 saat tanpa melayari laman-laman lain melalui sebarang pautan. Macam betul juga, kan?
Jika nilai peratusan itu tinggi ke langit, ini mungkin disebabkan para pembaca tidak meluangkan masa yang lama dalam blog korang dan sebaliknya diorang terus berambus dari blog korang dan pergi ke blog orang lain yang lebih kacak. Menurut sumber Google, satu website atau blog yang mempunyai peratusan bounce rate bawah dari 50% adalah baik dan agak sukar untuk mencapai kurang dari 40%. Tapi blog ini dapat 24%, kira ok dah tu kan?
Tips Mengurangkan Peratusan Bounce Rate
- Isi kandungan yang tak terkalah. Maksudnya, artikel tu biarlah berkualiti. Takdelah panjang berjela tetapi cukup memudahkan pembaca faham apa yang cuba disampaikan. Biar padat tapi tepat ke sasaran.
- Isi kandungan yang berkaitan. Sebolehnya, linkkkan juga kepada artikel-artikel lama yang berkaitan. Jangan dok asyik tunjuk iklan aje. Bukan tak boleh. Biar berpada-pada. Nanti, pembaca baca tajuk aje. Dah menyampah. Terus blah dari blog korang.
- Design blog. Maksud aku, biarlah tak berat. Jangan paksa para pembaca korang tunggu terlalu lama bila nak baca apa yang ada dalam blog korang. Letak benda penting-penting aje.
- Iklan. Jangan banyak sangat. Tumpukan pada iklan yang betul-betul memberikan keuntungan. Bukan tak boleh buat duit banyak-banyak. Boleh. Cuma untuk jangka masa panjang, lu mahu untung sekejap atau lu mahu untuk sampai 10 tahun lebih lamanya? Iklan popup dan alunan muzik yang memekakkan. Sila abaikan. Iklan minta LIKE sana-sini, kalau boleh..janganlah sampai 9999 saat. Sakit jiwa Maikel dan Mercidez nanti dibuatnya..
- Butang search. Sediakan ruang atau tempat untuk search. Sitemap aje mungkin tak mencukupi. Didik para pembaca agar tahu macam mana nak search artikel dalam blog korang. Tidak semua para pembaca bijak geliga dan gagah perkasa macam korang. Ada juga yang bebal macam aku. Haha..
- Tajuk mesti juga tak terkalah. INi satu daya tarikan yang tidak ada batasannya. Tajuk, biar menarik. Biar hati dan jiwa mereka tertarik-tarik mahu membacanya. Sampai satu tahap, diorang call atau sms korang suruh tulis artikel baru. Aku tahu, sebab aku pernah kena mesej masa dok aku sibuk mengorat awek Banting..
- Dan sebagainya. Sila search di Google. Taip “Apa itu Bounce Rate“
- Nak lebih, gi tanya pakar SEO tempatan yang kacak-kacak tu. Bab ni, gua belum khatam lagi.
Apapun, jangan tanya aku memacam benda ni. Aku tak mahir lagi.
Masih banyak lagi yang kena belajar.
Tapi kalau bab mengarut tu, aku memang cukup terer. Haha..
** Serius, aku bukannya ambil tahu sangat bab-bab bounce rate ni. Yang penting bagi gua, sales!
Ps: Mana Tham ni, kata mahu jemput gua ini malam. Kata mahu belanja gua. Lambat..
7,822 total views, 1 views today
bounce rate den huru hara….. tapi akan cuba tips ni.. terima kasih cikgu titan
Yupz, terimakasih diucapkan untuk sifu titan.
🙄 cakap nak tido…
terbaik maklumat ni.
awal2 dulu bounce rate selalunya kurang daripada 20%. sejak tukar theme terus melonjak ke 70-80% haha.
nk dpt bounce rate 50% agak mudah tp 40% mmg sgt susah..
ni sbb gua pnye bounce rate di antara due2 tu..
hihi
Pertama kali tau apa bounce rate tu….
maleh amek port bounce rate ni..aaha..dulu advertiser aku tak amek port pun.:D
janji diorang nak pr cantek ek bro rees..hehe
Memang kena buat artikel tak terkalah baru pembaca akan bertahan lebih lama membaca.
memang tak terkalah la tip lu bro, bounce rate aku makin rendah mungki dorang rasa aku makin kacak kot
Bounce rate aku 70 ke atas lagi..
harap2 theme baru boleh turunkan bounce rate
antara artikel yang menarik untuk dibaca…
aku punya juga masih tak begitu bagus
banyak yang nak kena buat
ah, biarlah bounch rate nih~ tak kuasa nak layan~ 😐
Siapakah awek itu~ Hahaha…
bounce rate blog ciktom tgi…alexa rank pn jth..ish byk kerja nak kena upkan balik ni blog..skang tgh usaha tips no 1 & 2 dulu..
alhamdulliah akak punya bawah 50…ok lah tu kannnnnnnnn 🙂
makin kacak lah lu punya alexa 😀
Mula-mula jer bounce rate rendah, lama2 memang akan menaik. Susah nak maintain…adeh.
8 minit tu manusia2 kat planet bumi ni lepak kat blog manusia terkacak tak terkalah…mmg super terbaiklah
betul tu, oleh sebab ambe beramal dgn apa yg bro titan ni cakap (kalau tak silap ambe, titan ada citer kat blog yg superstar lagi satu tu), BR blog ambe bawah 40%
kira oklah jugak
oo macam tu rupanya nak kurangkan bounce rate
Gua punya blog personal bounce rate 15%…
Pelik macam mana boleh dapat serendah macam tu. Tengok tengok sebab design blog gua yang *dulu* super simple. Cuma ada content di bahagian tengah dan ada footer column.
Kesimpulannya:
Blog mesti simple dan ringan
Ada footer column
Cum ada artikel ja (Macam blog http://zenhabits.net/)
Walau apapun, memang terbaik tipsnya. Gua sokong 101% 😎
Saya doakan Tuan Ahmad Faizal kaya dan berjaya.
Eh, *cuma.
Cum? Apakah? Haha..
Menarik tips yang diberikan..selamber tapi penuh bergaya..hehehe..
Menarik artikel ni. Thanks bro atas perkongsian ni… 😮
aku google jumpa entri ni.. memang saja aku cari lebih info tntang ni.. haha ingat aku nak PM tanya tentang ni, bek aku google dulu.. hahahaha
Wan punya % masih tak bagus. Mungkin bosan kot entry di blog.
Owh, baru tahu. CN selalunya musim pt3 je baunce rate rendah sbb bdk2 buat research. Musim puasa pun ok gak bounce rate sbb org cari resepi, selain tu? alahai..standard 80% ! Waaa
singgah sini mencari info bounce rate…