Ya.
Semua orang pernah berusaha.
Untuk capai apa-apa impian atau sasaran masing-masing.
Tak kiralah apa jua “TARGET” atau cita-cita kita, kita mesti usaha sungguh-sungguh untuk capai apa yang kita mahukan. Sama ada dengan bantuan atau tanpa bantuan.
Its sweet flavour.
Bila kita menang atau bila kita berjaya capai apa yang kita mahukan.
Sebab kita tahu, memang susah nak capai.
Lihat sahaja kejayaan orang-orang terdahulu, jika mereka tidak berusaha, pasti mereka tidak akan berjaya dan dapat capai apa yang mereka mahukan.
Aku pasti, ada antara mereka ada perancangan sendiri apabila mahu capai apa yang mereka mahukan.
Ada yang hendak kaya, ada yang mahu kahwin dengan artis, ada yang mahu dapat 1 juta ringgit dalam akaun bank, ada yang mahu tolong lebih ramai orang, ada yang mahu kumpul duit untuk serang orang kafir yang mengebom Palestin setiap hari dan tak kurang juga ada yang mahu ada kemampuan untuk bela anak-anak yatim yang tiada ibu bapa.
Usaha itu LIF Kejayaan
Pendek kata, kita mesti usaha dulu sebelum kita boleh buat apa yang kita hendak.
Sedikit bucket list aku yang aku tulis pada tahun lepas, mari kita tengok berjaya atau tidak.
Bucket List Encik Titan.
- Hendak dapat 4A dalam UPSR. Gagal dengan penuh kasih sayang. Dapat 2A dan 2B sahaja.
- Hendak dapat basikal baru selepas UPSR. Ya, walaupun tak dapat 4A. Abah beli gak mountain bike tu. Masa beli, kaki tak cecah tanah. Kena adjust seat, barulah leh cecah lantai. Tetapi, tak sampai 3 bulan, basikal itu kena curi dan aku kena lempang sebijik dengan abah aku. Hoho..
- Hendak pergi sekolah berasrama penuh. Hajat ini tercapai setelah berjaya dapat 7A dalam PMR. Dapatlah ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan 4 dan 5. Antara sekolah terbaik di Selangor. Budak-budak pandai dan genius je boleh masuk situ.
- Hendak dapat 9A dalam SPM. Gagal sepenuhnya. Cuma dapat 6A aje.
- Hendak masuk matrikulasi. Dapat ke Matrikulasi Negeri Sembilan. 2nd intake.
- Hendak naik komuter. Berjaya kerana aku balik ke Banting dengan menaiki komuter. Berhenti kat Nilai. Ambil bas dari Nilai ke Banting. Ini kali pertama berdikari balik rumah sendiri.
- Mahu belajar kat universiti. Ini cita-cita sejak darjah 1. Berjaya ke UMS. Masih 2nd intake.
- Mahu naik gunung kinabalu. Berjaya juga. 4 tahun di UMS. 4 kali aku berjaya naik Gunung Kinabalu. Orang Sabah pun ada yang masih tak panjat gunung tu. Haha..
- Mahu melancong ke Indonesia. Berjaya. Pergi dengan cikgu-cikgu yang agak gila kepalanya jugak.
- Mahu naik kapal terbang. 4 tahun di UMS, 3,4 kali naik kapal terbang setahun. Balik masa cuti aje.
- Tidur di hutan sorang-sorang. Berjaya. Pergi masa nak selesaikan tesis di UMS. Gunung Sagaria. Seminggu lebih bercamping kat sana. Gila tak gila gaklah dibuatnya. Nasib baik tak jumpa pakcik Beruang dan Datuk Harimau ajak main dam haji.
- Nak KAHWIN. Dah berjaya. Yehhh!!
- Nak ada anak. Lom ada rezeki lagi setakat ini. Praktikal tak sampai 2 minggu. Dah kena berjauhannnn.. (DONE!)
- Nak ada sekurangnya 4 orang anak. (Baru satu, kena usaha lagi kuat)
- Nak beli 2 rumah. Sekurang-kurangnya. (Baru satu, kena usaha lagi gigih)
- Nak beli kereta. Dah tercapai. Satu kelisa dan satu Black Saga. Yang kelisa, adek aku kebas. Tak larat dah nak naik motor katanya.
- Nak beli motosikal. Dah beli 2 bijik motor lagenda. Satu adek aku gak yang kebas. Satu lagi aku beli untuk rempit pergi kerja sekarang.
- Nak gi ke China, Arab Saudi dan India. Bersama bini tersayang. (Tunggu cuti sekolah)
- Nak gi naik Gunung Everest. Ini macam susah nak tercapai. Mesti bini tak bagi punya. (agak suka dicapai)
- Nak dapat 300 sales untuk kitab Teknik SEO Merah Jambu. Setakat ini baru terjual 250++ lebih aje. (Done. 3908 sales terhasil)
- Nak hasilkan 2 lagi ebook. 2 draft masih dalam proses. (Belum siap)
- Nak siapkan kitab Teknik SEO Merah Jambu versi 2.0 secepat mungkin. Masih banyak lagi tak setel. (Belum siap. Data tak cukup)
- Nak ada buku sendiri. Masih mengumpan syarikat buku terkenal untuk publish buku aku. (Dalam draft)
- Nak berhenti jadi cikgu sebelum umur 45 tahun. (15 tahun lagi kot.)
- Nak ada cucu. (Soon)
- Nak makan lobester satu minggu satu kali. (setakat ini, 3 bulan sekali.)
- Nak try para-gliding 1 kali. (Balik banting, nak try kat bukit Jugra)
- Nak cuba bawa kapal terbang 1 kali. (Lom apply lesen lagi)
- Nak berakit kat laut. Dah berjaya masa belajar dulu. Berkenu di laut lepas. Balik rumah, habis muka jadi hitam legam. (Dah susah nak ada peluang. Bini mesti tak bagi)
- Nak pergi haji. Ini kena tunggu line clear dari Tabung Haji. (Dah daftar haji dengan bini. Tunggu turn)
- Nak makan tembikai hitam Densuke dan tembikai Yubari
- Nak dapat sales hari-hari..
- Dan sebagainya..
Banyak lagi sebenarnya.
Jadi, aku kena usaha agar lif kejayaan yang sedang menunggu aku itu tidak LETIH menunggu aku.
Masa banyak masa lagi untuk dilakukan. Aku jangka umur 45 tahun nanti, aku boleh setelkan semuanya. Aku masih ada 15 tahun lagi untuk capai semuanya. Baki lagi 15 tahun, dok rumah main dengan cucu dan melancong bersama bini tersayang sambil menghabiskan duit pencen.
Haha..
Itu kita panggil perancangan, plan, cita-cita, impian dan sebagainya.
Setiap orang, ada perancangan dan impian yang berbeza.
Buru dengan penuh waras dan rakus.
Bila usaha tu, usaha sungguh-sungguh.
Nak rehat, lepas mati boleh rehat lama-lama.
Jangan merungut, jangan putus asa, jangan komplen macam Amran setiap hari, jangan join MLM tanpa penasihat syariah, jangan kacau bini orang, jangan tipu orang, jangan curang dengan suami, jangan lupa solat awal setiap waktu dan macam-macam jangan lagi.
In-sha Allah..
Apa-apa pun boleh tercapai.
Dah,
itu je nak tulis.
Selamat malam semua.
Nak gi makan lobster kejap.
15,053 total views, 1 views today
Saya pun perlu usaha untuk lif kejayaan !
Banyaknya list yang dah dicapai..macam ni saya pun kena buat list panjang la..baru la nampak usaha tu lif kejayaan ke tidak bila ada push factor yg besar..
hoho yang hajat 31 tu power. nak melantak benda2 mahal ko ni. haha ok la mana tau boleh jadi luffy hehe
dahhhh jangan mengarut nak naik everest haha
Panjang jugak bucket list ni ho ho
Akan tercapai impian tersebut sedikit masa lagi. 🙂
Semoga dapat apa yang di cita-cita kan Amin 😀
panjang nyaaaa….tapi best..sekurang-kurangnya nampak dengan jelas apa yang nak di capai..
tang berenti cikgu tu, lu bukan kata nak pencen cikgu ke?haha..berenti je la kot..income pun dah macam tokei balak..:P
pencen awal kot.
tapi tak tahu la. benda akan datang ni, tak leh cerita sangat.
nanti ramai orang tahu.
Tak baik.
ramai yang nak duit tapi usahanya tu yang tak larat. promosi promosi dan promosi. makan tidur bangun semua pun promosi baru boleh berjaya macam titan.
seronok baca kejayaaan-kejayaan ni.boleh buat motivasi.
mesti ada buku checklist kan nak catat semua ni. Dari zaman upsr sampai ke dewasa masih ingat semua ye.
samalah fyna. memang banyak yang hendak dicapai. yang penting kena berusahakan. kalau malas, memang tak dapat apa pun.
Makin berinspirasi nak berjaya selepas baca entri kali ini. Wah dah berjaya kahwin, tahniah tahniah.
Dalam banyak2 item dlm bucket list tu, yang no 31 paling awesome dan rare! Di doakan semoga semuanya tercapai sekadar secepat yang mungkin..suk mintak sikit noo densuke & yubari tu..hehe
Memang kena usaha, mana ada impian dtg bergolek..
kalau nak ikutkan setiap orang mesti ada cita-cita terpendam kan. samada kita dapat capai ke tidak tu perkara no 2, yg pertama usaha dahulu, dapat capai alhamdulillah..
yup… kena ada bucket list baru kita nampak apa yang kita nak dulu.. kalau tak syok sendiri je
Ya… Nak berjaya kena naik lif kejayaan…. Kena kerja kuat… Dan pasang niat yang betul.. In Shaa Allah, pasti berjaya..
mahu berjaya tentu mesti berusaha, chaiyok!
“lepas mati boleh rehat lama-lama”, menusuk!
Zaman dulu naik tangga tapi sekarang dah ada lif yang boleh bantu kita berjaya dengan lebih cepat. Jadi jom terus berusaha agar kejayaan datang ke dalam genggaman.
gua masih berusaha.. yeh
usaha tangga kejayaan.. kesabaran dalam usaha memerlukan kesabaran yg tinggi dan cekal…
Tahun ni ada yang dah tercapai dan ada yang belum.Kena usaha lebih lagi.
Banyak juga lif kejayaan yang telah tercapai. Tahniah and bravo..
Doakan supaya saya tercapai juga..
mujur ada lif, kalau sampai sekarang tangga mungkin takde kot kl tower, apartment 20 tingkat. haish jom usaha lebih lagi.
Nampak gayanya nak kena buat lif kejayaan juga ni..macam best jer umur 45 duk kat rumah main dengan anak cucu.. melancong dengan bini-bini..emmm…
Pening. Banyak sangat nak dikejar masa hidup ni hehe
oh itu gambar lobster ya , ingat kan apa hehehe
hebatnya nak panjat gunung everest.. tabik!
tinggi sungguh lif ni. insya-Allah dipermudahkan. kami doakan semoga lif ini sampai ke puncak yang dituju.
memang banyak kerja yang harus dilakukan untuk kejayaan ya tak bisa duduk berpangku tangan saja
tahniah…!! agak-agak bape tingkat lif kejayaan nie… ada lebih tinggi dari menara tertinggi di dunia tak….? 😀
BEST kalau dah tahap lif..takyah penat2 naik tangga hehe
Agree.Kalau malas berusaha, malas juga jawapannya hehe
wah… tahniah bro, kak doakan semua impian kamu akan tercapai…
Terer juga bro belajar dulu ya…Kipidap
First time dgr, usaha itu LIF kejayaan. Semoga tercapai semua cita-cita.
Aminn.. aku pun kena buat list macam ni dan cross check ni 🙂
Nak mula naik lif kejayaan tetapi kita merah jambu belum hadam lagi. Ilmu belum cukuo kuat untuk dapatkan apa yang diidamkan. Nak tiru macam En Titan dapat income banyak-banyak.
Orang sekarang malas nak naik tangga, mereka sekarang lebih suka naik lif, mungkin cepat sampai dan cepat perolehi kejayaan.
wow A-Z betul ni punya list. Memang sokong sangat tiada usaha tiadalah lif tu.
wah..banyak dah tercapai tue..no 26 siap di bold lagi..semoga tercapai yang lain2 jugak
dah tua nanti boleh rehat dari blogging, upah kawan-kawan maikel buat artikel.
Dah ada lif kenapa nak susah payah naik tangga kan? cuma tunggu nak sampai ja..naik tangga kena guna tenaga yang banyak…
Kalau naik tangga penat. SO naik LIF..cepat sikit. Apa pun kena juga usaha keras nak capai apa yg dihajati.
Tahniah sebab banyak benda dah tercapai. Good job bro..
Benda macam ni kena tulis..baru nampak target kita..kalau setakat berangan.. kadang kadang lupa..
Seronoknya bila tulis dan nampak apa yang kita dah dapat.. lagi banyak lagi rasa seronok…
man jadda wa jada
gunalah lif untuk berjaya dengan lebih pantas dari tangga… hehehe
namun jangan duk mengharapkan lif semata-mata, gunalah tangga sekali sekala…
Hello nama saya aiman saya ingin menjemput anda untuk berkunjung ke forum saya iaitu http://gagahboro.org . Jika anda sudi berkunjung di blog saya terimakasihlah.
Banyak gak yang dah tercapai. Yang penting ada target dan nak apa, baru nampak jalan dan usaha ke arah tu
Tahniah tuan.
Banyak juga lif kejayaan yang telah tercapai.
Tahniah and bravo..
Doakan supaya saya tercapai juga..
errr yang no 8 tu…. saya orang sabah tapi tak pernah naik gunung kinabalu hahaha…
Alhamdullilah banyak kejayaan yang dah dikecapi, rupenya kena duduk diam2 sorang2 layan feel baru boleh ingat berape banyak yang kita dah buat.
Matlamat bro jelas, tak hairan bro murah rezeki… Boleh jadi contoh untuk orang macam saya ni. 🙂