Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Hemm….
Apa yang aku dapat dari Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati?
Takkan jadi panel tak belajar apa-apa?
Ya. Memang kebanyakkan apa yang panel-panel tu semua cakap tentang buat duit dengan blog, aku dah tahu.
YA! Sebahagian besarnya memang aku tahu. Apa yang Nisa, Abang Ensem, Tekong dan Shuth bagitahu korang tu, kebanyakkannya memang aku dah tahu. Cuma ada sesetengah dari apa yang mereka cakapkan tu, ada yang aku belum buat. Apa yang aku belum buat dengan sepenuhnya?
Aku tak nak cerita semua. Ilmu yang aku dapat itu berbeza dengan mana-mana ilmu. Tak jumpa punya kat Seminar Hartanah, seminar Saham atau Seminar MLM.
Aku cerita apa yang patut sahaja.
Takut terlalu panjang. Dan takut membosankan korang.
1. Dari Nisa,
aku dapati penjenamaan yang beliau lakukan samada secara sengaja atau tidak memang terserlah. Ya, beliau selalu menggunakan gambar yang comel-comel untuk menghiasi blog dan facebooknya. Malah, giveaway-giveaway yang beliau jalankan juga dapat menarik ramai peminat dan follower untuk terus hadir ke blog beliau.
Dari situ sahaja, pada advertiser tertarik dengan beliau. Belum lagi dengan “keaktifan dan kenakalan beliau” diruang sosial yang lain. Jika aku duduk ditempat advertiser, memang tidak mustahil aku akan upah beliau untuk buat advertorial atau datang ke event yang aku anjurkan. Bayar mahal pun tak apa. Sebab aku tahu, dia boleh “deliver” apa yang aku mahukan. Secara mudahnya, dia menjadi satu public figure atau model yang dimahukan oleh para advertiser.
Selain Nisa, contoh terbaik yang boleh aku bagitau adalah Fatin Liyana. Mahu aku cerita lebih tentang Fatin Liyana? Tak perlu lagi kan? Tulis atau sebut sahaja Fatin Liyana, korang pun dah tahu apa yang aku bakal tulis. Jadi, mungkin aku leh cedok idea apa yang Nisa dan Fatin Liyana ini lakukan dalam beberapa blog aku yang lain. Hoho..
2. Dari Abang Ensem, 1 hari 1 muka surat.
Ya, nampak macam mudah. Tapi percayalah, ianya sangat sukar jika korang tak cukup kuat. Aku sendiri pernah tulis ebook dan aku sendiri pernah jual. Salah satu jualan ebook aku yang paling laris melebih 500 jualan adalah ebook Panduan TNX 2.0. Nak tulis ebook itu, mengambil masa yang cukup lama. Aku menunggu hampir lebih dari 30 BUKTI bayaran hanya semata-mata untuk menunjukkan bahawa ebook itu BOLEH membantu sesiapa yang membelinya untuk buat duit dengan TNX. Walaupun aku tahu memang sukar untuk para pembeli melaksananya, tapi aku gembira bila ada sebahagian besar dari mereka yang berjaya dapat sedikit pendapatan sampingan dari ebook tersebut. Jadi, dari sini, aku sangat menyokong pendapat Abang Ensem kita ni. Walaupun aku dah tak menulis dan menjual ebook lagi untuk satu tempoh yang lama. Tapi banyak juga permintaan yang mahu aku menulis kembali.
Mungkin tips 1 hari 1 muka surat ini boleh membantu aku kembali untuk menulis semula. Dan bagi aku, inilah salah satu tips yang sangat berharga yang aku dapat dari Seminar buat duit dengan blog anjuran Denaihati tempoh hari.
3. Dari Saudara Ejam, sponsor Karipap mini. Dengan hanya berbekalkan karipap mini, promosi yang dilakukan oleh brader Ejam kita ni LEBIH BERKESAN berbanding menggunakan kad nama korang yang nipis-lipis tu. Sampai hari ini, korang masih teringatkan kesedapan dan keenakan karipap mini itu bukan? Jadi, ini juga salah satu apa yang aku belajar dari seminar ini.
Untuk penjenamaan, tidak terhad kepada SATU cara. Ada 1001 cara untuk melakukan promosi dan penjenamaan. Bagi aku, ia sangat berkesan.
Kesimpulan..
Okeh.
Itu sahaja yang aku mahu ceritakan tentang tips buat duit dengan blog. Apa yang Tekong ceritakan tu sebenarnya dah termasuk dalam kategori “high level of superblog”. Tak semua blog berbahasa melayu di Malaysia boleh buat apa yang Amanz lakukan. Tak semua. Segelintir sahaja. Jadi, tak perlu kejar tahap ini jika korang belum faham sepenuhnya konsep menulis blog yang sebenar. Amanz dulu pun bermula dengan macam-macam tutorial yange pelik-pelik. Apa yang korang buat sekarang, Amanz dah buat lamaaaaaaaaaaa dahh dulu. Sebab tu, aku tak pandang sangat bila ada orang tulis tutorial panjang-panjang dekat blog. Tapi tutorial lilit-lilit tudung shawl pusing sana-sini, aku rasa Amanz tak buat lagi kot. Yang tu kalau diorang tulis, nak juga aku baca. Haha..
Cukup setakat ini. Aku cerita lebih-lebih, takut korang tak berapa faham pun. Sebab setakat ini, belum sampai lima orang yang aku dapat rasakan dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan selama aku menulis blog. Ada “benda” yang aku cuba sampaikan. Benda yang aku bawa dari 10 tahun yang lepas. Biarlah, mudah-mudahan ada yang akan faham nanti.
** Oh ya. Akhirnya, aku berjaya juga jumpa Shuth setelah sekian lama ingin berjumpa. Tak sangka, Shuth juga berfikiran yang sama. Lelaki kacak, memang selalu fikir perkara yang sama. Sejak kenal Shuth di forum Wangcyber bertahun lamanya, Mei 2013 barulah ada kesempatan untuk berjumpa. Gila punya lama. Haha..
*** Kalau rajin, sila klik G+ untuk artikel ini. Kalau korang rasa artikel ini membantu korang serba sedikit. Kalau tak membantu langsung, tak payah klik. Baca aje.
Ps: Mungkin apa yang aku dan ahli panel lain sampaikan tentang TIPS BUAT DUIT DENGAN BLOG DARI SEMINAR DENAIHATI ini tidaklah sesempurna mana. Apa yang kami fahamkan, itu yang kami faham dan itulah yang termampu kami sampaikan mengikut cara kami yang tersendiri. Tak semua orang sempurna. Tak semua. Sekali lagi, bukan semua. Yang bagus tu korang ambil, yang kurang elok tu, hangpa campaklah jauh-jauh.
42,057 total views, 1 views today
maaf. permintaan anda berkenaan tutorial tersebut agak sukar untuk dipenuhi. 😉
saya yg komen x kena pon amanz x approve mentah mentah, hehehe
hahaha. 😈
kenapa aman? kenapa???
haha.. 😈
Biarlah dia….
sayang weh nak cukur misai, janggut semua. hahaha.
sekali-sekala, apa salahnya kan? haha..
lama kenal kat wc…xpenah pun jumpa si aman ni..aahhaa
Hehe. Kita hidup dunia maya je. 😎
banyak benda yang perlu saya belajar untuk berjaya…..
samalah macam gua.
gua masih kena makan cendol banyak-banyak lagi ni.
banyak perkara yang ahli panel kongsikan belum mampu aku capai lagi, kena kuatkan usaha dan laburkan sedikit untuk memastikan hasil pulangannya berganda-ganda jumlahnya. 🙂
ramai yang suka karipap mini.. nak.. heeee
samalah.
ada yang aku boleh buat.
ada yang langsung aku tak boleh buat. haha
mesti seo no 1 ni.. wah semoga berjaya cikgu titan…
G+
nombor 1 untuk apakah ini???
untuk SEO la
Tapi aku suka dengan penyampaian tekong. Hehehe
yap.
gua pun suka.
dalam banyak2 cerita kat atas ni aku paling suka yang ejam punya sebab tak ramailah yang berani jual food product yang sebenarnya senang nak dapat tapi ejam berani. packaging pun lawa. dah….aku terpuji ejam!!! haahahahahaha
haha..
hang bukannya nak datang pun.
Dari penulisan Bro Cendol ni saya dah dapat poin penting.
Alhamdulillah, sedang mengusahakan.
Doa dari Bro Titan moga projek tercapai. 🙂
mudah-mudahan projek ko akan tercapai. hehe
tang karipap mini tu memang sampai hari ini ingat rasanya macam mana..hihiii
macam mana rasanya dkna? rasa macam nak tengok wayang je kan..? hehhee
Naper ko ckp mcm tu kid? Dkna kaki wayang ka?
hoho..
yeke? cam tak caya je..
ada pertanyaan, tips yg dilakukan oleh nisa aku rse sesuai dilakukan oleh prempuan2 je.. sbb prempuan sgt trserlah dgn kecomelan berbanding laki.
kalau laki lak nk gune teknik cmne utk tarik advertiser selain dari buat giveway yg hadiah gempak2?
tak setuju.. sebab DT tak comel.. Sebab tu DT kekalkan trademark ni
Saper ckp DT x comel? Nak kena tapau sapa yg ckp ni!
blogger lelaki guna kacak/hensem/macho korg..nanti boleh jd model lelaki plk..hehe
Saper ada misai A Galak boleh gunakannya. Advertiser suka misai A Galak 😉
model?
tak nak la. gua tak suka jadi model. bahaya.
haha..
belum sampai masa lagi. orang tv dan majalah, memang suka gegirls macam nisa ni..
Mmg banyak yg dipelajari asalkan kita tahu cara untuk aplikasi teknik2 yang diberi.. 😉
betul tu. betul tu.
gua setuju.
banyak benda yg masih nak kena buat…thanks titan sbb tak jemu2 kongsi apa saje yg ko rasa nak kongsi…tak semua yg ko kongsi org faham, dan paling best, tak semua yg ko kongsi, org buat..termasuk aku…hhuuhu
kalau buat, ramai yg dah super power cam ko..
thanks titan
Aku buat2 paham jer yg si titan ni merapu. Hehehe. Tp aku dah gelarkn dia sifu la skrg
haha..
aku merepek aje. jangan fahamkan sangat.
haha..
takkan gua nak cerita semua.
haha dulu punya sorok muka si titan ni, la ni semakin laris menjual wajah.. hehe boleh jadi jejaka impian macam Ariff Shah jugak
Dia target nak jd cam nisa kay. Sbb teknik lain dia dah buat. Teknik ni jer yg dia blom buat. (cheers bro titan 😉 )
bila sampai masanya..
barulah gua keluar. dulu, bukan masanya lagi. haha
apa lah benda yang ko bawak 10 tahun itu…tak rasa beban ke bila tak dikongsikan 🙂
Hahahaha. Betul la itu. X ke dia rasa beban? Aku rela jer galas beban dia sikit kalau dia mau 😉
kan gua dah kongsi selalu.
beban tu, biarlah gua tanggung. Gua larat lagi.
gua kena selongkar cukup-cukup la kalau nak tahu maksud yang cuba disampaikan
haha.
sila selongkar serajin mungkin.
suka tips abgensem 1 hari 1 m/s…memang menarik!
tips dr shuth pun cik tom suka..slh seorg sumber inspirasi ciktom selain ko..
hang, semua lelaki kacak hang suka.
hehe..
Hahahahah. Betul la itu. Terkantoi suda cik tom
dia memamg rambang mata.
haha
Ko memang ahli panel yang peka dalam pemerhatian sepanjang seminar tu kan
yelah.
ingat gua tidur kah?? haha..
Lain waktu share pasal Shuth, 😆
ya.
insya-Allah. kalau aku ada masa. hehe
heehe..aku dh jumpa shuth..ni kali kedua..ehehe..pasal TNX tu..dh senyap plak skang..aku lupa aku pn ada letak tnx..ahaha..sekali cek balik..income xlebat mana..paling lebat aku dpt dr LW…amat masyuk…:)
linkworth masih berbaloi.
sila cuba. haha..
Okay.. nnti mau cuba…
sila cuba.
blog hang dah cukup layak dah. hoho
Karipap mini pujaan hati..confirm ramai orang cari nanti.
Kalau ada seminar lagi lain kali, aku nak sponsor makanan jugak..hehehe
hang nak sponsor apa?
Tq sb singgah blog wa…dah klik pun tp takyah menanglah….heheheh
haha.
Mana bulihhhh..nak kaco gak.
secebis ilmu pasti terpahat dihati bg yg menghargainya…
semoga dihargainya atas usaha yang kecil ini.
hoho!
Kenapa bro tak bawa team cendol banting sekali? sambil pekena karipap plus cendol banting, tentu lebih menggiurkan…..Hihihihi…
tak larat aku.
slaid pun pagi tu baru siap. Haha..
aku rasa dah klik G+ tak pe lah klik lagi skali
berapa banyak kali dah hang klik haa..
haha 😈
pd pendapat saya ketika seminar tu hari, titan menyampaikan tips dgn gaya yg bersahaja dan tak dibuat buat..mudah difahami…entry ni bagus sbb kasi summary hehe gud luck dah klik2 dahhh
memang takde luck bab-bab undi ni.
belasah je mana yang sempat. haha
nak campak tang mana pulak ni heeee
Aku dah klik G+ untuk ko bro..good luck!
terima kasih, terima kasih banyak-banyak.
hehe
tak sempat nak salam dengan Shuth tempoh hari. mmg tahu dia owner Wangcyber sebab gua ahli tidak aktif.
peranh juga beli ebook Shuth.
ada air oren ke? tak sempat rasa
entah, air kat belakang tu air oren kan? gua dah lupa plak. haha
Hehe..karipap tu jugak jadi hidangan..
Yap, oklah kan.
dari takde apa-apa. Dah la diorang lapar dan mengantuk masa tu. hoho
Terima kasih kerana berkongsi ilmu..
Masih banyak yang saya perlu belajar 😐
ya, gua pun masih banyak lagi kena belajar dan belajar. hoho..
Kat maan g+ nak klik ni? Aku pakai hp jer ni. Kecik. X nampak. Dah la lembab semacam jer ni
kenala pakai laptop.
baru nampak. pakai handset ni tak berapa clear gak kekadang.
Entri yang paling sempoi la barder titan,banyak perkongsian menarik dan tertarik…semoga berjaya
Sama.sama.
Gua main belasah aje tulis. haha..
rugi rasa x dapat join event ni dulu….
takpe, lain kali, lu boleh join jugak. hoho..
masih ada banyak peluang lagi.
😉 saya buah cempedak di luar pagar…
salam perkenalan
hehe bro bila nak buat seminar sendiri ni?
Kalau Faizal ni buat, sure nanti majlis semua kaler merah jambu, dan menu utama adalah cendol … hahahahaha
haha..
entahlah. Itu gua sendiri tak tahu. Bukan senang nak arrange seminar.
Ohh masih jauh lagi perjalanan untuk berjaya menerusi Affiliate ini. Apapun usaha tangga kejayaan. Aku pasti 10 tahun akan datang akan ada kejayaan, itupun andai aku idup lagi.
hang dah kira terer dah.
hhoho..
Goodluck bro, gua dah klik huruf G tu tukar jadi merah ….
oh, ya ka?
terima kasih. terima kasih. hehe..
Bilion terima kasih bro menyertai kontes khas Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati dan semoga berjaya.
Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
Ya.
gua memang selalu melawat itu website. Jangan risau. hoho..
saya nak join next event. nak jumpa blogger otai 😀
next event?
yang tu, gua sendiri pun tak tahu bila. haha
Best nih…hoho… mmg sgt panjang… dan sa…ngat hebat… sy letak link ni kat dlm tab page blog sy na… tqvm…
Panjang?
Ini dah kira pendek la ni gua buat. Haha..
Cara kreatif Ejam memang awesome dan berani.
Secara jujur, memang kreatif.
Sampai aku sendiri tak dapat. Itu yang wat aku geram. haha..
wah terimakasih Encik dah komentar di blog aku datang baca artikel seminar ini sekaligus beri G+ yang ke 20
okeh. terima kasih kerana bagi undi.
Sekarang baru hendak serius dalam dunia blog, jadi tips ni agak menarik. Teringin juga nak tahu sejarah amanz bermula. Hehe! 😀
itu, lu kena tanya aman sendiri la.
memang kebanyakkan blogger terkenal sekarang, gua tahu cerita awal mereka. hoho
banyak input dari bro..hehe nangis wo pk pasal blogspot.. tapi dah nak tutup blogspot tu.. ready to move forward.. hehe
dah ready dah ke nak ada domain hosting sendiri?
takkan la lu nangis maa..
banyak aku timba ilmu dari ko..dari dulu lagi sebenarnya..dulu tak kenal muka..lepas ni kalau jumpa kt banting tu boleh tegur la..haha
haha.
sila tegur aku kalau jumpa.
Belajar, belajar dan terus belajar mencari ilmu sebanyak mungkin…bukan semua yang kita ada…tak ada pada org lain dan bukan pula tak ada pada kita, ada pada orang lain. Oleh itu sama2 berkongsi idea. Kalau tiada yang lebih pandai daripada kita maka kita semua tak akan pandai sampai sekarang ni.
yap..mari la terus belajar setiap hari. hehe..
betul 2 bab nk update hari 2 susah sebenarnya
😆 Trims kunjungannya diblog saya, dan artikelnya menambah wawasan saya!
wah, sampai bertambah wawasan.
Terkejut gua sekejap dibuatnya. hoho..
betul tu, ambil yang elok” ja.
baru nak mula belajar buat diut dengan blog ni. mohon bantu saya 😀
bantu?
tak ada hal. gua suka bantu gadis-gadis. haha..
Usaha tangga kejayaan. Sape yang cekal dan tabah je boleh menang. Pantang je tau boleh buat duit, maka berduyun duyunlah orang cuba buat benda yang serupa tapi tak sama.
Bakat semula jadi blogger2 yg dah jadi superblogger yang dah tersenarai sebagai blogger tersohor bukan sebab kerja diorang blogging. tapi sbb cekal dan tabah disamping idea yang mencurah2 bila tangan menaip…
Semakin lama semakin mencabar blogging ni seiring dengan kecanggihan teknologi yang macam tak terkejar rasanya .
Weh, kurang lagi 2 minggu dah nak habis contest ni…
haha, aku tak rasa aku leh menang dah.
belasah je.
datang bikin merah huruf G diatas yang ke 160 dengan akun lain
wah, berapa banyak akaun ada ya??
Terimakasih saya ucapkan.
Karena, Saya hanya seseorang yang baru belajar ngeblog dan ingin mengetahui info info seputar blog, bisnis online dan lainnya
saya berkunjung kesini untuk menemukannya
ohh ia, silakan mampir ke blog saya jika ada waktu
iklan ppcnya saya klik ya….
iklan ppcnya?
terima kasih. terima kasih ya. hehe
tips berguna. suka blog fatin liyana 😉
suka fatin liyana ke, suka orangnya..
Terima kasih perkongsian ini saudara titan. Berguna untuk saya yang masih belajar ini. 😉
semoga ia membantu serba sedikit.
tak dapat banyak, dapat sikit pun dah kira ok apa.
Wolawehhh jenuh gua nak scroll komen sampai kebawah…..Hehehehe 😆
gua sendiri tak larat nak skroll.
nak balas semua mesej pun dah tak berapa larat. haha
Satu undi G+ untuk Titan.. powerlah Titan
tima kasih. tima kasih.
sila vote hari-hari. hehe
entri yg menarik.. semoga berjaya dlm pertandingan ini.. 😎
susah nak menang
aku berserah aje sekarang. haha
thanks sharingnya sudah sangat membantu,,saya sebagai pemula akan banyak belajar
ya, mudah-mudahan akan membantu sedikit sebanyak.
hehe
menarik dan berguna sebagai panduan…
hoho..
apa yang menariknya? hehe
Cara yang aku paling nampak dan boleh aku praktik adalah cara nisa kay.
lain cara tu, macam susah je.
lu dah masyukkkk….tapi wa vote jugak
Bagus info ni.. Membuat penjenamaan melalui menjenamakan diri mengikut cara masing-masing.
Jenama bagus, bermakna banyak orang dah percaya. Senang lah nak ‘pau’ orang..
Ikhlas,
Amin Johar
Jurutera SEO, Webmaster
Pakar Niaga
[…] panel untuk Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati […]
[…] mengikut tips yang disampaikan oleh Encik Titan, buat duit melalui program affiliate ni memerlukan kesabaran dan eksperimentasi jangka […]
Saya ni baru je dalam conteng conteng blog ni….conteng pun hal hal kerja sendiri yg x seberapa. Usia dah mcm x mengizinkan, tapi bukan alasan untuk tidak menulis.Lawat2 jugak blog saya, minta ditegur mana yg kurang.