Pagi tadi, sempat aku menonton Badminton Super Series Terbuka Swiss sorang-sorang. Adik aku dah tertidur, tapi tv pula terbuka. Aku pula sejak akhir-akhir ini asyik tertidur aje. Asal baring aje, mesti tidur. Bila baring aje kat mana-mana mesti tertidur. Apalah nak jadi dengan badan aku ni, aku pun tak tahu..
Ok. Aku memang kasihan gak dengan nasib Woon Chong Han ni. Dia memang antara pemain kidal negara kita yang cukup hebat. Dulu ketika zaman Roslin dan Hafiz Hashim, Wong Chong Han ni antara pemain top negara. Setelah keluar dari BAM, dia bergerak sebagai pemain profesional dengan kelab luar. Kelab apa? Aku tak ingat apa namanya. Tapi bukan Nusa Mahsuri la.
Dalam banyak-banyak pemain badminton negara, cuma Woon Choong Han aje yang main tangan kiri. Maksud aku pemain single. Kalau bergu, kita ada Tan Boon Heong. Smash memang antara terlaju kat dunia. Cuma bab permainan dan skill Woon Chong Han memang berbeza. Cara dia dan teknik serta strategi yang dia pakai dulu, tak berapa berkesan pada sekarang ni. Dia jarang smash dan dia juga agak lemah bila mengangkat smash yang laju-laju. Kena plak pergerakan dia agak perlahan yang membuatkan ramai pemain luar ambil kesempatan dan cuba bermain laju dengan Chong Han. Mungkin kerana umurnya dah lebih 30an itu membuatkan pergerakannya tidak sehebat ketika dia muda. Tapi jika dia mahu bersinar, dia kena bermain dengan laju dan ada skill tertentu untuk mematikan pergerakan pihak lawan. AKu harap dia boleh bangkit. Di Malaysia, Chong Wei tak ada lawan langsung yang setaraf. Chong Han pun bukan lagi lawan bagi Chong Wei. Mungkin Malaysia kena buat satu camp untuk bantu pemain negara agar lebih hebat pada masa hadapan.
Kita tengok barisan pelapis perseorangan China, mereka ada Bao Chunlai, Cheng Jin, Cheng Lon dan Lin Dan pun masih muda lagi. 4 orang ni memang jadi batu api untuk Chong Wei. Dan 4 orang ni cuma boleh ditewaskan oleh Taufik Hidayat dari Indonesia, Chong Wei dari Malaysia, Kenichi Tago dari Jepun, Samonsak dari Thailand dan Peter Gade dari Denmark. Yang lain? Memang bungkus kalau lawan 4 orang jaguh dari China ni.
Aku harap, lebih ramai pelapis muda yang akan menonjol dalam sukan badminton. Takkan kita nak tengok muka Lin Dan dan Chong Wei aje masa kat final kan? AKu nak tengok gak muka aku dalam Astro. Hehe..
1,915 total views, 1 views today
Saya suka main badminton…tengok LCW jer minat..haha
Dah lama tak main badminton..