Okeh. Sebelum aku tidur, aku kasitau cara camana blog-blog yang aku buat boleh lepas dengan program Innity yang korang suka itu dengan mudah. Walaupun sebenarnya semua orang tahu ianya tidak semudah seperti yang disangkakan, tapi aku akui ianya lebih mudah berbanding nak lepas dengan Google Adsense dan sekaligus dapat buat duit dari Adsense.
Apa yang perlu korang buat pada blog korang untuk diluluskan oleh pihak Innity?
1. Design blog tu kasi cantik sikit. Bila lawa, advertiser suka. Pihak Innity suka. Pelawat korang suka. Dan mustahil untuk aku tidak suka. Jadi, sila kasi cantik sikit. Pilih la yang lawa sikit.
2. Mesra dengan search engine. Dalam soal ini, tak ada kompromi. Korang mesti tahu apa itu SEO dan tahu macam mana nak bermain dengan SEO. Sumbangannya besar untuk jangka masa panjang. Tak percaya? Tak apa. Tapi aku berani jamin, blog korang susah nak lulus dengan Innity kalau ini tak ada.
3. Bijak dan kreatif masa tulis tajuk artikel. Ini penting. Ini juga ada kaitan dengan SEO dan juga trik untuk hasilkan banyak trafik yang berkekalan pada masa yang cukup panjang. Korang tak suka tak apa. Ini bukan cara utama. Cuma aku nasihatkan, kasi mahir juga benda ini.
4. Belajarlah cara nak dapat trafik dengan bijak. Maksud bijak, bukan sahaja trafik untuk short term, tapi juga long term. Korang fail bab ini, memang susah nak lepas benda Innity ni. Trust me. Aku gagal banyak kali. Tapi hasil kegagalan itulah blog-blog aku itu lepas.
5. Susun atur theme blog korang mesti tak serabut. Takde iklan berterbangan. Takde bunyi lagu yang menganggu jantung. Tak ada gambar yang membebankan blog korang. Takde video yang mungkin melambatkan loading blog korang.
6. Pemilihan hosting yang sesuai. Korang target Innity, itu maksudnya blog korang mesti ada kemampuan untuk tampung jumlah trafik yang sukar untuk dikira. Bila trafik banyak, bandwidth blog mesti cukup. Space pun mesti cukup untuk tampung. Nak main dengan Innitu ni bukan main-main. Cukup syarat, setakat 2-3 ribu sebulan, celah gigi geraham aje.
Dan lain-lain. Pepandailah korang fikir. Aku dah cadang, korang nak ikut atau tidak. Terpulang.
Ps: Rasa nak minum Teh O Ais Laci la pulak pagi-pagi buta begini.
4,803 total views, 1 views today
saya suka tengok gambar gadis comel yang bertudung..
ni awek titan, jangan kacau…
nasib baik den kurang anggun, kalau tak mesti gambar den kat blog ni juga
kalau dengan innity, aku tak lepas bab trafik tu..tengah cuba sehabis baik untuk tingkatkan trafik.
insyaAllah pasti boleh.. dah dapat award kan.. hehe
Hehe..terima kasih En Titan sebab kasi bocor ini rahsia..hehe..nanti nak applay jugak lah..tapi tak dinyatakan pula blog BI atau BM boleh apply..hehe..tak apa lah saya study nanti..
satu pengalaman yang menarik sebaik saja aku terjah blog ni,berinformasi dan juga menarik. dan megelikan hati aku baca discription header tu hahaha mmg betul lelaki kene ada egi sikit.jalan2 sambil isi tabong lelaki kacak
Ikut kata bro Hasrul Hassan, kena trafik tinggi mencanak baru leh apply.