Bila aku tengok badminton hari ini, aku agak menyesal sebab dulu aku tak berusaha sungguh-sungguh masa aku mewakili sekolah dalam permainan badminton. Biarpun aku dikatakan antara top 2 yang terbaik disekolah rendah kebangsaan Sri Langat(sekarang SK Sri Langat), tapi aku gagal menyerlah diperlawanan peringkat sekolah. Pernah aku lawan dengan top 1 dari Sekolah rendah Kanchong Darat dulu, aku kalah teruk. 15-5 dan 15-1. Straight set. Tapi orang yang aku lawan tu memang pemain Daerah yang menyerlah sejak beliau dari darjah 4 lagi. Aku pula, baru saja berjaya jadi wakil sekolah pada darjah 6. Jadi, perbezaan dari segi teknik permainan, smash, ketinggian(aku rendah gila masa tu..), taktik permainan dan pengalaman memang terlalu besar bezanya. Jadi, aku akur aku tak dapat pergi ke peringkat lebih jauh. Dan kawan aku, Usman yang jadi top 1 di Sri Langat pun gagal menyerlah. Even kami bergu pun, gagal menyerlah di peringkat daerah. Apakan daya, ramai lawan yang lebih menyerlah pada ketika itu dan training yang kami terima pun cumalah yang biasa-biasa sahaja, tak ada training khusus dan pembincangan tentang taktik permainan, tidak hairan kami kalah teruk waktu itu. 4-1 untuk peringkat berkumpulan.
Tapi aku tetap tak putus asa. Ketika masuk sekolah menengah, ketika pemilihan, aku gagal lagi sekali. Ternyata sekolah tu ada lebih ramai pemain yang berkebolehan dan pemilihan agak berat sebelah. Aku tak boleh nak kata apa, jadi, aku dan Usman walaupun masih menjadi partner, tapi tetap tak berjaya mewakili sekolah dalam permainan badminton selama 3 tahun kami di sekolah tu.
Pada tingkatan 4, aku berpindah ke sekolah berasrama penuh di Subang Jaya. Aku kecewa sebab tak ada partner yang sesuai dengan aku dan nak tak nak aku terpaksa cari seorang kawan yang berminat dengan badminton dan aku latih dia hanya dengan smash sahaja. Taktik permainan yang aku tahu, aku turunkan pada beliau dan aku pula lebih banyak bermain pertahanan. Di Sekolah tu, dari segi permainan defensive dan strategi, memang aku yang nombor 1, tapi dari segi menyerang, aku agak kurang menyerlah sebab semua top 1 dan top 2 ketika itu tinggi-tinggi belaka. Untuk pengetahuan, dari segi ranking, aku nombor 3 disekolah itu ketika aku ditingkatan 5. Ketika ditingkatan 4, aku tak dapat wakil sekolah sebab semuanya disapu bersih oleh pemain tingkatan 5 yang rata-ratanya tak adalah terer sangat. Tapi kira oklah..
Dan yang bestnya ketika aku tingkatan 5, team sekolah kitaorang berjaya menjadi Johan sekolah dan Johan peringkat daerah dari segi berkumpulan. Dari segi single dan double, semuanya tewas ketika pertandingan suku akhir termasuklah aku yang tewas pada pusingan ke 2. Hampeh tol. Tapi nak buat macam mana, team lawan lebih hebat. Dan tamatlah aktiviti mewakili sekolah aku dari darjah 6 sehinggalah tingkatan 5.
Memang seronok. Tapi semuanya hanya tingal kenangan. Umur aku pun dah macam umur Chong Wei. Tapi dia lebih jauh meninggalkan aku. Dia dah menjadi juara ALL ENGLAND pada tahun 2011 ini dan aku masih ditakuk lama dan hanya bermain di liga-liga sekolah dan liga-liga kampung sahaja. Itupun cukup susah nak menang. Kalau dapat masuk final, dah kira hebat dah tu. Hehe..
Itu sahaja cerita aku tentang badminton. Aku dan Lee Chong Wei, memang berbeza. Dia berbangsa cina, aku berbangsa melayu. Persamaan kami, minat mendalam kami dalam sukan Badminton yang sampai bila-bila tak boleh dipisahkan. Jika aku ada anak lelaki, Insya-Allah, aku akan training anak aku agar menjadi salah seorang pemain Badminton yang boleh mewakili Malaysia pada satu hari nanti..
1,683 total views, 1 views today
Semoga cita2 untuk jadikan anak lelaki pemain badminton handalan tercapai.. 😉