Ya.
Tahun 2014, secara jujurnya penuh dengan kegembiraan dan kenangan manis.
Terlalu banyak dan tak dapat aku ceritakan semua.
Tetapi antara kenangan yang lebih MANIS adalah pada bulan Disember 2014 ini..
Mana tidaknya..setiap hujung minggu ada sahaja aktiviti.
- IKR Gathering 2014 anjuran Tim Infokerjaya
- Panel Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog anjuran Denaihati Network
- Panel Seminar Lejen IM anjuran Sifufbads
- Kelas-kelas advance khas yang terpaksa dirahsiakan. Haha..
Itu tidak campur dapat berjumpa ramai-ramai geng blogger bawah tanah, geng-geng sifu, geng-geng lejen, geng-geng otai dan ramai lagi dalam semianr dan gathering yang aku sertai. Kagum kejap bila dapat jumpa mereka semua. Dulu, memasing hijau belaka. La nih..semuanya dah terer-terer belaka..
Dan memacam lagi.
Termasuklah berjaya mencapai angka 800 bagi pengamal kitab pink.
Lebih menarik lagi, penambahan lebih dari 600++ pengamal kitab pink baru dari Firesale Amal Bah14 yang dikelolakan oleh Raja Kamil membuatkan keluarga kitab pink ini bertambah lebih besar untuk tahun 2014 ini.
Terima kasih kepada yang mendapatkan kitab pink ini dan aku harap korang SERIUS untuk mula buat duit dengan blog dan affiliate tanpa sebarang alasan lagi. Korang dah tahu RAHSIA aku yang selama ini aku nyorokkan. Terutamanya yang pergi ke Seminar Lejen IM, memang ada beberapa rahsia yang TAK aku ceritakan dalam blog dan dalam kitab pink itu sendiri TETAPI korang dapat sesuatu yang lebih istimewa berbanding orang lain.
Hargainya.
Dan buat kerja mulai hari ini dengan bersungguh-sungguh.
Tetapi, yang LEBIH ISTIMEWA adalah..
Dapat habiskan masa hampir 2 bulan bersama bini tersayang. Inilah kali pertama dapat bermanja lebih berbanding cuti-cuti yang aku dapat sebelum ini. Kalau tidak, memendam rasa ajelah jawabnya.
Dan lebih istimewa, bini aku dah “ISI”.
Dah lebih 4 bulan walaupun buncitnya tak nampak lagi. Biasalah tu, karung tu belum biasa dan membesar lagi. Makcik-makcik aku kata, kira normal la tu. Kalau tiba-tiba jadi belon..macam pelik la plak permainannya tuh..
Alhamdulillah, salah satu “rezeki” dari Allah.
Mudah-mudahan sihat sentiasa kedua-duanya itu.
5 Target dan harapan 2015
- Menyiapkan draft kitab pink versi 2.0 dengan segera.
- Melengkapkan draft kitab Indigo dan kitab-kitab yang lain.
- Membesarkan keluarga kitab pink ke angka 5000 orang pengamal.
- Berusaha lebih kuat untuk dapatkan lebih banyak income.
- Membantu dan terus meniup semangat para blogger agar lebih serius untuk buat duit dengan blog.
Okeh la.
Dah.
Cukuplah aku coret sikit-sikit ini.
Aku tak larat nak tulis panjang-panjang sebab dah penat buat kerja selama 3-4 hari ini tanpa rehat disebabkan oleh Firesale Amal Bah14 ini.
Semoga terhibur.
7,740 total views, 1 views today
Semoga harapan untuk tahun 2015 tercapai..
harapan ku,, menjadi orang yang berguna – kedaionlinemy.com
Syukur alhamdulillah.. bab berisi tu part paling hepi.. hehe
Tahniah Cikgu Titan.. Di atas kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai pada tahun 2014… Semoga berjaya mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun 2015 nanti… Good Luck!!
saya pun ucapkan tahniah pada Encik TItan 🙂
waah. pantas sekali berisi. tahniah tahniah tahniah.
Alhamdulillah… 2014 telah pun berjaya ditempuhi. Semoga segala cita2 dan azam tuan ditahun 2015 akan dipermudahkan dan berjaya dizahirkan dengan cemerlang!
p/s: Tahniah! Semoga bertambah murah rezeki… 🙂
tahniah bro..bakal dapat anak…hu3..semoga tahun 2015 lu akan makan lebih banyak cendol
Saya dah beli Kitab Seo pink dengan Firesale.. Harap dapat approve cepat.. huhuhuhuhu
Way…gembira baca bakal ada umat lagi tahun depan….
Take extra care pada isteri…
Tengah mengaji ebook Firesale Amal awal tahun 2015 ini. 🙂
Tahniah bro titan. Tahun 2015 dah jadi ayah. Selamat meneroka kehidupan baru.
Tq sifu sbb sudi kongsikan ilmu selama ini
Salam En Titan…. moga segala perencangan dan harapan menjadi kenyatan pada tahun 2015 terutama kitab pink versi 2.0.
Pengalaman yang mantap2 gak tu bro. 2015, moga lebih mantap dari ni. Aminn. By the way, tahniah dah nak jadi bapak.
p/: Wife berisi cepat emosi, hati2. hahaha
Assalamualaikum
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua… amin…
tahniah..dan moga tahun 2015 makin best lagi..tambah sorg lg kot?hehehe
Wah..tahniah..dah ada ISI..
dah banyak sumbangan encik titan pada komuniti 🙂
wah, bakal jadi bapa dah rupanya… Tahniah, En Titan…
semoga tahun 2015 akan terus melakar kenangan yang indah….
Assalamu Alaikum semoga semakin baik dari tahun kemarin Tuan Amin
huh … pandai mike .
Selamat menjadi bapa .
wah-wah…gumbiranya saya baca..tahniah..come to papa..haha..emm semoga terus meniupkan suntikan semangat pada saya yang sentiasa lemah semangat nihhh… 😈
Bertambah geng…bertambahlah rezeki
saya pun dah termasuk dalam 600+ tu
hanya kenangan 2014 sebagai pengeras utk tahun 2015
semoga bro terus cemerlang dan rajin!
Alhamdulillah bakal dapat anak sedara baru la tahun ni 😆
Encik titan ni memang sempoi la. Tak sabar pulak rasa nak dapatkan kitab seo merah jambu versi ke2.
Wah semoga karung berisi selamat lahir kedunia dengan sihat walafiat dan sempurna sifat hendaknya…
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di Tahun 2015 nanti…
Yang penting sentiasa berada di landasan betul dan optimis utk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi…
Semoga usaha dan iltizam berjalan seiring untuk menghadapi Tahun 2015 ini.
Banyak harapan mengunung tinggi, jadi sama2 la kita berusaha ke arah harapan yang gunung2 tingginya…